Tuesday, June 1, 2010

Hentikan segera agensi berkaitan Israel


IPOH, 1 JUN, Pengarah Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) Saudara Mohd Hafez Sabri mendesak agar Kerajaan Malaysia menghentikan serta merta penggunan APCO serta agensi dan konsultan yang berkaitan dengan Israel. APCO yang mula bertapak di Malaysia pada 1 September 2009.

Menurut beliau, Jika benar kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel merampas dan menyerang kapal 'Mavi Marmara' serta mengakibatkan kematian dan syahidnya 16 orang aktivis dan cederanya lebih 32 orang atas misi untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan bagi penduduk GAZA,

Kerajaan Malaysia perlu buktikan dengan jelas dengan memberhentikan
serta merta khidmat APCO yang bernilai bernilai RM20 juta itu.

Konvoi kapal Freedom Flotilla dalam perjalanan membawa lebih 10,000 tan bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

IPMM mewakili generasi anak muda mencadangkan beberapa usaha yang mesti digerakkan untuk menunjukkan konsistensi kita dalam berhadapan dengan isu yang membabitkan hak kemanusiaan.

Menurut beliau lagi, pihaknya menggesa agar rakyat Malaysia menyatakan bantahan samada menyertai himpunan untuk menyerahkan memorandum di setiap pejabat konsul Israel dan kedutaan Amerika,

Menulis surat kepada Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung kepada Tabung Bantuan
Kemanusiaan Palestin berhubung dengan tindakan lanun menyerang kapal konvoi supaya memanggil siding trgempar OIC dan mengheret Israel ke muka pengadilan.

Sehubungan dengan itu Menurut Pengarah Hubungan Luar & Antarabangsa Institut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Abdul Rahman Jabir beliau juga turut menggesa agar Anak muda mesti bangkit dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk survival mereka untuk mempertahankan tanah air dan hak mereka.

Memetik ucapan beliau “ Ini soal kemanusiaan yang harus kita dokong bersama, Generasi muda perlu meneliti usaha seorang aktivis kemanusiaan daripada Amerika, Rachel Corrie, 23 tahun. pada 6 tahun lepas yang nekad meninggalkan Amerika dalam misi untuk membantu Gaza dan akhirnya mati dibunuh ketika beliau nekad menghalang
bulldozer rejim Zionis daripada meroboh rumah-rumah Palestin.

Malah, satu yayasan telah ditubuhkan iaitu Rachel Corrie Foundation for Peace
& Justice. Corrie tidak pernah kenal patriotisme yang buta. NGO anak muda dan seluruh pertubuhan non partisan mesti menjiwai semangat anak muda ini.”

Selain itu Institut Pemikir Muda Malaysia juga menggesa supaya Parlimen membuat sidang khas berhubung dengan isu serangan tentera rejim Zionis supaya resolusi dapat dikeluarkan.

Bagi gerakan anak muda ini sekarang bukan masanya hanya sekadar mengutuk serangan dan
mengeluarkan kenyataan yang tipikal dan bosan setiap kali peluru membunuh nyawa rakyat yang tidak berdosa di bumi Palestin.

Pihak IPMM juga menggesa agar rakyat Malaysia teruskan member sumbangan derma dan bantuan kemanusiaan dengan menyokong sebarang usaha yang dibuat oleh Viva Palestin.

Penyertaan rakyat dan pelajar Malaysia dalam konvoi Viva Palestin pada Disember 2009 lepas perlu dicontohi walaupun telah digagalkan daripada memasuki Gaza atas maksud
kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment