Tuesday, June 28, 2011

SIASAT HAMIDAH


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menggesa satu siasatan dibuat terhadap Datuk Hamidah Osman yang dilihat telah menyalahgunakan kuasa beliau di dalam Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia Fasa 2, Parlimen Gopeng 2011 baru-baru ini.

Gesaan itu dibuat oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, Pemuda PAS Perak melihat terdapat elemen penyalahgunaan kuasa berlaku di dalam pemberian komputer tersebut dan bimbang pemberian komputer tersebut dibuat secara ‘pilih kasih’.

"Datuk Hamidah Osman dilihat jelas telah menyalahgunakan kuasa sebagai seorang yang berkedudukan atau berjawatan politik dan perbuatannya ini dikhuatiri mempunyai unsur rasuah," tegasnya.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak meminta agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan terhadap maklumat tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Walaupun sudah banyak laporan yang telah dibuat terhadap Datuk Hamidah kepada SPRM namun amat dikesali ianya umpama ‘diletakkan di bawah karpet sahaja’, katanya.

No comments:

Post a Comment