Friday, May 14, 2010

Lebih baik Zambry letak jawatan


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Dato. Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengesahkan bahawa Agensi dan juga Jabatan Kerajaan tidak berfungsi dengan baik sehingga terpaksa diserahkan tugas kepada MCA Bahagian seluruh Negeri Perak dan memperolehi peruntukan RM50 ribu untuk setiap MCA Bahagian. DPPN Pk merasakan dakwaan tersebut amat berat terhadap Agensi dan Jabatan Kerajaan yang ditugaskan dengan pelbagai permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa.

Persoalannya, mengapakah perlu ada orang kedua yang menjadi rujukan pertama dan bukannya diuruskan terus oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan tersebut?

DPPN Pk mendesak Zambry telus di dalam isu ini kerana ianya membabitkan kewangan rakyat yang besar. Zambry juga perlu menafikan bahawa Agensi atau Jabatan Kerajaan di bawah pentadbirannya lemah atau tidak membuat kerja-kerja mereka.

Sudah tentu perkara ini membuatkan kemarahan semua kakitangan kerajaan yang terbabit kerana mengatakan mereka tidak melakukan kerja. DPPN Pk juga amat kecewa jika itu yang berlaku menggambarkan seolah-oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan terlalu lemah di bawah kepimpinan Zambry yang terlalu banyak politiknya.

Zambry akan cuba mempolitikkan apa sahaja untuk kepentingan Umno / Barisan Nasional (BN) demi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Maka dengan ketidak cekapan kerajaan Negeri perak dibawah Menteri Besar yang ada sekarang amat wajar Zambry meletakkan jawatannya kerana ternyata gagal dalam mengurus tadbir kerajaan negeri berbanding 11 bulan pentadbiran kerajaan

Pakatan Rakyat (PR) dibawah Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu. Amat memalukan kenyataan tersebut boleh keluar dari seorang Menteri Besar yang mendakwa bijak urus kerajaan negeri. DPPN Pk juga khuatir dengan fenomena ini, pelaburan ke negeri akan terus merudum dan mengecil.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment