Wednesday, July 21, 2010
Harussani wajar tolak agenda asobiah Melayu
Johari Jaafar
IPOH, 21 Julai: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, mufti itu juga tidak sewajarnya lupa dengan berapa siri penghinaan pemimpin Umno kepada Islam.
Katanya, tindakan Umno yang menghapuskan tulisan jawi juga tidak sewajarnya dilupakan oleh Harussani.
“Malah kalau bercakap tentang pejuangan bangsa, Umnolah penghianat sebenar kepada bangsanya,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Justeru, tindakan Harussani mempertahankan perjuangan Umno yang khianat kepada agama dan bangsa itu adalah juga adalah sesuatu yang wajar kepada umat Islam.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Harussani berhubung isu orang tengah untuk menyatukan PAS dan Umno yang disifatkan satu pembohongan.
Harussani mengatakan, "Yang penting dia seorang Islam atau tidak...berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya" selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Putrajaya kelmarin.
“Kerana itu saya ingin bertanya kepada Harussani, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Islam yang ada dalam komponen BN, adakah semua parti Islam.
“Tidakkah tindakan Samy Vellu yang pernah berkata: apa, Quran boleh bikin lebuh raya ka? jelas menghina al Quran dan Islam dan mengguris hati umat Islam,” ujar Khalil.
Beliau juga mempersoalkan adakah mufti itu termasuk dalam kumpulan yang merasakan Lim Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang berbangsa Cina dan sebelum itu semuanya Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berketurunan Melayu.
Sumber: Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment