Thursday, July 1, 2010
"Suami saya bukan pengganas" - Puan Nurul Hidayah
MANJONG: Isteri kepada Ustaz Zulkifli ZAlaria yang ditahan oleh Kerajaan Mesir, Puan Nurul Hidayah @Icanna Lagago menyelar akhbar media perdana yang melebelkan suaminya seorang pengganas yang dikatakan terlibat dengan JI.
"Suami saya bukan pengganas, saya cokup kesal dengan tohmahan saperti itu," ujarnya ketika ditemui di rumahnya 27 Jun lalu.
Menceritakan kejadian yang menimpa suaminya, beliau bersama anak dan suaminya telah pergi ke Mesir pada 15 Mei lalu atas urusan suaminya menduduki peperiksaan.
"Suami saya masuh belajar lagi iaitu Program Jarak Jauh (PJJ) untuk membuat master. kerana itu pemergian kami ke Mesir atas urusan itulah," katanya.
Beliau dan suaminya tidak ada masalah masuk ke Mesir, tidak pula ditahan, sekiranya suaminya seorang pengganas tentulah pihak berkuasa negara Mesir menahannya sewaktu sampai di negara itu, katanya.
"Ketika pemeriksaan imegresan di lapangan terbang, beliau dan anaknya lepas, tetapi suaminya ditahan untuk pemeriksaan, suami saya dibawa ke dalam bilik, tetapi ketika ditahan itu tidak pula dinyatakan apa sebabnya," jelasnya.
"Ustaz Zulkifli ditahan jam 3.00 petang, pesawat kami akan berlepas jam 4.05 petang, jam 4.00 saya hantar sms kat dia tanya dia tidak selesai lagi ke, Ustaz Zul beritahu belum buat apa apa lagi:.
Ketika hampir pesawat hendak berlepas, seorang imegresen memberitahunya, suaminya tidak boleh balik ikut sama, adah dia hendak tunggu atau balik dahulu, akhirnya beliau terpaksa menaiki pesawat untuk balik.
Beliau sempat juga menalipon pelajar Malaysia yang ditemui suaminya dahulu meminta mereka tolong tengokkan Ustaz Zulkifli yamg ditahan di lapangan terbang.
Pelajar Malaysia memberitahunya biasalah pelajar Malaysia ditahan di lapangan terbang tetapi tidak lama, lepas itu dibenarkan untuk pulang.
Beberapa pelajar Malaysia telah pergi ke Kedutaan Malaysia di Mesir memberitahu Ustaz Zulkifli ditahan dan meminta kedutaan Malaysia membantu. Setelah wakil kedutaan Malaysia pergi menemui Ustaz Zulkifli, wakil kedutaan itu memberitahu, tidak ada apa apa berlaku, Ustaz Zulkifli tidak pun disoalsiasat. kerana itu wakil kedutaan tidak tahu kenapa Istaz Zulkifli ditahan.
Hari kedua suaminya ditahan, Ustaz Zul memberitahu dia masih tidak makan lagi, saya beritahu pelajar Malaysia untuk memberitahu kedutaan Malaysia. Wakil kedutan kemudiannya membelikan makanan dan pergi ke tempat Ustaz Zulkifli ditahan. Tetapi Ustaz Zulkifli tidak ada, wakil kedutaan Ma;aysia itu [tidak tahu di mana Ustaz Zulkifli berada.
Pada hari ketiga beliau menghubungi persatuan pelajar Malayia mengenai perkara tersebut dan mereka telah membuat laporan. pihak polis Mesir memberitahu Ustaz Zulkifli ditahan untuk disoal siasat tetapi tidak memberitahu apa alasan penahanannya dan enggan memberitahu di mana lokasi suaminya berada malah tidak membenarkan berjumpa dengan Ustaz Zulkifli.
Beliau telah pergi ke Bukit Aman dan Wisma Putra mengenai perkara itu, kedua duanya memberitahu tunggu laporan dari Kerajaan Mesir.
Pada hari kesembilan suaminya ditahan, beliau bersama keluarga dengan bantuan Datuk Mahfuz Omar telah bertemu dengan Menteri Luar ingin tahu mengenai syatus penahanan suaminya.Sehinghga kini beliau tidak tahu di mana suaminya ditahan dan apa alasan penahanannya.
" Saya masih menunggu laporan kenapa suami saya ditahan begitu lama, apa sebab dia ditahan, ini satu perbuatan yang zalim menahan seseorang tanpa sebab," katanya..
Beliau berharap Kerajan Malaysia dapat bertindak membawa balik suaimya yang ditahan di Mesir.
"Sukalewan Malaysia yang ditahan oleh Kerajaan Israel boleh dibebaskan dan dibawa pulang dengan cepat, kenapa pula suami tidak boleh dibantu untuk dibawa pulang ke negara ini," katamnya.
Nurul Hidayah mempunya dua anak yang masih kecil dan beliau sendiri tidak bekerja. Sehingga ini PAS Cawangan Taman Samudra khususnya dan Dewan Muslimat banyak membantunya.
Mereka yang bersimpati kepada Puan Nurul Hidayah dan anak anaknya, bolehlah memberikan bantuan bagi meringankan bebanan keluarga ini.
Sebarang bantuan kewangan bolehlah dimasukkkan ke akuan CIMB, no akuan 08170011271528 (Puan Habibah)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment