Friday, April 22, 2011

Di sini mencela, di sana merayu

Di sini mencela, di sana merayu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 April: Itulah kiasan yang menggambarkan karenah kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap kaum Tionghua sekiranya seseorang itu mengikuti berita-berita media tradisional Umno Barisan Nasional kebelakangan ini.

Semenjak menerima tamparan hebat di Sarawak ekoran kehilangan 15 kerusi, 12 di tangan DAP akibat kejatuhan undi popular sebanyak 8 peratus, Umno Barisan Nasional melalui lidahnya, Utusan Malaysia telah melancarkan serangan bertubi-tubi kepada kaum Tionghua dengan label-label seperti ‘tidak mengenang jasa’ dan menuduh kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.

(Gambar: Pengarang media Umno mencerca Cina Malaysia selepas ditolak Cina Sarawak)

Utusan turut menyeru kerajaan BN Sarawak tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum Tionghua di dalam kabinetnya.

Bahkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut serta memainkan sentimen yang sama dengan menuduh DAP telah berjaya memisahkan kaum Tionghua daripada kerajaan ekoran kemenangan bergaya parti itu di Sarawak.

Bukan itu sahaja, dalam satu tindakan yang dilihat merobek koyak slogan 1Malaysia ciptaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan telah menyeru pemiliknya, Umno untuk melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi” untuk menyatukan orang Melayu sebagai reaksi kepada dakwaan bahawa kaum Tionghua sudah bersatu-padu di bawah DAP.

Cadangan Zaini itu ditolak oleh Mahathir hari ini dengan mengatakan bahawa beliau berharap benda itu tidak berlaku kerana itu satu tindakan yang akan membinasakan negara, meskipun NGO kegemarannya, Perkasa sudahpun menawarkan diri untuk mengelapai pergerakan tersebut.

“Saya harap ia tidak akan berlaku. Ia amat tidak baik... orang ramai harus fikir mengenai ini, kita menuju malapetaka jika ia berlaku,” kata beliau yang dipetik The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Najib turut menjauhkan pentadbirannya daripada seruan Zaini – dengan mengatakan bahawa cadangan 1Melayu, 1Bumi cumalah satu pandangan peribadi, namun beliau tidak mengatakan secara jelas samada Umno menerima atau menolak idea tersebut.

“Ia pandangan peribadi penulis. Di sudut kerajaan, kami sudah pun ada satu konsep yang jelas dan kami akan meneruskan usaha-usaha kami,” beliau berkata.

(Gambar: Muhyidin memujuk ahli perniagaan China melabur ke Malaysia)

Namun, situasi suram antara kerajaan Umno Barisan Nasional dengan kaum Tionghua dalam negeri kelihatan jauh lebih positif di peringkat antarabangsa, apabila kerajaan persekutuan tengah berusaha keras untuk berinteraksi dengan para pelabur kaum Tionghua daripada negara China untuk melabur di dalam negara.

Delegasi yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Shanghai sedang merayu syarikat-syarikat China untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.

“Malaysia mengalu-alukan pelaburan China di dalam sektor pengeluaran dan perkhidmatan, khususnya di dalam aktiviti teknologi tinggi, bernilai tambah dan berasaskan pengetahuan.

"Sebagai respons terhadap peningkatan minat pelabur China, Perbadanan Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kini sedang berunding secara aktif dengan syarikat China yang berminat di dalam sektor logam, kimia, pengangkutan, elektronik dan elektrik, automotif dan makanan," katanya yang dipetik akhbar Berita Harian.

Tambahnya, sehingga kini terdapat lebih 120 syarikat berkepentingan China beroperasi di Malaysia dengan pelaburan modal lebih AS$250 juta (RM754 juta).

Tuesday, April 5, 2011

INI KERJA SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA

Oleh: YB Khalik Idham Lim

Tersebarnya Video Fitnah di Youtube adalah satu perkara yang ganjil tetapi tetap tidak mengejutkan. ganjil kerana semua mengetahui hanya pembikin video itu sahaja yang memiliki salinan video itu disamping satu salinan telah diserahkan kepada pihak Polis. Siapakah lagi nyang mendedahkan kalau bukan mereka yang ada kaitan dengan dua pihak berkenaan?

Tidak mengejutkan kerana perkara sedemikian sudah berulang kali berlaku apabila banyak barang bukti ternyata tidak dijaga dengan sebaiknya oleh pihak berkenaan , dan ada yang hilang dalam simpanan satu masa dulu.

Bagi saya kes ini telah menyebabkan tahap kepercayaan orang awam kepada pasukan keselamatan semakin diragui. Semacam timbul rasa takut untuk menyerahkan bahan bukti kepada pihak berwajib.

Kalaulah ianya satu bukti yang menuduh dan mendakwa individu tertentu dalam Pakatan Rakyat seperti dalam kes video tersebut, maka ianya menjadi enceran pihak tidak bertanggung jawab dalam youtibe sedangkan ianya masih disiasat. Sesuatu yang ganjil dan terancang untuk mengaibkan orang lain bila pendedahan tidak bertanggung oleh "syaitan" yang bertopengkan manusia.

Sungguh tidak bermoral para blogger "pecacai" UMNO yang mendedahkan video tersebut. Ingatlan kerja anda bukan hanya dinilai oleh manusia dan pemimpin kamu yang bersedia memberi upah yang lumayan, namun anda akan berhadapan dengan balasan yang setimpal dari Allah di akhirat kelak.

Sebaliknya sekiranya bahan bukti itu melibatkan pemimpin BN, jangan lah diharapkan ianya diambil tindakan, apa lagi tersimpan dengan baik. Bila-bila masa sahaja boleh hilang dalam simpanan atau catatan, malah boleh terpadam dam komputer.

Perkara itulah yang terjadi kepada rekod keluar masuk Altantuya ke Malaysia yang terpadam kerana arahan orang tertentu. Saya yakin ia tidak terpadam sendiri melainkan dengan niat ingin menghilangkan jejak Altantuya sebagaimana jasadnya dibom dengan kejam menggunakan C4.

Tidakan tersebut tidak lain adalah untuk menghalalkan kerja-kerja jahat pemimpin BN. Tidak kiralah lagi bertibun-timbun fail BPR yang sudah bertukar menjadi SPRM. Penat pegawai bawahan buat siasatan tetapi bila difailkan perlu melalui Peguam Negara samaada didakwa atau tidak.

Kalau ianya "jerung" atau ada kaitan dengan BN maka tersimpan baiklah fail itu dengan pelbagai alasan tidak didakwa, namun kalau ianya "bilis" atau musim mengkambing hitamkan seseorang demi membersihkan nama kerajaan maka terkena getahlah orang lama BN yang sudah pencen dan tidak ada harapan hidup lama lagi.

Pendakwaan yang terpilih semacam sudah dirancang, dan kebanyakannya dengan alasan menipu PM dan macam-macam alasan lagi. Natijahnya hidup di malaysia semakin tidak aman bila BN nampaknya semakin bercelaru dalam mentadbir negara. Selain menumpukan usaha menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat, mereka nampaknya semudah air yang mengalir menamakan Pemimpin PR sebagai" hantu dan jembalang" dan sebagainya.

Itulah tahap mentaliti dan akhlak serta moral pemimpin BN. Bila kempen yang dijaja sejak semkian lama dengan mendakwa pembangunan hanya mampu

dilakukan BN telah ditolak oleh rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga satu masa selama 11 bulan di Perak. BN sudah pening kepala bila Pakatan Rakyat memajukan negeri yang dikuasai dengan pembangunan dan apa yang dilakukan oleh BN sudah 50 tahun.

Lebih menyakitkan bila Pakatan Rakyat telah memperkenalkan dasar-dasar yang mesra rakyat serja belanja berhemah serta pembenterasan rasuah sehingga menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat pujian dari Ketua Audi Negara.

Bagi saya malang sedang menunggu BN dalam PRU ke 13 bila rakyat sudah tidak sabar untuk menukar kerajaan pusat dan negeri kepada pakatan Rakyat. Disamping mempertahankan yang telah dimenangi sambil mengambil balik Perak, BN sesungguhnya sudah sangat tidak relevan dalam suasana politik baru yang memerlukan pemimpin yang amanah, tidak berbohong , dan bebas rasuah .