Wednesday, January 26, 2011

ISU BERSALAM: UMNO PERAK DIDESAK NYATAKAN PENDIRIAN


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam kedua-dua tokoh Komponen Parti Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah mempertikaikan isu salam calon PAS, Normala Sudirman di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang oleh Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga merupakan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam. Datuk Seri Chua yang juga pernah mengeluarkan kenyataaan semasa
Perayaan Hari Raya Haji (Qurban) di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakkan kedai-kedai perniagaan di tutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam di dalam Negara ini. Manakala Datuk Seri Tian Lian Hoe terus mempertikai isu tersebut yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun Negara sudah mencapai lebih 50 tahun Merdeka.

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini. Kedua-dua tokoh ini perlu memohon maaf sepertimana saranan Tan Sri Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai Agama Rasmi di dalam Negara ini. Jika Datuk Seri Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam jahil terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri PeraISU BERSALAM: APA PENDIRIAN UMNO PERAK?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam kedua-dua tokoh Komponen Parti Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang

telah mempertikaikan isu salam calon PAS, Normala Sudirman di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang

oleh Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga Ahli Parlimen

Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga merupakan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan

kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam. Datuk Seri Chua yang juga pernah mengeluarkan kenyataaan semasa

Perayaan Hari Raya Haji (Qurban) di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakkan kedai-kedai perniagaan di tutup

tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam di dalam Negara ini. Manakala Datuk

Seri Tian Lian Hoe terus mempertikai isu tersebut yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan

dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun Negara sudah mencapai lebih 50 tahun Merdeka.

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir

menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini. Kedua-dua tokoh ini perlu memohon maaf sepertimana saranan Tan Sri

Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai Agama Rasmi di dalam Negara ini. Jika Datuk Seri Zambry gagal menasihatkan

mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam jahil terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pera

Monday, January 24, 2011

ISU ANCAK: PEMUA UMNO DIDESAK NYATAKAN PENDIRIAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta pendirian Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak berhubung tindakan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober lalu dalam konteks pemerkasaan aqidah ummah Islam terutamanya di Negeri Perak.

DPPN Pk tidak akan meletakkan syarat bagi Pemuda Umno Perak untuk memperjelaskan pendirian tersebut. DPPN Pk yakin jika Pemuda Umno Perak dipelawa ke pentas debat pun, belum tentu ianya dapat direalisasikan kerana jelas bukan budaya Umno untuk berhujah secara langsung dan telus.

Dalam masa yang sama, DPPN Pk mempelawa Pemuda Umno Perak memperjelaskan isu tersebut semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Tenang ketika ini.

DPPN Pk juga yakin ramai Pemuda Umno Perak yang berilmu di dalam jurusan agama Islam yang mampu memperjelaskan isu tersebut. DPPN Pk tidak memandang rendah kemampuan Pemuda Umno Perak yang agak agresif kini setelah mengalami perubahan dalam barisan kepimpinan mereka. Sudah tentu rakyat ingin melihat sejauh mana kesungguhan dan keberanian Pemuda Umno Perak yang dikatakan jauh berbeza daripada dahulu.

DPPN Pk menunggu pandangan Pemuda Umno Perak bagi melihat apakah sebenarnya pendirian mereka terhadap perbuatan Datuk Seri Zambry tersebut dalam aspek hukum dan kemaslahatan ummat Islam. Adakah perbuatan tersebut tidak akan memberi kesan dalam pembudayaan khurafat yang melemahkan pemerkasaan aqidah di bumi Perak.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, January 20, 2011

NAJIB DALAM KETAKUTAN


Oleh : Hafizi Pauzi

PARTI BUNTAR: Ucapan Perdana Menteri di DUN Tenang yang menyatakan bahawa undi terhadap PR akan membawa Malaysia ke arah Negara bankrap dan ia adalah satu kenyataan yang boleh disifatkan sebagai satu lagi pembohongan yang dahsyat dan tidak berfakta.

Demikian ulasan dari ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim.

“Saya ingin bertanya, apakah ideologi sebenar BN jika slogan sering ditukar-tukar setiap kali bertukar PM? Masa Tun Mahadhir wawasan 2020 diperjuangkan, masa Tun Abdullah Islam Hadhari dan terkini zaman Najib 1 Malaysia pula, berjuta wang rakyat habis semata-mata untuk tukar logo sana sini,” katanya ketika ditemui di sini.

Dalam pada itu Drs. Khalil menempelak tindakan Najib yang masih mengeksploitasi kenyataan Karpal "over my dead body" walaupun beliau (karpal) telah sehaluan dalam isu Negara Islam dan mengingatkan BN supaya jangan bangkitkan isu itu lagi.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga kini masih bersifat seperti seekor tikus terhadap pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya di televisyen dengan disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Beliau (Najib) dalam ketakutan, sebab itu dia meracau , dia saya lihat sangat takut dengan gelombang buku jingga Pakatan Rakyat, tempelaknya lagi.

Beliau juga menambah bahawa jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji 100 hari tersebut hanyalah RM19.2 billion, iaitu jumlah yang sama nilainya dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyifatkan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat dengan mengembalikan RM51 billion wang Negara ke pangkuan rakyat semula, jelasnya.

Wednesday, January 19, 2011

PR PERAK SOKONG PERTEMUAN ANTARA AGAMA


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR: Hasrat Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan antara sesama tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas disokong baik oleh Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Hasrat ini adalah suatu yang amat dialu-alukan, bersesuaian dengan keperluan semasa, supaya ia dapat mencetus kefahaman yang sahih tentang agama yang ada di Malaysia terutama apabila membabitkan pengamalannya ketika masyarakat antara agama ini berada dalam komuniti yang sama.

“Pertemuan umpama dialog ini akan menjadi titik tolak kepada kefahaman Islam yang betul di kalangan bukan Islam dan ini amat baik jika diteruskan,” kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil dham Lim ketika ditemui di sini.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, pertemuan ini bukan sahaja punyai impak setempat seperti yang pernah dianjurkan oleh NGO dan juga persatuan-persatuan keagamaan, akan tetapi ia punyai impak nasional.

Isu ini perlu kepada pembetulan yang drastik, dan Menteri Besar Kelantan telah mengambil langkah yang tepat pada masanya.Tambahnya pada masa sekarang ini memang sedang wujud pihak yang amat memusuhi keharmonian masyarakat terhadap kefahaman Islam yang menyeluruh.

“Umno BN lah yang dimaksudkan, merekalah yang sedang menjalankan kerja jijik ini, mereka ialah musuh kepada faham Islam syumul di kalangan masyarakat Malaysia,” jelasnya.

Dalam pada itu YB Khalil Idham Lim menyaran supaya pertemuan ini dipercepatkan penganjurannya, bahkan ia perlu diuar-uarkan kepada pimpinan tertinggi agama di tanah air, kemudian sebarkan maklumat ini kepada seluruh rakyat tentang perkara sebenar yang telah melanda, salah faham dalam kalangan masyarakat perlu dibendung.

“Dengan pertemuan itu diharapkan Umno BN tidak lagi menggunakan sentimen agama sebagai bahan hasutan mereka terhadap rakyat,” jelasnya.

Tuesday, January 18, 2011

PENARI SEKSI UNTUK TARIK UNDI


Kuek Ser Kuang Keng

Lebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam.

Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya.

Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu.

"Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak.

"Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari,” kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia.

"Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu.

"Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah.

Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar,” kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.

Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP.

"(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” kata Isa.

sumber: Malaysiakini

Monday, January 17, 2011

NORMALA: PILIHAN BIJAK DAN TEPAT


Berhubung dengan pengumuman PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan calon wanita - Normala Sudirman/ Cikgu mala - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam tadi.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Saya menyokong penuh pencalonan tersebut dan menganggap tindakan memilih calon dari kalangan muslimah oleh PAS dan pakatan Rakyat untuk pertama kalinya dalam Pilihanraya Kecil dalam banyak siri PRK sejak 2008 adalah pihan yang tepat dan bijak.

2. Keputusan PAS tersebut sekaligus menafikan pandangan serong yang sengaja diapi-apikan oleh musuhnya sebagai meminggirkan golongan wanita. Ianya membuktikan sikap keterbukaan PAS.

3. Pemilihan Normala saya yakin akan membantu mengikis persepsi yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka dan secara umum di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendiskriminasikan hak kaum wanita .

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat merupakan aset yang besar bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

4. Oleh itu saya menyeru seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk memberikan sokongan dalam segala bentuk termasuklah sumbangan dana bagi memastikan kemenangan calon pilihan terbaik ini.

5. Pada pandangan saya pemimlihan Cikgu Mala sebagai calon PRK Tenang akan menarik minat banyak pihak dikalangan penyokong dan pimpinan pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk hadir membantu jentera PRK Tenang.

6. Jentera pilihanraya diharapkan dapat memanfaatkan seluruh tenaga yang turun dari seluruh negara dari ahli biasa sehinggalah kepada pimpinan bagi memastikan kehadiran mereka ke DUN Tenang tidak disia-siakan.

Dari jauh mereka datang saya yakini bukan untuk menjadi penonton biasa tetapi untuk membantu jentera PRK Tenang, oleh itu jangan kecewakan mereka seperti yang pernah berlaku dalam beberapa PRK pada tahun lepas.

7. Semuga pemilihan calon yang terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat ini dapat menambahkan lagi satu kerusi Pakatan Rakyat dalam DUN Johor. Selain itu diharapkan kemenangan di Tenang adalah titik tolak kepada perubahan landskap politik Johor dan Malaysia sebelum kita berdepan dengan PRU ke 13.Ianya menjadi medah dan ujian kepada kekuatan Pakatan Rakyat dalam mengolah Isu-isu besar yang sedang diperkatakan sekarang.

Kenyataan media,17 Jan 2011.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

NORMALA CALON PR DI TENANG


Hazayani Zakaria

LABIS: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Harakahdaily/-

Friday, January 14, 2011

NEGARA AKAN BANGRAP DI BAWAH BN?


Drs. Khalil Idham Lim

Datuk Seri Najib nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak dari berdebat dengan Datuk Seri Anwar dengan dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya. Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat.

Tawaran "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lepas.

Seingat saya Najib mengeluatkan kenyataan awalnya memperlekeh tawaran itu sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat dan mengatakan akan membuat kenyataan lain setelah membuat kajian.

Tetapi yang peliknya kenyataan demi kenyataan Najib selepas itu nampaknya untuk berselindung dengan hakikat bahawa tawaran itu adalah dalam ruang lingkup kemampuan negara dan berulangkali Pakatan Rakyat dikatakan akan membankrapkan negara.

Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi upahan BN menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Penjelasan yang sangat mudah yang dikemukakan oleh pakatan rakyat ialah betapa pelan 100 hari memerlukan biaya sekitar RM19 billion sedangkan bajet yang membazir dan tidak sepatutnya dibentang oleh Najib untuk bajet 2011 melebihi dari jumlah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dia menegaskan jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Sebagaimana yang disifatkan Anwar bahawa UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta, akhirnya isu yang diperkatakan secara terbuka ini mendedahkan kepada rakyat bahawa apa yang kemukakan oleh pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya adalah sesuatu yang masuk akan dan boleh dilaksanakan.

Jauh sekali dari membankrapkan dan memufliskan negara kerana yang akan memufliskan negara adalah penerusan kuasa oleh BN yang mesti dihentikan oleh rakyat pada PRU yang ke 13 akan datang.Apabila rakyat sedar bahawa tawaran dari Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan cuba dinafikan dengan putar belit dari pimpinan BN tanpa berani untuk berdebat maka menurut perkiraan saya BN sekarang dalam keadaan terdesak.

Asakan dan penjelasan berterusan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kewajaran tawaran 100 hari adalah bahan kempen yang berterusan untuk menunbangkan BN dalam PRU ke 13 akan datang.

WASSALAM,

YB. Drs. Khalil Idham Lim
@Lim Chuan Hing
Blog Cina Islam

UMNO SUKA LIHAT RAKYAT MISKIN


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa, kajian yang dijalankan oleh Economist Intelligence Unit mendapati bahawa demokrasi di Malaysia jatuh kepada anak tangga ke-71 berbanding tangga ke-68 pada tahun 2008 adalah satu perkara yang sangat membimbangkan bagi perjalanan sesebuah Negara yang memegang prinsip demokrasi

Penilaian tersebut dibuat melalui lima kriteria iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan politik, budaya politik dan kebebasan sivil. Malaysia mengalami penurunan dalam budaya politik dan kebasan sivil, meskipun meningkat dalam peratusan fungsi kerajaan.

Menurut beliau apabila ditanya kepada masyarakat kampung berkenaan dengan keluarga, pekerjaan, pendapatan, bantuan kewangan, politik dan kerajaan, kita pasti akan mendapati ramai di antara mereka yang berada di bawah paras kemiskinan tegar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Beliau menyatakan, mereka yang dikategorikan sebagai miskin ialah mereka yang sukar memenuhi keperluannya yang amat asasi sebagai manusia, yang dinamakan kemiskinan mutlak. Namun pengkategorian kemiskinan adalah relatif, berbeza mengikut kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan penghuni bandar dan luar bandar.

Beliau menyatakan lagi, ada di antara mereka yang mempunyai penghasilan gaji tetap, swasta, usahawan kecil dan bekerja sendiri. Akan tetapi penghasilan yang diperoleh setiap bulan tidak mencukupi untuk hidup secara selesa, apatah lagi untuk mendapatkan tempat tinggal yang layak, pendidikan anak-anak, kemudahan kesihatan yang terbaik dan sebagainya. Ada pula yang tidak mempunyai penghasilan tetap, bahkan ada yang tidak bekerja. Mereka mendapatkan sumber wang melalui cara meminta sedekah dan mencuri tegas beliau.

Justeru kita mendapati bahawa, tekanan hidup yang mereka hadapi memberi kesan kepada sokongan politik. Disebabkan tekanan hidup yang tinggi, mereka cenderung untuk mengharap kepada bantuan. Ada juga yang berpendapat masyarakat miskin adalah masyarakat warung, sesiapa yang membeli dan membayar akan dilayani. Apa maksudnya?

Masyarakat miskin sangat dipengaruhi oleh pemberian yang memberi kesan kepada sokongan. Ini bermakna, sesiapa yang membayar mereka, maka itulah pihak yang akan diundi di dalam pilihanraya. Maka timbul persoalan, dapatkah masyarakat sebegini mengamalkan demokrasi secara baik, penuh kesedaran dan tanggungjawab? Tegas beliau

Beliau berpendapat bahawa demokrasi yang diamalkan oleh masyarakat miskin adalah demokrasi perut . Ia bermaksud mana-mana pihak yang dapat memenuhi keperluan mereka secara pragmatik seperti memberi wang, bahan makanan dan sebagainya menjelang pengundian, pihak itulah yang akan mereka undi dalam pilihanraya nanti.
Selain itu apabila ditanya kepada masyarakat kampung, khususnya masyarakat di pedalaman mengenai politik, maka jawapan mereka sangat membimbangkan. Mereka akan memilih pihak yang memberi bantuan wang (yang sebenarnya hanya diberikan apabila menjelang hari pengundian). Apa yang menarik, ada juga di antara mereka yang mempertaruhkan 1 undi hanya untuk mendapatkan wang 50 ringgit yang dijanjikan.

Justeru beliau menyatakan, dalam masyarakat miskin dan akses kepada pendidikan kualiti yang kurang, demokrasi tidak dapat tumbuh dan berkembang dengan baik. Demokrasi dapat dijual kepada kuasa ekonomi dan politik dengan harga yang murah, kerana tekanan kemiskinan dan ketidaktahuan. Maka, masyarakat sebegini akan menyalurkan aspirasi politik mereka kepada mereka yang mempunyai kuasa wang.

Dengan itu Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat Malaysia terutama yang berda di kawasan pendalaman, hal ini sangat penting kerana strategi Umno Bn untuk mengekalkan kuasa mereka adalah dengan terus membiarkan penduduk kampong dan pendalaman tidak maju dan berada ditahap kemiskinan yang sangat teruk, hal ini penting bagi mereka untuk mereka mengamalkan rasuah politik wang yang selama ini diajar oleh mereka kepada masyarakat luar Bandar, tegas beliau.

Thursday, January 13, 2011

JAHILKAH ZAMBRY ATAU .............



IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bimbang Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mempunyai kelulusan Master dalam Pemikiran Islam (UIAM 1991) mungkin boleh mengubah kefahaman dan budaya pemikiran ummat Islam hasil perbuatannya semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

Budaya pengamalan dan peninggalan agama Hindu tersebut yang semakin terhakis kehidupan masyarakat Melayu kembali menjadi teka-teki dan persoalan yang masih belum terjawab secara tuntas yang bakal membiarkan ummat Islam terus terkeliru.

DPPN Pk yakin Datuk Seri Zambry yang belajar ilmu Islam di peringkat tinggi yang juga memegang jawatan Hal Ehwal Islam tidak mungkin begitu jahil dan tidak memahami batas-batas Islam, khurafat dan syirik yang boleh berlaku dalam percakapan dan amalan atau perilaku yang bercanggah dengan kehendak syara'.

Datuk Seri Zambry yang kerap kali mengimami solat ketika majlis-majlis di Kediaman Menteri Besar Negeri Perak mustahil tidak memahami apa yang telah berlaku pada ketika itu. Malah Datuk Seri Zambry yang biasa menyampaikan ceramah Agama seperti di Masjid Ibnu Salam, Pengkalan Pegoh juga pasti akan merasa janggal dan canggung dengan perilakunya pada majlis tersebut.

DPPN Pk merasakan pengakuan bersalah Datuk Seri Ir Haji Mohammed Nizar Jamaluddin berkaitan isu memegang lilin dan kesediaan beliau untuk bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang lepas jauh lebih mulia dan beradab dengan Allah walaupun beliau tidak mendapat pendidikan Islam secara formal di peringkat tinggi seperti Datuk Seri Zambry. Malangnya Datuk Seri Zambry pula tidak langsung merasa insaf untuk mengaku dan membaiki kesalahan tersebut malah meletakkan semua persoalan di atas bahu Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria.

DPPN Pk sekali lagi mengulangi kesediaan kami untuk bersemuka dengan Datuk Seri Zambry bagi merungkai persoalan tersebut kerana ianya adalah isu aqidah ummat Islam. Mana mungkin Datuk Seri Zambry yang mempunyai latar belakang Islam tidak mahu menyelesaikan isu ini yang semakin hari semakin rumit buat ummat Islam dengan kesemua pihak yang bertanggungjawab hanya membisu seribu bahasa. Adalah malangnya buat ummat Islam kerana dibenarkan terus jahil oleh seorang yang mempunyai ilmu di dalam bidang Agama iaitu Datuk Seri Zambry!


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, January 12, 2011

SEMOGA CEPAT SEMBUH


PAS Negeri Perak ingin merakamkan doa kami kepada Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak merangkap YDP PAS kawsan Bagan Datoh serta keluarga diatas musibah yang menimpa beliau disebabkan terlibat dalam kemalangan jalanraya,

Sesungguhnya kami yakin, seluruh ahli PAS Perak khususnya amat mengharapkan agar Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki berada dalam keadaan baik dan selamat.

PAS Negeri Perak juga berharap keluarga Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .Bagi pihak seluruh kepimpinan dan warga PAS Negeri Perak, kami

mendoakan semoga Al Fadhil Ustaz Misbahul Munir Masduki dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain
( Pesuruhjaya PAS Perak )

Sunday, January 9, 2011

`LIDAH SYAITAN'


Drs. Khalil Idham Lim.

Tindakan Guan Eng memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia pada 6 Januari lalu atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadap beliau membawa isu baru untuk pimpin UMNO untuk menyerang kembali Ketua menteri Pualau Pinang itu.

Tetapi sekali ini lucu dan terungkap kalimat baru iaitu mempertahankan utusan melayu adalah pertahankan warisan melayu yang satu-satunya masih tinggal.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dipetik sebagai berkata, sudah menjadi kebiasaan pemimpin pakatan pembangkang menyaman pihak yang membuat pendedahan dan teguran bagi menutup kelemahan mereka.

Menurut Musa, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyaman akhbar Utusan Malaysia merupakan satu permainan politik pembangkang dalam usaha menutup antara warisan Melayu di negara ini.

“Tidak terkecuali disaman adalah Utusan Malaysia yang menjadi warisan Melayu di negara ini kerana keberanian akhbar ini mendedahkan kelemahan pembangkang terutamanya di Pulau Pinang." Katanya dalam kenyataan itu

Selain itu Musa menyeru orang ramai terutama sekali orang Melayu perlu sedar permainan politik pembangkang yang menyaman kerana tidak mahu Utusan Malaysia banyak cakap di samping menutup salah satu warisan Melayu yang masih ada.

Tindakan Saman Guan Eng terhadap utusan dilakukan beberapa hari lepas berkaitan dengan artikel yang disiarkan pada 20 Disember tahun lalu yang dianggapnya telah menggunakan perkataan tidak benar serta berniat jahat sehingga menyebabkan beliau mengalami kerosakan dan kerugian.

Tindakannya tidak lebih sebagai seorang warganegara Malaysia yang sedang mempertahankan haknya, apa kah yang salahnya ? Orang Melayu perlu sedar dan perlulah berfikir dengan tenang dan sematangnya sandiwara terbaru pemimpin UMNO.

Kalau bercakap tentang warisan, adakah benar warisan sebenar orang Melayu yang satu-satunya sedang dipertahankan ini memang benar dipertahankan oleh pemimpin UMNO.

Realitinya budak sekolah rendah pun telah melakukan tindakan saman Kerajaan Malaysia kerana membelakangi Bahasa melayu dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah bila Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar untuk dua matapelajaran utama itu.

Satu penghinaan yang sangat dasyat kepada bahasa melayu oleh pemimpin UMNO sehingga membangkitkan gelombang tentangan rakyat malaysia bukan sahaja dari tokoh-tokoh politik namun para sasterawan negara dan pakar-pakar bahasa itu sendiri.Termasuk juga pemimpin politik dan masyakarat dikalangan bukan Melayu bangkit sama untuk pertahankan Bahasa Melayu. Tidak malukah pemimpin UMNO yang kononnya mempertahankan hak orang melayu ?

Selain itu sedarkah Musa dan pimpinan UMNO yang lain Isu yang dibawa oleh Guang Eng bukan unuk melihat Utusan Melayu ditutup atau dengki kepada akhbar itu, isunya ialah pembohongan yamg berterusan dari akhbar UMNO itu dalam banyak perkara.

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang saya dapati utusan tidak lebih dari penghinat kepada masayarakat negara ini dengan pemberitaan yang tidak lebih dari memburuk-buruk sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang.

Utusan tidak lebih menjadi "lidah syaitan" yang sentiasa membela bos nya walaupun jelas melakukan kemungkaran dan penyelewengan. Namun bila melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat semuanya salah dan diputar belit.

Friday, January 7, 2011

RAKYAT TANGGUNG BEBAN


OLEH: HAFIZ SABRI

Ipoh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa kehadiran tahun rakyat sekali lagi ditipu oelh kerajaan BN apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba baru-baru ini.

Menurut beliau hal ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan dibawah tadbiran BN tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menjelaskan bahawa tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji, tegas beliau.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

PAS Perak, turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. PAS Perak juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Beliau mempersoalkan bukankah kerajaan BN menggambarkan keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi mengapa mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang
hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Memetik ucapan beliau “ kini sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka” .

Thursday, January 6, 2011

"KAMI DISERANG, BANTU KAMI" - DR.HALIMAH


Harakahdaily
SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, pemergian mereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."


Kerajaan Negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.

Pentadbiran Negeri Selangor juga telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini.

Media pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, katanya.

"Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," katanya.

Tuesday, January 4, 2011

ISU ANCAK: DPP PERAK TEMUI TOKOH AGAMA


IPOH: Beberapa siri pertemuan dengan tokoh tokoh di negeri ini akan diadakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mereka berhubung tindakan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir yang menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Munir Ali, dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Pemuda PAS Perak merasakan pandangan dan maklum balas daripada tokoh-tokoh ulama ini penting terutama daripada kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Fatwa Negeri Perak. Ini kerana Umat Islam di negeri ini berhak dan perlu mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perlakuan Zambry daripada sudut pandangan Islam yang lebih menyeluruh, adil dan telus.

"Kekeliruan yang berlaku boleh memburukkan lagi keadaan kejahilan umat Islam yang memerlukan penjelasan terperinci dan tegas yang berlandaskan Syariah dari tokoh-tokoh ulama berwibawa," ujarnya.

Menurut beliau apa yang dilakukan oleh Zambry perlu dilihat sebagai keperluan yang mendesak memandangkan Zambry adalah seorang ketua kerajaan negeri dan yang lebih berat lagi beliau juga menerajui bidang kuasa kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam.

"Oleh itu sudah tentu segala perbuatan Zambry bakal menjadi contoh dan ikutan kepada pegawainya dan seluruh rakyat," katanya.

Pemuda PAS Perak akan terus memberikan penerangan kepada rakyat terutamanya yang beragama Islam agar tidak terus terkeliru dengan isu ini, dalam masa yang sama akan berusaha kuat untuk menggerak umat Islam agar menentang segala bentuk khurafat dan kejahilan sepertimana yang telah dilakukan oleh Zambry, jelasnya.

"Kita masih menunggu jawapan balas daripada Tan Sri Harussani berhubung dengan pelawaan untuk bertemu dan berbincang secara telus dan ilmiah Dalam masa yang sama Pemuda PAS Perak berhasrat menjemput Zambry untuk hadir memberi keterangan dan hujah beliau dalam pertemuan yang sama."

Namun Pemuda PAS Perak yakin Zambry akan menolak pelawaan tersebut kerana pernah tidak menerima jemputan daripada Pemuda PAS Perak untuk memberi penjelasan terhadap tindakan Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memegang lilin setelah beliau sendiri yang mencabar DPPN menyatakan pendirian kami terhadap insiden tersebut.

Monday, January 3, 2011

PERATURAN JABATAN MUFTI DIBAKULSAMPAHKAN.


IPOH Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal atas sikap tidak prihatin Kerajaan Negeri Perak yang jelas telah melanggar dan 'membakulsampahkan' peraturan tatacara hiburan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri setelah penganjuran konsert sambutan ambang tahun baru oleh kerajaan negeri baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir tidak langsung mematuhi peraturan tersebut.

Majlis yang dianjurkan jelas bertentangan dengan ketegasan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang satu ketika dahulu ‘mengharamkan’ konsert Sureheboh TV3. Kenapakah kerajaan negeri tidak menggunapakai Peraturan yang telah disediakan oleh Jabatan Mufti Perak? Konsert tersebut yang berakhir melebihi jam 12.30 tengah malam banyak mengundang masalah sosial di kalangan remaja kita.

Datuk Seri Zambry, sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam di Negeri Perak, sepatutnya lebih peduli dan perihatin terhadap peraturan yang digariskan oleh Jabatan Mufti Perak demi menjaga akhlak muda-mudi Islam. Perjalanan program konsert yang membenarkan pergaulan bebas muda-mudi, tanpa sebarang pengasingan, serta membenarkan ianya berlarutan sehingga melewati jam tengah malam secara jelas tidak menghormati, memperlekehkan malah seolah mencabar Peraturan Jabatan Mufti Perak tersebut yang bermatlamat untuk merealisasikan masyarakat madani yang diredhoi Allah.

Walaupun ada acara bacaan doa, namun ianya seperti tempelan kecil yang akhirnya ditelenggami dan dihinakan dengan persembahan konsert yang amat melalaikan. Disebabkan itulah, DPPN Pk bertegas akan hanya bersetuju dan menyokong mana-mana konsert untuk diadakan di negeri ini jika ianya mengikuti garis panduan Peraturan Jabatan Mufti Perak seperti yang dijalankan oleh Jomheboh TV3 di Negeri Kelantan dahulu.

DPPN Pk minta agar penjelasan daripada ‘anak didik emas’ Tan Sri Harussani iaitu Datuk Seri Zambry untuk memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dikemukakan. Datuk Seri Zambry seolah-olah ‘tutup mata’ dengan apa yang berlaku tanpa ada kenyataan tegas agar memastikan konsert seumpama ini tidak akan berulang dan 'nasihat' Tan Sri Harussani dipatuhi oleh kerajaan negeri.

Persoalannya adakah memang Datuk Seri Zambry tidak ambil peduli soal keruntuhan akhlak remaja Melayu / Islam kini dengan tidak mengambil tahu butiran program yang disusun atau, lebih buruk lagi, memberikan restu beliau terhadap konsert tersebut?


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.