Wednesday, June 29, 2011

`MUFTI BARU UMNO' HARAM PAKAI BAJU BERSIH



Berkatalah `Mufti Baru Umno, Datuk Hishamusin Husein, BERSIH dihubungkait dengan aktiviti haram, maka memakai baju BERSIH adalah juga haram". Kita tak tahu macam mana pakai baju BERSIH juga adalah haram. Minta Mufti Perak, Tun Harussani Zakaria keluarkan fatwa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

NONE"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: “Menyebelahi mereka atau kami?”

“Saya juga boleh tanya (parti pembangkang dan aktivis) soalan yang sama,” katanya sambil tergelak.

Perhimpunan BERSIH 2.0 membabitkan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum lapan perkara berhubung pembaharuan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

bersih rally 271207 01Antaranya menuntut penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam dan memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Selain BERSIH 2.0, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatkan hasrat mereka untuk berhimpun secara berasingan pada 9 Julai ini.

Tidak ada kumpulan yang telah diberikan sebarang permit polis.

sumber: Malaysiakini.

Tuesday, June 28, 2011

SIASAT HAMIDAH


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, Pemuda PAS Perak melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara ‘pilih kasih’.

"Datuk Hamidah Osman dilihat jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah," tegasnya.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama ‘diletakkan di bawah karpet sahaja’, katanya.