Monday, May 31, 2010

YB Idhamlim sanggah laporan Sinar Harian


Merujuk kepada Berita dari Sinar Harian pada Khamis, 27 Mei 2010 mukasurat PK4 saya menarik perhatian untuk menyatakan beberapa pendirian saya kepada kenyataan-kenyataan berkaitan dengan Judi Bolasepak yang saya anggap tidak bertanggung jawab dan memerlukan penjelasan dan pembetulan dengan segera.

Antara kenyataan yang saya maksudkan dalam laporan itu ialah :

1. Kononnya Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

2.PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, ini seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan.

3. Kerajaan Kelantan misalnya, pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

4."PAS begitu sensitif mengenai isu lesen judi, tetapi boleh pula berkompromi dengan DAP yang menentang Islam".

Kenyataan dan jawapan saya adalah seperti berikut :-

1. Saya menyanggah kenyataan yang tidak bertanggung jawab dengan menuduh Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Sesungguhnya apa yang berlaku sangat jelas bila gelombang yang menentang Judi Bolasepak tidak terbatas kepada kelompok yang disebtukan diatas, malah sangat menyeluruh sehingga melibatkan kelompok yang lebih luas.

Tidakkah yang mengkormersilkan judi adalah Kerajaan BN sendiri yang sangat tidak bertanggung jawab dengan meluluskan lesen. BN sendirilah yang memburukkan wajahnya sediri dengan melakukan dasar-dasar yang bukan sahaja tidak islamik malah bertentangan dengan budaya dan tatasusila masyarat islam secara umumnya.

2. Terima kasih dengan pengkitiran bahawa PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, dan saya anggap merupakan pengiktirafan kepada perjuangan Jemaah islam yang tidak berpura-pura dalam sikap dan tindakannyaq.

Namun tudahan yang mengatakan "seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan." adalah kenyataan yang tidak berasas dan lari dari fakta yang sebenarnya. Tahukah Pemuda BN bahawa lesen-lesen perjudian adalah kelulusan yang hanya dibawah kuasa Menteri kewangan dan Kerajaan negeri cuma boleh mengawalnya dengan kawasan kelulusan pengunaan permis bangunaan untuk tujuan tersebut.

Malah saya tegaskan semua permis-permis judi yang ada semuanya adalah kesan dari kelulusan lesen judi dan peninggalan dari pemerintahan BN sebelumnya, kerana itu menuduh kami yang meluluskan lesen judi adalah kenyataan orang yang terdesak dan kehabisan modal serta hujjah yang rasional.

3.Saya menyanggah dengan kononnya Kerajaan Kelantan yang pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

Kenyataan ini adalah pembohongan yang perlu tindakan memohon maaf dengan segera kerana aktiviti judi adalah tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama , budaya dan bangsa. Tindakan dan tuduhan yang menyatakan judi adalah budaya mana-mana bangsa adalah tuduhan liar yang mesti ditarik dengan segera.

4. Kenyataan yang mengatakan DAP adalah anti Islam adalah kenyataan yang jahat tanpa bukti dan tidaklebih dari kenyataan untuk menutup kelemahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Kalau kita ingin bercakap mengenai siapa anti Islam saya rasakan semua sudah tahu siapakah yang antia islam, samada pemimpin UMNO atau DAP.

Malah Pakatan Rakyat negeri Perak boleh mengatur satu forum khusus dengan mempertemukan pemimpin DAP dan UMNO untuk berhujah tentang tajuk "siapa antiislam".

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak.

No comments:

Post a Comment