Monday, June 28, 2010

Umno penipu ?



Ismail Hashim

SHAH ALAM, 28 Jun: Empat ulama muda nafi menyertai Umno Jumaat lepas seperti dihebohkan media arus perdana sebaliknya mereka dijemput hadir kerana dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ingin bertemu dengan lepasan Jordan.

Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.

Hosni merupakan seorang pelajar hafiz menamatkan pengajiannya di Markaz Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Selangor di Jugra pada 2003 dengan mendapat diploma dalam bidang itu.

Bermula 2004, beliau belajar di Universiti Al-Albayt, Mafraq, Jordan dan 2009 mendapat Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Usul di Kuliah Syariah dan kini bersedia menyambung pengajian Master di sebuah universiti tempatan.

Anak ketiga daripada empat beradik ini sangat kesal dengan kejadian menipu oleh Umno kerana masyarakat telah memandang serong dengan paparan media yang secara langsung menjatuhkan reputasinya sebagai pewaris ilmu.

“Saya dan tiga lagi sahabat lepasan Jordan, Mohd Fakhruzzaman, 37, dari Shah Alam, Mohd Akram An-Nazilin, 27, (Putrajaya) dan Mohd Jalaluddin Tahir, 26 (Sungai Petani) menafikan kami berbuat demikian sebaliknya Umno yang menipu,” tegasnya.

Majlis tersebut turut disertai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat, Ketua DAPSY, Anthony Look dan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari.

Mengulas kejadian itu, Idris berkata, jika ulama pun Umno tipu, apatah lagi rakyat biasa sambil menegaskan PAS tidak gentar dengan penyertaan seberapa ramai ulama kerana rakyat lebih tahu sama ada PAS baik atau Umno sudah gelisah.

Sumber: Harakahdaily

Friday, June 25, 2010

Felda hilang RM8 billion bukannya RM2.7 bilion


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.

Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:

a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

"Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.

Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

"Mustahil!!" kata Husam (gambar) kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.

AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!"

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.


Perbelanjaan Felda


Husam juga mempertikaikan perbelanjaan yang dibuat Felda sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan.

"Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;

"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."


a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua: RM 2 billion untuk Tanam Semula.

"Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.

Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

"Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.

Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

"Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.

Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

"Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.

Husam juga bertanya, bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.

Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?

"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.

"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai.

"Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.

Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?"

Gerak rakyat bersama GMJ bantah judi bola

Kenyataan Media GMJ Perak

Gerakan Rakyat Membantah Kelulusan Judi Bola Sepak Peringkat Negeri Perak (GMJ Perak) telah ditubuhkan dengan semua pihak yang menyokong kami bagi membantah kelulusan judi sukan oleh Kerajaan Malaysia. Kami terdiri daripada parti-parti politik dan badan bukan kerajaan yang ingin sama-sama menyatakan bantah tersebut. Bagi kami, kelulusan tersebut lebih banyak daripada keburukan yang bakal diterima oleh seluruh rakyat. Kami juga akan mengerakkan seluruh rakyat yang menyokong usaha kami untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia berhimpun di hadapan Istana Negara, Kuala Lumpur pada 3 Julai ini jam 2.00 petang.

Kami telah menyusun beberapa langkah penerangan dan juga bantahan yang akan digerakkan seluruh negeri Perak yang kami cintai ini. Antaranya ialah serahan memorandum dan juga perbincangan pada 30 Jun ini dengan Menteri Besar Perak jam 10.00 pagi dan juga Mufti Perak pada jam 11.00 pagi pada hari yang sama juga. Bagi mana-mana parti politik dan juga badan bukan kerajaan yang menyokong usaha kami ini untuk sama-sama menyatakan bantahan kita. Bagi majlis penerangan pula, kami telah menyusun 8 majlis ceramah penerangan khusus berkaitan penjelasan isu judi sukan ini. Kami menyeru seluruh rakyat agar dapat datang beramai-ramai bagi mendapatkan penjelasan isu tersebut.

Bermula pada 15 Jun di Teluk Intan, Presiden TERAS Haji Azmi Abdul Hamid dan juga Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub telah membuka tirai ‘road show’ penerangan tersebut. Haji Jamaluddin Alias yang juga salah seorang yang berada di Gaza tempohari dahulu akan berceramah pada 20 Jun ini di Lenggong bersama ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim Abdullah dan juga ADUN Tronoh V. Sivakumar. Manakala pada 22 Jun pula Ketua Penerangan PAS Haji Idris Ahmad dan juga ADUN Tronoh V. Sivakumar sekali lagi akan berada di Gerik. Salah seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Haji Mahfuz Omar dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani akan berada di Tanjung Malim pada 23 Jun ini.

Pada 24 Jun ini pula di Kampung Gajah, ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar akan memberikan penerangan mereka bersama GMJ Perak. Dua oarng pimpinan AJK PAS yang juga Ahli Parlimen di Perak iaitu Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Haji Mujahid Yusuf Rawa akan berada di Majid Tinggi, Bagan Serai pada 26 Jun ini. Majlis penerangan yang terbesar pula akan diadakan yang menghadirkan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming di Taman Damai Simpang, Taiping pada 28 Jun ini.

Ini adalah sesi penerangan yang akan menyedarkan rakyat agar Kerajaan Persekutuan perlu membatalkan kelulusan lesen judi sukan yang akan merosakkan rakyat.


SUHAIMI LATIF
Penyelaras
012-556 1442

JI: Gimik politik Umno


Aslani & Atiff Idris

KOTA BHARU, 24 Jun: Sejak isu Jemaah Islamiah (JI) didedahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan namun sehingga kini belum kedengaran ada pihak yang ditahan pihak keselamatan.

Kenyataan polis mengusir 10 anggota JI dalam operasi yang dijalankan polis sejak awal tahun ini diragui banyak pihak memandangkan ia baru digegerkan sekarang.

Maka tidak hairanlah ramai menganggap isu JI sengaja diada-adakan setelah kerajaan Barisan Nasional (BN) berdepan dengan banyak isu kronik termasuk lesen judi bola sepak dan kehadiran syarikat milik Yahudi di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berpendapat isu JI seperti sengaja dibuat-buat dalam kondisi politik sekarang.

“Ini kerana apabila Umno jatuh tidak ada peluang hendak naik semula. Ini kerana mereka bukan hendak jaga Islam sebaliknya mereka sendiri tolak Islam.

”Mereka tidak boleh kempen orang Melayu kena jaga Islam kerana mereka sendiri tolak Islam. Hendak jaga ekonomi, mereka yang menjadi punca ekonomi merudum,” katanya ditemui di sini, hari ini.

Baru-baru ini Ketua Polis Negara mendakwa kumpulan militan, Jemaaah Islamiah warga asing dikesan menghidupkan kembali perjuangan mereka dengan merekrutkan remaja dan pelajar di institusi pengajian tinggi.

Ekoran kenyataan itu pelbagai pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap isu JI sengaja ditimbulkan sekarang kerana kerajaan BN cuba mengalih perhatian rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau berkeyakinan isu JI yang digegerkan sekarang sekadar satu gimik politik pemimpin Umno setelah menyedari sokongan rakyat merosot.

”Tengok apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nik Abdullah Arshad, Datuk Mahfuz Omar, Mohamad Sabu, Anwar Ibrahim dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang pernah ditahan di bawah ISA tanpa ada sebarang alasan munasabah.

”Mereka ditahan di bawah ISA hanya direka-reka kesalahan bagi menghalalkan kerajaan bertindak,” ujarnya.

Sementara itu Dewan Ulamak PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dan dukacita apabila ada pihak cuba mengaitkan nama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan JI.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud berkata, situasi yang berlaku sekarang memperlihatkan kerajaan berada dalam dilema yang amat sangat sehingga terpaksa mencipta isu baru bagi mengalih perhatian rakyat.

”Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan kewibawaan dan keilmuan seseorang. Begitu juga tenaga akademik di IPT cuba dibabitkan dengan isu tersebut sedangkan kerajaan tiada bukti bagi mempertahankan dakwaan,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

Moga Ustaz Zulkifli segera dibebaskan


SRI MANJONG: 25 Jun: Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Pusat telah meluangkan masa untuk menziarahi isteri Ustaz Zulkifli Zakaria yang ditahan oleh Kerajaan Mesir.

Ketua lajnaqh tersebut Dr. Najihahtossolehah Ahmad telah berkunjung ke rumah keluarga tersebut dan bertemu sendiri dengan isteri Ustaz Zulkifli, Puan Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di Taman Samudra semalam bagi

Bagi meringankan bebanan keluarga itu lajnah tersebut telah memberikan sumbangan.

Dr Najihatossolehah Ahmad telah menyampaikan sendiri sumbangan tersebut kepada isteri Ustaz Zulkilfi, Nurul Hidayah .

Turut menziarahi Nurul hidayah ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Perak, Ustazah Bariah Alang Sapri dan dua Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Negeri Zuhairah Dato' Ghazali dan Mazidah Radzi

Menurut Nurul Hidayah, setelah 12 hari baru beliau mendapat maklumat suaminya itu kini ditahan di penjara bawah tanah dan tidak dimaklumkan di mana lokasinya.

" Ketika ini di Mesir sedang dalam musim panas yang sudah semestinya suhu dalam tahanan mestilah tinggi," ujarnya..

Dr. Najihah yang mewakili Dewan Muslimat PAS Perak meminta Nurul Hidayah bersabar dengan ujian ini dan berharap suaminya akan segera dibebaskan oleh Kerajaan Mesir.

Ustazah Nuridah ziarah isteri PJ Perak


IPOH: 25 Jun: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd salleh bersama pengerusi Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad meluangkan masa menziarahi isteri Pesuruhjaya PAS Negeri Perak,Ustazah Rafeah Ramli.

ustazah Rafeah Ramli yang mengidap barah kini sedang dirawat diwad 2c hospital ipoh.

Pada kesempatan itu Ustazah Nuridah telah memberikan kata kata semangat kepada isteri Pesuruhjaya itu di samping itu terus bersabar dengan ujian ini.

Ustazah Nuridah kemudiannya telah menyampaikan sumbangan dan buah tangan kepada Rafeah.

Bantah judi bola: Zambry jangan berani depan media sahaja:


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengalu-alukan keberanian walaupun di lihat agak lewat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang telah mempertegaskan pendiriannya berkaitan isu kelulusan lesen judi sukan ini yang sudah lama diperkatakan memberikan tamparan hebat buat Umno / Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang sedang memerintah Kerajaan Persekutuan kini.

Tetapi DPPN Pk masih mempersoalkan pendirian Datuk Seri Zambry akan kemampuannya di dalam isu premis yang digunakan oleh syarikat-syarikat yang mengendalikan judi yang ianya jelas di bawah bidang kuasanya, namum masih tidak mengatakan pendirian yang jelas. Walaupun Datuk Seri Zambry jelas akan pendiriannya berkaitan judi sukan, tetapi perlunya bantahan di buat oleh Umno Perak di bawah kepimpinannya yang menjelaskan kehendak akar umbi yang perlu ditunjukkan.

DPPN Pk tidak mahu melihat Datuk Seri Zambry hanya bersuara di media semata-mata, tetapi perlu kepada usaha seluruh Umno dan juga kerajaan negeri memberikan 'signal' bantahan tersebut yang jelas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan. Ini yang sepatutnya dilakukan sepertimana yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di Istana Negara, Kuala Lumpur himpunan bagi membantah kelulusan judi sukan tersebut yang di anjurkan oleh Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Oleh yang demikian, DPPN Pk berharap Datuk Seri Dr Zambry akan menyatakan juga pendiriannya disamping bersama-bersama hadir dengan Gabungan Membantah Judi (GMJ) terhadap bantahan judi sukan ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur nanti.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,

Thursday, June 24, 2010

JI: Sandiwara Najib yang tidak menyakinkan


Oleh: Nuridah Mohd Salleh

Minggu ini kita dihidangkan dengan satu sandiwara politik mengenai ancaman keganasan terhadap apa yang dilabel sebagai “Jemaah Islamiah” – JI oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan sepupunya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin sebagai pelakon utamanya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bertindak sebagai pelakon pembantu.

Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang tanpa membentang bukti-bukti sahih.

Kita cuba diyakinkan bahawa JI adalah sebuah kumpulan pengganas yang didakwa mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda, organisasi yang dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai pertubuhan pengganas Islam, sedang menyusup masuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia untuk merekrut anggota-anggota barunya dari kalangan pelajar-pelajar tempatan dan luar negeri.

Sandiwara ini dilihat tidak meyakinkan dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) memang tidak mempercayai dakwaan ini. DMPP juga mengutuk sekeras-kerasnya usaha-usaha yang boleh dianggap sebagai sengaja mereka cipta dan menyiarkan kenyataan palsu tanpa bukti dan secara halus memburuk-burukkan Islam dan umat Islam di negara ini.

DMPP bersama-sama menyokong pengerusi kumpulan hak asasi manusia, Citizens International, SM Idris mendesak agar dakwaan wujudnya aktiviti-aktiviti pengganas yang dikaitkan dengan JI ini perlu dibuktikan serta membawa mereka ke muka pengadilan mahkamah terbuka. Juga untuk membuktikan bahawa Malaysia ditadbir oleh sebuah kerajaan yang berintregriti dan mengutamakan norma-norma kerajaan yang maju dan bertamadun.

Sebenarnya semua dakwaan penglibatan JI dan penyebaran propaganda hitam unit Polis Indonesia Detachment 88 yang diwujudkan dan dibiayai oleh kerajaan Amerika Syarikat dan Australia adalah usaha terdesak Najib untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu yang sedang melanda negara sekarang. Ianya juga dapat ditafsirkan sebagai usaha terdesak beliau untuk meyakinkan Presiden Obama bahawa Malaysia adalah sekutunya dalam isu pengganas tersebut.

Terlalu banyak isu-isu yang sedang menghimpit pentadbiran Najib tanpa penyelesaian yang baik dan selesa sekarang. Isu lesen judi sukan “sports betting” di mana PAS bersama-sama NGO akan mengadakan himpunan 100 ribu rakyat pada 3 Julai ini, menampakkan bahawa beliau telah silap langkah dan menaikkan kemarahan rakyat terhadap gejala kerosakan yang berpunca dari judi.

Kejutan kenyataan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bahawa Malaysia akan jatuh bankrap dalam tempoh 9 tahun akan datang bagi mengiyakan tindakan pemansuhan subsidi yang akan mengakibatkan kenaikan harga barangan memaparkan kemelut ekonomi yang melanda negara kini.

Dalam isu pindaan Akta ISA yang akan dibentangkan di Parlimen pada sesi Julai ini juga dilihat antara tindakan awal agar dapat menakut-nakut dan meyakinkan rakyat akan keperluan ISA dan pindaan yang akan dibuat.

Ianya juga boleh dilihat sebagai satu alasan terancang untuk mengabsahkan tindakan menyerbu, menangkap dan menghantar pulang 9 orang pelajar asing kebanyakannya dari Timur Tengah di Gombak tidak lama dulu.

Di samping secara halus menakut-nakut pelajar-pelajar IPTA/IPTS dan kalangan akademik tempatan dan asing. Selama ini sedikit ruang yang dibuka dari Akta AUKU yang mencengkam aktiviti-aktiviti pelajar dilihat oleh beliau tidak dapat mengukuhkan sokongan mereka kepada kerajaan.

Sehubungan itu juga beliau berharap dapat menakut-nakut rakyat bukan Islam dan menanamkan bibit keraguan mereka terhadap usaha-usaha PAS membentuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari kalangan bukan Islam bagi meraih sokongan yang lebih besar. Usaha-usaha PAS ini sangat menggusarkan beliau.

Selain itu sebanyak sedikit cuba menghilangkan rasa ingin tahu rakyat terhadap kes rasuah terhadap pembelian dua kapal selam di mahkamah Perancis yang akan berjalan tidak lama lagi.

DMPP bertegas bahawa seperti peribahasa yang mengatakan “tidak ada angin masakan pohon bergoyang” propaganda jahat ini tidak akan dapat menghasilkan natijah yang baik. Ia sebenarnya telah memudahkan APCO serta anasir zionis yahudi menjalankan jarum khianatnya terhadap rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia.

DMPP juga memohon semua pihak dan rakyat seluruhnya bertenang dan jangan membuat sebarang tindakan yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Kita yakin semua permasalahan ini jika ditangani mengikut garis panduan Islam dari al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w sebenarnya akan membuahkan satu penyelesaian yang adil. Oleh kerana Islam itu adil untuk semua.

Harakahdaily/-

Umno terdesak tuduh Presiden PAS pengganas


Hamba Allah

Kerajaan Umno-BN sudah tandus dan hilang modal untuk berhadapan dengan pengaruh dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat. Isu Jemaah Islamiah (JI) adalah cubaan terkini Umno-BN untuk mengkaburi pandangan umum untuk mengaitkan tokoh Pakatan Rakyat dengan anasir JI.

Memetik laporan Malaysiakini berdasarkan taklimat Keselamatan yang dihadiri oleh pegawai tertinggi polis di sebuah hotel di Sepang malam semalam mengaitkan Presiden PAS Tuan Guru Dato Hj. Abdul Hadi Awang dengan JI.

Turut disenaraikan ialah bekas Menteri Besar Perlis,Datuk Seri Shahidan Kassim. Manakala Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dikaitkan dengan penyebaran fahaman wahabi.

Patutlah Perdana Menteri 1Malaysia beria-ia mempertahankan bahawa anasir JI wujud di negara ini. Rupa-rupanya seperti dijangka tokoh Pakatan Rakyat khususnya PAS akan dijadikan sasaran untuk mengkaburi dan mengelirukan rakyat bahawa PAS terlibat dan menaja aktiviti keganasan.

Tuduhan ini merupakan satu penghinaan dan tindakan yang begitu memalukan apabila Umno-BN cukup terdesak dengan menggunakan taktik keji dan kotor mengaitkan tokoh ulama dalam negara yang terkenal dengan ketokohan ilmu serta disegani kawan dan lawan dengan tuduhan yang tidak berasas.

Ternyata, piliuhanraya umum yang semakin hampir menjadikan Umno-BN hilang pedoman dan cuba bertindak di luar batas kemanusiaan serta bertentangan dengan prinsip dan lunas demokrasi.

Walau bagaimanapun saya menyeru semua pimpinan, ahli dan penyokong pakatan Rakyat agar bertenang serta tidak terpengaruh dengan fitnah dan propaganda yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN untuk memastikan strategi kotor Umno-BN akan memerangkap diri mereka kembali.

Saya cukup yakin rakyat di negara ini cukup matang dan boleh menilai situasi terkini yang berlaku dalam negara.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Bebaskan segera


MANJUNG - Pemuda PAS Perak semalam telah menyerahkan bantuan kepada keluarga Muhamad Zulkifli Zakaria, 41, yang ditahan pihak berkuasa Mesir pada 13 Jun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.

Sumbangan telah diserahkan oleh Salman Saleh, Naib Ketua Pemuda PAS kepada isterinya Nurul Hidayah @ Icanna Lagago di rumahnya di Taman Samudra.Turut serta hadir adalah Safarizal Saleh, Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak.

Kepimpinan PAS Lumut, Pemuda PAS Lumut dan juga Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pasir Panjang turut serta bersama. Sumbangan berupa kewangan dan juga keperluan harian telah diserahkan bagi meringankan masalah yang dihadapi.

Manakala pada hari yang sama juga di Kuala Lumpur, usaha pembebasan diteruskan oleh Pemuda PAS Perak yang telah diketuai oleh Mohd Munir Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak telah menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir.

Hadir sama ialah Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Perak dan juga Mohd Nazri Din, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi membuat serahan tersebut.

Pemuda PAS Perak menggesa kerajaan Mesir mempercepatkan proses siasatan dan berharap hak beliau diberikan untuk mengetahui kedudukan sebenarnya kerana sehingga kini masih tidak mendapat maklumat rasmi daripada Kerajaan Mesir punca sebenar penahanannya.

Sumber: pemudapasperak.com

Wednesday, June 23, 2010

Dr. Asri dan Dr Juanda dakwa "BN Bohong"


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Di tengah-tengah cerita bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama 100 ulama akan menyertai Umno Jumaat ini, beliau bersama rakannya, Dr Juanda Jaya yang kini Mufti Perlis menyifatkan BN bohong dalam mengaitkan mereka dengan kumpulan pengganas.

Dakwaan ini dibuat kedua-duanya dalam satu kenyataan bersama yang diberikan tajuk "Mengapa Kerajaan BN Berbohong?" bagi mengulas langkah kerajaan BN yang cuba mengaitkan isu ancaman pengganas di negara ini dengan mereka berdua.

(Gambar: Empat yang didakwa ada kaitan dengan Wahabi oleh ILIM, Shahidan, Asri, Juanda dan Abdul Hadi)

Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya adalah Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford Universiti Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula adalah Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis dan kini Pensyarah Pengajian Islam USM.

Kedua-duanya mengulas laporan yang mengaitkan mereka berdua, Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas MB Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan JIM dengan pengganas.

Kaitan itu dibuat dalam satu taklimat keselamatan negara anjuran Polis dan diberikan oleh Zamihan Mat Zain dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang diadakan di Bukit Aman 21 Jun lalu.

Sebelum ini, Presiden PAS juga menafikan dakwaan beliau terlibat dengan kegiatan yang didakwa itu.

Setiuasaha Agung Umno sebelum ini mendakwa, Dr Asri akan menyertai Umno Jumaat ini bersama dengan 100 ulama lagi.

Dr Asri dan Dr Juanda berkata, apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

"Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu," kata kenyataan bersama itu.

Buktinya, kata mereka, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara.

Penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu Presidan PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Shahidan Kassim, mereka berdua berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan Wahabi dan pengganas JI.

Pertubuhan JIM pula dikaitkan dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.

"Dakwaan ini sangat jahat dan jelas sengaja diada-adakan" kata kenyataan bersama mereka berdua.

"Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

(Gambar: Dr Asri bersama pimpinan PAS di muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu baru-baru ini)

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," katanya.

Justeru itu, kedua-dua berkata, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.

"Bagi kami YB Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini," kata kedua-duanya.

Mereka juga membela Datuk Seri Shahidan Kassim.

"Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," kata mereka.

"Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," kata mereka lagi.


Sehubungan itu, mereka mendesak pihak polis memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini.

"Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf.

"Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan," kata mereka berdua.


"Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas," katanya lagi.

Dengan ini, kata mereka, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar.

Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

Rakyat makin tertindas bila Umno lama berkuasa


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI

IPOH 23 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya menyatakan bahawa umno/bn adalah sebuah pemerintahan yang berkuasa terlalu lama secara mutlak tanpa dapat dibendung akan menyebabkan penindasan terhadap rakyat.

Menurut beliau dengan membiarkan sesuatu parti membolot kuasa terlalu besar akan menyukarkan rakyat untuk mendapat pembelaan yang berkesaan apabila mereka menggubal dan melaksanakan sebarang polisi itu sendiri yang sduah semestinya mempunyai kepentingan lain dari apa yang dikehendakki oleh rakyat.

Selain itu UMNO/BN umpama parti yang terlalu jenuh membolot kuasa menyebabkan tuntutan rakyat menjadi perkara sampingan apabila berdepan dengan kepentingan mereka yang hanya mengutamakan tembolok kelompok didalam kumpulan masing-masing.

Menurut beliau lagi, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO/BN sebagai sebuah parti pemerintah yang tidak menghormati undang-undang perlu ditolak. Dengan mempunyai kuasa yang terlalu besar di Pusat perkara ini akan menyebabkan pemerintah itu menjadi sebuah kerajaan yang autokratik.

Ini bermakna sebarang ketidakpuasan hati rakyat tidak akan dilayan kerana tidak ada suara yang seimbang untuk menghalang sebarang ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan.

Beliau menyatakan lagi, isu rasuah yang masih berterusan dan menjadi amalan pemimpin UMNO/BN akan berkembang tanpa banyak harapan untuk dibanteras. Dalam hal ini kerajaan yang sarat dengan kuasa lebih memperhitungkan pemodal politik daripada rintihan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa UMNO/BN sebagai pemerintah yang memberi peluang yang lebih kepada golongan elit hendaklah ditolak. Dewasa ini rakyat terbanyak masih berada di dalam kehidupan yang sulit, walaupun waktu singkat dalam kempen PRU ke-13 akan dijadikan masa untuk melambakkan bantuan kepada rakyat, namun kesengsaraan rakyat bawahan akan terus menjadi kenyataan apabila pilihan raya selesai.

Sehubungan itu beliau menyarankan agar rakyat bertindak secara kolektif untuk memeberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Pakatan Rakyat untuk membawa arus perubahan baru dalam meningkatkan semula tahap kehidupan rakyat kearah lebih selesa dan harmorni dalam mencapai harapan rakyat untuk mendapat keselesaan hidup di Negara ini.

Isu keganasan: bawa ke Parlimen


OLEH: MOHD HAFIZS SABRI

IPOH: Institut Pemikir Muda Malaysia memandang serius tentang isu keganasan yang sedang digembar-gemburkan kerajaan ketika ini.

Pengarah IPMM, Mohd Hafez Sabri, berkata pihaknya menegaskan bahawa isu ini perlu diambil serius oleh semua pihak kerana melibatkan soal keselamatan rakyat dan negara,siasatan terperinci mesti dilakukan bagi memastikan tiada individu yang tidak bersalah didakwa.

Pihaknya menolak proses penuduhan dan pendakwaan yang dibuat secara melulu iaitu tanpa penyelidikan yang sistematik apabila melibatkan penangkapan dibuat dengan menafikan elemen hak asasi yang diterima sejagat.

Walaupun semua tindakan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berhubung dengan penglibatan golongan pelajar namun beliau berpendirian satu
jawatankuasa khas perlu diwujudkan yang dapat melibatkan ahli parlimen pembangkang dan kerajaan serta wakil KPN untuk meneliti isu secara konsisten, tegas beliau.

Tidak menafikan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan sebagai langkah pencegahan dalam menangani isu keganasan dan terorrisme, perincian kepada makna keganasan dan militan ini harus dimaknakan kembali dengan tidak melihat secara umum hubungkait elemen Islam secara mutlak dengan keganasan antarabangsa.

IPMM berpendapat bahawa takrifan pengganas yang diistilahkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya tidak harus menjurus kepada umat Islam, dunia perlu bersikap adil terhadap umat Islam.

Beliau turut mempersoalkan secara kritis, ketiadaan tindakan kolektif dan kerjasama serantau mahupun di peringkat antarabangsa untuk menangani isu terrorisme. Sebelum ini dunia menuduh umat Islam sebagai terroris, kerana itu beliau menyarankan agar PBB dan OIC terlebih dahulu memulakan tindakan dengan membenteras kegiatan penjenayah dan terroris yang sebenar di muka dunia ini iaitu zionis israel.

Sejarah dunia menunjukkan asal usul keganasan semuanya bermula dari tindakan yahudi zionis yang menyebabkan seluruh masyarakat dunia menjadi marah dan tidak berpuas hati terhadap tindakan mereka, tegas beliau

Beliau turut meminta agar jaminan diberikan oleh kerajaan Malaysia supaya aktiviti dakwah yang sedang berjalan dengan baik di tanah air ini terus berkembang dan tidak akan disekat oleh kerajaan Malaysia.

Dalam kenyataan yang lain menurut Pengarah Penyelidikan dan Strategik IPMM, Norazali Zainudin berkata, sekiranya isu ini serius dan di tahap kritikal, satu usul mesti dibawa oleh ahli parlimen kerana ia melibatkan kepetingan umum dan keselamatan negara. Perbahasan aktif daripada anggota ahli parlimen mesti diadakan untuk mencari penyelesaian konkrit.

Tambah beliau lagi, IPMM menggesa supaya OIC mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan langkah berkesan untuk berhadapan dengan isu kegansan antarabangsa terutamanya berkenaan tindakan keganasan tentera negara haram israel yang masih dikenakan terhadap Umat Islam Palestin.

"IPMM juga ingin menyeru agar semua rakyat serta seluruh pencinta keamanan dari kalangan masyarakat antarabangsa agar dapat merangka strategi baru yang lebih serius dan berkesan untuk membersihkan imej umat Islam yang sengaja diberikan imej buruk oleh dunia barat kepada umat Islam selama ini," katanya.

Kini sudah tiba masanya dan sewajarnya dalam dunia yang moden, Perlu dibina pemahaman masrakat terhadap kehidupan beragama dan penyuburan aktiviti intelektual dan ketamdunan yang tinggi, aspek kemanusiaan mesti diketengahkan kembali sebagai fokus utama di kalangan masyarakat negara ini. Umat Islam mempunyai tanggungjawab besar dan risalah besar untuk mengubah corak hidup manusia.

Dunia barat khususnya akan sentiasa prejudis terhadap kebangkitan Islam di era moden, hal ini kerana mereka tahu bahawa Islam sebagai agama sejagat yang berjaya dipersejagatkan dalam dunia yang telahmenjadi suatu perkampungan global, dan hubungan antarabangsa bertindakatas landasan keadilan dan kemanusian yang dibina oleh Umat Islam.

Tuesday, June 22, 2010

Zahid bakal ganti Zambry?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat dengan kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno yang telah merasmikan Persidangan Mesyuarat Agung Umno Bahagian Bagan Datoh dan juga mengadakan lawatan kerja sehari di Kawasan Parlimen Bagan Datoh pada hari Ahad (20 Jun 2010) yang lalu sebagai signal kepada kepimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang di lihat telah gagal di dalam memulihkan politik Negeri Perak.

Pelbagai perkara yang telah disentuh oleh Datuk Seri Najib di dalam ucapannya yang amat sinis terhadap kepimpinan Datuk Seri Zambry yang bukan pilihannya sebagai Menteri Besar Negeri Perak selepas rampasan kuasa dahulu. Ianya adalah pilihan daripada Tun Abdullah Badawi yang ketika itu sebagai Perdana Menteri yang juga Presiden Umno. Yang jelasnya, dengan lawatan kerjanya di Bagan Datoh memberikan gambaran bahawa ‘orang pentingnya’ menjadi pilihan untuk di lawati.

Mengapa Datuk Seri Najib tidak membuat lawatan kerjanya di Perak melalui Umno Negeri Perak atau Kerajaan Negeri Perak? Sudah tentu Datuk Seri Najib tidak selesa atau kurang senang dengan Datuk Seri Zambry yang tidak membantu perkembangan politik Umno di Perak yang mendatangkan perasaan tidak puas hati ‘orang lama’ di dalam Umno itu sendiri. Kehadiran Datuk Seri Najib menjelaskan apa yang akan berlaku di Perak yang memungkinkan perubahan besar menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

BAJET TIDAK MESRA ANAK MUDA


IPOH 22 Jun, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM), Mohd Hafez Sabri pihaknya melihat bajet yang dibentangkan oleh Perdana Mentieri Malaysia tidak mesra anak muda.

Menurut beliau berdasarkan rancangan Malaysia ke-10 ini, dilihat kurang mesra terhadap anak muda dan golongan belia. Ini kerana golongan anak muda merupakan bakal komposisi terbesar yang akan menggerakkan agenda besar dalm menerajui masa depan Malaysia..

Antaraperkara yang disebutkan Perdana Menteri dalam RMK-10 ialah berkaitan menjadikan Putrajaya sebagai pusat aktiviti dan program yang bermanfaat dan bersesuaian.

Sehubungan itu beliau mencadangkan kepada Kerajaan Malaysia agar memperincikan dan memberikan peranan anak muda dalam RMK-10. Kini, dianggarkan 25% penduduk Malaysia adalah daripada generasi muda dan bilangan ini semakin meningkat menjelang 2013.
Bersesuaian dengan ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti,generasi muda semestinya harus berperanan dalm mencorak keadilan sosial dan ekonomi
beridentitikan acuan Malaysia.

Oleh itu, IPMM melalui badan penyelidikan dan strategiknya mencadang beberapa langkah yang perlu dititiberatkan oleh kerajaan, iaitu

1. Memastikan jaminan pendapatan asas dan minima
2. Menggalakkan golongan belia untuk lebih terkehadapan dalam membahaskan polisi ekonomi secara efektif.
3. Menyediakan saluran penambahbaikan dan postmortem perjalanan belanjawan perlu diwujudkan dalam memastikan ketelusan kewangan.

Sementara itu menurut Pengarah Hubungan Luar dan Antarabangsa IPMM, Saudara Abd. Rahman Jabir memuji tindakan kerajaan untuk meningkatkan keluaran pekerja yang berkemahiran tinggi menuju kepada rakyatberpendapatan tinggi.Beliau mencadangkan agar anak muda yang tinggal di luar bandar diberikan peluang untuk mendapat bimbingan dan pengiktirafan kemahiran mereka.

Langkah ini, akan menyebabkan tenaga anak tempatan dapat digunapakai dalam sektor pembangunan kelak. Selain itu, ia secara terus dapat mengurangkan pekerja asing.

IPMM meminta agar pemerintah tidak membiarkan negara terus selesa dengan tidak berbuat apa-apa untuk meningkatkan keupayaan ekonomi serantau dan umat Islam. Ia boleh disalurkan melalui perkongsian pengetahuan dan latihan kemahiran agar kesatuan ekonomi dapat diwujudkan.

Tambahan pula, ia bermanfaat dalam menawarkan alternatif jaringan ekonomi yang kukuh sebagai usaha mengelakkan pergantungan kepada produk Barat.

Monday, June 21, 2010

SIAPA SEBENARNYA PEMBOHONG


Drs. Khalil idham Lim

Hari ini semasa lawatannya di Bagan Datoh, Datuk Sri Najib Razak mahu UMNO dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan menangkis pelbagai yang kononnya pembohongan Pakatan Rakyat bagi memperbetulkan persepsi buruk rakyat terhadap parti dan kerajaan.

PM 1Malaysia berkata, "serangan balas" terhadap tindakan Pakatan Rakyat itu mesti dibuat bagi mengelak rakyat terus terpesong dengan pembohongan mutlak pihak lawan. "UMNO sendiri mesti menggunakan pendekatan atau metadologi terkini dalam menagkis pembohomgan itu serta supaya rakyat melihat parti itu cekap, dinamik dan segar," katanya berucap pada majlis Program Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di Tapak Pasar Minggu Pekan Bagan Datoh.

Nampaknya Najib cuba menutup malunya dengan menyuruh partinya membela segala ketelanjuruan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Bercakap didepan ahli yang semuanya "pak angguk" adalah sesuatu yang saya kira tidak lain untuk meredakan rasa tidak puas hati kepada tindakan yang Najib lakukan.

Sekaligus dia ingin menyakin segala tindakan salah yang dilakukan olehnya supaya diyakini betul dan dibela oleh pengikutnya yang masih dianggap setia itu.

Bayangkan kalau selama ini judi yang jijik dan banyak membawa masalah dalam masyarakat dan keluarga, bertambah koleksinya bila Najib meluluskan satu lagi lesen judi bolasepak kepada Kumpulan Berjaya .

Walaupun Najib cuba berselindung dengan mengatakan lesen belum dikeluarkan, sebenarnya saya lebih percaya kepada pemilik Kumpulan Berjaya , Vincent Tan yang mengatakan lesen judi bolasepak telah diperolehinya.

Semalam selepas merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan untuk Judi tersebut.

Dalam keadaan sekarang siapakah sebenarnya yang berbohong ?

Keputusan pemberian lesen judi oleh kerajaan pusat kepada Ascot Sports Sdn Bhd telah ditangguhkan. kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim enggan menyatakan bila tarikh keputusan akan dibuat.

Dalam perkembangan lainp pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dipetik sebagai berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Kalaulah begitu dalam satu isu yang saya kemukakan ini, kenapakah Najib menuduh Pakatan Rakyat yang berbohong malah menyuruh pengikutnya membelanya sama . Kenapakah Najib langsung dan tidak berani mengatakan bahawa Vincent Tan yang berbohong. Sepatutnya Najib yang mengistiharkan perang kepada Berjaya yang beria-ia sangat mengatakan lesen telah dikeluarkan.

Malah dalam kekalutan itu hartawan Vincent Tan berjanji akan mendermakan lebih setengah bilion untuk tujuan kebajikan. Vincent, antara lelaki terkaya di negara ini berkata wang sejumlah RM525 juta itu akan didermakan melalui yayasannya Better Malaysia Foundation. Menurutnya wang itu diperoleh daripada penjualan kepentingan dalam Ascots Sports bulan lalu kepada Berjaya Corp.

Semuga ucapan Najib di Bagan Datoh adalah bukti yang jelas sikap berdolak dalih beliau untuk menghalalkan banyak lagi tindakan salahnya. Ucapan Najib juga adalah gambaran kepada kebimbangannya kepada segala isu yang dibangkitkan oleh pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat sudah cerdik untuk menilai dan rakyat sudah tidak sabar untuk menghukum BN bila tibanya Pilihanraya UMUM ke 13 yang akan datang. malah saya yakin pendedahan sebenar apa yang dilakukan oleh UMNO dan BN yang khianat kepada agama, negara dan bangsa berserta fakta yang lengkap dan jelas lebih diyakini oleh rakyat.

Sunday, June 20, 2010

Pilihanraya awal?


YB Khalil Idham Lim

Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan.

"Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu,jumaat lepas.

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan.

Namun PM 1Malaysia Razak berkata pemberian notis tiga bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Katanya tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tak pernah kita bagi tiga bulan...(dan) tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan perlembagaan... (dan) tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Apapun isunya sekarang ialah semangat dan amalam demokrasi di Malaysia semakin menunjukkan ke tahap yang lebih rendah . Banyak pencabulan demokrasi yang telah meletakkan tahap kepercayaan rakyat terhadap demokrasi negara ini semakin diragui oleh rakyat.

Peranan SPR misalnya yang dilihat sebagai sebuah badan bebas yang tidak lagi bebas banyak memihak kepada BN setiap kali Pilihanraya, kecil atau umum.

Apalagi cadangan yang sangat baik dari Tok Guru yang saya lihat telah lama diamalkan dinegara lain termasuk kebanyakan negara jiran dan rantau Asean ini.

di Indonesia perkara yang sama telah lama diamalkan, kenapakah tidak boleh dilakukan di Malaysia?

Jawapannya mudah sahaja, BN sesungguhnya sangat takut kehilangan kuasanya bila setiap kali berlaku pilihanraya. kerana itu semuanya mestilah digembeling dan disalah gunakan untuk memasti kuasannya dikekalkan dengan apa cara sekalipun.

Perdana Menteri Najib pastinya akan mengintai waktu yang sesuai untuk umumkan tarikh pilhanraya terutama semasa Pakatan Rakyat dilhat lemah dan BN dalam keadaan sangat bersedia.

Perlulah diingat, gelombang perubahan semakin besar dan terasa. Sekali ini saya yakin BN sudah tidak mampu lagi melakukan penipuannya bagi kekal berkuasa. Mudah-mudahan seperti kata perpatah "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" sama-sama kita saksikan bila tidak ada daya lagi BN boleh menipu dan ianya tetap akan disungkurkan didalam Piliharaya akan datang.

Saturday, June 19, 2010

Umno dan judi, ibarat lagu dan irama


OLEH: HAFIZ SABRI
IPOH 18 JUN: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan tindakan kerajaan yang masih mempertahankan keputusan
untuk menghalal dan merelakan perjudian melalui pemberian lesen yang membenar pertaruhan bola sepak adalah tidak munasabah untuk mana-mana agama, lebih-lebih lagi agama Islam.

Menurut beliau sebarang bentuk perjudian sama ada berlesan atau sebaliknya, hanya membawa masalah antaranya pergaduhan perpecahan rumahtangga dan bebanan hutang yang besar.

Beliau menyatakan kini umat Islam khususnya dapat melihat betapa dangkal dan sekularnya pemikiran pemimpin umno. Apakah pemimpin umno tidak tahu bahawa mana-mana bentuk ‘pertaruhan’ adalah sebahagian
daripada judi yang diharamkan secara qat’ei oleh Qur’an? Soal Beliau.

Beliau menegaskan agar seluruh pemimpin umno agar kembali merujuk Al Quran Karim, Allah menyebutnya secara nyata bersama-sama dengan arak untuk dijauhi – ‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak,
berjudi, berhala,dan tenung nasib itu adalah keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu menjauhinya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”. ( Al Maidah 90 )

Beliau mempersoalkan pemmpin umno adakah ketika berdepan dengan dalil-dalil Al Quran pemimpin umno boelh membahagi-bahagikan judi kepada judi haram dan judi halal? Mengapa pula pertaruhan wang sempena
Piala Dunia 2010 dianggap halal dan boleh dipertimbangkan untuk diberi lesen?! Apakah alasan “mengelakkan pertaruhan serta perjudian ‘tidak berlesen’ “ di negara ini boleh diterima di sisi Syariat Islam?!

Justeru itu beliau menyeru agar seluruh rakyat berpaling dari pemimpin-pemimpin umno yang sengaja mahu membawa rakyat Malaysia kearah kemurkaan Allah SWT, Langkah pihak kerajaan umno memperkenalkan
lesen judi sukan dalam Negara ini adalah satu tindakan yang menyimpang dari ajaran islam bahkan akan menambahkan penyakit sosial yang kronik di kalangan rakyat Malaysia kini.

Friday, June 18, 2010

Masa depan ADUN bebas gelap?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan dakwaan  yang sangat dangkal dari kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Perak yang mengatakan bahawa

mereka akan terus berkidmat kepada seluruh rakyat walaupun mereka tidak lagi bersama parti yang mereka bersama semasa bertanding di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 dahulu.
 
Ini kerana sudah tentu masa depan mereka sebagai ADUN akan berakhir menjelangnya PRU ke – 13 tidak lama lagi bersandarkan kepada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib

Razak di Kota Bahru baru-baru ini. Adakah mereka masih diberikan peluang bertanding atas nama Bebas atau bersediakah Barisan Nasional (BN) yang sudah mempunyai calon tersendiri

memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN?
 
Persoalan yang akan timbul adalah, jika BN bersedia memberikan mereka bertanding atas tiket BN untuk kali ini bermakna kerusi yang telah diperuntukkan kepada komponen BN

dikerusi-kerusi tersebut yang telah termaktub akan berubah sama sekali. Sudah tentu tuntutan kepada kerusi atas nama Bebas ini akan menimbulkan banyak masalah kepada BN

sebenarnya.
 
Sebenarnya kenyataan sumbang ADUN Bebas ini hanyalah bertujuan untuk melepaskan diri mereka bersama dengan janji-janji atau keistimewaan yang sedang mereka perolehi. Rakyat

sebenarnya tidak akan mudah tertipu dengan alasan-alasan dangkal  tersebut  bagi  menghalalkan tindakan mereka untuk keluar parti menjadi Bebas, dan membolehkan mereka mendapat

keuntungan sebenar atas pengkhianatan keatas kepercayaan rakyat terhadap mereka.
 
 
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Semua ADUN bebas dicabar masuk BN



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini mencabar kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah mengisytiharkan sebagai ADUN Bebas agar menyertai mana-mana keahlian di dalam komponen Barisan Nasional (BN) Negeri Perak supaya mereka semua dapat bergerak sealiran dengan Kerajaan Negeribagi meyakinkan pelabur-pelabur asing yang ingin melabur ke Negeri Perak? bahawa pentadbiran kerajaan negeri tidak berubah bila-bila masa.

DPPN Pk melihat jika kesemua ADUN Bebas tersebut tidak menyertai mana-mana komponen BN, ini menunjukkan bahawa mereka semua tidak sehaluan dengan pendirian BN dan tidak sedikit pun membantu perkembangan ekonomi negeri bahkan mereka menyokong BN?demi melepas diri dari tersepit kewangan peribadi. Ini kerana kedudukan mereka bila-bila masa sahaja boleh berubah dan sudah tentu boleh juga menzahirkannya usul tidak percaya?terhadap Menteri Besar jika ianya?berlaku.

