Friday, September 3, 2010
AIR MATA RAMADHAN DI KLEBANG PRIMA
IPOH: Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Pimea, Chemor merintih sedih bila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.
Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan knofi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.
Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.
"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan
"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar Pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.
Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.
"ADUN Manjoi, Dato' Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan nNegeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.
Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Dato' Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.
Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.
"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru," katanya.
"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.
Menurut Mohamad Ayob ada `tangan tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.
Sehubungan itu beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.
Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu pembohongan oleh Pengerusi Surau. Apakah fitnah ini halal si sisi PAS?????????????
ReplyDeleteApakah dengan menjadikan Umno bahan cercaan didalam surau ketika tazkirah itu adalah ibadah???menuduh ada tangan2 ajaib yang menghalang pembinaan surau adalah tuduhan yang amat berat. Adakah org islam sanggup menghalang sesuatu yang baik disisi islam?? Kemanakah wang kutipan dari penduduk taman selama 3 tahun????? Pernahkah pengerusi surau jelaskan kepada semua penduduk yang menyumbang baik PAS atau UMNO.Jika benar dakwaan ini harap pengerusi surau dapat adakan satu majlis dialog atau penjelasan kepada seluruh penduduk taman dia atas dakwaan yang amat berat ini. Jemput UMNO di pentas agar penduduk atau sesiapa yang membaca kenyataan ini tidak keliru dengan fitnah ini.
ReplyDeleteSaya adalah penduduk medan klebang prima dan berita ini adalah benar.. jika tuan mahu kepastian sila datang ke surau kami yg sudah siap.. surau kami di dirikan tanpa bantuan kerajaan yg sepatutnya bertanggungjawap.. timbalan pengerusi surau kami org umno dan dia boleh jawapkan kpd tuan.. mmg hak kami di nafikan.. kami bina dari hasil 100% sumbangan org ramai.. tuan boleh tanya terus dari ahli taman kami..
Deletepenulis blog ini di harap berhenti la daripada menumpang dosa dosa ini.
ReplyDeletecerita ini benar dan saya ialah penduduk di medan klebang prima.. skg surau kami sudah siap dan 100% hasil sumbangan org ramai.. 28 june 2013 surau ini akan di rasmikan oleh syaik mohd nor.. mmg benar tiada peruntukan dari kerajaan negeri ataupun persekutuan..
ReplyDeleteAda umh kosong klebang priema
ReplyDeleteSy mau
DeleteSy mau sewa
ReplyDelete