Thursday, July 15, 2010
Umno Perak: retak menunggu belah
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengikuti laporan media berkaitan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Umno Bahagian dalam Negeri Perak terutama yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir jelas menunjukkan perpecahan dan diakui sendiri oleh Datuk Seri Zambry di dalam ucapan-ucapannya.
Perkara ini ditambah dengan sumbangan berita-berita daripada media baru iaitu daripada blogger-blogger pro Umno yang menggambarkan permasalahan tersebut. Jelas mereka cukup marah dengan gerak kerja dan usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Zambry yang dilihat keseorangan tanpa satu pasukan yang kuat.
Ada juga yang mengatakan bahawa kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Zambry di Perak sekarang ini sebagai ‘Kerajaan Ihsan’. Terbukti perkara tersebut berlaku berdasarkan beberapa ucapan Datuk Seri Zambry yang berdepan dengan ‘manusia tikus’ iaitu ahli Umno yang tidak berpuas hati dengan gaya kepimpinannya. Kemelut ini menghampirkan suasana perpecahan yang menanti belah dalam Umno Perak.
Bagi DPPN Pk, Umno terutamanya di Perak sudah mula bercakaran sesama sendiri akibat tindakan tidak berpuas hati sesama mereka. Ibarat Umno dan Umno sedang bergaduh untuk mendapatkan kuasa sedangkan rakyat menjadi mangsa sasaran Umno bagi melepaskan geram dan balas dendam mereka apabila bergaduh. Dimanakan slogan Perjuangan mereka "Melayu Cemerlang" bahkan kapal nakhoda mereka kian tenggelam. Slogan hanya tinggal slogan segala-galanya retorika belaka.
Rakyat perlu sedar akan suasana ini sekarang dengan pukulan gendang Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang semangkin hampir. Sudah tentu perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin bagi melayakkan diri mereka meneraju kerajaan negeri. Yang lagi penting kedudukan orang nombor satu Umno Perak yang mungkin berubah dengan gagalnya untuk menyatu-padukan Umno Perak.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment