Tuesday, May 4, 2010

Pemuda PAS sebagai Duta Penyelamat Ummah dan Duta Kasih Sayang




TAIPING: Pada saat PAS sedang dinamakan sebagai alternatif untuk menggantikan Umno dan pada waktu Pakatan Rakyat sudah diterima oleh rakyat seluruhnya untuk mengambilalih tampok pemerintahan negara, Dewan Pemuda PAS mesti bersedia memainkan peranan terbesar untuk memimpin pemuda Perak seluruhnya.

Agenda besar ini merupakan sebahagian daripada rancangan pemulihan yang mesti dgerakkan oleh Dewan Pemuda PAS untuk mengembalikan semula matlamat hidup golongan belia dan pemuda yang pada masa ini telah kehilangan arah kerana adasar dasar hedonisma yang ditaja oleh Umno.

Genarasi baru pewaris negara pada hari ini bukan sahaja berhadapan dengan krisis ekonomi terapi lebih parah lagi apabila mereka berhadapan dengan krisis jati diri yang hampir melumpuhkan seluruh genarasi perwaris

"Dewan Pemuda PAS Perak telah berkali kali membuat teguran, perbincangan dan memberikan pandangan alternatif kepada kerajaan negeri, tetapi program program hedonisma semakin menular,".

Demikian dinyatakan oleh Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Munir Ali, ketijka menyampaikan ucap utama bertemakan Mendepani Perjuangan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak di Markaz Tarbiyah PAS Negeri, Air Kuning pada 2 Mei lalu.

Menurutnya sebagai langkah praktikal Dewan Pemuda PAS telah berusaha menembusi ruang ruang dakwah kepada golongan belia menerusi program kebeliaan yang disusun dalam bentuk hiburan, sukan, rekreasi dan juga pemulihan

"Bagi menghadapi pesaingan pengaruh pada masa depan, Dewan Pemuda PAS perlu memikirkan pendekatan politik dan dakwah yang lebih strategik dan berkesan terhadap golongan muda, kita tidak boleh berhenti dengan hanya menyediakan program bersifat hiburan, kebudayan atau sukan semata mata, tetapi golongan belia mesti turut diisi ilmu dan tarbiyah yang akan memperkasakan jati diri," katanya.

Jesteru itu saluran saluran interaktif di atas talian (online) saperti blog, facebook, skype, yahoo messerger, twitter, sms dan seumpamanya mesti dimanfaatkan supaya ruang dakwah terbuka dengan seluas luasnya.

Beliau turut menyentuh gagasan `memasyarakatkan PAS dan `Mempaskan masyarakat' perlu dijadikaan `tangkai keramat' untuk melahirkan ikon dalam kalangan pemuda PAS Perak.

Ikon pemuda PAS Perak bukan sahaja pemimpin kepada ahli jamaah tetapi pemimpin kepada rakyat, kerana itu sudah tentu akauntabiliti dan amanah yang dipikul ini amat berat tetapi tidak mustahil, malah pembentukan ikon sebegitu memnerlukan integrasi ilmu duaniawi dan ukhrawi yang mantap, katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai tarbiyah dan mahu Dewan Pemuda PAS memandang berat masalah tarbiyah dan penyediaan rijal, menyuburkan kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah dalam kalangan pendokong, pengikut dan penyokong.

"Pemuda PAS Perak perlu menjadi `top agent'terhadap perubahan dan gelombang kebangkitan golongan muda di Malaysia, pemuda PAS perlu menampilkan dirinya sebagai Duta Penyelamat Ummah dan Duta Kasih Sayang untuk menggerakkan kebangkitan golongan muda tersebut ke arah kesejahteraan,"katanya.

Beliau yakin dengan kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat mampu meletakkan pemuda di barisan hadapan perjuangan.

Turut hadir di muktamat tersebut, Pesuruhjaya OAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang, wakil wakil dari Pemuda DAP dan PKR dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.

No comments:

Post a Comment