Jesteru, memandangkan komponen BN Perak disertai oleh Umno, MCA, MIC, GERAKAN dan PPP, DPPN Pk mencabar?kesemua ADUN Bebas tersebut menyertai salah satu daripada parti yang sedia ada. Jika keengganan mereka menyertainya, sudah pasti mereka mempunyai agenda tersembunyi yang cuba mereka lakukan terhadap BN Perak kelak. Ditambah dengan kemelut Umno Perak yang memberikan peluang mereka menggunakan kedudukan mereka bagi mendapat beberapa keistimewaan daripada BN.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, June 17, 2010

ADUN bebas pengkhianat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan tindakan tidak bermoral K. Keshvinder Singh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar daripada DAP yang telah mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang dilihat telah mengkhianati amanah rakyat dan tidak layak menjadi Yang Berhormat dengan tindakkannya tersebut.

DPPN Pk mendesak agar Keshvinder meletak jawatan jika beliau benar-benar menghormati rakyat yang telah memilihnya. DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat tindakkan tidak bermoral yang telah dilakukan oleh Keshvinder tersebut yang memungkinkan gejala rasuah berlaku.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, June 16, 2010

Keshvinder jilat ludah sendiri


Berhubung dengan tindakan Ahli dewan undangan negeri(ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP yang mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti dan mengistiharkan menjadi ADUN bebas.

Keputusan untuk berpaling tadah itu diumumkan pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di Subang, tengah hari kelmarin. Keshvinder memberitahu wartawan yang surat perletakan jawatannya juga telah diserahkan kepada setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng, pagi kelmarin. Dengan ini saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Saya menyanggah semua kenyataan Keshvinder dengan alasan-alasan beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada DAP yang sengaja diada-adakan demi untuk menghalalkan pengkhianatan beliau terhadap Parti DAP dan pengundi Malim Nawar yang diwakilinya.

2. Alasan-alansan yang disebutkan oleh beliau adalah sangat bercelaru dan tidak konsisten dengan realiti yang berlaku terhadap dirinya sendiri. Beliau saya lihat semacam sangat menggelabah semasa mengeluarkan kenyataan kelmarin dengan cuma membaca kenyataan bertulis.

3. Alasan beliau kononnya kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat adalah tuduhan yang berat dan tidak berasas.

Saya mengesahkan bahawa sejak Pakatan Rakyat berkuasa di Perak pada 8 Mac 2008 sehingga berlaku rampasan kuasa dan dalam era Kuasa Pakatan Rakyat dinafikan, Semua Pusat Khidmat ADUN PR berfungsi seperti biasa dengan pengawasan dari Pakatan Rakyat negeri dan parti yang diwakili masing-masing . Semua ADUN PR tidak pernah mengabaikan tanggung jawab yang dimanahkan sehinggalah kesaat ini. Alasan terlalu banyak berpolitik bagi sebuah parti politik adalah alasan kebudak-budakan .

4.Khesvinder juga mendakwa keputusannya dibuat setelah membuat pengamatan selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan BN di peringkat negeri dan pusat serta yakin dengan keupayaan serta pembaharuan yang telah dibawa oleh kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Perak.Selain itu katanya apa yang dilakukan demi kepentingan rakyat, khususnya di kerusi Malim Nawar dan berpendapat hanya BN yang boleh membangunkan kawasan luar bandar itu.

Alasan-alasan diatas adalah tindakan beliau "menjliat ludahnya sendiri" sedarkah beliau apa yang pernah beliau lakukan bersama Pakatan Rakyat semasa dia juga anggota kerajaan semasa PR berkuasa di Perak, banyak dasar-dasar yang dilakukan oleh PR adalah dalam bentuk kebajikan dan membela nasib rakyat yang gagal diselesaikan oleh BN selama 50 tahu, Pemberiaan geran kekal kepada rakyat berbilang bangsa di Kampung Tersusun dan Kampung Baru adalah satu bukti yang jelas Pakatan Rakyat lebih baik dari BN. Alasan Hanya BN yang mampu membangun kawasan luar bandar adalah alasan yang salah yang sengaja direka untuk menghalalkan tindakan jahat beliau itu.

5.Kenyataan Khesvinder yang menyedari betapa serius masalah di kawasannya selepas berkhidmat selepas rampasan kuasa pada Februari 2009 dan baru tahu ada masalah kemiskinan tegar yang perlu diselesaikan , Adalah bukti bahawa beliau lah yang ada masalah. Saya tidak tahu apa yang dia lakukan sejak dia menjadi ADUN sehingga rampasan kuasa sehingga baru tahu ada orang susah dikawasannya selepas BN merampas kuasa.

6. Harapan Keshvinder supaya kerajaan BN akan membekalkan bantuan bagi membolehkannya membantu pengundi di kawasannya adalah sudah terlambat. Sesudah 2 tahun lebih menjadi ADUN baru dia mahu berlagak menjadi wakil rakyat di DUN yang dimenanginya. Sebelum ini dia "tidur" sahaja.

Selain itu saya mempertikaikan peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 75,000 yang masih berbaki untuk tahun 2008 yang disalurkan melalui pejabat Daerah dan dikendalikan kelulusannya oleh ADUN semasa Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan di Perak. Kemanakah dia menyalurkan bantuan tersebut dan banyak lagi bantuan lain yang diturunkan melalui pejabatnya.

7.Alasan DAP kebangsaan dan negeri gagal membantunya menghulurkan bantuan kepada rakyat dan tidak boleh berbuat apa-apa sebagai ADUN pembangkang serta mendakwa selama ini beliau menggunakan dana sendiri untuk membantu penduduk di Malim Nawar.Adalah tindakan membuka pekung didada yang mengambarkan Khesvinder memang seorang yang tidak layak menjadi seorang ADUN. Mengukit pemberian peribadi untuk rakyat dan memnyalahkan parti dan orang lain hanyalah alasan yang dangkal bagi melindungi pengkhianatan yang dia lakukan kepada parti dan rakyatnya.

8.Tindakan beliau menafikan bahawa dia ditawarkan ganjaran bagi meninggalkan DAP dan mencabar mereka yang membidasnya memeriksa buku akaun banknya dan kenyatannnya yang berkata beliau juga tidak didatangi oleh mana-mana ahli BN serta dia bersih adalah kenyataan yang bercanggah dengan tindakan nya bersama saya ke Pejabat SPRM Ipoh pada 25 Februari 2009.

Keshvinder membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.
Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM pada hari itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

9. Dengan ini saya menegaskan bahawa tindakan Khesvinder tidak membawa masalah kepada Pakatan Rakyat. Sebenarnya yang mendapat masalah ialah BN Perak yang mesti melayan apa saja kemahuan yang diperlukan oleh "Katak" tersebut. BN Perak yang bergolak dengan sikap iri hati pihak tertentu apabila 3 ADUN bebas sebelum ini dilayan dengan melampau akan terus benasalah.

Kehadiran Khesvinder tentu akan membawa tuah kepada dirinya sendiri yang sudah lama berangan-angan dengan tawaran BN sepeti yang dia sendiri laporkan ke SPRM.

10. Pakatan Rakyat Perak terus utuh dengan gabungan yang mantap serta kesefahaman yang terus kami jalin terus bagi memastikan segala gerak kerja yang selama ini dirancang bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya akan datang diterus dan ditingkat dari masa ke semasa.

11. Sehubungan dengan itu saya meminta semua ahli parti, penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya terus bertenang dan melakukan tindakan di dalam batas undang-undang yang sedia ada. Saya yakin kepimpinan dalam semua komponen Pakatan Rakyat Perak akan terus mengembelingkan tenaga bagi memastikan kuasa rakyat yang dirampas dikembalikan di Perak.

KENYATAAN MEDIA : 16 Jun 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Setiausaha Sekretariat PR Perak.

Tuesday, June 15, 2010

Takziah buat keluarga Ustaz Hassan Shukri


PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Al Fadhil Ustaz Hassan Shukri ( Mantan Timbalan Presiden PAS Pusat)
diatas pemergiannya kerahmatullah.

Sesungguhnya bagi PAS Perak pemergian Al Marhum adalah satu kehilangan besar buat PAS . Beliau merupakan individu yang telah mewakafkan
dirinya untuk perjuangan Islam semenjak dari usia mudanya lagi.

PAS Perak melihat, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi PAS, tetapi Almarhum telah berjaya
membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Ustaz Hassan Sukri dalam kenangan


Azamin Amin

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Namanya cukup tersohor dan hebat di mata kawan dan lawan. malah ketika negara dilanda krisis, Tun Razak sendiri menghubunginya setiap
hari. Sehari kadang-kadang sampai dua kali! Kini nama Hassan Shukri yang selalu meniti di bibir pejuang dan penyokong PAS selama
ini agak kelam dan menyepi. entah mengapa, bekas Timbalan Presiden PAS yang juga antara pejuang terawal parti tertua di malaysia ini
umpama membawa diri. Namun rajuknya tidak ke mana kerana batang tubuhnya masih sebati dengan perjuangan ini.

Hassan Shukri yang dipanggil ‘ustaz’ masih dekat di hati kebanyakan ahli PAS malah kelibat beliau sering kelihatan, sekiranya ada acara rasmi dan majlis ilmu yang dianjurkan di markas PAS Taman melewar, Gombak. Kadang-kadang tanpa segan, beliau menebas dan mencangkul di depan markas walaupun para pemimpin dan ahli PAS sedang menyertai aktiviti di situ.

Baginya kerja-kerja kebun dan kampung sudah berakar umbi dalam dirinya apatah lagi kediaman dan lamannya pula bersebelahan markas itu. Markas yang dahulunya dikenali sebagai Pejabat Agung PAS dan Pusat Tarbiyah sebelum berpindah ke Jalan Raja laut Kuala lumpur, begitu sinonim
dengan Hassan Shukri.

Masakan tidak idea penubuhan markas itu, datang dari hati nurani ikhlasnya. Bermula dengan modal Rm20,000, beliau membeli sebidang tanah di situ, sebagai tapak awal untuk membina markas.

Kemudian beliau berbincang pula dengan Yang Dipertua PAS, Allahyarham Yusuf Rawa, Pesuruhjaya PAS Perlis, ustaz Hashim Jasin dan ustaz Nakhaei untuk mereka samasama membeli tanah dengan harga sekitar Rm26,000 bagi meluaskan kawasan markas sekitar tahun 1982. Selain menerima sumbangan wang, markas itu turut didirikan secara bergotong royong pada peringkat awalnya.

Kemudian dengan kebijaksanaan Hassan, beliau mengarahkan setiap satu cawangan PAS menyiapkan satu tiang bangunan tanpa menggunakan jengkaut untuk menggali lubang tapak asas.

Semenjak itu, markas PAS Taman melewar telah menjadi tempat persinggahan atau bermalam paling murah di Kuala lumpur kepada orang ramai yang mahu melancong atau berurusan di ibu kota malah hari minggu atau cuti sekolah, banyak bas persiaran serta bas sekolah singgah dan memenuhi laman markas itu.

Lebih menarik, ia menjadi persinggahan paling penting kepada rombongan haji sebelum melapor diri di lapangan Antarabangsa Subang sebelum wujudnya KlIA dan Pusat Transit Tabung Haji Kelana Jaya.

Cetusan idea Hassan itu kemudiannya menjadi buah mulut orang dan menjadikan PAS terkenal di setiap pelosok negara. Hassan dikenali sebagai tokoh yang membangunkan markas PAS dan ramai yang tidak tahu, beliau adalah individu penting di sebalik perlembagaan PAS dan merupakan “buku undang-undang PAS” yang masih hidup serta sentiasa menjadi rujukan.

Menceritakan kisah penyertaannya secara tidak rasmi dengan PAS sewaktu berusia 14 tahun pada 1951; Hassan memberitahu tindakannya itu didorong oleh satu peristiwa unik yang mencetuskan semangatnya untuk mendekati PAS.

“Sebabnya ialah loteri kebajikan yang saya terima daripada guru saya dan saya bawa pulang ke rumah.

“Akhirnya saya dimarahi dan dihamun oleh ayah saya...disebabkan itu, saya mula berjinak-jinak dengan mengikuti aktiviti PAS di kampung dan mula menyertai secara aktif pada tahun 1951,” ujarnya penuh semangat.

Hassan yang memegang nombor keahlian PAS 12,016 itu kemudiannya diberi peluang untuk bertanding di kawasan Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum tahun 1969.

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah usaha memujuk, mengugut, ancaman dan merasuah beliau untuk tidak bertanding, namun ditolak mentah-mentah Hassan dengan memberi kata dua yang cukup meninggalkan bekas kepada pencabar dan lawan politiknya. “Saya katakan kepada mereka, kalau nak masukkan guni, cubalah...!” katanya tegas laksana pahlawan yang bermaksud seolah-olah ‘jangan mencari pasal’ dengan beliau.

Beliau turut mengimbau kembali kejadian ceramahnya di Sabak Bernam didatangi oleh beberapa orang berketurunan Jawa Penegoro sambil
menghayunkan senjata parang.

Kebetulan kawannya, Hassan Adli boleh berbahasa Jawa, maka orang-orang yang berparang itu akhirnya “ditumpaskan” hanya melalui kata-kata berbisa.

Hassan juga menceritakan bagaimana musuh politiknya berusaha menjatuhkan maruah dan nama baiknya dengan cuba memerangkap beliau dengan dua orang wanita yang tidak dikenali di Kampung Parit, Sabak Bernam. Dengan kecekapan perisik-perisik PAS, beliau dinasihatkan untuk tidak memberhentikan keretanya suatu malam apabila diminta
oleh dua wanita terbabit.

“malam itu di tepi jalan berhutan, sudah siap kamera dan beberapa jurugambar mahu memerangkap jika saya memberhentikan kereta untuk ditumpangi oleh dua wanita itu,” katanya sambil menasihati bahawa insiden dan taktik musuh itu masih diguna pakai sehingga sekarang.

Oleh sebab itulah, setiap kali bermesyuarat di Pejabat Agung PAS Pusat di Jalan Raja laut, berdekatan lorong Haji Taib itu, Hassan tidak pernah menggunakan jalan belakang bangunan PAS itu, kerana bimbang ‘diperangkap’ oleh kamera-kamera musuh yang cuba mengaitkannya dengan
penghuni atau pekerja seks lorong hitam itu.

“Saya selalu menasihati beberapa pimpinan PAS untuk berhati-hati berjalan di lorong belakang itu bagi mengelakkan fitnah dan dimanipulasi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab,” katanya tersenyum.

Setelah tewas dalam pilihan raya itu, beliau kemudiannya menunaikan haji di makkah dan kisah perjalanannya menuju tanah suci itu, penuh liku-liku dan peristiwa indah yang tidak upaya diluahkan memandangkan masa yang terbatas. memadai katanya, perjalanan itu memakan masa 6 bulan
3 hari!

“Dari Pulau Pinang naik kapal laut. Sampai di madras, kami terus menggunakan jalan darat untuk ke makkah. “Dalam perjalanan ke sana, saya sempat menubuhkan Persatuan melayu Iraq di Baghdad dan setelah menunaikan haji, saya mengahwini isteri tercinta dan dikurniakan 6 orang anak,” katanya bangga dengan pencapaian anak-anaknya itu, meskipun beliau bukanlah seorang yang berharta.

Semasa beliau penuh aktif dalam PAS, Hassan pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung PAS di bawah tiga orang Presiden PAS iaitu Datuk Asri muda, ustaz Yusof Rawa dan Almarhum Datuk Fadhil Noor. Beliau merakamkan semula detik-detik manis selama berada dalam perjuangan
PAS ini sambil menceritakan beberapa kisah mencuit hati yang tidak dapat dilupakannnya.

Antaranya, beliau terpaksa mengendong atau mengangkut pembesar suara (speaker) sejauh empat batu menggunakan basikal, manakala ada perwakilan yang jatuh ke gaung dalam perjalanan ke muktamar PAS tapi tidak mengalami kecederaan.

“Saya pernah merasa pengalaman tidur di Balai Raya Datuk Keramat. Ahli-ahli di situ menyediakan segala kelengkapan seperti bantal, tilam dan selimut untuk para perwakilan dan ahli PAS yang menyertai muktamar ketika itu,” katanya lagi.

Pada sekitar tahun 50-an, muktamar pada ketika itu, nama awalnya lebih dikenali sebagai kongres dan ditukarkan supaya ia tidak menyamai dengan parti-parti lain pada masa itu.

Bezanya dahulu, apabila muktamar berlangsung, semua perwakilan dan ahli-ahli yang datang menumpang teduh di merata-rata sekitar madrasah, pondokpondok agama, balai raya berhampiran dan juga rumah-rumah ahli yang secara sukarela menjadikan rumah mereka sebagai tempat tumpangan.

Beliau dalam masa sama menasihati supaya pemimpin dan ahli melahirkan semangat persatuan dan berpasukan di samping kerjasama yang mantapdan ada peningkatan dalam soal pemikiran dan kerja di semua peringkat.

“Apa jua kekuatan adalah kesatuan dan sahabatsahabat (ahli-ahli PAS) kena tahu ‘style’. Kena faham cara orang kampung bekerja berbeza dan tidak sama dengan orang Shah Alam (bandar) bekerja. “Tulis khutbah pun kena beza. Takkan nak baca yang sama. Begitu juga pendekatan, ada
yang berhemah, tegas dan adakalanya secara berseloroh,” katanya lagi.

Beliau menasihati pemimpin PAS atasan atau pertengahan, mesti mengetahui serba sedikit suasana dan keadaan masyarakat di malaysia dan
menambah di Nusantara terdapat 6,832 suku seperti Jawa, mandeling, Banjar dan lain-lain yang berjaya disatukan melalui Islam.

“Jangan lupa turun padang dan dekati orang bawahan akar umbi ini. mereka ini kita sapa dan senyum cukup besar hati dah...” kata Hassan yang juga bekas Senator. Selain itu, Hassan sebagai orang lama dalam PAS menyarankan segala masalah atau perselisihan pendapat antara pimpinan-pimpinan PAS disuarakan melalui syura atau mesyuarat dan perbincangan agar ia tidak dipergunakan oleh musuh untuk melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Dengan cara itu tidaklah keluar kenyatan yang bercanggah. Kenapa media memainkan isu tertentu, supaya orang Cina dan India berhenti menyokong PAS...itu saja. Jadi jangan biarkan kita terdedah dengan perkara macam itu,” katanya ketika diminta pandangan berhubung isu-isu
semasa.

“malah masuk PAS bukan kerana ikut orang, kalau ikut orang, sudah lama PAS ini terkubur. Sertai dan sokong PAS sebab hendakkan kepada Islam.

“Kita sudah lama tarbiyah ahli-ahli PAS bahawa jangan memuja pemimpin tetapi menjunjung perjuangan Islam,” kata bekas Timbalan Presiden PAS itu yang turut merujuk beberapa kepimpinan yang keluar parti itu seperti Datuk Asri muda dan Haji Ahmad Fuad yang tidak sedikit pun menjejaskan PAS sehingga kini.

Kini Hassan masih menyumbang buah fikiran dan pandangannya kepada PAS sebagai Ahli majlis Syura. Beliau juga masih lagi menyampaikan kuliahnya di Sabak Bernam serta memenuhi pelbagai jemputan majlis-majlis agama dan ceramah.

Walaupun usia telah menjangkau 70-an, Hassan masih kelihatan gagah dan berupaya mengingati satu persatu sejarahnya bersama PAS. Wawancara yang berlangsung hampir dua jam itu terasa begitu singkat, memandangkan kepetahan dan nada selorohnya, membuatkan penulis terpegun dan
asyik dengan kisah lamanya.

“Tulislah dan saya suka bila orang mahu tahu sejarah saya dan PAS. “Bukan apa, setelah saya tiada nanti, apa yang anda tulis itu akan jadi satu dokumentasi sejarah,” katanya tersenyum semula.

Mengakhiri perbualan yang “berlangsung” di kediamannya sendiri Jumaat, 2 Oktober lalu, Hassan sempat menyuntik semangat kepada ahli-ahli PAS seluruh negara supaya sentiasa mengukuhkan perjuangan dan menolak sama sekali fikiran jumud bahawa jika bersama PAS, mereka akan menemui kesukaran dan kepayahan hidup.

“Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

“Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...,” katanya sambil mencebiskan nasihat kepada pemimpin agar sentiasa merapatkan saf antara satu sama lain termasuk dengan golongan bawahan supaya parti
akan terus kukuh, disegani dan bertambah kuat di masa mendatang.

Bukti orang bukan Islam sokongan PAS


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI

IPOH, 14 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam kenyataan medianya hari ini menyatakan bahawa komitmen PAS untuk menegakkan keadilan adalah satu agenda utama yang tidak pernah padam dalam prinsip perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya lagi.

Menurut beliau, hanya dengan meletakkan prinsip keadilan yang di bawa oleh Islam dalam segala sudut kehidupan maka segala permasalahan yang timbul di dunia ini akan dapat diselesaikan.

Beliau juga menyatakan dengan terbentuknya Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai salah satu sayap penting perjuangan PAS, perkara ini menunjukkan bahawa orang-orang bukan Islam menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi kepada PAS bagi membawa keadilan untuk seluruh rakyat di Malaysia, hal ini kerana orang bukan Islam kini jelas bahawa Islam yang yang diperjuangkan PAS adalah satu perjuangan yang
mulia ,bersih, adil lagi berakhlak .

Beliau menambah lagi, PAS kini sudah bersedia bagi menggantikan UMNO sebagai parti melayu yang meninggalkan ajaran Islam, bagi beliau UMNO masih lagi mengekalkan ketidakadilan dalam segala sudut perjuangannya samada dalam bidang, social, politik, pemerintahan, ekonomi dan sebagainya.

Justeru itu, PAS kini dilihat sebagai Parti yang terbaik untuk menggantikan UMNO yang hampir 53 tahun memerintah Negara, namun sehingga kini UMNO masih tidak dapat membawa prinsip keadilan kepada orang melayu dan bukan melayu dalam agenda perjuangan mereka jelas beliau.

Beliau juga yakin bahawa PAS mampu memimpin rakyat dalam membentuk gelombang keadilan yang telah ditawarkan Islam sejak sekian lama bagi merealisasikan sebuah masyarakat yang adil dan harmoni bagi mendapat kerahmatan dari ALLAH SWT.

Wednesday, June 9, 2010

Zambry tiru Nizar


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat usaha pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bagi meraih hati rakyat dengan melaksanakan juga pemberian air percuma diliihat sebagai tindakan terdesak dengan mengambil teladan kepimpinan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin semasa menjadi Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak yang lalu sebelum rampasan kuasa daripada Barisan Nasional (BN).
 
Walaupun Datuk Seri Zambry tidak pernah mengakuinya namun keputusan tersebut memberi penegasan bahawa langkah yang pernah dilaksanakan oleh Datuk Seri Nizar dahulu adalah pendekatan terbaik dengan berlandaskan negeri berkebajikan kepada rakyat. Pada hakikatnya perkara ini tidak pernah dilaksanakan selama mana pemerintahan BN sejak lebih 50 tahun dahulu sebelum PR mengambilalih kerajaan negeri. Sudah tentu langkah yang pernah PR laksanakan menjadi ikutan BN oleh Datuk Seri Zambry sekarang.
 
Justeru itu, DPPN Pk sangat yakin jika PR sekali lagi diberikan peluang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 nanti, pasti makin banyak lagi kaedah yang menguntungkan rakyat bakal dilaksanakan bagi memastikan rakyat selesa di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR kelak.
 
 
MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, June 3, 2010

Najib nafi hak rakyat?


Dua hari lepas PM 1Malaysia telah mengumumkan sedikit rombakan kabinet seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak. Namun pengumuman Najib bagi saya ternyata tidak menggembirakan banyak pihak apabila dari 9 orang yang dilantik itu, lima dari mereka adalah senator dan hanya dua anggota parlimen dilantik sebagai timbalan menteri persekutuan yang baru.

Paling tidak menggembirakan lagi apabila 3 ahli parlimen Umno yang digugurkan tetapi tidak mendapat liputan yang meluas, dan semacam ingin disembunyikan. Mereka yang digugurkan itu ialah Datuk Hamzah Zainuddin,Datuk Johari Baharum dan Datuk Razali Ibrahim.

Berhubung dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan :-

1. Tindakan Najib menambah koleksi Menteri dan timbalan menteri dikalangan bukan Ahli Parlimen iaitu senator yang dilantik adalah bukti nyata bahawa beliau telah menafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat yang sepatutunya didahulukan dalam memilih mereka sebagai anggota kabinetnya.

2. Perkara serupa juga dilakukan oleh beliau apabila mengepalai kudeta di Perak dengan menafikan hak rakyat memilih dan menentukan kerajaan negeri tetapi dinafikan dengan menculik dan membeli wakil rakyat. Keharmonian hidup bermasyarakat dan berpolitik di Perak sesungguhnya telah dirosakkan oleh tindakan kudeta itu.

3. Realitinya jelas sekali bahawa Najib telah membuktikan sikapnya menafikan hak rakyat yang memilih dan menetukan mereka yang dipilih itu membentuk kerajaan. namun apabila Najib mencipta sejarah baru dengan melantik terlalu ramai senator sebagai anggota kabinetnya, sebenarnya menggambarkan kelemahan kerajaan yang bukan mewakili rakyat tetapi mewakil dirinya sendiri.

4. Najib ternyata menafikan orang yang berkelayakan dalam partinya sendiri . Bayangkan ketika Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau sudah tidak diiktiraf dengan tidak dilantik sebagai Menteri sebagaimana biasanya, namun Timbalan ketua pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Muar juga digugurkan dalam rombakan terbaru Najib.

5. Paling malang apabila semua tiga yang digugurkan adalah dari UMNO dan tidak diganti dengan pemimpin UMNO. Najib ternyata mengadai prinsipnya demi untuk mengambil hati bangsa lain tetapi bagi saya tindakannya sudah terlambat dan sudah di penghujung senja.

6. Oleh itu saya mengesyorkan kepada semua Ahli parlimen UMNO dan pemimpin UMNO disemua peringkat dengan berani membuat bantahan di atas tindakan Najib yang menafikan hak rakyat khususnya dikalangan penyokong UMNO yang telah memilih wakil rakyat untuk mewakili partinya namun tidak dipilih menjadi anggota kabinet..

7. Begitu juga Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat mestilah membuat bantahan kerana tindakan menafikan hak rakyat tersebut bertentangan dengan semangat demokrasi yang sedia ada.

KENYATAAN MEDIA, 3 Jun 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua penerangan PAS Perak/
Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.