Wednesday, June 29, 2011

`MUFTI BARU UMNO' HARAM PAKAI BAJU BERSIH



Berkatalah `Mufti Baru Umno, Datuk Hishamusin Husein, BERSIH dihubungkait dengan aktiviti haram, maka memakai baju BERSIH adalah juga haram". Kita tak tahu macam mana pakai baju BERSIH juga adalah haram. Minta Mufti Perak, Tun Harussani Zakaria keluarkan fatwa

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Terbaru, pagi tadi, empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput, Perak, ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.

NONESemuanya kerana gara-gara lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .

Antara mereka yang dicekup polis itu adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming, ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing, setiausuha politrik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

Hishammuddin, juga agak keberatan bagi menjawap soalan berhubung perhimpunan 9 Julai ini apabila ditanya mengenai tangkapan ke atas aktiviti bagi membantutkan perhimpunan BERSIH.

NONE"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku. Seperti saya katakan, orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara... apabila membabitkan penguatkuasaan. Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

Ditanya sama ada tangkapan itu bermotifkan politik, Hishamududdin berkata: “Menyebelahi mereka atau kami?”

“Saya juga boleh tanya (parti pembangkang dan aktivis) soalan yang sama,” katanya sambil tergelak.

Perhimpunan BERSIH 2.0 membabitkan perarakan ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum lapan perkara berhubung pembaharuan pilihan raya kepada Yang di-Pertuan Agong.

bersih rally 271207 01Antaranya menuntut penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam dan memohon tempoh berkempen sekurang-kurangnya 21 hari.

Selain BERSIH 2.0, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA dan Pemuda Umno juga menyatkan hasrat mereka untuk berhimpun secara berasingan pada 9 Julai ini.

Tidak ada kumpulan yang telah diberikan sebarang permit polis.

sumber: Malaysiakini.

Tuesday, June 28, 2011

SIASAT HAMIDAH


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, Pemuda PAS Perak melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara ‘pilih kasih’.

"Datuk Hamidah Osman dilihat jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah," tegasnya.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama ‘diletakkan di bawah karpet sahaja’, katanya.

Monday, May 23, 2011

KEJAYAAN BN: MALAYSIA TANGGA KE 10 PEMINUM ARAK


Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.

"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.

Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.

Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.

"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.

"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.

Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.

Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.

"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang
diberkati Allah," ujar beliau.

sumber: Harakahdailu

Sunday, May 22, 2011

UMNO BUKAN PEMBELA MELAYU


Idris Ahmad

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno mendakwa hanya Umno pembela Melayu di negara ini. Lain daripada Umno, bukan pembela Melayu. Persoalannya benarkah Umno pembela Melayu. Tidak malukah Khairy yang mendakwa bahawa Umno pembela orang Melayu, hakikatnya Umno hanya mengguna Melayu untuk membela pemimpin Umno bukan bela Melayu jauh sekali untuk mengangkat agama di tempat yang sepatutnya.

Beliau juga menyebut fakta yang tidak betul ketika berucap di Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pontian di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MSRM) Pontian yang mendakwa PAS ditubuhkan kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar di dalam mesyuarat Agung Umno. Faktanya bukan Ustaz Haji Fuad kalah melawan Dato' Onn Jaafar, tetapi tewas dengan dengan Tunku Abdul Rahman
merebut jawatan Yang Dipertua Umno.

Seorang lagi calon ialah CM Yusuf. Khairy juga salah fakta mengenai perkara tersebut, kerana apa yang berlaku ialah tarikh pertandingan dalam Umno ialah 25 Ogos 1951 sedangkan mesyuarat di kalangan ulamak untuk menubuhkan PAS kali kedua pada 23 Ogos 1951 di Padang Kelab Sultan Sulaiman. Mesyuarat ulamak dahulu daripada tarikh pertandingan Haji Ahmad Fuad dengan Tunku Abdul Rahman. Di manakah fakta beliau dapat?

Perlu diingatkan penubuhan PAS bukan kerana kecewa tidak mendapat jawatan dalam Umno, tetapi kerana teguran ulamak mengenai isu agama tidak dipedulikan antaranya isu judi. Ulamak merasakan perlu menubuhkan badan yang bebas untuk memberi tekanan kepada Umno dalam hukum agama.

Menjawab tuduhan yang mengatakan penubuhan PAS memecahbelahkan perpaduan Melayu juga ditolak. Sebenarnya penubuhan Umno menyebabkan Melayu berpecah, kerana sebelum Umno sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Umno ialah parti restu penjajah, sebab itu Umno tidak diharamkan ketika Ordinan Dharurat 1948 walaupun semua parti diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.

Beliau menuduh Melayu terbela di bawah Umno? Sudah 54 tahun merdeka, keadaan ekonomi jauh terkebelakang berbanding dengan Cina, India. Apa yang Umno lakukan untuk orang Melayu sehingga tertinggal ke belakang. Bukankah 2/3 anggota kabinet orang Melayu? Bukankah pegawai tertinggi orang Melayu.

Maka jalan pintasnya untuk menutup bangkai gajah, maka Umno menuduh ini angkara bukan melayu dengan meniupkan sentimen kaum.

Di sini adalah sebahagian jawapan yang membuktikan Umno gagal membela Melayu.

1. Umno menggunakan konsep "Umno Putera" bukan "Bumiputera", akhirnya yang ketinggalan orang Melayu.

2. Apabila jawatan di dalam Umno untuk mengaut keuntungan bukan untuk bela melayu, akhirnya mereka rebut harta, Melayu merempat merata-rata.

3. Menindas sesama bangsa kerana berlainan ideologi walaupun dari segi merit dan kebolehan ada kepada orang Melayu contohnya dalam soal perniagaan.

4. Menafikan royalti kepada Kelantan walaupun Kelantan negeri majoriti Melayu.

5. Macam mana melayu hendak terbela, minyak yang sepatutnya mendarat di Kelantan sebaliknya dibawa ke pantai Songkla Siam walaupun jaraknya lebih jauh daripada pantai Kelantan. Jarak ke Kelantan hanya 150 kilometer, berbanding ke Songkla Thailand 270 kilometer.

6. Melesapkan RM52 bilion nilai saham bumiputera. Sepatutnya orang Melayu akan memiliki ekuiti bumiputera melebihi 40 peratus jika benar Umno pembela Melayu.

7. Menyekat 118 projek pusat ke Kelantan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9).

8. Menggadai tanah rezab Melayu 1.3 juta hektar. Penjajah Inggeris tinggal tanah rezab Melayu seluas 3 juta hektar selepas merdeka. Tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.3 juta hektar. Siapa punya angkara? Adakah ini dalil Umno pembela Melayu.

9. Memperkenalkan sains dan metematik dalam bahasa Inggeris, melibatkan pelajar Melayu luar bandar dizalimi kerana kurang pasarana.

10. Menyalah guna hak keistimewaan orang Melayu untuk mendapat projek, kemudian mengagihkan kekayaan sesama kroni, akhirnya melayu terus ketinggalan dari segi taraf hidup.

Ini adalah sebahagian daripada bukti Umno tidak boleh membela Melayu. Maka sampailah masanya PAS Ganti Umno. PAS terbukti dan teruji untuk membela Melayu berbanding dengan Umno. Tuduhan DAP dan PKR mengkhianat Melayu sebagai strategi pencuri menjerit pencuri, supaya orang Melayu emosi untuk terus menyokong Umno walaupun hakikatnya Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing.

Sumber: Harakahdaily

Saturday, May 21, 2011

MELAYU UMNO DAN PERKASA SAJA YANG PERTAHANKAN AKHBAR PERKAUMAN



Siapa yang mahu mempertahankan Utusan Malaysia dengan darahnya? Tidak ada siapa yang mempertaruhkan nyawanya untuk mempertahan akhbar Melayu yang paling perkauman dan paling lucah melainkan Melayu Umno dan Melayu PERKASA.

PERKASA yang merupakan kumpulan pendesak Melayu mengajak orang orang Melayu mempertahankan Utusan Malaysia, kononnya Utusan Malaysia adaklah akhbar orang Melayu. Siapa yang mahu mempertahankan akhbar itu, tidak akan ada orang Melayu yang mahu mempertahankannya. Yang hanya mempertahankan akhbar paling memfitnah itu hanyalah Melayu Umno dan Melayu PERKASA.

Orang Melayu yang didik dengan ajaran Islam yang syumul pasti tidak mahu mempertahan akhbar yang paling kotor dalam memaparkan dan memburukkan maruah pimpinan khususnya Datuk Seri Anewar Ibrahim Akhbar inilah juga media yang paling kurang ajar meniup api perkauman. Apakah akhbar saperti ini mahu pertahankan?

Syabas kepada PAS kerana tidak akan menyahut seruan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya ia adalah akhbar orang Melayu.

“Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam?", jelas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idriz Ahmad.

“Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu,” katamya saperti yang dipetik dari Harakahdaily.

Berita akhbar itu yang disensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar milik Umno itu pada 7 Mei lalu dengan sengaja untuk membangkitkan emosi orang Islam,

Sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar tetapi alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam,” katanya.

Kelmarin tidak kurang 100 anggota PERKASA dan Pemuda Umno berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Kumpulan tersebut memberi amaran, mereka sanggup 'berjihad, mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia mempertahankan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Berjihat untuk mempertahankan akhbar yang paling kuat meniupkan perkauman dan paling buruk menelanjangkan maruah seseorang dan paling memfitnah, apakah betul landasannya untuk berjihad?. Kalau berjihad menentang musuh musuh Islam saperti Yahudi dan kumpulan yang pro dengannya, itu baru betul. Disarankan pimpinan PERKASA pergi mengaji dengan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat tentang konsep berjihad yang sebenarnya.

Pada demonstrasi itu, kira-kira 30 anggota polis juga dikerah mengawal Utusan manakala PERKASA dan Pemuda Umno dibiarkan berhimpun tanpa sebarang gangguan.

Menurut Idris, Utusan beruntung kerana mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang. Katanya, rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.

Tegasnya, Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah.

“Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini,” katanya.

Saturday, May 14, 2011

NAJIB PENGECUT?


Nurul Izzah cabar Najib berdebat dengan ayahnya, Anwar Ibrahim. Beranilah Najib berdebat dengan Anwar. Tobat lahom rasanya Najib tak kan berani berdebat dengan Anwar. Najib tak kan berani. Tapi kalau Najib `anak jantan' dia mesti berani berdebat dengan Anwar. Kita nak tengok apa reaksi Najib selepas ini.

Harakahdaily melaporkan: KETEREH, 14 Mei: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan ‘debat’ khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang
dilakukan oleh ayahnya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.

Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.

“Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu,” katanya.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.

Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas. Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

Friday, May 6, 2011

UMNO MUSUH NOMBOR SATU


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.

“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya