Monday, May 31, 2010
Zambry dicabar haramka judi bolasepak
Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.
Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-
Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.
Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.
Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.
1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.
2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.
3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.
4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.
KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak/
ADUN Titi Serong.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment