Saturday, July 31, 2010

SUK Perak agen Umno?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan keputusan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim yang menolak permohonan DPPN Pk dan juga rakyat bagi mengikuti persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini yang dilihat sebagai berpihak kepartian.

Sepatutnya ruang demokrasi ini dibuka seluas-luasnya sebagai menghormati keluhuran Perlembagaan dan Undang-Undang yang menjadi asas kerukunan rakyat di Negara ini. Kenapa perlu takut akan apa yang akan berlaku semasa sidang DUN Perak ini nanti? Negara kita ada Undang-Undang, jika bersalah kenapa tidak dihadapkan ke Mahkamah dan didakwa?

Kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Sepatutnya Datuk Seri Rahman sebagai penjawat awam wajar menjalankan tugas secara profesional tanpa memihak dan tunduk pada mana-mana tekanan. DPPN Pk kesal dengan sikap Datuk Seri Rahman yang gagal menjalankan tugas secara telus dan objektif dengan menafikan hak rakyat bagi mengikuti sidang DUN tersebut.

DPPN Pk menganggap keputusan ini sebagai satu lagi rentetan sejarah hitam sepanjang kemelut rampasan kuasa yang masih tiada kesudahan. Barisan Nasional (BN) tidak perlu merasa takut untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat (PR) secara demokratik dan terhormat. Ini sahaja ruang yang rakyat ingin melihat masalah dan kebajikan mereka selama ini diberikan perhatian yang serius oleh mana-mana pihak yang berwajib tanpa salahguna kuasa yang selama ini merosakkan Negeri dan Negara kita.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Friday, July 30, 2010

Harussani kena satukan mufti dahulu


Drs. Khalil Idham Lim

Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa PAS tidak memerlukan sebarang orang tengah termasuk mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria untuk berbincang mewujudkan perpaduan dengan Umno, bagi saya merupakan penjelasan yang "terang lagi bersuluh" mengenai isu yang hangat diperkatakan sejak lebih seminggu lepas.

Nik Aziz juga dipetik sebagai berkata, jika perpaduan antara dua parti itu mahu diwujudkan, perbincangan mesti dilakukan secara terus antara presiden kedua-dua parti berkenaan. Tawaran Harussani untuk menjadi orang tengah membentuk perpaduan antara dua parti terbabit dilihat adalah satu kesilapan kerana tidak memahami politik.

Kerana itu saya mencadangkan dan memberi tugas baru kepada Harussani untuk satukan dahulu mufti-mufti yang ada di setiap negeri di Malaysia. Nampaknya sejak dahulu 14 orang mufti yang ada di Malaysia tidak pernah bersatu. Terakhir perselisihan pendapat mengenai ESQ Leadership Training Center yang menjadi perbahasan dan pertikaian.

Mufti Wilayah telah mewartakan fatwa pada 17 Jun lalu yang menyatakan bahawa program latihan tersebut sebagai haram, sedangkan Harussani dan mufti yang lain mengatakan tidak bercanggah dengan Islam.

Harussani di usia senjanya sebagai Mufti negeri Perak yang saya anggap diberikan pelbagai ujian oleh Allah khususnya berdepan dengan kemelut rampasan kuasa oleh BN yang menafikan kuasa rakyat di Perak. Kerana itu Harussani boleh kekal sebagai seorang yang dihormati seperti satu masa dulu kalau dia tidak memihak.

Apalagi tindakannya berbohong dalam kes pertemuannya dengan Hassan Ali menambahkan rasa tidak hormat kepadanya. Tindakan nya memihak dan membenarkan dalam apa saja tindakan UMNO jelas menunjukkan tidak matang beliau untuk mengurus kerusi mufti yang disandangnnya.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini beliau mula merungut ada yang menamakannya dengan panggilan yang bukan-bukan yang tidak berminat saya ulangi disini. Tetapi isu sebenarnya kenapa sehingga sudah hilang hormat kepada namanya walaupun masih bergelar mufti ?.

Rasanya tidaklah sanggup penulis blog tersebut yang sanggup berkata dengan bahasa yang sesuai dengan tindakan Harussani sendiri. Bukan dengan tujuan menyokong bahasa yang dikeluarkan itu namun rasanya itulah nasib kepada perbuatan yang dilakukannya sendiri.

Bayangkan semasa beliau berceramah di hadapan pelajar Malaysia di Adelaide Australia, bila ditanya hukum lompat parti, jawab Harussani tidak kena-mengena dengan hukum Islam, asalkan jangan sesekali melompat ke parti syaitan sebab itu tidak dibenarkan oleh Islam . Harussani berkata hukum bertukar parti tidak ada di dalam syarak, ikut sukalah mahu menukar parti apa sekalipun.

Katanya lagi sejak dahulu sudah banyak berlaku peristiwa lompat parti, dan dia menyatakan ikut sukalah pada sesiapa sahaja untuk melompat masuk parti apa-apa sekalipun disamping dia hairan mengapa sekarang ini tiba-tiba sahaja baru timbul hukum haram lompat parti tersebut sedangkan selama ini tidak apa.

Demikianlah jawapan mudah dari Harussani untuk mengharuskan dan menghalalkan tindakan BN merampas kuasa di Perak. Kalaulah mencuri seekor ayam ada hukumnya, rupanya mencuri mandat rakyat di Perak tidak ada hukum. Sepertilah yang beliau anggap amanah di Malaysia tidak boleh mendedahkan siapa jumpanya, namun di Adelaide dia dedahkan kepada pelajar disana.

Itulah Harussani yang tidak habis-habis dengan tugas barunya sebagai penasihat agama UMNO dan selayaknya dipanggil mufti UMNO.

Kakitangan Pos Malaysia tertipu?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dimaklumkan daripada kakitangan Pos Malaysia Berhad bahawa mereka telah tertipu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa mereka dijanjikan bakal mendapat ganjaran yang tinggi sepertimana yang dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini.

Dengan kenaikan harga setem juga di lihat usaha untuk memberikan kemudahan kepada semua kakitangan Pos yang sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’. Kenaikan gaji juga sebenarnya adalah masih rendah dan tidak seperti yang diharapkan oleh warga kakitangan Pos sekarang, dengan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Bagi DPPN Pk merasa sedih dan bersimpati dengan permasalahan yang dihadapi oleh semua kakitangan Pos sekarang ini. Sepatutnya kerajaan menilai semula pemberian yang tidak munasabah tersebut yang sebenarnya menindas kakitangan Pos .

DPPN Pk berhasrat mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pos di Negeri Perak bagi membincangkan permasalahan tersebut dan usaha membantu mereka akan dibincangkan bagi mendesak kerajaan menilai semula kedudukan ganjaran yang diterima ketika ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, July 29, 2010

Polimik perpaduan Melayu


KENYATAAN AKHBAR PAS PERAK MENGENAI ISU POLIMIK PERPADUAN MELAYU DAN KATA-KATA MENGHINA MUFTI PERAK.

PAS Perak ingin menyatakan kekesalan atas sikap sebahagian kecil warga Negara ini yang terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau keatas personaliti-personaliti yang tidak digemari atas pelbagai sebab dan kepentingan. Khusus dalam kes terkini label-label melampau yang ditujukan kepada SS Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Bin Zakaria adalah dirujuk. Kami mendoakan Tan Sri Mufti bersabar dan diberikan kesejahteraan oleh Allah.

PAS Perak mengajak ummat untuk mematuhi arahan Agama dan Al Quran tentang :
i) Larangan memanggil saudara seagama dengan gelaran-gelaran yang tidak baik.
ii) Perlunya kembali kepada Al Quran – Al Sunnah jika ada pertikaian dikalangan orang-orang beriman.

Dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh Mufti Perak kami ingin memberikan beberapa saranan kepada beliau bagi menjernihkan suasana kurang baik tersebut. Juga bagi memurnikan amanah besar yang beliau tanggung kepada ummah dan Kerajaan yang beliau dipertanggungjawabkan menasihatinya.

Tidak dapat dinafikan longgarnya pegangan dan amalan beragama di kalangan orang-orang Melayu terhadap Islam samada di kalangan pemimpin tertinggi hinggalah kepada rakyat marhaen.

Indeks-indeks murtad, zina, anak luar nikah, dadah, HIV, sumbang mahram, perceraian, dedah aurat, rasuah, pengumpulan harta di kalangan elit dan keluarga pemerintah adalah berleluasa dan menjadi testimoni kepada kegagalan sistem yang ada. Sistem Negara dan pemerintah perlukan Islah menyeluruh.

Bahkan salah laku dalam elit kehakiman Negara dan agensi-agensi penting Kerajaan seperti Polis (PDRM), SPRM, SPR dan kegagalan agensi penerangan Kerajaan seperti RTM dalam memberikan contoh, hala tuju dan keadilan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama adalah perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam Negara ini – menuju Negara yang diredhai Allah.

Kecuali dalam isu murtad. Apabila rakyat tertunggu-tunggu respon dan teguran Mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin UMNO, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan & Terengganu 1999), kes perangkap sex dan rasuah oleh UMNO & SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin –pemimpin UMNO, Penggadaian kedaulatan Negara kepada Singapura dan Brunei oleh UMNO/BN. Rakyat kecewa tanpa diberikan pimpinan.

Apabila Mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat tiba-tiba sekarang Mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka. Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui Mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi UMNO.

PAS Perak dengan rasa rendah diri mengajak semua Mufti-Mufti supaya bangun menjuarai apa sahaja isu-isu ummah tanpa memihak dan rasa takut kepada sesiapa dengan nasihat-nasihat dan teguran-teguran yang profesional berdasarkan Al Quran – Al Sunnah tanpa dipengaruhi sentiment politik sempit. Jika ini dapat dilakukan kami yakin nasihat-nasihat mufti akan diterima baik oleh orang-orang Melayu dan rakyat seluruhnya. Pada ketika itu seluruh rakyat Islam dan bukan Islam pasti kagum dengan kehebatan institusi ulama dalam Islam – sekaligus menjadi agen dakwah yang berkesan.


DR. HJ. KHAIRUDDIN BIN DATO’ ABD. MALIK ( TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK)

Kenapa perlu takut dengan rakyat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) masih menunggu maklumbalas kebenaran mengikuti Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos 2010 ini daripada Bahagian Majlis DUN Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak yang telah dihantar pada 6 Julai 2010 lalu yang sehingga kini belum menerima sebarang jawapan rasmi.

DPPN Pk meyakini bahawa rakyat sepatutnya dibenarkan mengikuti Sidang DUN tersebut supaya mereka boleh menilai sendiri perkara yang dibincangkan di dalam Sidang DUN tersebut. DPPN Pk amat sedih sekiranya ada pihak tertentu yang cuba untuk menutup ruang demokrasi ini yang secara jelas dibenarkan di dalam Perlembagaan Negara demi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.

DPPN Pk percaya ruang demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara bukan sahaja perlu dipelihara dengan telus, malah mesti dilihat sebagai telus dengan dijauhkan dari sebarang penyalahgunaan yang hanya akan mengundang pandangan serong masyarakat. Sudah tentu kesedihan rakyat Negeri Perak terutamanya akan bertambah jika usaha menegakkan demokrasi tulen ini masih tidak tercapai.

Bagi DPPN Pk, Umno / Barisan Nasional (BN) mesti bersedia berdepan dengan rakyat secara telus dan berani setelah mereka berjaya mendapatkan kuasa pemerintahan melalui "pintu belakang" dan bukannya melalui saluran rakyat. Kenapa perlu takut berdepan dengan rakyat jika mereka yakin rakyat yang memberi mandat kepada PR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dahulu sudah boleh menerima mereka walaupun dengan cara pengalihan kuasa yang tidak demokratik itu.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, July 28, 2010

Kenyataan Muhyiddin mengelirukan


YB Khalil Idham Lim.

Saya sangat keliru dengan kenyataan terkini Muhyiddin Yassin di Seoul Korea yang berkata, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menurutnya, terserah kepada SPR untuk membuat keputusan berkenaan berdasarkan keadaan kewangannya.

Jelas beliau, berdasarkan pengalaman mengadakan pilihan raya umum yang lepas, penentuan hari pengundian dilakukan oleh SPR.

Satu sisi saya bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin yang mengatakan tarikh Pilihanraya dalam soal penentuan hari mengundi dilakukan oleh SPR, itupun dalam keadaan tertentu kita melihat SPR sering berat sebelah apabila mengadakan piliharaya ditempat yang dijangaka BN meneng dan untuk memepertahankan kerusinnya dalam setiap kali PRK pada hari cuti, seperti hari ahad.

Tetapi kalau tempat kerusi yang akan dipertahankan oleh PakatanRakyat ditetapkan hari mengundi pada hari kerja. Mungkin bagi menyukarkan pengundi keluar bila berkerja sekaligus menurunkan pratus keluar mengundi.

Namun meletakkan tanggung jawab sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihan raya umum diadakan serentak di seluruh negara atau berasingan bagi negeri-negeri yang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat, adalah mengelirukan.

Tidakkah hak membubarkan DUN terletak kepada Nasihat MB sesbuah negeri dan mendapat perkenan dari Sultan negeri tersebut. Berarti tidak timbul dalam hal ini SPR tidak mempunyai kuasa.

Apapun saya melihat kerajaan dan BN ingin campurtangan keatas pentadbiran negeri yang dikuasai oleh pakatan Rakyat termasuklah dalam menentukan pembubaran DUN yang terteletak kuasa mutlak kepada negeri, bukannya SPR.

Mengelirukan lagi bila dalam kenyataan Muhyiddin yang berkata sekiranya, negeri-negeri pakatan rakyat berpendapat pilihan raya berasingan perlu dilakukan jika ia diadakan dalam tempoh terdekat ini, itu adalah pandangan mereka. Namun dia tidak mengesahkan bahawa itulah sebenarnya hak negeri yang tidak boleh ditentukan oleh SPR seperti didakwa oleh Muhyiddin.

Tuesday, July 27, 2010

DHPP Perak dilancar 31 Julai ini


Johari Jaafar

IPOH, 27 Julai: PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu pertemuan di Pejabat PAS Perak pagi ini.

Program tersebut, katanya akan dirasmikan ole Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah dijangkan 500 ahi Dewan Himpunan Penyokong PAS dari seluruh Perak akan hadir pada hari itu," ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga akan diumumkan senarai Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Perak oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussein.

"Mesyuarat agung pertama DHPP Perak akan diadakan pada tahun hadapan, ahli-ahli akan memilih sendiri jawatankuasanya," jelasnya.

Beliau yakin dengan pelancaran DHPP itu, PAS negeri akan bertambah kuat dan akan berusaha keras bagi menawan kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

harakahdaily

Wednesday, July 21, 2010

PAS tidak akan masuk perangkap Umno


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI

IPOH, 21 Julai – "Ahli PAS diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan isu yang dimainkan UMNO dan Barisan Nasional."

Demikian peringaan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain di sini hari ini berhubung isu perpaduan anara PAS dan Umno.

Beliau menegaskan, isu kerjasama di antara UMNO dan PAS merupakan isu yang sudah kerap kali dimainkan oleh UMNO untuk memecahbelahkan kesatuan dalaman PAS.

Menurut beliau kerjasama PAS-UMNO sukar untuk dijayakan memandangkan keikhlasan UMNO sendiri sudah boleh dipertikaikan.

“Orang yang tidak ikhlas akan kata orang lain yang tidak ikhlas,” ujarnya.“

Isu ini adalah agenda terancang yang disusun pemimpin umno untuk memecahbelahkan kesatuan ahli PAS dan muafakat kerjasama Pakatan Rakyat, tegasnya.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengenai keikhlasan PAS untuk bekerjasama dengan UMNO.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan, UMNO cuba untuk memerangkap PAS dengan memberi gambaran yang belbagai berkenaan isu ini melalui media umno dengan tujuan untuk memecahkan kekuatan dalaman ahli PAS dan Muafakat kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat.Ustaz Abu Bakar menjelaskan situasi ini berlaku disebabkan oleh keadaan UMNO yang lemah dan tidak yakin dapat mengekalkan kuasa mereka menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

Kekuatan UMNO untuk memerintah bergantung kepada kekuatan Barisan Nasional, akan tetapi perpaduan dalam BN amat rapuh khususnya dalam komponen BN sehingga kerap kali menimbulkan pergeseran sesama mereka.

Umno juga dilihat cemburu dan Dengki dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang dilihat jauh lebih menyerlah berbanding mereka, kerana iu pemimpin pemimpin BN/Umno cuba untuk melemahkan kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat yang dilihat kerapkali menjuarai isu-isu berkaitan rakyat dan menampakkan kelemahan kerajaan pimpinan BN, katanya.

Tambahan pula, undi masyarakat bukan melayu yang dilihat semakin hilang dengan ketara amat membimbangkan mereka. jelasnya.

Isu ini imbul disebabkan untuk menutup isu-isu besar yang meranapkan negara di sudut ekonomi, reputasi dan juga keselamatan negara.

”Kita perlu melihat isu yang melibatkan lebih ramai pihak dan berskala lebih besar berbanding dengan isu survival UMNO dan bagaimana mereka hendak mengekalkan kuasa," katanya.

Menurut beliau lagi, UMNO tidak berani berbincang mengenai hal yang lebih besar kerana perkara ini jelas menunjukkan mereka gagal mentadbir negara apabila diberi kuasa.

“Kita memandang serius mengenai kenaikan harga barang, pengurangan bajet dalam sektor kerajaan dan swasta, isu rasuah dan judi yang semakin berleluasa, isu Felda, dan juga isu APCO yang telah dibawa masuk kerajaan ke dalam negara yang secara jelas dan terang menyokong Yahudi dan menjejaskan keselamatan negara”, jelas beliau

Kebimbangan terhadap isu-isu besar yang wujud disebabkan kegagalan pengurusan Datuk Seri Najib Tun Razak yang membawa gagasan 1 Malaysia.

“Ternyata 1 Malaysia telah gagal”, katanya.

Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu


Johari Jaafar

IPOH, 21 Julai: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam.

Katanya, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga tidak sewajarnya dilupakan oleh Harussani.

“Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, Umnolah penghianat sebenar kepada bangsanya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Justeru, tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga adalah sesuatu yang wajar kepada umat Islam.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani berhubung isu orang tengah untuk menyatukan PAS dan Umno yang disifatkan satu pembohongan.

Harussani mengatakan, "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya" selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

“Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam.

“Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam,” ujar Khalil.

Beliau juga mempersoalkan adakah mufti itu termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.

Sumber: Harakahdaily

Sekali lagi Harussani berbohong


Mufti Perak, Harussani Zakaria menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal. Demikian seperti satu kenyataannya yang disiarkan Malaysiakini kelmarin.

Saya merasakan suatu yang lucu berlaku kepada seorang Mufti yang nampaknya bemati-matian mempertahankan dirinya supaya jangan dikatakann berbohong. Sedangkan institusi yang dipegangnya sebenarnya sudah tidak ada pertikaian sekiranya dia bukannya berbohong. Kenyataan saya sebelum ini juga dengan jelas membuktikan dia berbohong.

Selain itu Harussani mengatakan "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.

Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam. Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?", jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam.

Mungkinkah Harussani adalah termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guang Eng adalah Ketua menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.

Tidak cukup dengan itu berapa banyakkah siri penghinaan pemimpin UMNO kepada Islam yang semacam dilupakan oleh Harussani.Tindakan UMNO yang menghapuskan tulisan jawi juga dilupakan oleh harussani. Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, UMNOlah penghianat sebenar kepada bangsanya.

Jelas tindakan harussani mempertahankan perjuangan UMNO yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga adalah satu lagi pembohongan kepada umat Islam . Dia sepatutunya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam bukannya agenda assobiyah Melayu yang sempit dam ditolak oleh Islam itu.

Kenyataan Media, 21 July 2010/

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua penenrangan PAS Perak.

Harussani berubah watak jadi agen Umno



Ekoran dari kenyataan media saya mengenai perkara yang berkaitan dengan dakwaan dari Harussani yang mendakwa bahawa terdapat pimpinan PAS yang datang bertemunya untuk membincangkan perpaduan Melayu, saya sebenarnya menerima banyak panggilan dan pertanyaan dari para rakan media dan blogger yang meminta saya mengumumkan nama tersebut, tidak kurang yang kurang berpuas hati kerana saya mengeluarkan kenyataan yang sedimikian dan nasihatkan jangan menimbulkan keraguan sesama Islam.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan kenyataan terbaru mengenai perkara itu.

1. Saya mengulangi bahawa saya tahu dengan siapa Harussani bertemu , namun saya menafikan matlamat pertemuan itu bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa oleh Harussani

2. Saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini setakat ini.

3. Adapun tujuan saya mengeluarkan kenyataan ini dan kenyataan sebelum ini adalah untuk membuktikan bahawa Harussani untuk sekian kalinya berbohong kerana dalam masalah terbaru ini dia telah melakukan pengkhianatan kepada hubungan dengan orang PAS yang bertemunya untuk tujuan perniagaan namun didakwanya bertemu untuk membincangkan soal perpaduan melayu.

4. Oleh itu mulai dari sekarang saya menasihatkan diri saya dan semua pimpinan PAS serta ahli dan penyokong PAS supaya berhati-hati bila bertemu dan bercakap dengan orang seperti Harussani, kerana ia sekarang telah berubah watak sebagai agen UMNO yang sangat bahaya dan sering memutar belit fakta demi untuk memghalakan apa saja tindakan UMNO walaupun jelas ianya mungkar dan bercanggah dengan hukum Islam.

5. Sepatutnya Harussani terlebih dahulu membetulkan UMNO yang jauh menyimpang dengan perjuangan Islam , malah merupakan parti yang telah merosakkan negara, agama dan bangsa Melayu sendiri. Usaha Harussani saya sifatkan sebagai usaha tukang pembersih tong najis yang badannya penuh berlumuran dengan najis.

6. Harussani setakat ini mengesahkan dirinya sebagai Mufti UMNO dan juru cakap UMNO dalam soal agama, sehinggakan dia telah membutakan matanya untuk kebenaran perjuangan Islam dan membenarkan apa saja yang dilakukan oleh UMNO walaupun bercanggah dengan hukum Islam termasuklah rampasan kuasa di Perak.

7. Kenyataannya mengharamkan non muslim yang merujuk kepada YB. Nga Kor Ming yang membaca Al Quran sebenarnya sangat menguris hati saya kerana itulah yang saya lalui sebelum masuk Islam. Kalau haram membaca Al Quran sebelum masuk Islam, maka apakah saya dan YB. Nga kena baca kita suci lain untuk memahami islam. Bukankah itu tandanya kedangkalan dan sempitnya pemikiran mufti UMNO ini.

8. Kerana itu saya harapkan kalau Harussani benar-benar ingin menceburkan diri dalam politik, maka bersiaplah untuk menawarkan diri untuk mewakili parti UMNO yang hampir karam itu bagi berhadapan dengan calon PAS atau PKR atau DAP dimana-mana sahaja yang difikirkan. Titi Serong pun tidak mengapa.

Kenyataan media, 21 July 2010.

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak

Monday, July 19, 2010

Mufti Perak sudah lupa


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak yakin akan personaliti Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mampu dijadikan seorang yang bersikap profesional atau adil di dalam memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu / Islam kerana beliau jelas telah di lihat berpihak dengan pendirian politiknya. Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah mana rakyat sudah mula menolaknya.

Malah DPPN Pk menolak Tan Sri Harussani kerana sikap perkauman yang terlalu tinggi dalam memperkatakan tanggungjawabnya dalam bidang tugasnya sebagai seorang Mufti. Semasa berada di luar negara terutamanya (Australia, Jun 2010), Tan Sri Harussani menanamkan sikap pembenciannya terhadap bangsa-bangsa lain dalam ceramahnya kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana. Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tidak mengajar umatnya untuk bersikap membenci agama atau bangsa lain tetapi perlu memahami dan mempelajari serta menguruskan perbezaan tersebut.

Sepatutnya Tan Sri Harussani masti bersikap neutral dengan ilmunya yang menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai juru cakap pihak-pihak tertentu. DPPN Pk yang pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani pada setahun yang lalu (3 Julai 2009) dan telah menegaskan perkara tersebut. DPPN Pk akan terus membantah usaha penyatuan ini yang jelas tidak berteraskan Islam dan menafikan tuntutan Perlembagaan Malaysia yang telah diterima oleh semua kaum di dalam negara kita.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Kembalikan hak rakyat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat yakin dengan komitmen semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak termasuk ADUN Bebas untuk menyuarakan tuntutan rakyat di dalam Persidangan DUN Perak pada 3 Ogos ini. Komitmen ini sangat penting bagi ADUN menyuarakan pelbagai isu dasar dan permasalahan rakyat yang perlu menjadi agenda utama DUN pada kali ini.

Justeru, DPPN Pk amat berharap agar tiada gangguan lagi dari mana-mana pihak pada Sidang DUN pada 3 Ogos ini. DPPN Pk merasakan semua pihak patut menjalankan tugas mereka secara profesional dan adil. DPPN Pk juga berharap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghormati semua ADUN di dalam memastikan Persidangan DUN kali ini tidak diganggu serta mengikut lunas Undang-Undang.

DPPN Pk juga berharap Sidang DUN pada kali ini dipanjangkan kerana pelbagai isu rakyat perlu disuarakan. Antara perkara yang sentiasa timbul adalah hak rakyat dinafikan oleh kerajaan negeri. Isu-isu seperti tuntutan pampasan KTMB di Kuala Sepetang, kes pembalakan haram yang meningkat, kerakusan pembinaan yang membunuh alam sekitar dan banyak lagi temasuk keadaan kewangan negeri yang membimbangkan.

DPPN Pk yang telah menghantar permohonan bagi mengikuti Sidang DUN kali ini mengharapkan agar kami diberikan keizinan bagi melihat sendiri perjalanan DUN Perak pada kali ini. Sekiranya tidak diberikan keizinan, memang benarlah bahawa DUN Perak tidak lagi berfungsi sepertimana yang didakwa selama ini.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Harussani kena bimbing pemimpin Umno dulu


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
IPOH: Kesediaan Mufti Perak untuk menyatukan PAS dan UMNO merupakan satu tindakan yang dapat diumpamakan seperti ayam berkokok berdegar-degar, najis terpalit di badan sendiri.

Tindakan mufti perak tersebut, Ustaz Abu Bakar Hussain mengatakan, sebagai orang yang memahami agama di dalam UMNO, beliau sepatutnya terlebih dahulu berusaha menyelamatkan pegangan agama Islam pemimpin-pemimpin umno yang dilihat telah menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar kerana mereka berpegang kepada fahaman sekular.

Selain itu Ustaz Abu Bakar Hussain juga menyarankan supaya mufti Perak menyatukan perpecahan teruk yang berlaku di dalam UMNO dan Barisan Nasional pada waktu kini.

Beliau mengatakan demikian dengan merujuk kepada beberapa kes sebelum ini seperti di Selangor dan juga di Terengganu yang sehingga kini masih lagi belum selesai. “Kita melihat perpecahan dalaman UMNO yang sangat ketara membahayakan perpaduan rakyat di negara ini.

Memetik ucapan beliau ” Pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional kini dilihat sebagai agen penyebar api perkauman yang semakin marak dan gagal mewujudkan sebarang perpaduan dikalangan rakyat Malaysia ”, sambil menceritakan perihal kerajaan BN yang dilihat mendiamkan diri ketika PERKASA terus menerus mewujudkan pergeseran antara kaum.

Beliau berkata, Dato’ Seri Harussani Zakaria tidak perlu menyatukan PAS kerana dalam hal ini, PAS sememangnya telah bersatu atas dasar Islam.

Semenjak dari awal kewujudan, PAS telah berjuang untuk menyatukan masyarakat Melayu di negara ini yang secara umumnya diketahui beragama Islam dan kaum lain yang berada di dalam negara.

Selain itu beliau juga menyatakan bahawa PAS amat terbuka di dalam Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menegakkan keadilan yang selari dengan ajaran Islam kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Tambahnya lagi, sebagai parti tunggal di dalam negara ini yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan, PAS membuktikan bahawa semua parti dan kaum dapat bersatu bersama dengan PAS kerana PAS bukanlah parti perkauman seperti UMNO bahkan lebih terbuka dan berjiwa negarawan berbanding dengan UMNO yang dilihat berfikiran tertutup kerana dalam setiap tindakan mereka, tujuannya hanyalah untuk memastikan kaum lain tunduk di bawah pimpinan UMNO yang menerajui Barisan Nasional.

Sunday, July 18, 2010

Saya tahu siapa jumpa Harussani - YB Idhamlim


Drs. Khalil Idham Lim

Berikutan dengan kenyataan Mufri Perak, Tan Sri Harussani yang berkata terdapat pemimpin PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan PAS dan UMNO

Harussani Zakaria dikatakan mahu terus menyatu padukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau .

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.

Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.

Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.

Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini.

Maklumat yang saya punya ini membuktikan sekali lagi Harussani merosakkan raputasi awam kepada dirinya kepada seorang yang memegang jawatan sebagai mufti yang sepatutnya dihormati.

Namun dia nampaknya sangat berhasrat supaya orang terus mencemuh dan membencinya dengan berulangkali berbohong seperti pernah dilakukan sebelum ini.

Friday, July 16, 2010

Gula naik: Hak rakyat dinafikan


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan pengumuman kerajaan dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen tanpa mencari punca utama kelemahan pengawalan dan terlalu tunduk dengan pihak-pihak yang tertentu bagi memastikan juga gula dinaikkan dengan harga pasaran sekarang RM1.90.

Bagi DPPN Pk yang pernah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Perak pada 27 Mei yang lalu, telah diberikan jaminan bahawa harga gula tidak akan dinaikkan.

DPPN Pk amat sedih dengan tindakan kerajaan menaikkan harga gula tanpa memberikan penjelasan yang konkrit.

DPPN Pk juga amat sedih kerana bukan sahaja harga gula telah dinaikkan tetapi kerajaan juga telah menaikkan juga 4 lagi kenaikan serentak yang menjadi keperluan rakyat.

Sudah tentu keperluan harian rakyat juga akan terus meningkat dengan suasana ekonomi yang belum pulih sekarang ini. Rakyat perlu menilai semula langkah kerajaan tersebut yang jelas membebankan banyak perkara kepada rakyat.

DPPN Pk mendesak kerajaan supaya menurunkan semula harga gula jika benar mendahulukan rakyat di dalam perkara yang penting buat rakyat.

DPPN Pk juga mendesak agar kerajaan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam memastikan hak rakyat terpelihara.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, July 15, 2010

Tuntutan pampasan kejayaan rakyat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berasa syukur setelah tuntutan penduduk kampung setinggan di Kuala Sepetang, Taiping berkaitan isu pampasan pengambilalihan tanah berjumlah RM37 juta yang dituntut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sejak sekian lama telah berjaya dan disifatkan sebagai kejayaan agenda rakyat selama ini.

Bagi DPPN Pk, kejayaan tuntutan ini membuka ruang baru setelah sejak sekian lama perjuangan tuntutan ini dikemukakan termasuk oleh kerajaan negeri semasa pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) lagi. Hak yang sepatutnya menjadi tuntutan rakyat adalah agenda yang mesti diperjuangkan oleh mana-mana kepimpinan kerajaan negeri.

DPPN Pk yang telah menyatakan sokongan terhadap tuntutan ini dengan kenyataan media pada 16 Mac 2010 dahulu telah menampakan hasilnya. Apa yang penting sekarang ini adalah kejayaan ini kejayaan bersama semua pihak yang memperjuangkannya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Umno Perak: retak menunggu belah


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengikuti laporan media berkaitan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian dalam Negeri Perak terutama yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas menunjukkan perpecahan dan diakui sendiri oleh Datuk Seri Zambry di dalam ucapan-ucapannya.
 
Perkara ini ditambah dengan sumbangan berita-berita daripada media baru iaitu daripada blogger-blogger pro Umno yang menggambarkan permasalahan tersebut. Jelas mereka cukup marah dengan gerak kerja dan usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Zambry yang dilihat keseorangan tanpa satu pasukan yang kuat.
 
Ada  juga yang mengatakan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Zambry di Perak sekarang ini sebagai ‘Kerajaan Ihsan’. Terbukti perkara tersebut berlaku berdasarkan beberapa ucapan Datuk Seri Zambry yang berdepan dengan ‘manusia tikus’ iaitu ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya. Kemelut ini menghampirkan suasana perpecahan yang menanti belah dalam Umno Perak.
 
Bagi DPPN Pk, Umno terutamanya di Perak sudah mula bercakaran sesama sendiri akibat tindakan tidak berpuas hati sesama mereka. Ibarat Umno dan Umno sedang bergaduh untuk mendapatkan kuasa sedangkan rakyat menjadi mangsa sasaran Umno bagi melepaskan geram dan balas dendam mereka apabila bergaduh. Dimanakan slogan Perjuangan mereka "Melayu Cemerlang" bahkan kapal nakhoda mereka kian tenggelam. Slogan hanya tinggal slogan segala-galanya retorika belaka.
 
Rakyat perlu sedar akan suasana ini sekarang dengan pukulan gendang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang semangkin hampir. Sudah tentu perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi melayakkan diri mereka meneraju kerajaan negeri. Yang lagi penting kedudukan orang nombor satu Umno Perak yang mungkin berubah dengan gagalnya untuk menyatu-padukan Umno Perak.
 
 
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Friday, July 9, 2010

Tingkatkan sebaran maklumat kepada rakyat


OLEH: MOHD HAFEZ SABRI

IPOH, 9 Julai, Pesuruhjaya PAS Perak mengharapkan agar Setiap ahli PAS Perak melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota penerangan yang melaksanakan tugasan menyebarkan maklumat secara aktif berkaitan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara bagi mengubah pemikiran rakyat.

Menurut beliau kegagalan petugas parti diperingkat akar umbi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutama orang Melayu di kawasan kampung menjadi punca kepada sukarnya penduduk di kawsan luar bandar mendapatkan maklumat.

“ kebanyakan penduduk kampung hanya memperolehi maklumat yang disampaikan TV dan akhbar Utusan Malaysia dan akhbar tajaan umnosahaja” ujar beliau

“ Sebab itu kita nak setiap ahli PAS berperanan sebagai penyampai maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat, khususnya dalam membongkar kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin umno bn dalam mentadbir negara,” katanya

“Contohnya kita boleh perincikan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara termasuk isu-isi terkini membabitkan pengambilan syarikat berlatar belakangkan rejim Zionis Israel, Apco yang menyediakan perkhidmatan komunikasi strategic yang dikaitkan penglibatan pemimpin Umno.” tegas beliau lagi

Selain itu beliau juga mahukan agar jentera penerangan PAS perlu mempelbagaikan kegiatan penerangan bagi memastikan setiap rakyat mendapat pendedahan isu semasa sesuai dengan latar belakang pemikiran dan budaya mereka.

“Dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat kita perlu mempelbagaikan teknik agar maklumat yang disampaikan berkesan dan dapat diterima oleh rakyat. Sebab itu pendekatan yang pelbagai teknik adalah penting dan perlu difahami,” katanya.

Thursday, July 8, 2010

Putuskan segera hubungan dengan Israel


IPOH: Berikutan serangan Rejim Israel terhadap konvoi misi kemanusiaan ke Gaza, Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) sekali lagi mendesak kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan rejim ‘pengganas’ Israel.

Pengerusinya, Mohd Hafez Sabri dalam kenyataannya menyatakan pendirian menggesa kerajaan Malaysia untuk agresif, proaktif & mengambil langkah berani untuk menangani isu serangan Israel ke atas rakyat Malaysia di perairan Gaza.

“Kami anak muda mendesak kerajaan Malaysia tidak hanya sekadar stereotaip dengan berpendirian ‘mengutuk sekeras-kerasnya’ dan ‘kami mahu kerajaan segera bertindak dalam hal ini” tegasnya.

Beliau juga menyatakan bahawa anak muda menggesa agar kerajaan Malaysia segera memutuskan hubungan dengan Israel.

“Sewajarnya Kerajaan Malaysia segera membatalkan kontrak di antara Malaysia dan International Advisory Council (APCO) yang merupakan konsultan yang mempunyai kaitan jelas dengan Israel.” ujarnya.

Beliau dalam kenyataannya menyebut bahawa hubungan Malaysia-Israel ini menunjukkan bahawa Malaysia dalam diam ‘mengangguk’ sahaja melihat siri kekejaman yang dilakukan oleh Israel.

“Hubungan ini berpotensi menjejaskan aspek keselamatan negara dan juga menjejaskan nama baik negara. Israel dengan tindakannya tempoh hari secara langsung menguatkan lagi tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap mereka.”

“Adakah Kerajaan Malaysia menanti untuk diserang baru mereka akan memutuskan hubungan dengan rejim pengganas tersebut?” soalnya.

Wednesday, July 7, 2010

Kerajaan Mesir didesak bebaskan segera Ustaz Zulkifli


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendesak agar Kerajan Mesir menjelaskan kedudukan seorang rakyat Malaysia Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria, 41, yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki penerbangan pulang ke tanah air pada 13 Jun 2010 yang lalu tanpa penjelasan kepada Kerajaan Malaysia sehingga kini.

DPPN Pk juga mendesak agar Zulkifli dibebaskan dengan segera yang sehingga kini sudah hampir tiga minggu di tahan tanpa sebarang pertuduhan. DPPN Pk memohon Wisma Putra, melalui Kementerian Luar Negara agar mengusahakan segera pembebasan Zulkifli yang kini tanpa berita daripada Kerajaan Mesir dan keadaan ini amat membimbangkan.

DPPN Pk juga berharap ahli keluarga Zulkifli bersabar dan memohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan Zulkifli yang di tahan tanpa asas yang kukuh. DPPN Pk mengharapkan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang ingin keluar negara terutama ke Negara Mesir agar berhati-hati dengan insiden yang telah berlaku ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, July 6, 2010

Untuk kepentingan Umno semata mata


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan tindakan Umno bagi meneruskan agenda untuk menguasai Masjid bertindak menyusun perlantikan Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) yang jelas telah dipolitikkan yang mana penjawat tersebut telah dianugerahkan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMP) baru-baru ini.

DPPN Pk melihat demi untuk menguasai Masjid seluruh Negeri Perak, dengan terlantiknya PPMD ini akan menguatkan lagi usaha Umno bagi memastikan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Apa yang dikesali ialah amanah untuk menjaga institusi Masjid ini dirosakkan oleh Umno setelah ianya dipolitikkan bukannya usaha menyatu-padukan Umat Islam.

Oleh yang demikian, DPPN Pk memohon perkenan Raja Dr Nazrin Shah selaku YDP MAIAMP agar menangguh semua perlantikan PPMD tersebut. DPPN Pk memohon juga agar perlantikan PPMD ini dibuat mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). DPPN Pk berharap sepatutnya isu perlantikan ini dibuat secara telus dan beramanah demi menjaga keharmonian Umat Islam seluruhnya.

Sekiranya syarat perlantikan ini tidak dapat mengikut ketetapan yang wajib, DPPN Pk berpandangan jawatan PPMD (adalah bertaraf kontrak) tidak layak untuk diwujudkan di Pejabat Agama Daerah memadai dengan tugas tersebut diserahkan kepada Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah yang telah dilantik untuk mengurus hal ehwal Islam dalam daerah seperti di negeri-negeri lain. Sekiranya ianya diwujudkan juga seolah-olah tugas PTA Daerah tidak berfungsi bahkan PPMD lebih berkuasa.

DPPN Pk juga mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) menyiasat jika perlantikan yang telah dibuat tidak mengikut prosuder yang telah ditetapkan dan juga telah berlaku penyalahgunaan kuasa di dalam melantik atau menyusun semua pelantikan PPMD tersebut.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pemuda Umno Perak pondan?


PAS/DPPN.05/2.05 6 Julai 2010 / 23 Rejab 1431


Kepada :

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
Penolong Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak,
Tingkat 5, Bangunan UMNO Perak,
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
30250 Ipoh.
(No. Fax : 05-253 0470)


Y.Bhg. Saudara;

TUDUHAN BERBOHONG

Perkara di atas adalah dirujuk.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 83)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terpanggil mengatakan persoalan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Y.Bhg. Saudara terhadap kami.

Kami merasa kesal dengan tuduhan yang telah dilemparkan Y.Bhg. Saudara yang jelas tidak membincangkan isu sebenar yang menjadi kemarahan rakyat terhadap kemulian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dakwaan Y.Bhg. Saudara mempunyai bukti daripada sebelah pihak sahaja tidak mencukupi bagi menyokong dakwaan Y.Bhg. Saudara selama ini.

Pihak kami juga mempunyai bukti dan juga saksi bagi menyokong kami di dalam menyatakan yang benar di dalam dakwaan atau tuduhan Y.Bhg. Saudara. Semua prosuder atau peraturan yang sepatutnya di patuhi dinafikan oleh beberapa Yang Berhormat. Ianya termasuk tatacara majlis DUN yang jelas melanggar peraturan DUN itu sendiri.

Kami berharap sikap ‘pondan’ atau penakut tidak ada di dalam Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak bagi mencari kebenaran sebenar. Tetapi jika Y.Bhg. Saudara tidak mengatakan yang benar, jelas bahawa segala perkara yang dibangkitkan Y.Bhg. Saudara adalah tidak benar sama sekali.

Oleh yang demikian, pihak kami bersedia bertemu dengan pihak Y.Bhg. Saudara jika benar apa yang telah dinyatakan daripada Y.Bhg. Saudara di dalam membangkitkan perkara tersebut hanya di media semata-mata.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

S.k : 1. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

2. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak

3. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

4. Fail Timbul

Thursday, July 1, 2010

"Suami saya bukan pengganas" - Puan Nurul Hidayah


MANJONG: Isteri kepada Ustaz Zulkifli ZAlaria yang ditahan oleh Kerajaan Mesir, Puan Nurul Hidayah @Icanna Lagago menyelar akhbar media perdana yang melebelkan suaminya seorang pengganas yang dikatakan terlibat dengan JI.

"Suami saya bukan pengganas, saya cokup kesal dengan tohmahan saperti itu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya 27 Jun lalu.

Menceritakan kejadian yang menimpa suaminya, beliau bersama anak dan suaminya telah pergi ke Mesir pada 15 Mei lalu atas urusan suaminya menduduki peperiksaan.

"Suami saya masuh belajar lagi iaitu Program Jarak Jauh (PJJ) untuk membuat master. kerana itu pemergian kami ke Mesir atas urusan itulah," katanya.

Beliau dan suaminya tidak ada masalah masuk ke Mesir, tidak pula ditahan, sekiranya suaminya seorang pengganas tentulah pihak berkuasa negara Mesir menahannya sewaktu sampai di negara itu, katanya.

"Ketika pemeriksaan imegresan di lapangan terbang, beliau dan anaknya lepas, tetapi suaminya ditahan untuk pemeriksaan, suami saya dibawa ke dalam bilik, tetapi ketika ditahan itu tidak pula dinyatakan apa sebabnya," jelasnya.

"Ustaz Zulkifli ditahan jam 3.00 petang, pesawat kami akan berlepas jam 4.05 petang, jam 4.00 saya hantar sms kat dia tanya dia tidak selesai lagi ke, Ustaz Zul beritahu belum buat apa apa lagi:.

Ketika hampir pesawat hendak berlepas, seorang imegresen memberitahunya, suaminya tidak boleh balik ikut sama, adah dia hendak tunggu atau balik dahulu, akhirnya beliau terpaksa menaiki pesawat untuk balik.

Beliau sempat juga menalipon pelajar Malaysia yang ditemui suaminya dahulu meminta mereka tolong tengokkan Ustaz Zulkifli yamg ditahan di lapangan terbang.

Pelajar Malaysia memberitahunya biasalah pelajar Malaysia ditahan di lapangan terbang tetapi tidak lama, lepas itu dibenarkan untuk pulang.

Beberapa pelajar Malaysia telah pergi ke Kedutaan Malaysia di Mesir memberitahu Ustaz Zulkifli ditahan dan meminta kedutaan Malaysia membantu. Setelah wakil kedutaan Malaysia pergi menemui Ustaz Zulkifli, wakil kedutaan itu memberitahu, tidak ada apa apa berlaku, Ustaz Zulkifli tidak pun disoalsiasat. kerana itu wakil kedutaan tidak tahu kenapa Istaz Zulkifli ditahan.

Hari kedua suaminya ditahan, Ustaz Zul memberitahu dia masih tidak makan lagi, saya beritahu pelajar Malaysia untuk memberitahu kedutaan Malaysia. Wakil kedutan kemudiannya membelikan makanan dan pergi ke tempat Ustaz Zulkifli ditahan. Tetapi Ustaz Zulkifli tidak ada, wakil kedutaan Ma;aysia itu [tidak tahu di mana Ustaz Zulkifli berada.

Pada hari ketiga beliau menghubungi persatuan pelajar Malayia mengenai perkara tersebut dan mereka telah membuat laporan. pihak polis Mesir memberitahu Ustaz Zulkifli ditahan untuk disoal siasat tetapi tidak memberitahu apa alasan penahanannya dan enggan memberitahu di mana lokasi suaminya berada malah tidak membenarkan berjumpa dengan Ustaz Zulkifli.

Beliau telah pergi ke Bukit Aman dan Wisma Putra mengenai perkara itu, kedua duanya memberitahu tunggu laporan dari Kerajaan Mesir.

Pada hari kesembilan suaminya ditahan, beliau bersama keluarga dengan bantuan Datuk Mahfuz Omar telah bertemu dengan Menteri Luar ingin tahu mengenai syatus penahanan suaminya.Sehinghga kini beliau tidak tahu di mana suaminya ditahan dan apa alasan penahanannya.

" Saya masih menunggu laporan kenapa suami saya ditahan begitu lama, apa sebab dia ditahan, ini satu perbuatan yang zalim menahan seseorang tanpa sebab," katanya..

Beliau berharap Kerajan Malaysia dapat bertindak membawa balik suaimya yang ditahan di Mesir.

"Sukalewan Malaysia yang ditahan oleh Kerajaan Israel boleh dibebaskan dan dibawa pulang dengan cepat, kenapa pula suami tidak boleh dibantu untuk dibawa pulang ke negara ini," katamnya.

Nurul Hidayah mempunya dua anak yang masih kecil dan beliau sendiri tidak bekerja. Sehingga ini PAS Cawangan Taman Samudra khususnya dan Dewan Muslimat banyak membantunya.

Mereka yang bersimpati kepada Puan Nurul Hidayah dan anak anaknya, bolehlah memberikan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga ini.

Sebarang bantuan kewangan bolehlah dimasukkkan ke akuan CIMB, no akuan 08170011271528 (Puan Habibah)