Tuesday, July 6, 2010

Pemuda Umno Perak pondan?


PAS/DPPN.05/2.05 6 Julai 2010 / 23 Rejab 1431


Kepada :

Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi
Penolong Setiausaha,
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak,
Tingkat 5, Bangunan UMNO Perak,
Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,
30250 Ipoh.
(No. Fax : 05-253 0470)


Y.Bhg. Saudara;

TUDUHAN BERBOHONG

Perkara di atas adalah dirujuk.

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 83)

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terpanggil mengatakan persoalan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Y.Bhg. Saudara terhadap kami.

Kami merasa kesal dengan tuduhan yang telah dilemparkan Y.Bhg. Saudara yang jelas tidak membincangkan isu sebenar yang menjadi kemarahan rakyat terhadap kemulian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dakwaan Y.Bhg. Saudara mempunyai bukti daripada sebelah pihak sahaja tidak mencukupi bagi menyokong dakwaan Y.Bhg. Saudara selama ini.

Pihak kami juga mempunyai bukti dan juga saksi bagi menyokong kami di dalam menyatakan yang benar di dalam dakwaan atau tuduhan Y.Bhg. Saudara. Semua prosuder atau peraturan yang sepatutnya di patuhi dinafikan oleh beberapa Yang Berhormat. Ianya termasuk tatacara majlis DUN yang jelas melanggar peraturan DUN itu sendiri.

Kami berharap sikap ‘pondan’ atau penakut tidak ada di dalam Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak bagi mencari kebenaran sebenar. Tetapi jika Y.Bhg. Saudara tidak mengatakan yang benar, jelas bahawa segala perkara yang dibangkitkan Y.Bhg. Saudara adalah tidak benar sama sekali.

Oleh yang demikian, pihak kami bersedia bertemu dengan pihak Y.Bhg. Saudara jika benar apa yang telah dinyatakan daripada Y.Bhg. Saudara di dalam membangkitkan perkara tersebut hanya di media semata-mata.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

S.k : 1. Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

2. Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak

3. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

4. Fail Timbul

No comments:

Post a Comment