Thursday, September 30, 2010

` TAUKEH JUDI KEMBALIKAN WANG JUDI '


Oleh: Drs. Khalil Idham Lim

Maka dengan bersungguh-sungguh pimpinan UMNO Pulau Pinang ingin meraih sokongan orang Melayu dengan mengajurkan upucara menerima pemulangan wang sumbangan RM 100 kerajaan negeri dari warga emas.

Berita tersebut mendapat liputan yang meluas dari media elektronik dan disiarkan diberita jam 8.00 malam tadi. Dikatakan 40 orang memulangkan wang halal yang diharamkan oleh UMNO itu.

Agak sesuai saya namakan lakonan dan sandiwara itu sebagai "taukeh judi mengembalikan wang judi".

Akhbar Sinar Harian pula melaporkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim, kesal dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang didakwa nya tidak pernah jujur dengan rakyat Pulau Pinang, tetapi sebaliknya sering menyembunyikan fakta sebenar.

Azhar nampaknya sudah sangat jijik dengan wang judi sehingga menyerang Kerajaan Negeri yang didakwanya mengunakan wang judi untuk wang ihsan RM100 atau program membasmi miskin tegar.

Namun secara jujur Ketua menteri Pulau Pinang mengaku guna duit judi daripada kelab lumba kuda, tetapi hanya untuk bukan Islam.

Guang Eng menjelaskan “Kerajaan negeri mengasingkan dana yang diterima daripada kelab lumba kuda, terdapat juga masyarakat bukan Islam yang miskin tetapi untuk umat Islam, ia tiada kaitan dengan sumber judi,” katanya dalam laman sosial twitter.

Tetapi sudah lebih 50 tahun BN memerintah Pulau pinang dan Malaysia, ternyata mereka gagal membezakna dan mengasingkan wang judi dengan wang halal.

Namun begitu tindakan UMNO mendapak tempelak dari kenyataan dari bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri "Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi."

Katanya lagi , bahawa para penerima wang (orang-orang Islam berusia emas) itu tidak haram. Pihak yang memberinya itulah yang menanggung dosanya. Samalah, kata beliau, apabila kakitangan awam dibayar gaji yang mana kita semua maklum, wang gaji itu bersumber daripada perbendaharaan negara.

Dalam perbendaharaan negara, ia menerima apa-apa sahaja sumber kewangan termasuklah daripada sektor perjudian, minuman keras dan yang sewaktu dengannya. Ia diterima menerusi cukai perniagaan yang dikutip oleh pihak kerajaan.

Sebagai makluman wang kutipan dari hasil judi bagi negara Malaysia dalam tempoh setahun berjumlah RM 2.3 billion.

Dalam kenyataan berasingan Dr Mohd Asri menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

Saya menyokong kenyataan Ketua Penenrangan PAS Pusat bahawa Umno merupakan 'bapa judi' sebenar, Umno sepatutnya membersihkan dahulu 'najis' itu di peringkat pusat, termasuk tidak membiarkan orang Melayu menjadi lembaga pengarah syarikat judi.

Demikianlah siri sandiwara pemimpin UMNO yang semakin "nazak" dari persada politik tanah air. Saya yakin UMNO akan ditolak oleh orang Melayu sendiri berkat kejujuran Kerajaan Pulau Pinang untuk menolong warga miskin yang sekian lama dipinggirkan dan diabaikan oleh UMNO dan BN.

TAKZIAH BUAT KELUARGA PAK TEH


PAS Perak ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga dan anak didik Almarhum Tuan guru Haji Dato Abdul Latif b. Adul Rahman atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru Pak Teh diatas pemergiannya kerahmatullah pada awal pagi hari ini.

PAS Perak merasai kesedihan akan hilangnya seorang pejuang agama yang begitu gigih dan merupakan seorang Tuan Guru yang telah banyak melahirkan pelajar-pelajar agama di Perak ini. Pemergian Tuan Guru Pak Teh sangat dirasai oleh seluruh rakyat di negeri Perak ini. Al Marhum sememangnya sangat dikenali sebagai seorang tuan guru yang mahir dalam belbagai bidang agama dan sentiasa istiqamah dalam melahirkan insan-insan yang memahami dan mendalami ilmu agama di pondok beliau.

Pengorbanan dan semangat juangnya dalam misi untuk berbakti kepada ummah dan melahirkan insan yang faham agama inilah yang wajar dicontohi oleh seluruh rakyat khususnya umat Islam, walaupun pemergian Almarhum menemui Allah SWT adalah satu kehilangan besar bagi rakyat Perak, tetapi Almarhum telah berjaya membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kesempatan hidup diatas muka bumi untuk terus berjuang menegakkan perintah ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT meletakkan rohnya bersama para An’biya, Syuhada’ dan Solihin.

Salam Takziah

Ustaz Abu Bakar bin Hussain
( PESURUHJAYA PAS PERAK

PELABOR ASING TIDAK YAKIN DENGAN KERAJAAN PERAK


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat fakta yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berdasarkan projek-projek yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri pada tahun 2009 dan bagi tempoh Januari hingga Jun bagi tahun 2010 jelas menunjukkan bahawa pelaburan asing yang masuk ke Negeri Perak adalah tidak meyakinkan dengan hanya sebanyak RM872 juta sahaja.

Kebergantungan pelaburan tempatan sahaja yang banyak diterima oleh Kerajaan Negeri Perak dengan jelas menunjukkan bahawa pelabur asing masih kurang yakin terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada.

Bila disebut ‘kuasa ketiga’, inilah antara punca sebenarnya mengapa pelabur asing tidak yakin untuk melakukan urus niaga di Perak ini. Ianya berdasarkan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri yang bergantung kepada ‘kuasa ketiga’ untuk terus mentadbir kerajaan negeri selama ini.

Jika ‘kuasa ketiga’ tersebut mengubah pendirian mereka, sudah tentu kerajaan negeri yang di bawah Barisan Nasional (BN) ini akan tumbang pada bila-bila masa sahaja. Pelabur asing sudah tentu tidak akan menanggung risiko yang tidak menguntungkan mereka yang jelas tiada ketentuan yang dapat diberi jaminan sehingga sekarang.

Jika ‘kuasa ketiga’ tersebut bersama dengan komponen mana-mana parti di dalam BN, mungkin itu antara penyelesaiannya.

DPPN Pk meminta kerajaan negeri di bawah BN ini bertanggungjawab atas kurang yakinnya pelabur asing ini yang sudah tentu memburukkan lagi imej Negeri Perak di mata dunia. BN perlu kembalikan keyakinan semua pihak jika masih menerima demokrasi tulen yang sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, September 28, 2010

UMNO DAN JUDI MACAM KEMBAR SIAM


Idris Ahmad

PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selango

sumber: Harakahdaily

ZAMBRY TUNDUK KEPADA ADUN BEBAS?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat adegan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang terpaksa sekali lagi hadir ke Tanjong Malim buat kali kedua semasa Majlis Rumah Terbuka Barisan Nasional (BN) dan Umno Bahagian Tanjong Malim baru-baru ini setelah juga hadir Majlis Hari Raya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Behrang sebelum daripada ini.

Walaupun ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi tidak hadir ke Majlis Rumah Terbuka BN dan Umno Tanjong Malim, akan tetapi Datuk Seri Zambry terpaksa hadir buat kali keduanya.

ADUN Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Perak Datuk Mohd Khusairi Abu Talib yang hadir ke Majlis Hari Raya ADUN Bebas Behrang tidak pula di balas kehadiran ADUN Bebas Behrang tersebut.

‘Kuasa ketiga’ di dalam politik Negeri Perak jelas dapat dilihat jika suasana seumpama ini masih dibiarkan berterusan. Datuk Seri Zambry terpaksa menjadi alat kekuasaan ‘kuasa ketiga’ yang ingin memenuhkan agenda peribadi mereka yang dapat dilihat sendiri terutama kekayaan luar biasa mereka.

DPPN Pk melihat berjayanya ADUN Bebas Behrang menghadirkan Zambry ke majlisnya merupakan bukti bahawa Kerajaan Perak berada 'dihujung telunjuk' ADUN-ADUN Bebas tersebut.

Tidak mustahil juga semua ADUN Bebas tersebut bakal bertanding sekali lagi dan yang paling berani adalah menjadi calon BN Perak di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Sama-samalah rakyat melihat keadaan ini, biar pun penafian-penafian yang akan dibuat oleh mereka. Tetapi penafian di dalam politik kadang-kadang adalah kebenarannya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Monday, September 27, 2010

PRU KE 13: BN PERAK AKAN TEWAS


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, semasa Majlis Rumah Terbuka BN Perak telah secara jelas mengakui kelemahan dan krisis keyakinan BN Perak yang ketara hasil dari masalah politik dalaman Parti itu sendiri.

DPPN Pk dimaklumkan sehingga kini masih ada Umno-Umno Bahagian yang belum dapat menerima kepimpinan Datuk Seri Zambry walaupun sesudah setahun lebih mengemudi BN hasil insiden rampasan kuasa pemerintahan Negeri Perak dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry tidak sepatutnya menimbulkan isu krisis keyakinan di kalangan pimpinan BN bawahannya sahaja kerana dia terlebih dahulu perlu berusaha kuat demi mendapatkan keyakinan semua pimpinan BN terhadap beliau berbeza dengan mantan Menteri Besar BN Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali, yang walaupun mempunyai gaya kepimpinan dan watak berbeza namun beliau jelas lebih disenangi dan diterima oleh seluruh peringkat kepimpinan BN.

DPPN Pk merasakan pilihan kepimpinan Datuk Seri Zambry sebagai Menteri Besar kerajaan rampasan Perak bukanlah pilihan terbaik ketika itu kerana masih banyak tokoh-tokoh yang lebih layak dan berpengalaman sepatutnya menggantikan Tan Sri Tajol Rosli dahulu.

Tetapi jika Datuk Seri Zambry masih mengekalkan cara kepimpinannya, sudah tentu rakyat akan terus menolak BN pada PRU 13 nanti. Perkara ini boleh dibuktikan apabila beberapa tokoh BN Sabah dan Sarawak masih lagi memperkatakan akan ketidakmampuan BN Perak merampas semula pentadbiran kerajaan negeri pada PRU 13 nanti. Jelas kepimpinan Datuk Seri Zambry adalah yang paling singkat kerana rakyat Negeri Perak akan terus menolak BN di bawah kepimpinannya.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

KERAJAAN BN TIDAK SERIUS


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal sikap lepas tangan kerajaan negeri berkaitan isu pencerobohan pembalakan haram yang telah didedahkan baru-baru ini dimana tiada tindakan serius diambil dengan sewajarnya. Dimaklumi bahawa terlalu banyak kes-kes seumpama ini telah berlaku dan ianya masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Ditambah dengan isu pencerobohan di kawasan Rizab Hidupan Liar Chior, Sungai Siput serta pembalakan haram di Hutan Belum-Temenggor yang telah dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini. Dan sebelum ini juga telah dilaporkan oleh media isu pembalakan haram di Sempadan Pahang – Perak dekat Simpang Pulai yang masih tidak dapat dikenalpasti pesalahnya.

Akibat daripada kegagalan menangani isu-isu tersebut mengakibatkan berlakunya bencana alam seperti banjir lumpur, tanah runtuh dan sebagainya. Inilah punca utama perkara tersebut berlaku dan DPPN Pk meminta kerajaan negeri lebih serius dalam menanganinya daripada meletakkan kesalahan-kesalahan tersebut kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. Jangan sampai Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah sekali lagi mencemar duli melihat permasalahan rakyat ini sekali lagi.

DPPN Pk berharap seluruh rakyat dapat melaporkan pencerobohan pembalakan haram atau seumpamanya kepada pihak-pihak yang berwajib. Tanggungjawab bersama ini perlu bagi mengekang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab agar di hadapkan di muka keadilan.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sunday, September 26, 2010

UMNO PATUT MALU, SEMALU MALUNYA


Ali Hashim

KEPALA BATAS: 25 Sept: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan dakwaan yang telah dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam yang mendakwa Kerajaan Negeri menggunakan wang dari sumber judi Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang untuk program miskin tegar.

Semalam, Reezal dalam sidang media beliau di Kepala Batas telah mendakwa kerajaan negeri memperolehi wang dari sumber judi sebanyak RM500 ribu dari kelab tersebut sebagai sumbe untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata, sejumlah 90 peratus dari mereka yang tergolong dalam miskin tegar adalah masyarakat Melayu.

Namun begitu, katanya harus diketahui bahawa baki sebanyak 10 peratus lagi adalah di kalangan masyarakat bukan Melayu dan bukannya beragama Islam.

"Jumlah yang kita gunakan untuk masyarakat bukan Islam tidak harus dipertikaikan. Manakala bagi masyarakat Islam kita sedia maklum apa yang baik untuk mereka dan apa pula yang sebaliknya.

"Oleh kerana itu, maka usaha Umno memburukkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) ini sebenarnya tidak akan menjadi nyata kerana rakyat sudah tahu dan faham mengenai usaha mereka untuk menjatuhkan serta mencalarkan imej kerajaan negeri," katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Umno melalui Reezal juga telah menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber judi untuk pemberian RM100 kepada warga emas dan tidak menjadi kenyataan setelah dinafikan dengan fakta, kini mereka beralih pula kepada wang kepada penerima miskin tegar.

Kata Lim lagi, adalah tidak munasabah untuk Kerajaan Negeri memberi sumbangan dari sumber judi kepada masyarakat Islam di negeri ini.

"Kita juga tahu apa yang boleh dan tidak boleh untuk diberikan sebagai sumbangan kepada masyarakat Islam. Oleh kerana itu janganlah Umno menjadikan isu ini sebagai modal politik mereka walaupun hendak mencari semula pengaruh yang hilang.

"Umno sepatutnya malu dengan kenyataan ini kerana merekalah sebenarnya yang menguasai kepimpinan Kerajaan Pusat bersama Barisan Nasional (BN) yang meluluskan kesemua lesen judi yang ada di seluruh negara ini.

"Bak kata pepatah menepuk air ke dulang terkena muka sendiri. Inilah umpama yang patut saya nyatakan kepada Umno dan BN yang cuba mencari kesalahan PR sejak kita mula memenangi pilihan raya 2008 yang lalu sehinggalah ke hari ini," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program 'Pembersihan Pantai Antarabangsa' di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, Butterworth pagi tadi.

Sumber: Harakahdaily

Saturday, September 25, 2010

MAHATHIR MACAM RAJA LAWAK ASTRO


Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 25 Sept: Peringatan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara dianggap sebagai bahan jenaka dari seorang raja lawak Astro yang baru.

"Kenyataannya itu saya anggap sebagai kemunculan seorang raja lawak Astro baru dengan dailog jenaka dan bahan lawak yang mampu membuatkan orang ramai sama ada generasi baru atau lama ketawa hingga tidak kering gusi.

"Sesuai sangatlah dengan watak tuanya, beliau menggantikan pelawak-pelawak yang seusianya seperti Ibrahim Din, M. Zain dan 'ahli mesyuarat tingkap' lain yang telah tiada, dan kini tinggal Dr Mahathir seorang sahaja lagi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sinis yang ditemui pada majlis penyerahan tajaan FusionExcel International kepada Persatuan Bolasepak Melayu Kedah, petang semalam.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu mendakwa, kuasa dan suara orang Melayu akan lenyap sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) terus diberi peluang memerintah negara ini pada masa pilihan raya akan datang.

Menurut Mahfuz, Umno dan Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang memerintah negara sejak 53 tahun yang lalu dan sepanjang tempoh itu, mereka terbukti gagal meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan sekaligus meletakkan kaum itu tertinggal jauh di belakang.

"Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi meminta kerajaan mendedahkan fakta dan kedudukan sebenar ekonomi orang Melayu yang tertinggal sejak negara merdeka dan ini bukti jelas orang Melayu jauh kebelakang apabila dari kalangan mereka sendiri yang mempersoalkannya.

"Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sejak 40 tahun lalu juga tidak berupaya memajukan orang Melayu dan ini menguatkan lagi hujah bahawa mereka gagal membela orang Melayu.

"Apakah Umno dan BN nak minta tambahan masa lagi 53 tahun atau 40 tahun untuk memajukan orang Melayu? Kuasa dan suara orang Melayu akan terus hilang kalau mereka diberi peluang lagi untuk memerintah negara," katanya.

Sumber: Harakahdaily

MAHATHIR BIMBANG UMNO/BN KALAH


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
IPOH Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan bahawa pandangan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir Mohamad hanyalah kenyataan politik lama dengan tujuan untuk mengugut pengundi Melayu agar tidak memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Menurutnya sebenarnya Tun Mahathir dan pemimpin Umno kini sudah dapat menjangkakan bahawa mereka akan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Pesuruhjaya PAS Perak itu menegaskan demikian dalam kenyataan medianya kelmarin.

Sekiranya umno menjadi pembangkang katanya, tidak ada pengikutnya yang sanggup menyumbangkan tenaga dan kewangan untuk pergerakan parti umno itu pada masa akan datang, serta berkemungkinan besar parti umno ini akan menjadi tidak relevan dan ditolak oleh seluruh rakyat akan kewujudannya.

Beliau mendakwa terdapat menteri-menteri umno yang sudah membeli tanah dan rumah di luar negara untuk menyenangkan mereka tinggal disana jika umno tidak dapat memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Sebenarnya pemimpin umno kini sentiasa berada dalam ketakutan kerana satu persatu kes-kes mereka akan dibongkar dan dibawa kemuka pengadilan jika Pakatan Rakyat dapat megmbil alih pentadbiran kerajaan pusat.

” Kita tahu selama ini pemimpin-pemimpin umno memperolehi duit dari pengusaha-pengusaha kilang dan syarikat-syarikat kroni mereka untuk menjana kewangan parti mereka. Jika umno jadi pembangkang selepas ini maka tiada siapa yang sanggup beri duit pada umno, ” ujar beliau.

Kenyataan Tun Mahathir itu adalah kenyataan yang berbaur ugutan kerana Tun Mahathir sudah menjangkakan Umno berkemungkinan besar kalah pada Pilihanraya umum ke 13 nanti.

Friday, September 24, 2010

BIDANG JURUSAN AGAMA DIANAKTIRIKAN?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bimbang dengan pendedahan Majlis Perundingan Melayu (MPM) jika usaha bagi membantu kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat bantuan biasiswa seperti yang dijanjikan.

Perkara ini jelas seperti menafikan hak rakyat untuk mendapat bantuan pendidikan terutama di dalam bidang jurusan Agama yang telah dianaktirikan.

DPPN Pk bimbang suasana yang berlaku ini suatu bebanan, kerana hak rakyat untuk mendapat pendidikan sepertimana yang dijamin dalam Perlembagaan Negara tidak mendapat perhatian serius daripada Kerajaan. Dalam konteks kerajaan negeri, terutama di Negeri Perak permasalahan bantuan pendidikan turut berlaku dan perkara ini amat membimbangkan.

DPPN Pk mendesak kerajaan negeri mencari penyelesaian bagi memastikan mahasiswa cemerlang yang lahir di Negeri Perak di bantu sepenuhnya.

DPPN Pk juga meminta agar desakan semua pihak supaya permasalahan yang berlaku diambil perhatian serius oleh kerajaan negeri. Jika sebaliknya, DPPN Pk juga akan mengambil langkah yang sama seperti MPM untuk merafak sembah Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak memohon perkenan agar campurtangan di dalam perkara ini kerana pendidikan adalah agenda utama menjamin pembangunan Malaysia.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, September 22, 2010

YA ALLAH AMPUNILAH KAMI


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami,suami kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka

Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Dipetik dari facebook by Yus Fairus

Tuesday, September 21, 2010

CAKAP SAJA BESAR TAPI PENAKUT


Menteri Besar Perak yang dahulunya `HARAM' dan kini telah DIHALALKAN oleh mahkmah sekali lagi cakap besar, BN Perak kononnya semakin kuat dan mendapat sokongan rakyat.

Itulah kenyataan beraninya hanya di depan media saperti yang dilaporkan oleh BERNAMA kelmarin. Kata Zambry sokongan rakyaT terhadap BN semakin memuncak kerana ramai yang menerima baik gagasan 1Malaysia ciptaan PM.

Oi zambry, jangan cakap besarlah, buktikan dulu benarkah rakyat Perak menyokong BN. Ini bukan kali pertama hang cakap macam tu. orang Perak kata cakap berdego dego, tetapi penakut.

Saperti kata Dato' Seri Ir Mohama Nizar Jamaludin, jika benar, bubar Dewan Undangan Negeri Perak dan adakan pilihanraya. Macam mana Zambry berani tak bubar DUN Perak. Jangan cakap saja berdego dego, tetapi penakut. Kalau anak jantan bubarkan DUN Perak. Kita lihat rakyat sokongan BN atau Pakatan Rakyat.

Ini bukan pertama kali pertama Zambry cakap besar sudah banyak kali dia sebut bahawa Umno disayangi semula , BN diberikan sokongan padu. Kalau benar beliau harus pulihkan demokrasi di Perak dan adakan semula pilihanraya.

Sebelum ini Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, sudah beberapa kali mencabar Zambry untuk mengadakan pilihan raya negeri untuk mendapatkan mandat daripada rakyat yang menyokong Pakatan rakyat pada pilihanraya umum 2008, tetapi Zambry diam membisu, penakutlah namanya.

Apabila Zambry dan pemimpin pemimpin Umno lain tidak menyahut Nizar itu, sahlah cakap besar Zambry itu hanyalah kenyataan kosong untuk menyedapkan diri mereka dan ahli ahli Umno sahaja.

Sebenarnya Zambry dalam keadaan begitu terdesak sehingga terpaksa merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan Perak dan 72 anggota Wanita cabang Ipoh Barat bertindak keluar parti sebagai bukti sokongan Umno makin kuat.

Hakikat ialah mereka yang keluar itu menghadapi masalah displin, malah ada antara mereka bukan ahli PKR sama sekali.

"Orang di tempat dia sendiri di Pangkor, telah menolak dia. Itulah sebabnya dia mengeluarkan kenyataan itu untuk meyakinkan diri dia dan BN bahawa mereka masih kuat," ujar Nizar

Sudahlah Zambry, orang Perak dah meluat kat hang dan parti hang, tunggu masa saja Umno/BN akan ditalkinkan pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sunday, September 19, 2010

HUKUM QISAS: UMNO/BN TERUS MEMBISU


Saranan Muti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad yang mahu masyarakat kini kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii yang diberi perhatian oleh semua pihak terutama pemerintah..

Ini kerana hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

Menurut Datuk Sheikh Muhamad hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, kerana itu tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

Apabila hukuman itu dilaksana masyarakat dapat melihat kesan daripada hukuman tersebut, umpamanya jenayah mencuri hukumannya potong tangan. Orang ramai akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan.

Oleh demikian mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa.

Kejadian yang menyayat hati dan kejam yang berlaku baru baru ini, adalah kejadian paling tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai.

Tragedi seumpama itu turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Hari ini manusia semakin kejam dan nyawa manusia begitu murah nilainya apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.

Ada banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.

Persoalannya kini bila hukuman itu mahu dilaksanakan. Apakah kita berusaha mencari pelbagai alasan? Apakah tindakan dari pemerintah yang ada, adakah mahu menyalahkan masyarakat sahaja sedangkan yang berkuasa adalah perintah. Apakah Umno/BN masih diam membisu?

Thursday, September 16, 2010

IBRAHIM ALI TAK FAHAM PERLEMBAGAAN?


Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Penganalisis politik, Prof Dr Abdul Aziz Bari menganggap Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak memahami inti sebenar Perlembagaan Persekutuan.

Anggapan itu gara-gara inisiatif ekstrem Datuk Paduka Ibrahim Ali mengasaskan Perkasa bagi mempertahankan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, Majlis Raja-Raja Melayu serta Islam seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan yang kononnya sedang dihakiskan oleh pihak 'bukan Melayu' tertentu.

"Lagipun kefahaman Perlembagaan (Persekutuan) oleh Perkasa adalah tidak tepat kerana tidak ada sesiapa yang boleh memadam peruntukan yang mereka (Perkasa) kata perlu dipertahankan," ujar pakar perlembagaan itu kepada Harakahdaily.

Kata ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lagi, langkah Perkasa itu seakan menghalang kebebasan bersuara rakyat dalam membincangkan isu-isu yang selama ini dianggap sensitif oleh pemerintah.

"Perkasa juga semacam lupa bahawa Perlembagaan memberi hak bersuara selagi ia tidak meminta pemansuhan kedudukan yang sedia ada itu, termasuk Raja, bahasa dan lain-lain," ujarnya.

Walhal, katanya sesetengah isu-isu yang diwacanakan oleh rakyat, khususnya bukan Melayu tidaklah sampai pada tahap membelakangkan Perlembagaan.

Lanjutan itu, beliau mempersoal motif sebenar Ibrahim, Presiden Perkasa menggunakan media untuk meniupkan api perkauman ekstrem belakangan ini.

"Jadi, apa yang hendak dipertahankan?" soalnya.

Beliau turut mempersoal idea Ibrahim pada Ahad lalu yang mahu Perkasa mewujudkan muafakat politik baru, iaitu menerima keanggotaan bukan Melayu.

"Dengan idea ekstrem yang mereka bawa, nak kerjasama dengan bukan Melayu yang macam mana.

"Jadi, macam Perkasa nak buat kerjasama...dengar nama Perkasa pun mereka (bukan Melayu) sudah meluat," ujarnya.

Hari ini, dilaporkan Ibrahim menuduh MCA menguasai Umno pula.

Tuduhan terbaru itu selepas Ibrahim menuduh PAS tunduk pada kemahuan politik para pemimpin bukan Islam dari DAP serta Pakatan Rakyat yang lain.

Tuduhan-tuduhan Ibrahim itu ekoran keengganan pihak masing-masing untuk menerima pelawaan Perkasa, badan bukan kerajaan untuk mempopularkan politik ekstrem Melayu di tanah air.

Manakala, Umno pula dilihat seakan dalam dilema sama ada mahu berwajah liberal atas nama slogan 1Malaysia atau kekal dalam kerangka 'ultra Melayu' seperti yang didesak Perkasa.

Sumber: Harakahdaily

TERUSKAN TARBIYAH DI BULAN SYAWAL


Oleh: Mohd hafez sabri

IPOH Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyeru agar umat Islam meneruskan pentarbiyahan diri dengan berpuasa enam di bulan syawal

Menurut beliau, Ramadhan telah berlalu dan kini Syawal telah tiba. Namun tarbiyah Ramadhan diikuti tarbiyah Syawal juga tarbiyah bulan-bulan lain semuanya dan berkesinambungan dengan ketaatan dan ibadah merupakan bukti penerimaan Ibadah kita di bulan Ramadhan.

Beliau menyatakan lagi bahawa, Puasa sunat di bulan Syawal selepas Ramadhan adalah di antara peluang terbaik kerana orang yang berpuasa masih berada pada ketaatan dan ibadah yang lain setelah selesai puasa Ramadhan.

Jikalau tanda penerimaan sesuatu ibadah ialah kecenderungan melakukan ibadah seterusnya, maka puasa 6 Syawal selepas Ramadhan adalah bukti kesyukuran orang berpuasa kepada Allah kerana memberi taufik kepada puasa Ramadhan dan menambahkan kebaikan, sepertimana puasanya sebagai bukti kecintaan kepada ibadah dan ketaatan dan kecenderungan untuk meneruskan jalan ibadah.

Bahkan ia seakan-akan suatu perjanjian dengan Allah untuk bersungguh-sungguh beribadah dan melaksanakan ketaatan kerana ia tidak mahu hanya beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan dan meninggalkan ibadah selepas Ramadhan. jelas beliau.

Wednesday, September 15, 2010

UTUSAN MAHU JATUHKAN NAJIB?


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Ekoran menyokong Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), akhbar Utusan Malaysia terus menerima kritikan dari pemimpin Umno.

Kali ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz pula mempersoal agenda sebenar akhbar milik Umno itu yang didakwa cuba merendahkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan melebihkan penasihat NGO tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan juga jelasnya seperti mempunyai agenda tersendiri apabila lebih menonjolkan Dr. Mahathir berbanding Najib.

"Saya tidak faham Utusan. Siapa bos mereka? Najib atau Dr Mahathir? Kadangkala saya tertanya adakah mereka ada agenda untuk membawa kkembali Dr Mahathir untuk menggantikan Najib," katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider.

Menurutnya lagi, dengan mempromosikan kenyataan Dr. Mahathir yang menyokong perjuangan melampau Hak Melayu Perkasa itu bermakna Utusan secara jelas telah merendahkan gagasan 1Malaysia Najib.

Nazri turut meminta agar Utusan memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti itu dengan menyokong agenda 1Malaysia Najib seperti akhbar politik yamg lain.

"Jika kita lihat Harakah, mereka promosikan program PAS, Suara Keadilan promosikan PKR, The Star promosikan MCA, tetapi akhbar Umno sendiri, Utusan tidak menyokong bos mereka," katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin membidas Utusan Malaysia menerusi twitternya.

Khairy menulis bahawa beliau "berpendapat akhbar tertentu itu perlu diingatkan siapa pemiliknya".

"Saya penyokong pembaharuan supaya akhbar lebih bebas dan bertanggungjawab tetapi dalam paradigma hari ini, saya tidak boleh menerima bentuk editorial akhbar tertentu," tulisnya.

Meskipun Khairy tidak menyebut sebarang nama, tetapi kenyataannya jelas ditujukan kepada Utusan.

Ketua pemuda Umno itu juga telah berulang-kali menegaskan bahawa Umno tidak bersekongkol dengan Perkasa dalam apa bentuk sekalipun.

Sejak seminggu lalu, beberapa pemimpin kanan Umno termasuk setiausaha agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, naib presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli majlis tertinggi, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mula menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Perkasa.

Mereka mendakwa pandangan melampau Perkasa berhubung hak dan dan keistimewaan Melayu akan meminggirkan sokongan bukan Melayu pada pilihan raya umum akan datang.

Utusan melalui beberapa artikelnya telah menyokong Perkasa dan rencana pengarangnya pada Ahad lalu menggesa Umno supaya memikirkan semula hubungan dengan NGO itu.

Monday, September 13, 2010

HANYA SANDIWARA UMNO


Harakahdaily
SEBERANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Umno yang cuba mengelak dari dikaitkan dengan isu PERKASA.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyatakan Umno dan Barisan Nasional(BN)terjejas dengan tindakan pertubuhan yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali itu.

Menurut Anwar lagi, Umno dan BN sepatutnya menyedari sokongan yang semakin hilang terhadap mereka bukannya kerana pertubuhan tersebut semata-mata.

Sebaliknya tindakan kepimpinan Umno dan BN sendiri telah menghilangkan keyakinan rakyat khususnya terhadap kepimpinan mereka.

"Mereka tidak sedar apa yang telah mereka lakukan itu adalah faktor kepada kehilangan sokongan. ISA yang mereka laung-laungkan sebelum ini untuk dipinda terhenti setakat itu.

"Rasuah yang berterusan tanpa had menyebabkan rakyat semakin bosan dengan kerenah mereka. Yayasan Satu Malaysia yang mereka tubuhkan untuk manfaat rakyat seperti didakwa hanyalah untuk kroni. Pemberiannya juga tidak secara telus.Melayu yang mereka bela adalah Melayu kroni mereka. Bukannya Melayu yang miskin dan perlu diberi pembelaan."ujarnya lagi.

Dalam isu pemilihan bagi merebut jawatan dalam PKR, Anwar tidak memberi jawapan samada mahu menerima atau tidak sekiranya ada yang mencalonkannya bagi jawatan Presiden.

"Apa yang perlu diberi tumpuan ialah pemilihan dalam parti.Biarkan pemilihan berjalan dengan baik dan lancar sebelum apa-apa keputusan diberikan.

"Biarkan ahli parti yang membuat keputusan secara bijak dan demokrasi sepenuhnya yang kita laksanakan dalam pemilihan parti kali ini. Mereka yang akan menentukan siapa pimpinan yang mampu untuk membawa reformasi dan menerajui parti."tegasnya lagi.

Anwar berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PKR Negeri P.Pinang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr.Mansor Othman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri yang lain

Thursday, September 9, 2010

SEMUA MUSUH KECIL BILA KITA BERSAMA ALLAH


PERURUSAN AIDIL FITRI PJ PERAK

BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Perak, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan Allah SWT melakukan nuzul Al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk Al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan Al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah SWT ini.

Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah SWT dan percaya kepada janji Allah SWT, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah SWT memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah SWT.

Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah SWT, dalam Al Quran Karim.

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)

Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak Darul Ridzuan)

KEKALKAN HIDUP BERAGAMA - TUAN GURU NIK AZIZ


Nik Abdul Aziz Nik Mat

Firman Allah SWT (bermaksud):

“(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

(Al-Quran, surah Al-Fath 48:4)

Segala kebesaran milik Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berabdi dengan beribadat di sepanjang bulan Ramadhan dan seterusnya menyambut Hari Raya Idulfitri, 1 Syawal 1431H ini. Sesungguhnya kesempatan setiap Ramadhan disediakan oleh Allah SWT wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dengan memperbanyakkan amal ibadah demi meningkatkan ketaqwaan selari dengan tujuan berpuasa.

Asas kehidupan manusia yang beriman dan bertaqwa sudah pasti berpandukan agama. Ini kerana ajaran agama menyediakan perlembagaan hidup yang sebenar. Maka kehidupan orang yang taqwa sudah pasti hidupnya selari dengan agama, yakni perlembagaan hidup yang berteraskan agama. Justeru kehidupan seorang yang beragama adalah terlalu jauh bezanya dengan kehidupan berpandukan perlembagaan buatan (digubal) manusia. Ini kerana tuan punya dunia ini telah menetapkan adanya hari pembalasan dan ini wajib diulang-ulang berbelas-belas kali setiap hari di dalam solat (maliki yaumid din). Oleh yang demikian, apalah sangat pihak yang menggubal perlembagaan, apakah mereka dapat menjamin bahawa roh perlembagaan yang digubal manusia itu dapat memuaskan hati pihak hakim di akhirat kelak iaitu Allah SWT? Tanpa ada sebarang keraguan di mahkamah Allah (without any shadow of doubt). Bolehkah perlembagaan buatan itu dapat menyelamatkan seseorang manusia itu daripada neraka Allah SWT?

Perlembagaan sebenar (alsirat al-mustaqim) ialah al-Quran yang kita tadarus, yang kita baca di dalam solat, di pejabat, di dalam perjalanan ke pasar atau ke mana-mana. Ia mengandungi nur iaitu cahaya.

Cahaya itu bukan cahaya matahari, bulan, bintang tetapi cahaya yang menyuluhi qalbu insan, bagi menentukan halal dan haram, dosa pahala, taat maksiat dan syurga neraka. Tanpa adanya cahaya ini manusia akan meraba-raba dalam kegelapan. Itulah gunanya al-Quran, iaitu untuk menimbal kelemahan-kelemahan manusia.

Sebab itu di dalam saat manusia berhibur pada hari ini, galak dengan makan minum, pakaian yang baru, manusia tetap disuruh, melaungkan Allahuakbar sekuat-kuatnya, di merata-rata tempat, bukan sahaja di masjid dan di surau. Ini kerana jika Allahuakbar adalah Akbar, terbesar, terpenting, maka segala urusan hidup lain menjadi kecil, boleh diketepikan bila bertembung dengan kehendak Allah SWT. Di negara kita, umat Islam masih agak terikat dengan budaya bertakbir di masjid dan di surau sahaja. Saya mencadangkan agar kita mempelopori suasana yang baru, berteraskan sunnah, iaitu kita bertakbir di mana-mana tempat (di mana yang sesuai).

InsyaAllah jika semangat takbir ini dihayati sepenuhnya, banyak permasalahan yang berlaku di dalam negara dapat diselesaikan. Masyarakat dapat hidup aman dan damai tanpa sebarang pertembungan yang melibatkan keturunan dan kebudayaan. Kita sudah tentu mengimpikan masyakarat di negara kita khususnya dapat hidup sejahtera tanpa sebarang gangguan dan ancaman yang terhasil dari perbezaan kaum dan keturunan. Melayu misalnya dapat menerima menantu dari keturunan Cina, India tidak merasa kekok untuk bemertuakan seorang Melayu bahkan Melayu dengan senang hati berjemaah dan berimamkan seorang Cina atau India yang Muslim. Ini boleh terhasil apabila semangat takbir dapat dilaksanakan sepenuhnya dan bukan hanya sekadar meniti di bibir semata-mata.

Alhamdulillah, ini dapat kita saksikan sepanjang Ramadhan khususnya apabila masjid-masjid dan madrasah-madrasah dipenuhi dengan kaum Muslimin. Tanpa mengira bangsa, semua kita melafazkan amiin apabila imam menghabiskan bacaan al-Fatihah. Kita tidak merasa kekok apabila bahu kita bersentuhan dengan saudara seagama dari kaum lain ketika mengerjakan solat. Kita tidak berasa janggal untuk menghulurkan salam kepada rakan sebelah yang berbeza keturunan. Persoalannya, kenapakah perasaan ini tidak muncul di luar masjid dan madrasah? Jawapannya, kerana kebesaran Allah SWT hanya diikrarkan di dalam masjid sahaja dan tidak dibawa keluar sebagai asas kehidupan.

Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar hari raya yang disambut pada tahun ini dan tahun-tahun yang seterusnya berjaya menjadi alat penyatuan di antara kaum yang berbeza dengan berteraskan kalimah takbir. Laungan takbir ini jauh lebih menjamin keselamatan dan keamanan jika dibandingkan dengan laungan perkauman yang dikumandangkan oleh golongan-golongan yang tertentu. Bahkan masyarakat non muslim sendiri pun tentunya merasa jauh lebih terjamin keselamatan dan ketenteraman mereka di bawah syiar Islam dibandingkan dengan syiar bangsa dan keturunan. Insya Allah, jika ini dihayati, matlamat untuk menyatu padukan masyarakat Malaysia akan tercapai.

Pada kesempatan ini juga, tidak lupa saya berpesan agar anak-anak Kelantan di perantauan dapat berhati-hati semasa pulang berhari raya, terutama di sepanjang perjalanan. Perlulah diingat bahawa kepulangan kita ditunggu-tunggu oleh orang yang tersayang. Janganlah pula kepulangan di hari raya disambut dengan kedukaan.

Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa agar setiap amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan khususnya diterima sebagai amalan yang soleh dan akan diganjari oleh Allah SWT dengan sebaik-baik ganjaran.

Salam Idulfitri. Minal ’aidin wal faizin.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan.

I Syawal 1431

MOGA ANAK YATIM GEMBIRA DI HARI RAYA




Semalam saya ditugaskan oleh Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi untuk menyerahkan wang raya kepada anak anak yatim di kawasan Parlimen Bukit Gantang..

Pada isnin lalu saya telah menghubungi Cikgu Din untuk mencari 14 orang anak yatim dalam kawasan Parlimen BUKIT gantang untuk kita berikan wang raya.

Kira kira jam 9.30 pagi semalam saya bersama kawan saya Cikgu Akmal sampai di Pejabat Sekretaiat Parlimen Bukit Gantang Simpang.

Setelah berucap ringkas saya telah menyampaikan sumbangan itu kepada 14 anak yatim. Wang raya yang diberikan kepada anak anak yatim itu adalah dari Bilik Berita Harakah yang dipimpin oleh Ketua Pengarang Harakah Lutfi Osman.

Saya mewakili Ahmad Lutfi berharap 14 anak yatim itu akan bergembira dengan sedikit wang raya yang dihulurkan. Setiap anak yatim itu menerima RM50.00 seorang.

Menurut Cikgu Din, Pas Kawasan Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Ahmad Lutfi Osman yang memilih Bukit Gantang pada kali in

Wednesday, September 8, 2010

SELAGI BN BERKUASA, SELAGI ITULAH POLIS TIDAK BEBAS


Luahan hati mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengakui wujudnya campur tangan pihak ketiga dalam tugasnya sebagai Ketua Polis Negara (KPN) sebelum ini, ternyata dakwaan orang ramai termasuk parti parti politik khususnya Pakatan Rakyat memang betul, bukannya rekaan semata mata.

Sejak dahulu lagi khususnya parti politik selain BN tidak begitu berpuas hati dengan polis, ada semacam orang ketiga mempengaruhi pihak polis. Tetapi ketiika itu dakwaan itu ditphmahan oleh Umno/BN sebagai suatu cerita rekaan semata mata, ataupun mungkin cerita penglipur lara.

Tetapi kenyataan Musaa Hasan itu jelas menunjukkan cerita itu bukan rekaan atau fitnah untuk memburuk burukkan pihak polis. Cerita itu adalah benar dan wujud dalam negara yang diperintah oleh Umno/BN.

Menurut Musa Hasan campur tangan itu yang melibatkan pengeluaran sesuatu arahan tanpa pengetahuannya, tidak selari dengan arahan dan kawalannya sebagai KPN.

"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar," ujarnya.

Musa turut mendedahkan ada pegawai-pegawai beliau yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan membelakangkan undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mustahil sama sekali PAS, DAP atau PKR yang campurtangan kerana Pakatan Rakyat tidak ada kuasa. Yang memerintah negara ini adalah Umno/BN, bukan Pakatan Rakyat.

Ketika menjelaskan lebih lanjut tentang campur tangan itu, Musa memberitahu, sesetengah orang ada kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Kebiasaan yang campurtangan ini adalah mereka yang ada kuasa, lebih lebih lagi kuasa politik. Walaupun Musa tidak menjelaskan pihak mana yang campurtangan tersebut, tetapi kita boleh menjangkakannya. Tidak lain parti yang memerintah, Umno/BN atau pemimpin pemimpin Umno/BN kerana mereka ada kuasa.

"Pihak polis menjalankan tugas selepas mendapat laporan atau aduan orang ramai dan sekiranya wujud campur tangan sedemikian sehingga menganggu siasatan, pihak polis pula yang dipersalahkan," jelas Musa.

Menurut Musa lagi, apa yang diluahannya itu adalah perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

Musa dalam satu wawancara Mingguan Malaysia Mac lalu mendedahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sering menerima tekanan sama ada daripada pihak politik atau orang-orang tertentu.

Rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan dalam pentadbiran negara termasuk dalam pentadbiran polis, perlu melihat kenyataan Musa itu satu yang penting bagi mereka melakukan perubahan pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan dibiarkan lagi Umno/BN terus berkuasa di negara ini. Selagi parti itu berkuasa, keadilan sukar diwujudkan, campurtangan politik akan terus menerus berlaku.

Kita mahukan pemerintahan yang adil bukannya pemerintahan yang menzalimi rakyat dengan pelbagai akta. Kita mahu bebaskan negara dari cengkaman Umno/BN kerana rakyat merasakan selagi parti itu berkuasa, kezaliman, penindasan dan ketidakadilan terus berlaku.

Sekiranya kita mahu melihat pihak polis bertindak dengan adil dan telus dan tidak ada campurtangan dari pihak ketiga, rakyat negara ini mesti memilih Pakatan Rakyat menerajui negara ini.

Tuesday, September 7, 2010

NURUL IZZAH LAWAN PERKASA


KUALA LUMPUR, 7 Sept: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, cabaran Nurul Izzah Anwar (gambar) untuk berdebat berhubung 'hak Melayu' dengan Perkasa dilontar tepat pada sasaran.

Menurutnya, sekurang-kurangnya tiga orang menteri kanan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menegur atau mengecam cabaran anggota Parlimen Lembah Pantai tersebut.

Pendirian Najib dan menteri itu jelasnya membuktikan dengan jelas bahawa Umno hanya bercakap tentang 1Malaysia, akan tetapi pada hakikatnya mereka tetap dengan golongan perkauman sempit Melayu.

"Sangat tepat pandangan Nurul Izzah bahawa frasa 'hak istimewa' Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan; yang wujud hanya 'kedudukan istimewa'. Begitu jugalah tidak terdapat slogan 'ketuanan Melayu' dalam Perlembagaan," katanya.

Pendirian Nurul Izzah itu juga jelasnya selari dengan pendirian PKR dan Pakatan Rakyat yang mendukung seluruh semangat Perlembagaan Persekutuan.

Ianya termasuk kedudukan Agama Islam, Sultan serta Bahasa Melayu, dan juga kedudukan istimewa Melayu asalkan ia tidak disalahguna untuk memuaskan kerakusan golongan berkuasa yang memang sudah istimewa.

"Mana-mana perlembagaan negara bukannya seperti al-Quran ciptaan Allah yang tidak boleh diubah oleh manusia.

"Perlembagaan Persekutuan telah dipinda lebih 40 kali," katanya yang juga Ahli Dewan Negara.

Nurul Izzah pada penghujung Ogos lalu mendakwa idea “hak orang Melayu” dibawa oleh Perkasa hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan perlembagaan.

Beliau kemudian mencabar pertubuhan bukan kerajaan Melayu itu agar berdebat dengannya berhubung perkara tersebut.

Perkasa bagaimanapun Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengetepikan cabaran Nurul Izzah dengan alasan aspek tersebut tidak boleh dipersoalkan sama sekali.

Beliau juga mendakwa Nurul Izzah bukan lawannya tetapi lawan sebenar beliau adalah bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Umum PKR.

sumber: Harakahdaily

Monday, September 6, 2010

Sembelih korban: "Saya masih waras" - Lim Guan Eng


Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

Sumber: Harakahdaily

PEMBOHONGAN TERBESAR UMNO DI BULAN RAMADHAN


KUALA KURAU: Kini Umno cukup terdesak sehingga sanggup berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS menyertai Umno .

Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran Bagan Baru, didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman dan isteri sahaja.
Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir sebahagian besar 756 yang menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar sama sekali.

Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum mempunyai jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak dakwaan Mat Arop Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Bagan Baru selama 22 tahun.

Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009 setelah membuat permohonan pada tahun 2008 ketika Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak. Fakta ini
menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mencabar Umno Perak supaya mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh jenerasi akan datang sebagai tokoh pembohongan.


MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak

Sunday, September 5, 2010

Umno pembohong no.1 dalam dunia


UMNO berbohong lagi apabila mendakwaan 756 orang ahli Pas di DUN Kubu Gajah keluar parti beramai-ramai menyertai UMNO.

Ini adalah satu lagi pembohongan yang bertujuan untuk meredakan kerisauan UMNO Bahagian Larut dalam menghadapi kemerosotan sokongan pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

Satu berita yang disiarkan dalam Utusan Online 4 September kelmarin melaporkan 756 ahli Pas di DUN Kubu Gajah daripada cawangan Kg. Bagan Baru telah keluar beramai-ramai kerana tidak yakin lagi kepada parti itu.

Saya menyangkal sama sekali dakwaan ini. Tidak ada tindakkan keluar beramai-ramai ahli-ahli Pas di DUN Kubu Gajah ini. Mat Arop bin Samad bukan Timbalan Ketua Cawangan Bagan Baru, malah tidak pun wujud Cawangan Pas Bagan Baru.

Dakwaan ini sengaja diada-adakan oleh UMNO khususnya ADUN Kubu Gajah, Raja Ahmad Zainuddin dan Menteri Besar Perak, Dr. Zambri Abd. Kadir.

Mat Arop adalah salah seorang daripada kira-kira 30 orang yang bertindak keluar UMNO Cawangan Bagan Baru, yang menjadi kubu kuat UMNO di DUN Kubu Gajah, setelah BN gagal membentuk Kerajaan Negeri Perak berikutan keputusan PRU Ke 12, 2008.

Bekas ahli-ahli UMNO ini telah memohon untuk menjadi ahli PAS. Semasa PR memerintah Perak, Mat arop bercadang hendak menjadi Ketua Kampung Bagan Baru tetapi dia tidak terpilih.

Dakwaan Mat Arop bahawa dia telah menjadi ahli pas selama 22 tahun juga satu pembohongan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Pengerusi Masjid dan Pengerusi PIBG. Mat Arop baru saja menjadi ahli Pas, tidak sampai dua tahun. Dia adalah ahli UMNO selama 32 tahun dan mungkin Ketua Cawangan UMNO Kg. Bagan Baru selama 22 tahun.

Pas Larut mengalu-alukan tindakan keluar Mat Arop daripada Pas kerana dia memang seorang ahli yang bermasalah di Larut. Ahli-ahli Umno yang keluar masuk parti kerana mencari keuntungan diri sendiri sememangnya tidak diperlukan oleh PAS.

Walau bagaimanapun, Pas Larut sedang berusaha untuk menubuhkan Cawangan Bagan Baru dalam masa yang terdekat.


Kenyataan ini di buat oleh:

DR MOHD DHARI OTHMAN

YAND DIPERTUA PAS

KAWASAN LARUT

TINGKATKAN BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT


Oleh: Mohd hafez sabri

PARIT – Pesuruhjaya PAS Perak dalam penyampaian sumbangan kepada masyarakat setempat sebelum ini menyarankan agar ahli PAS di setiap peringkat supaya terus menerus memberikan kebajikan kepada rakyat.

Menurut beliau ruang lingkup kebajikan haruslah mencapah supaya dapat mencapai rakyat di pelbagai peringkat saperti yang dilakukan Rasulullah SAW,

Rasulullah SAW katanya, dapat mengubah arab jahiliyah disebabkan sifat sabar dan istiqamah dalam memberikan kebajikan kepada masyarakat.

“Kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mendekati masyarakat dan bersedia untuk menggantikan kerajaan korup yang ada kini,” ujarnya.

PAS sebagai jamaah Islam, harus memanfaatkan bulan Ramadhan untuk memperbanyakkan amal kebajikan kepada rakyat yang lebih utama berbanding amalan-amalan sunat.

Kebajikan tidak harus dipandang dari sudut tenaga dan wang ringgit semata-mata, malah kebajikan juga dapat dilakukan dengan menyampaikan ilmu dan informasi kepada rakyat. Mengenai manifesto pilihanraya ‘Negara Berkebajikan’, katanya.

"Hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan," jelasnya

Negara Berkebajikan boleh membawa rakyat ke satu tahap perubahan jauh daripada penyelewengan, rasuah, penipuan dan sebagainya, berbanding kerajaan sekarang ini penuh dengan gejala yang merosakkan negara serta generasi pewaris, tegasnya.

Kebenaran Islam wajar diperkenalkan kepada bukan Islam



OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
Ipoh – Pesuruhjaya PAS Perak di sini hari ini, menegaskan supaya dakwah diteruskan kepada masyarakat yang bukan Islam supaya mereka lebih mengenali Islam.

Mengulas lanjut, beliau mengatakan masyarakat bukan Islam perlu terlebih dahulu diperkenalkan kepada Islam sebelum mereka diperkenalkan kepada orang Islam.

Hal ini, menurut beliau adalah kerana kebenaran perlu diperkenalkan kepada mereka terlebih dahulu untuk mereka menilai siapa sebenarnya yang membawa kebenaran.

“PAS perlu menyampaikan dakwah kepada masyarakat bukan Islam supaya sampai kepadanya ilmu Islam sebelum ia menumbuhkan keyakinan kepada mereka. Manusia memusuhi apa yang tidak ia ketahui,” ujarnya lagi mengenai keperluan PAS untuk mendekati dan berdakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Menurut beliau lagi pada saat kini, masyarakat bukan Islam sedang menunggu-nunggu dakwah daripada PAS supaya mereka lebih memahami polemik isu yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.

Hal ini juga kerana, kini, masyarakat bukan Islam diwarwarkan dengan keharmonian yang dicanang oleh UMNO dan BN sedangkan hakikatnya,

PAS dan Pakatan Rakyat telah terlebih dahulu menunjukkan contoh keharmonian di antara kaum yang lebih baik daripada UMNO dan BN.

“Kita perlu pasarkan produk berkualiti kita kepada masyarakat supaya masyarakat nampak keperluan untuk menumbangkan kerajaan korup yang ada kini,” katanya lagi.

Selain itu, katanya lagi, PAS dan PR sebenarnya mempunyai perwatakan yang lebih meyakinkan berbanding daripada perwatakan pemimpin UMNO dan BN yang kini penuh terpalit dengan najis rasuah.

Oleh kerana itu para ‘amilin di dalam PAS perlu bekerja lebih keras untuk berdakwah samada melalui contoh tauladan, penyampaian risalah penerangan dan sebagainya.

Akhirnya masyarakat Malaysia kini tidak boleh mengharapkan UMNO untuk menyampaikan Islam, katanya.

“PAS kini perlu bersedia untuk menggantikan tempat UMNO untuk menyampaikan Islam dan menerajui Malaysia,” ujarnya.

Palestin dalam bahaya




|
Oleh: mohd hafez sabri

Program PALESTIN DALAM BAHAYA anjuran Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat ( PADU ) dengan kerjasama Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ( IQAM ) telah mendapat sambutan yang sangat baik baru-baru ini, Program yang diadakan ini sangat istiwewa kerana ia menampilkan Ulama’ besar dari tanah Palestin iaitu Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam ( Mantan IMAM Masjid Al Aqsa Palestin ),Sememangnya bagi penduduk sekitar Ipoh program ini tidak asing lagi bagi mereka, hal ini kerana ia menghidangkan program ilmiah yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu sebenar yang berlaku di bumi Palestin.

Ceramah dimulai dengan satu tayangan klip video pendek yang memaparkan keadaan yang terlalu menekan di Palestin, bagaimana perjuangan intifadha melawan arus Zionisme, batu melawan kereta kebal dan banyak lagi.Penonton diajak merasai kesengsaraan dan ketabahan jutaan umat Islam Palestin yang sedang ditawan di tanah air sendiri, kesedihan juga dapat dirasakan apabila ribuan anak-anak Palestin kini sudah kehilangan ibu dan ayah mereka.

Ceramah yang dibawa oleh Syeikh Dr Muhammad Mahmud Siyam berjaya membawa penonton menjiwai dan merasai keperitan penduduk Palestin yang telah ditidakkan hak mereka. Menurut beliau lagi sejarah Masjid al-Aqsa yang sangat relevan dengan peristiwa agung Isra’ Mi’raj telah membawa penonton akan pentingnya kawasan tersebut yang mana sekarang ini telah dijajah oleh pengganas Israel.

Selain itu ceramah juga turut disampaikan oleh Ustaz Shuaid Din yang merupakan penasihat kepada NGO Pertubuhan Dakwah dan Penyelamat Umat ( PADU ). Beliau menegaskan berkenaan sejarah bagaimana tertubuhnya idealogi Zionisme iaitu ingin menyatukan Yahudi di dalam sebuah negara, serta kewajipan umat Islam untuk bangkit serta menyumbang segala yang mampu untuk perjuangan umat Islam di Palestin.

Klimaks kepada ceramah malam tersebut adalah serahan sumbangan ikhlas daripada PAS Perak melalui Badan Perhubungan Negeri PAS Perak, Dewan Ulama’ PAS Perak, Dewan Pemuda PAS Perak ,Dewan Muslimat PAS Perak serta kutipan dari badan NGO serta kutipan dari rakyat kepada Syeikh Dr Muhammad Mahmoud Siyam

PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 15 Ribu untuk Palestin, manakala Dewan Ulama’ PAS Perak menyumbangkan RM 31 Ribu manakala Dewan Pemuda PAS Perak menyumbangkan sebanyak RM 3,600 serta jumlah kutipan dari badan NGO dan rakyat juga begitu banyak, Jumlah keseluruhan kutipan melebihi RM 50 Ribu secara keseluruhan.

Menurut Ustaz Mohd Hafez Sabri selaku ketua sekateriat penganjur program tersebut yang juga merupakan Setiusaha bagi NGO ( Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) beliau menyimpulkan bahawa hasil dari program tersebut umat Islam khususnya perlulah memboikot produk Amerika seperti McDonalds, KFC dan yang lebih penting adalah hentikan merokok kerana syarikat rokok secara terang menyumbangkan keuntungan mereka kepada pengganas Israel

Selain itu masyarakat juga perlu menyebarluaskan luaskan makumat tentang Palestin dan keganasan rejim Zionis,Seterusnya berikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada Palestin bagi mereka yang mampu menurut beliau NGO ( Institut Kajian Al Aqsa Malaysia ) ada menyediakan tabung bagi mereka yang ingin memberi sumbangan kepada umat Islam Palestin, Juga jangan dilupakan Doa yang berterusan kepada ALLAH SWT agar umat Islam di beri kemenangan dalam memimpin dunia ini khususnya bumi Palestin dapat dibebaskan semula, jelas beliau.

Saturday, September 4, 2010

Kesucian syawal bakal dinodai



KAMPUMNH GAJAH: Aidil fitri adalah hari kemenangan bagi umat Islam yang telah berjaya berpuasa selama sebulan. Wajarnya kemunculan syawal umat Islam yang telah ditarbiyah dengan maddrasah ramadhan sepatutnya menyambutnya dengan penuh kesyukuran.

Namun ada pihak yang sudah bercadang untuk menyambut syawal dengan program yang bertentangan dengan kesucian syawal dan program itu dijalan di kawasan Kampung Gajah

"PAS kawasan Pasir Salak kesal dengan program saperti ini kerana ia jelas mencemarkan kesucian Aidil Fitri."

Demikian ditegaskan Ysang Dipertua PAS kawasan tersebut, Ustaz Mustafa shaari, ketika diminta mengulas program mungkar yang bakal diadakan itu.

Menurutnya penduduk tempatan di kawasan ini 99 peratus majoriti Islam namun program ini seumpama menghina suasana akhir Ramadan dan kedatangan hari kemenangan syawal.

Jelas terbelenggu syaitan dibulan Ramadan tidak diamati oleh penganjurnya yang hanya memerlukan beberapa detik Syawal menganjurkan pertandingan seumpama itu.

Billboard yang terletak dipersimpangan empat Kampung Gajah memaparkan banner bercopkan kelulusan Majlis Daerah Perak Tengah. 'Pertandingan Suara Emas Karaoke' , yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO)

Menurut beliau pada 30 Ogos lalu kampung gajah dilanda ribut angin yang amat dahsyat malah menerbangkan kesemua banner baner yang terdapat di billboard tersebut dan banyak rumah yang menglami kerosakan teruk.

Namun tragedi itu seakan tiada renungan dan keinsafan atas peristiwa yang telahpun melanda, katanya.

"Selepas ribut itu mereka menaikan banner tersebut, sepatutnya angin ribut yang melanda baru baru ini dijadikan pengajaran, inilah peringatan dari Allah dan sepatutnya masyarakat Islam setempat sedar dan insaf.