Thursday, March 24, 2011

KERANA DENDAM........


Wira Arjuna
Mac 24, 11
10:49am


Dalam tempoh 48 jam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah mula mengeluarkan kenyataan yang bercanggah bersabit video seks lucah yang kononnya merakamkan Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

Sehubungan itu, dalam sidang media mereka semalam, Tan Sri Rahim Thamby Chik pula tidak dapat meyembunyikan rasa marahnya terhadp Anwar atas peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994. Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'

“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.

Tidak kurang aneh adalah kenyataannya semalam bahawa beliau menunjukkan video itu kepada wartawan, malah kepada ahli parlimen PKR Johari Abdul sebelum menghantar rakaman itu untuk pemeriksaan forensik.

“Saya mahukan media membuat keputusan..untuk anda melihat kebenaran sebelum saya menyerahkannya untuk pemeriksaan forensik,” kata Eskay pada sidang media itu.

Ketika diminta sekali lagi untuk menjelaskan bagaimana video itu diperolehi, Eskay dan Rahim enggan memberi butiran lanjut dengan alasan ia kini menjadi siasatan polis.

Sukar untuk dipercayai bahawa walaupun Eskay memiliki video lucah terhadap musuh politik utama Umno dan kerajaan BN, beliau berasa curiga untuk mendapatkan perlindungan polis atau meminta bantuan dari Rahim untuk menguruskannya.

Eskay - seorang jutawan yang disifatkan sekutu rapat Tun Dr Mahathir Mohamad – telah ditanya bagaimana Rahim boleh terbabit dalam video berkenaan.Katanya, beliau menghubungi bekas ketua menteri Melaka itu kerana mahu mendapatkan sebuah hotel yang mempunyai kawalan keselamatan yang baik dengan alasan beliau tidak mahu “membabitkan polis”.

Malah, ahli perniagaan itu menghubungi Rahim untuk mencari hotel sedemikian kerana beliau sendiri “bukan orang KL” tetapi dari Kedah.Kenyataan itu juga aneh kerana Eskay diketahui menghabiskan banyak masanya di Kuala Lumpur malah selesa mengenali wartawan-wartawan dari media asing.

Eskay dan Rahim semalam berulang kali menegaskan mereka tidak ada motif selain mahu menegakkan kebenaran dengan mendedahkan rakaman itu.

Rogol gadis sekolah

Di sebalik sifat “patriotiknya” itu Rahim bagaimanapun meluangkan masa yang agak panjang untuk mengimbas peletakkan jawatan beliau sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

Beliau mendakwa peletakan jawatan itu didalangi oleh Anwar “walaupun saya dibebaskan oleh mahkamah” atas tuduhan merogol seorang gadis sekolah.Bagaimanapun Rahim tidak menyatakan beberapa fakta “kecil” seperti bukan mahkamah yang membebaskan beliau. Sebaliknya tidak ada pun perbicaraan diadakan untuk mendengar keterangan gadis itu dan anggota keluarganya.

Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah (kanan) ketika itu memutuskan “tidak cukup bukti” untuk mensabitkan Rahim, justeru tuduhan itu digugurkan.Justeru perisytiharan Rahim ketika itu bahawa mahkamah telah membersihkan namanya “dari hujung rambut hingga ke hujung kaki” amat mencurigakan, seperti video lucah yang cuba dibawakan oleh beliau dan Eskay.

Seperkara lagi, pada sidang media semalam, Rahim dan Eskay mendakwa, orang ketiga yang melengkapkan gandingan mendedahkan video itu adalah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim. Namun Shuib tidak hadir pada sidang media berkenaan dan tidak ada pun penjelasan daripada Rahim mahupun Eskay .Juga, rasanya tidak perlu mengulas cadangan Rahim supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan dengan ahli-ahli panel merangkumi perwakilan daripada PERKASA serta Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.Eskay - sahabat Anwar?

Persoalan adalah kenapa tergesa-gesa menubuhkan Suruhanjaya Diraja - adakah ia untuk memberikan juak-juak Umno satu lagi pusingan untuk mengaibkan Anwar dengan tuduhan dan fitnah?

Persoalan juga timbul kenapa Eskay yang mengaku dirinya sebagai sahabat Anwar tidak sudi menghantar satu salinan kepada ketua pembangkang itu atau Datuk Dr Wan Azizah untuk diperakui sebelum menunjukkannya kepada media?

Jika Anwar menafikan beliau orang dalam video itu, sudah tentu Eskay tidak perlu merahsiakan video itu dan terus boleh menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan memberikan salinan kepada media, malah memuatkannya di Youtube.

Tetapi tidak. Beliau dan Rahim (kiri) didakwa mengambil keputusan menggunakan khidmat seorang wartawan untuk memanggil wartawan kanan bagi menghebahkan kandungan video itu. Tindakan ini diambil walaupun, menurut Eskay, rakaman itu belum dihantar untuk ujian forensik.

Jika ujian forensik dilakukan atas kenyataan Rahim dan Eskay semalam , tentunya ia akan mendedahkan sebuah skrip yang terpaksa diolah dan dirombak oleh mereka selaku dalang fitnah video seks setelah Anwar membuat laporan polis dan enggan tunduk kepada ugutan Eskay dan Rahim.

Sumber: Malaysiakini

NAJIB DICABAR BUAT LAPORAN POLIS


PARIT BUNTAR : Pedana Menteri, Datok Seri Najib Tun Razak dicabar agar membuat satu laporan polis berhubung tuduham membunub Altantuya sebagai usaha membersihkan dirinya dari tuduhan itu sebagaimana tindakan Ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan plis berhubung video seks yang dikaitkan dengannya.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang ditemui di sini hari ini.

Beliau memuji tindakan berani Dato' Seri Anwar Ibrahim yang membuat laporan Polis sehari selepas tuduhan video seks demi membersihkan maruahnya, kerana itu langkah yang diambil oleh Anwar adalah tepat.

Menurutnya Dato' Najib dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya kerana itu amat wajar Najib membersihkan maruahnya dengan membuat laporan polis kerana ianya melibatkan soal maruah," ujarnya.

"Kes Altantuya sudah lama berlaku namun Najib belum membersihkan dirinya dan tidak ada usaha kearah itu" jelasnya

Anwar Ibrahim telah mengemukakan laporan polis berhubung fitnah jahat video seks, ini membuktikan beliau berani dan mahu menafikan perkara yang memang beliau tidak lakukan dengan saluran keadilan yang ada iaitu mahkamah.

Sekiranya terdapat individu yang difitnah , tindakan yang mesti dilakukan ialah kemukakan laporan polis sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, katanya.

Sehubungan itu beliau membidas Ketua Perhubngan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamad yang meminta rakyat membuat penilaian tahap intergriti terhadap Anwar Ibrahim kerana Anwar belum pun disabit dengan kesalahannya.

Menurutnya pemimpin sepatutnya memikirkan untuk memperkenalkan dasar-dasar yang lebih perihatin dan mesra rakyat dalam memenuhi amanah kepimpinan negara. namun yang kita lihat kerja mereka menyerang parti lawan dan pimpanannya dengan mencipta cerita yang bukan-bukan.

"Paling malang segala institusi kerajaan disalahgunakan untuk melangsungkan kerja jahat mereka bagi mengekalkan kuasa, tidak hairanlah mengapa isu yang memalukan negara membiak dengan pesat sejak akhir-akhir ini, dakwanya.

Rakyat negara ini mestimelakukan protes terhadap Umno BN, dan protes tersebut perlu diterjemahkan pada kertas undi pada pilihanraya Sarawak pada April dan pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi, perubahan segera perlu berlaku demi menyelamatkan negara ini, tegasnya.

Wednesday, March 23, 2011

DALANG VIDEO SEKS ANWAR TERBONGKAR


Sah kini Anwar dianiayai, rancangan jahat mereka terbongkar. Kini dalang video lucah Anwar sudah diketahui. Jerat yang dipasang tidak mengena.

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

PAKATAN RAKYAT PERAK SUDAH BERSEDIA


IPOH: Pakatan Rakyat ( PR ) Negeri Perak sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dalam masa terdekat.Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, segala perancangan dan strategi di atur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan buku jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.

“ Pakatan Rakyat Perak akan adakan penerangan daripada rumah ke rumahsecara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampong, Melayu, Cina dan India”

“ Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN )”

Hadir sama pada majlis itu, Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin ( PAS ), Datuk Ngeh Koo Ham ( Pengerusi DAP Perak), Dr Lee Boon Chye ( Timb Pengerusi PKR Perak ), Dr Dzulkifly Ahmad (Wakil Pimpinan PR Pusat) dan beberapa adun dan pimpinan PR yang lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, selain buku jingga Pakatan Rakyat Perak akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat, dan semestinya Manifesto peringkat Perak juga akan menawarkan konsep kerajaan berkebajikan terhadap Rakyat.

Beliau juga menyatakan,Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga untuk bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.

Tuesday, March 22, 2011

NAJIB TIDAK FAHAM KONSEP NEGARA DEMOKRASI


IPOH: Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokkrasi sepatutnya kerajaan yang berkuasa mempunyai ketelusan dalam menentukan tarikh pilihanraya umum saperti mana negara negara lain yang mengamalkan sistem itu di mana tarikh pilihanraya sudah diketahui lebih awal lagi.

Namun perkara itu tidak berlaku di negara ini walaupun pemimpin pemimpin BN mendakwa mengamalkan demokrasi tetapi Perdana Menteri masih mahu menyembunyikan pilihanraya umum dari diketahui oleh rakyat khasnya parti parti pembangkang dengan alasan ia mahu membuat kejutan.

"Perdana Menteri seharusnya memberikan tempuh tertentu sebelum mengadakan pilihanraya bagi membolehkan parti parti yang bertanding boleh membuat persiapan awal".

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini

Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan mengejut dan ianya perlu diisytiharkan lebih awal bagi membolehkan semua parti mendapat bersiap lebih awal menjelang pilihanraya umum ke 13.

"Walaupun Perdana Menteri berkuasa untuk meminta Yang Dipertuan Agung untuk membubarkan Parlimen, tetapi Perdana Menteri perlu juga memahami konsep negara demokrasi untuk mengisytiharkan pilihanraya umum diadakan dua atau tiga bulan sebelum pilihanraya," ujarnya.

Beliau beranggapan Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep negara demokrasi yang sebenar kerana mahu merahsiakan bila masanya pilihanraya umum akan diadakan.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menurut beliau lagi, soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya umum pada bila-bila masa.

Thursday, March 17, 2011

KATA DUA DARIPADA BN


PARIT BUNTAR: Tindakan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sering kali menakut nakutkan rakyar agar jangan sesekali melakukan perubahan dengan menukar kerajaan yang sedia ada kepada pembangkang merupakan satu tindakan yang melampau dan tidak mencerminkan semangat demokratik.

Tindakan pemimpin pemimpion ini kian menjadi jadi di ketika pilihanraya umum kian hampir, pada ketika itulah rakyat diberi amaran supaya tidak sama sekali menukar kerajaan yang sedia ada kerana rakyat akan menjadi lebih derita jika BN tidak
memerintah.

"Apakah BN sahaja yang mampu dan pandai mentasdbir nregara, sedangkan rekod Kerajaan Pakatan di empat negeri begitu baik dan mampu menyaingi kerajaan BN di negeri negeri lain."

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang ditemui di sini pada hari ini.

Menurut beliau Kebimbangan BN semakin memuncak apabila hampir dengan pilihanraya umum dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.

Sebenarnya negara ini lebih selamat jika ditadbir oleh Pakatan Rakyat, sebagai bukti fakta kukuh di mana empat negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului Negeri BN dalam banyak hal dan isu

Rakyat kini sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, Katanya.

Beliau yakin semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.

"Pemimpin pemimpin BN sangat bimbang dengan pengaruh media alternatif kerana ianya menjadi pilihan kepada rakyat untuk mengetahui maklumat sebenar setelah media pro BN bertindak tidak adil dalam menyiarkan berita" ujarnya.

BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa, isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN rakyat akan hidup susah.

"Inilah pemikiran kuno dan menyesatkan yang sering momok momokkan kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa mereka",katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak menegaskan Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengenal agama dan bangsa, oleh kerana itu tawaran Pakatan seperti yang
tercatat pada buku jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dan berpijak di bumi nyata.

Beliau berharap rakyat negeri ini dan negara amnya seluruhnya akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon dari PAS, DAP dan PKR dalam pilihanraya umum ke 13 bagi membolehkan Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya.

Wednesday, March 16, 2011

BERUK DAN MONYEK DI JALANAN


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons

kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la

DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk

Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald

Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti

bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno

dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, March 8, 2011

JANGAN ANGKUH UMNO/BN


PARIT BUNTAR: Pemimpin pemimpin Umno/BN diingatkan agar tidak terlalu angkuh denan kemenangan yang diperolehi di DUN Merlimau dan kerdau kerana hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat. Dalam masa yang sama kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan pencabulan terhadap demokrasi dilakukan dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dalam banyak kenyataan kepada media pemimpin pemimpin Umno mentifatkan kemenangan tersebut adalah petanda bahawa mereka telah memenangi semula hati pengundi melayu di kawasan tersebut, kenyataan saperti ini amat mengelirukan.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kenyataan pemimp[in pemimpin Umno yang menyatakan orang Melayu sudah kembali menyokong BN tidak tepat sama sekali kerana keputusan pilihanraya kecil bukan gambaran yang sebenar, kerana itu ianya belum boleh dijadikan kayu pengukur yang untuk menilai sokongan orang Melayu kepada BN.

"BN tetap menafikan bahawa mereka menentang demokrasi yang lebih bebas di negara ini tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen di televisyen mahupun radio walaupun sekejap sahaja," ujarnya.

Melalui TV3 dan RTM, rakyat hanya akan melihat calon BN sahaja yang berkempen, seolah-olah pertandingan satu penjuru sedang berlaku, ini satu amalan pelik BN di kancah politik tanah air, kerana itu rakyat yang punyai pertimbangan yang waras boleh menilai penipuan ini, jelasnya.

Beliau percaya BN bakal mengulangi penipuan saperti ini pada pilihan raya umum ke 13 nanti, kerana itu rakyat jangan beri peluang terhadap sebarang bentuk pembohongan yang melibatkan hak warga Malaysia.

“Rakyat berhak memilih pemimpin mereka berdasarkan perinsip demokrasi yang tulen dalam isu perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama, tegasnya.

Beliau menyeru ahli ahli PAS dan komponen Pakatan Rakyat di negaera ini untuk menggerakkan tenaga menyebar maklumat serta fakta mengenai salah laku BN tersebut

Monday, March 7, 2011

SEJARAH HITAM POLITIK PERAK


Pada tarikh ini, dalam sejarah tanahair apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hanya mempunyai wakilnya sebanyak 6 kerusi berbanding 18 kerusi dan 7 kerusi telah membentuk sejarah baru bagi politik Malaysia amnya dan Perak khasnya kerana PAS diberikan keyakinan oleh DAP dan PKR bagi membentuk sebuah kerajaan negeri setelah Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 28 kerusi.

Pergabungan antara PAS (6), DAP (18) dan PKR (7) berbanding dengan BN (28) iaitu Umno (27) dan MCA (1) telah merubah landskap politik Perak dengan pelbagai cabaran kerana angin tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 ini telah menjawab pelbagai persoalan tuntutan rakyat Perak yang selama ini dipendam atau dikekang tanpa disalurkan secara betul atau berkesan.

Pelbagai isu nasional mahupun peringkat negeri atau tempatan dengan pelbagai masalah sentiasa ada dan terus ada tanpa diselesaikan seolah-olah sebagai jambatan atau umpan untuk rakyat terus bergayut dengan BN. Umpamanya isu tanah sudah lebih 50 tahun BN gagal atau sengaja untuk melambatkan hak bagi seorang warga penduduk di Perak untuk dimilikinya.

Ditambah dengan pengurusan kewangan rakyat yang mana pernah disebut oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tentang sekecil-kecil perkara seperti minum pagi semasa Mesyuarat Exco yang agak melampau. Bagi pimpinan yang datang daripada PAS yang telah di didik agar bercermat sepertimana yang di ajar oleh Islam dalam pelbagai perkara dapat dilaksanakan ketika berkuasa.

Dalam merungkai konsprasi politik yang disusun di Perak sebagai salah satu usaha menafikan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan terbaik dan tekat untuk memberikan nafas baru perubahan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Walaupun dalam tempoh yang sengkat, banyak juga perubahan yang telah dilakukan tetapi masih dinafikan oleh BN.

Bermula dengan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dahulu Badan Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM) dengan menggunakan media arus perdana yang acap kali menyerang dua orang Exco Kerajaan Negeri (kini telah menjadi ADUN Bebas) yang terpaksa dipertahan oleh semua Exco yang lain bagi menunjukkan setia kawan yang amat yakin bahawa kedua-dua Exco terbabit telah diperangkap.

Pelbagai andaian serangan media ketika itu memaksa semua Exco mempertahan pendirian akan terus bersama dan yakin semua tuduhan tersebut adalah usaha jahat mencemar kepimpinan Pakatan Rakyat (setelah dipersetujui oleh semua parti) (PR) dan usaha menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri. Dan isu tuduhan rasuah ini digerakkan oleh media berminggu-minggu seperti mendapat kerjasama daripada SPRM.

Terlalu banyak serangan terhadap kedua-dua Exco terbabit sehingga bersedia mengambil keputusan untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan kerana selagi Mahkamah tidak membuat keputusan selagi itulah mereka tidak didapati bersalah.

Bukan setakat itu sahaja, Umno menekan Datuk Seri Nizar agar menggantung kedua-dua Exco terbabit kerana telah disiasat isu rasuah seperti didakwa.Mungkin kerana serangan luar sama hebat dengan serangan dalam, tiba-tiba dua Exco tersebut menghilangkan diri dan dikhabarkan bercuti. Disitulah kehilangan kedua-dua Exco tersebut menjadi tanda tanya konsprasi politik rampasan bermula.

Bukan tuduhan, tetapi pelbagai maklumat sampai yang menunjukkan agenda tawar-menawar berlaku dan akhirnya terbukti sehingga ke hari ini.Cara konsprasi ini disusun bukan oleh seorang sahaja, tetapi ianya memainkan banyak watak yang telah kita dengar. Sehingga ke hari ini kedua-dua ADUN PKR yang kini menjadi Bebas termasuk Timbalan Speakar daripada DAP telah berjaya menjatuhkan

Kerajaan Negeri di bawah PR yang hanya bertahan memerintah 11 bulan sahaja. Kesan kejatuhan PR itu bertambah parah dengan pelbagai insiden yang memberikan kesan kepada rakyat Perak.

Dalam perbicaraan kedua-dua ADUN Bebas terhadap tuduhan rasuah seperti telah diduga, mereka dibebaskan oleh Mahkamah seperti sengaja SPRM lambat memohon merayu dibicarakan semula. Persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada SPRM dahulu telah
terjawab. Perkara ini terancang? Siapa yang rancang? Apa tindakan kedua-dua ADUN Bebas itu terhadap SPRM? Semua sekarang boleh tutup buku sahaja, yang jahat tentunya terbukti BN.

Persoalan yang timbul, adakah rakyat yang pernah membuat kejutan politik di Perak hilang pertimbangan drama yang dilakonkan dahulu? Adakah kerja buat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah memulihkan semua kecacatan yang telah berlaku semenjak
diisytihar Menteri Besar Mahkamah? Adakah rakyat akan biarkan sahaja dan kembali memberikan sokongan kepada BN? Atau rakyat akan kembalikan kuasa pemerintahan kepada PR pada PRU 13 nanti?

Sudah tiba masanya rakyat kena membuka minda mereka dalam politik Perak kini, PRU 13 kayu ukur sejarah hitam yang telah berlaku. Kuasa penentu bagi mana-mana kerajaan negeri adalah kuasa rakyat. Politik kepartian adalah sistem demokrasi yang ada, siapa akan menang dan siapa akan kalah. Menang secara terhormat dan kalah secara terhormat, jangan ada yang tidak mahu kalah kerana hanya mahu menang sahaja.

Rakyat akan sekali lagi membuat keputusan mereka bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Ada yang menimbulkan isu perkauman adalah trend selepas PRU 12 yang lalu, kerana trend ini cukup berjaya menegangkan kekebalan kaum untuk bersama atas nama
bersatu. Tetapi corak perkauman ini akan sebenarnya memakan diri kerana di dalam Islam tidak meletakkan kaum sebagai kekuatan sebenar.

Dalam apa yang berlaku, timbul persoalan pendirian politik kepada ADUN yang sudah menjadi Bebas. Ke mana arah mereka selepas ini? Atau mereka akan bersama BN atas parti mereka untuk terus menjadi calon PRU 13 bagi berdepan dengan PR nanti. Kerangka politik Perak akan menjadi susut nilai menjelangnya PRU 13 nanti, PR akan berdepan dengan BN di atas padang baru yang ditonton oleh rakyat yang akan membuat keputusan mereka.

Keputusan rakyat adalah muktamad, Datuk Seri Zambry atau Datuk Seri Nizar akan menduduki kerusi Menteri Besar yang ke - 12 nanti. Sama-samalah kita tunggu tiupan angin PRU 13 yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang sudah bertekat membuat satu keputusan setelah melalui satu tempoh yang amat merusingkan.


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Saturday, March 5, 2011

DULU, KINI DAN SELAMA LAMANYA UMNO PEROSAK BANGSA MELAYU


OLEH MOHD HAFIZ SABRI

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecahbelahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihanraya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi reality sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa melayu di Malaysia selama ini.

"Umno merosakkan Melayu sejak merdeka dulu adalah Umno. sudah 53 tahun merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir,nasib orang melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?. Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang melayu digadaikan, hak keistimewaan orang melayu dihakis , bahasa melayu diketepikan”

“ Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia,matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

Thursday, March 3, 2011

SAMAN EKOR MENINDAS RAKYAT


PARIT BUNTAR, 3 Mac : Isu rakyat yang sedang hangat diperbincangkan mengenai saman ekor yang makin ligat memburu rakyat yang dihukum tanpa ada satu pun langhah yang lebih mesra rakyat melainkan rakyat terus diburu supaya membayarnya. hari ini.

Demikian dinyatakan oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini .

“Rakyat perlu tahu ke manakah wang mereka setelah bekerja siang dan malam, pihak lain tiada hak ke atas wang yang diusahakan, tapi BN telah menunjukkan bahawa mereka ada kuasa atas wang rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, rakyat perlu pembelaan dalam isu aliran keluar masuk wang simpanan mereka, dan tiada siapa pun yang boleh memaksa rakyat untuk berbelanja terhadap perkara di luar perancangan.

“Siapa lagi kalau bukan pemerintah yang menjamin hak ini, tapi umno BN telah khianat dalam isu ini, rakyat dipaksa untuk membayar saman ekor yang tidak demoratik itu” tegasnya.

“Terdapat 15 juta saman ekor yang telah dikeluarkan, mereka disenarai hitamkan berdasarkan undang-undang yang belum dikuat kuasakan lagi, mereka paksa rakyat patuh undang-undang,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana rakyat boleh dididik dengan saman ekor sedangkan yang nampak hanya lebih banyak kepada unsur menghisap darah rakyat ?

Dalam pada itu Khalil menjelaskan, undang-undang yang mengatakan rakyat wajib membayar dan disenarai hitamkan adalah satu kezaliman kepada rakyat. Kerajaan tidak berhak berbuat begitu kepada rakyat dan menafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan.

“Maklumat ini perlu disebarkan kepada rakyat dengan segera,” tegasnya.

'Berita sebegini mesti disebarkan kepada pengetahuan umum, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memuji langkah membantah saman eskor seperti yang diadakan dilaman Facebook,” jelasnya lagi.

“Setiap rakyat bertanggungjawab untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan saman ekor bila berkuasa di Putra Jaya. Kerana itu rakyat wajib bangkit untuk tumbangkan BN yang zalim di PRU 13 nanti,” tegasnya.

Wednesday, March 2, 2011

BANGKIT TENTANG KEZALIMAN BN


OLEH: HAFIZI FAUZI

PARIT BUNTAR, 28 Feb : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata rakyat Malaysia di Dun Merlimau dan Kerdau disarankan supaya sama-sama menyingkir sebarang bentuk kezaliman seiring dengan momentum dunia yang sedang menuju ke arah sifar pemerintah tidak adil.

Tambahnya, kezaliman terhadap rakyat yang berlaku di serata dunia adalah hampir sama coraknya, jika di timur tengah, dua rejim telah dapat digulingkan, ciri rejim tersebut hampir sama dengan regim BN di Malaysia .

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, jika di timur tengah rakyat di sana menolak kerajaan yang disifat kuku besi kerana pemerintah menggunakan seluruh proksi kerajaan untuk kepentingan sesetengah individu parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

"Demikanlah apa yang berlaku di Malaysia bila UMNO dan BM mempergunakan semaksima mungkin segala agensi dan jabatan bagi memastikan kuasanya terus kekal" Katanya.

“Identiti pemerintah yang zalim ini mudah dikenal pasti, contohnya harga minyak, di Malaysia terlalu mahal sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak,” jelasnya.

Dalam pada itu Khalil menjelaskan kereta nasional yang dibeli di pasaran Malaysia adalah antara tertinggi direkodkan, begitu juga harga kereta import, vios misalnya, di Negara jiran kita boleh dapatkannya dengan harga RM50 ribu sahaja, sedangkan di Malaysia perlu dibeli dengan harga RM90 ribu dan lebih.

“Banyak lagi kezaliman terhadap rakyat, misalnya demokrasi yang palsu tetapi dilaungkan ianya dilaksana dengan penuh adil dan saksama, walhal banyak hak demokrasi itu sendiri telah di cabul dengan sesuka hari umno bn,” katanya.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menyatakan di RTM, TV3 dan radio yang menafikan hak negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang dengan mereka tidak diberi peluang walaupun hanya sekadar untuk mengucapkan selamat hari raya,”

“Rakyat secara umunya tidak sedar mereka sedang dizalimi, maka usaha untuk menyedarkan hal ini perlu digiatkan lagi bagi memastikan isu ini sampai ke pengetahuan setiap lapis masyarakat, dengan itu agenda menjatuhkan BN dalam PRU ke 13 pasti akan berhasil ,” katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

UMNO TERKUBUR TANPA PENGGANTI


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam ucapan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir ketika Majlis Perasmian Serentak Umno Cawangan-cawangan Seluruh Negeri Perak dan terlupa situasi di Negeri Perak bahawa siapakah yang akan menggantikan Umno di Perak jika tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 berulang kembali di Perak.

Bagi di Perak, Umno sebenarnya akan digantikan oleh wakil Bebas kerana pentadbiran kerajaan Negeri sehingga kini masih ditentukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas melalui rampasan kuasa bukan melalui sistem demokrasi berparlimen seperti di negeri-negeri lain di Malaysia dan negara-negara di dunia yang mengamalkan sistem ini.

Kenapa Datuk Seri Zambry lupa dengan peristiwa ini? Kenapa Datuk Seri Zambry tidak melihat bahawa Umno masih gagal memainkan peranannya sehingga kini? Umno Perak sebenarnya bakal digantikan oleh PAS jika rakyat menolak Umno pada PRU 13 nanti.

Ini kerana semua kerusi Umno di Perak akan berdepan dengan PAS dan jika Umno kalah kerusi tersebut sudah tentu bahawa PAS akan menggantikan Umno. DPPN Pk yakin rakyat boleh menilai sendiri kepimpinan Umno Perak kini kerana masih meneruskan kerakusan yang telah dilakukan oleh kepimpinan mereka sendiri.

DPPN Pk akan bersama rakyat bagi membuat perubahan dan memastikan bahawa PAS akan menggantikan Umno, manakala Barisan Nasional (BN) akan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.