Sunday, September 19, 2010
HUKUM QISAS: UMNO/BN TERUS MEMBISU
Saranan Muti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang mahu masyarakat kini kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii yang diberi perhatian oleh semua pihak terutama pemerintah..
Ini kerana hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.
Menurut Datuk Sheikh Muhamad hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, kerana itu tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,
Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.
Apabila hukuman itu dilaksana masyarakat dapat melihat kesan daripada hukuman tersebut, umpamanya jenayah mencuri hukumannya potong tangan. Orang ramai akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan.
Oleh demikian mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa.
Kejadian yang menyayat hati dan kejam yang berlaku baru baru ini, adalah kejadian paling tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai.
Tragedi seumpama itu turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.
Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Hari ini manusia semakin kejam dan nyawa manusia begitu murah nilainya apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.
Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.
Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.
“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.
Persoalannya kini bila hukuman itu mahu dilaksanakan. Apakah kita berusaha mencari pelbagai alasan? Apakah tindakan dari pemerintah yang ada, adakah mahu menyalahkan masyarakat sahaja sedangkan yang berkuasa adalah perintah. Apakah Umno/BN masih diam membisu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment