Monday, May 31, 2010

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Laman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada di atas kapal dan Allah SWT sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT.

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

YB Idhamlim sanggah laporan Sinar Harian


Merujuk kepada Berita dari Sinar Harian pada Khamis, 27 Mei 2010 mukasurat PK4 saya menarik perhatian untuk menyatakan beberapa pendirian saya kepada kenyataan-kenyataan berkaitan dengan Judi Bolasepak yang saya anggap tidak bertanggung jawab dan memerlukan penjelasan dan pembetulan dengan segera.

Antara kenyataan yang saya maksudkan dalam laporan itu ialah :

1. Kononnya Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

2.PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, ini seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan.

3. Kerajaan Kelantan misalnya, pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

4."PAS begitu sensitif mengenai isu lesen judi, tetapi boleh pula berkompromi dengan DAP yang menentang Islam".

Kenyataan dan jawapan saya adalah seperti berikut :-

1. Saya menyanggah kenyataan yang tidak bertanggung jawab dengan menuduh Pakatan Rakyat dan pendukung liberalisasi yang mempunyai agenda untuk mengkomersialkan perjudian sekali gus dijadikan senjata untuk memburuk-burukkan kerajaan BN. Sesungguhnya apa yang berlaku sangat jelas bila gelombang yang menentang Judi Bolasepak tidak terbatas kepada kelompok yang disebtukan diatas, malah sangat menyeluruh sehingga melibatkan kelompok yang lebih luas.

Tidakkah yang mengkormersilkan judi adalah Kerajaan BN sendiri yang sangat tidak bertanggung jawab dengan meluluskan lesen. BN sendirilah yang memburukkan wajahnya sediri dengan melakukan dasar-dasar yang bukan sahaja tidak islamik malah bertentangan dengan budaya dan tatasusila masyarat islam secara umumnya.

2. Terima kasih dengan pengkitiran bahawa PAS menentang habis-habisan lesen judi bola sepak Piala Dunia, dan saya anggap merupakan pengiktirafan kepada perjuangan Jemaah islam yang tidak berpura-pura dalam sikap dan tindakannyaq.

Namun tudahan yang mengatakan "seolah-olah mereka tidak pernah meluluskan lesen judi dan tiada pusat judi di negeri yang ditadbirnya. Tidak pun kita dengar bila ia hendak ditamatkan." adalah kenyataan yang tidak berasas dan lari dari fakta yang sebenarnya. Tahukah Pemuda BN bahawa lesen-lesen perjudian adalah kelulusan yang hanya dibawah kuasa Menteri kewangan dan Kerajaan negeri cuma boleh mengawalnya dengan kawasan kelulusan pengunaan permis bangunaan untuk tujuan tersebut.

Malah saya tegaskan semua permis-permis judi yang ada semuanya adalah kesan dari kelulusan lesen judi dan peninggalan dari pemerintahan BN sebelumnya, kerana itu menuduh kami yang meluluskan lesen judi adalah kenyataan orang yang terdesak dan kehabisan modal serta hujjah yang rasional.

3.Saya menyanggah dengan kononnya Kerajaan Kelantan yang pernah ditanya mengenai lesen arak dan judi dinegeri yang dipimpin ulama PAS itu, namun PAS memberi alasan ia adalah untuk orang bukan Islam dan sudah menjadi budaya mereka yang sukar dihakis.

Kenyataan ini adalah pembohongan yang perlu tindakan memohon maaf dengan segera kerana aktiviti judi adalah tidak wajar dikaitkan dengan mana-mana agama , budaya dan bangsa. Tindakan dan tuduhan yang menyatakan judi adalah budaya mana-mana bangsa adalah tuduhan liar yang mesti ditarik dengan segera.

4. Kenyataan yang mengatakan DAP adalah anti Islam adalah kenyataan yang jahat tanpa bukti dan tidaklebih dari kenyataan untuk menutup kelemahan dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN. Kalau kita ingin bercakap mengenai siapa anti Islam saya rasakan semua sudah tahu siapakah yang antia islam, samada pemimpin UMNO atau DAP.

Malah Pakatan Rakyat negeri Perak boleh mengatur satu forum khusus dengan mempertemukan pemimpin DAP dan UMNO untuk berhujah tentang tajuk "siapa antiislam".

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak.

Zambry dicabar haramka judi bolasepak


Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.

2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.

3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.

4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.

KENYATAAN MEDIA, 29 Mei 2010.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak/
ADUN Titi Serong.

Friday, May 28, 2010

Projek kereta kebal: Terpeliharakah alam sekitar?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk membangunkan projek kereta kebal pertama di Negeri Perak tetapi perlu mengambil kira faktor infrasuktur dan juga fenomena alam sekitar terus terpilihara dengan selamat termasuk memberi jaminan kepada penduduk sekitar Bukit Larut, Taiping tersebut.

DPPN Pk merasa cukup bimbang terhadap usaha tersebut yang memungkinkan perkara-perkara luar jangkaan akan berlaku apabila projek pembinaan kereta kebal tersebut berjalan.

Kerajaan negeri perlu duduk dan mendengar respon semua pihak termasuk penduduk-penduduk sekitar Bukit Larut dengan memberikan jaminan bahawa pembinaan tersebut selamat.

Jika sebaliknya, akan timbul kebimbangan yang bakal mencetuskan panik termasuk gangguan alam sekitar semula jadi yang sepatutnya terus terpelihara.

DPPN Pk berhasrat untuk berbincang dengan semua penduduk di sekitar Bukit Larut, begitu juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan jaminan alam sekitar serta mendengar respon dan pandangan mereka terlebih dahulu.

DPPN Pk berharap langkah yang sama perlu diambil oleh kerajaan negeri bagi memastikan jaminan dari ancaman bencana dan keselamatan diberikan kepada mereka yang terlibat.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Bolasepak dipolitikkan PAFA jadi mangsa


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dan juga seluruh peminat sukan bola sepak negeri ini bertuah berpeluang menyaksikan perlawanan nostalgia yang membariskan pemain bolasepak lagenda dari Selangor dan Perak sempena Program Sorakan 1Malaysia 1Dunia pada 28 hingga 30 Mei ini anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majalah Stadium dan khasnya kerajaan negeri.

DPPN Pk menyokong usaha murni ini yang sekian lama di tunggu oleh rakyat Negeri Perak khasnya. Cumanya DPPN Pk terkilan sedikit dengan cara penganjuran kali ini yang mengenepikan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA).

DPPN Pk merasakan sukan bola sepak ini sebagai penyatuan tetapi tidak berlaku khasnya yang melibatkan kerajaan negeri dengan PAFA.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang juga Ahli Majlis PAFA sudah tentu menjadikan usaha penganjuran ini lebih bermotifkan politik.

Sepatutnya sukan bola sepak ini tidak dijadikan medan politik tetapi nampaknya ia terus dipolitikkan oleh pihak-pihak yang tidak melihat kepentingan sukan itu sendiri.

DPPN Pk berpendapat agar sukan bola sepak ini tidak dipolitikkan dan harus ada usaha penyatuan. Dan berharap usaha penganjuran ini bukan sebagai medan perpecahan demi sukan yang kita cintai ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, May 27, 2010

Balak: Umno sudah bolot ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ragu dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir apabila mendedahkan berkaitan permohonan orang awam bagi mendapatkan kelulusan kawasan pembalakan dengan mengatakan supaya permohonan hendaklah dirujuk terus kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perak sebagai menolak permohonan prosuder biasa yang sepatutnya berlaku.

Dengan kenyataan tersebut, jelas menggambarkan bahawa Umno / Barisan Nasional (BN) telah mendahului permohonan untuk mengambil kawasan-kawasan pembalakan yang ada. DPPN Pk mempertikai akan kenyataan tersebut yang mana jelas menafikan hak rakyat dan hanya mementingkan Umno / BN sahaja. Datuk Seri Zambry mesti jujur dengan kenyataannya bukan meletakkan bebanan tersebut kepada orang lain atau ingin cuci tangan.

DPPN Pk juga berharap Jabatan Perhutanan Perak memperjelaskan kaedah yang sepatutnya dilakukan dalam permohonan tersebut agar tiada kekeliruan terhadap rakyat yang berhak memohon. Ianya juga perlu bagi Umno / BN melalui proses-proses tersebut demi ketulusan untuk semua pihak yang ingin memohon. Jika sebaliknya, bermakna rakyat tidak didahulukan tetapi Umno / BN diutamakan.

DPPN Pk berharap penjelasan perlu dibuat bagi menafikan kenyataan Datuk Seri Zambry jika perkara tersebut tidak benar. Hak kawasan pembalakan adalah hak seluruh rakyat bagi yang layak memohonnya.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Kenapa Melayu tipu Melayu?


www.nasharrawy.blogspot.com

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam. Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insya-Allah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihan raya. Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “ ( oleh ularnya yang sama ).

Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM Umno menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas.

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .

Ternyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN ! “ GOD IS THE GREATEST ! “


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Wednesday, May 26, 2010

SPRM alat Umno ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan pendedahan Buliten Utama TV3 semalam yang menceritakan bagaimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpan pemberi rasuah yang di lakukan oleh ‘egen provokateur’ bagi memerangkap pihak yang berusaha untuk memberikan rasuah.

Ini jelas membuktikan bahawa usaha tersebut mungkin pernah di lakukan kepada 2 orang bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang kini telah melompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas di Negeri Perak. Tidak mustahil SPRM telah mengumpan kedua-dua bekas Exco tersebut bagi tujuan memerangkap mereka.

Hujah tersebut di tambah dengan rakaman perbualan telefon yang dinyatakan sebagai bukti sokongan oleh SPRM (dahulu Badan Pencegah Rasuah). Usaha ini jelas mencabul hak asasi manusia kerana ianya adalah bertujuan ingin menjatuhkan seseorang. SPRM jelas dilihat ketika itu sebagai dalang bagi menjatuhkan kedua-dua bekas Exco terbabit. Islam juga tidak membenarkan pengikutnya dengan sengaja memerangkap atas dasar ingin menguji atau menganiayai mana-mana individu.

DPPN Pk amat kesal dengan usaha-usaha yang telah di lakukan oleh SPRM selama ini yang cuba memerangkap Ahli Politik terutama di kalangan pembangkang. DPPN Pk mendesak SPRM memperjelaskan tuduhan tersebut dan SPRM mesti tampil membersihkan tuduhan-tuduhan tersebut selama ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Kerajaan BN Perak bazirkan wang rakyat


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak faham usaha kerajaan negeri dengan mewujudkan Yayasan Bina Upaya (YBU) dan juga pengurusan projek Perak Aman Jaya di bawah Institut Darul Ridzuan amat bertentangan dan membazir wang rakyat.

DPPN Pk melihat dengan kewujudan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini jelas akan menambahkan lagi penyaluran keluar wang rakyat. Ianya juga sumber kewangan bagi Umno / Barisan Nasional (BN) kerana peruntukan yang telah di salurkan mencecah jutaan ringgit.

Sebagai contoh, fungsi yang dimainkan oleh YBU sebenarnya sudah pun di bawah tanggungjawab Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seolah-olah YBU mengambil tugas dan fungsi PPW dan JKM dan juga menggambarkan kedua-dua agensi kerajaan ini tidak menjalankan tugas mereka.

Manakala projek Perak Aman Jaya pula dilihat sama peranannya seperti pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan juga fungsi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (MKRA). Projek Aman Jaya juga hilang fokus terutama penglibatannya dengan Pertandingan Piala Dunia pada tahun ini.

Bagi DPPN Pk, perkara ini jelas tidak menguntungkan ekonomi rakyat kerana penubuhan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini adalah penyaluran kewangan yang terlalu banyak. DPPN Pk mendesak supaya kerajaan negeri memansuhkan kedua-dua badan yang di tubuhkan tersebut kerana merugikan rakyat.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, May 25, 2010

Kerajaan kena peka bukan pekak


Jamaiy terpanggil untuk menyatakan sikap tentang isu kelulusan lesen perjudian bola sepak kepada saudagar perjudian Vincent Tan yang juga memiliki Syarikat Berjaya Toto.Kelulusan lesen perjudian tersebut tidak boleh dipisahkan dengan tindakan Dato Seri Najib Razak yang telah memberikan kelulusan 10 lesen cabutan judi tambahan lewat tahun 2008.

Perjudian yang melibatkan pertaruhan lumba kuda dan lain-lain tidak boleh disamakan dengan pertaruhan bola sepak. Rakyat yang mengikuti perkembangan lumba kuda tidak begitu ramai dan sebahagian besar adalah orang bukan Melayu –yang beumur 30 tahun keatas. Tetapi sukan bola sepak di minati jutaan rakyat tanpa mengira jantina , umur bangsa dan agama. Tentulah implikasinya jauh lebih merosakkan dan meluas.

Perlu dimaklumkan kelulusan lesen-lesen judi adalah urusan dan hak Kerajaan Pusat melalui Kementerian Kewangan. Peranan Kerajaan Negeri melalui Majlis-Majlis Kerajaan tempatan adalah mengurus lesen premis. Maknanya kenyataan menuduh lesen-lesen judi bertambah di Negeri-Negeri Pakatan Rakyat adalah kenyataan tanpa fakta. Bagi membanteras perjudian, semua pihak mesti bekerjasama termasuklah Kerajaan Pusat, Negeri, NGO dan juga rakyat.

Bagi mana-mana pihak yang mengambil sikap lunak keatas isu judi bola sepak hanya kerana keputusan itu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kerana pada masa yang sama kedapatan kononnya aktiviti perjudian yang meningkat di Negeri-Negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) adalah satu sikap yang bertentangan dengan prinsip “amar makruf nahi mungkar” dan “bantulah saudara kamu yang zalim dan di zalimi”.

Semua pihak mesti memberikan tekanan menentang apa sahaja bentuk perjudian bentuk baru sambil terus memberi tekanan dan membina ‘public opinion’ supaya rakyat benci judi dan semua kerajaan (BN atau PR) secara terancang berusaha menghentikan semua jenis perjudian di Malaysia.

Perlu dinyatakan dalam menentang kemungkaran kita tidak boleh langsung memiliki sikap assobiyah iaitu mempertahankan kebatilan kerana pelakunya puak atau/parti yang kita sokong. Kewajipan menegur pemimpin yang melakukan kesilapan/kezaliman adalah kerana cinta kita kepada saudara seagama supaya pemimpin tersebut memperbaiki kesilapan dan tidak berterusan di laknat Allah – iaitu pendekatan membantu saudara seagama yang zalim!

Memahami konsep tersebut rakyat beragama Islam khususnya pemimpin-pemimpin UMNO dan ulama wajib memberhentikan lesen-lesen perjudian yang pernah dimulakan oleh pemimpin-pemimpin negara terdahulu supaya roh pemimpin tersebut tidak terus terbeban dengan kemungkaran yang masih diteruskan. (sila rujuk hadis Rasulullah)

Kita berharap isu perjudian bola sepak terkini akan menjadi pembuka mata (eye opener) bahawa semua agama menentang perjudian dan tidak ada rakyat yang beruntung kerana aktiviti perjudian. Yang tetap kaya adalah tauke-tauke judi sedangkan rakyat akan terbelenggu dengan hutang dan jangan di lupakan kedapatan kes-kes keruntuhan rumahtangga dan bunuh diri.

Jamaiy menyokong penuh saranan bebas PM Tun Abdullah Badawi supaya Kerajaan peka dengan kehendak rakyat. Namun perlu diingatkan ketaatan kita kepada Allah sepatutnya menjadi faktor motivasi yang terpenting dalam membuat keputusan. Kekhuatiran tentang takut hilang sokongan rakyat dan keberhasilan cukai perjudian tidak sepatutnya menjadi faktor penentu dalam isu-isu berkaitan agama terutama dalam urusan halal dan haram.


Dr. Hj. Khairuddin Bin Dato’ Abd. Malik ( Pengerusi JAMAIY Perak)

Kuasa Speaker: Mahkamah campuri urusan DUN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar yang telah memaklumkan kekosongan dengan bersurat daripada 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas telah di kosongkan amat dikesali.

Bagi DPPN Pk, Mahkamah di lihat telah mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana kuasa yang telah diberikan kepada Speaker adalah jelas tanpa boleh di cabar oleh mana-mana Mahkamah. Jika perkara ini berlaku, jelas pengasingan kuasa yang sepatutnya dilaksankan berdasarkan legislatif dan kehakiman tidak berlaku di dalam Negara kita.

Apakah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan kuasa Speakar dan mencemar DUN yang dipelihara oleh Perlembagaan. Secara tidak langsung Perlembagaan Malaysia dibawah Artikel 72 telah dikhianati oleh sistem itu sendiri. Sekarang ini jelas menunjukkan seperti ada campur tangan pihak-pihak tertentu di dalam memastikan pelanggaran perlembagaan negara yang sudah dirancang ini.

Bermula dengan Pegawai Kerajaan Negeri dan di tambah pula dengan SPR, SPRM, Polis dan sebagainya. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap sistem yang sepatutnya menjaga dan memilihara rakyat daripada salah guna kuasa oleh orang politik tetapi tidak berlaku.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pilihanraya umum ke 13 kian hampir


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat langkah Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah mengemaskinikan anggota Jawatankuasa Penyelarasnya dengan melantik 3 orang muka baru di dalam menganggotai jawatankuasa tersebut termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek adalah tindakan terdesak untuk memenangi hati pengundi Cina.

DPPN Pk juga merasakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13, adalah sudah hampir jika mengambil kira persiapan BN Perak tersebut. Malah BN Perak juga sedang memfokuskan pengundi-pengundi Cina bagi menghadapi PRU ke -13 nanti dengan memastikan DAP di tewaskan, kerusi BN Perak akan bertambah kerana kerusi MCA yang mewakili BN akan meningkat.

Tetapi bagi DPPN Pk, jika PAS diberikan mandat dan sokongan oleh rakyat semasa PRU ke -13 nanti sudah tentu kerusi BN yang di wakili oleh Umno akan tewas dan kerusi BN akan turut berkurangan. Umno Perak yang di lihat semakin meninggalkan orang Melayu dengan pelbagai kemudahan dan janji yang mereka salurkan kepada MCA merupakan perkara yang perlu dinilai semula oleh orang Melayu.

DPPN Pk menyeru orang Melayu agar menolak Umno sekarang ini dan memastikan kuasa orang Melayu di bawah PAS di perkukuhkan supaya terpelihara kuasa orang Melayu terutamanya di Negeri Perak ini.


SALMAN SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Monday, May 24, 2010

Zambry jangan bersandiwara


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat pendirian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga ‘anak emas’ Tan Sri Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria berkaitan kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia tahun ini oleh Kerajaan Pusat kepada Berjaya Group masih dilihat samar dengan cuba mengalihkan isu sebenarnya.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Zambry berkaitan premis lesen judi pula perlu ditanya di Negeri Perak yang dahulunya di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama telah meluluskannya. Mengapa tidak diambil tindakan jika kelulusan premis lesen judi itu di bawah kerajaan negeri?

Jika Datuk Seri Zambry menyedari hukum Haram berkaitan judi ini, mengapakah tiada desakan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri Perak di bawah kepimpinannya? Adakah Datuk Seri Zambry hanya memahami akan hukum tersebut tetapi enggan membantah bahkan akur terhadap keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak, selaku Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

Sudah tentu rakyat pasti menolak BN kerana mengizinkan perjudian bolasepak yang tidak sepatutnya berlaku di Negara ini. Bagi DPPN Pk, Datuk Seri Zambry jangan lagak untuk berlakon bagi mengalih isu besar yang sedang diperkatakan hari ini oleh seluruh rakyat Malaysia. Hakikatnya bahawa Umno / BN lah yang meluluskan lesen judi bolasepak ‘HALAL" dan rakyat pasti akan bangkit menghukum mereka.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pemuda Umno penakut?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal diatas kegagalan Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak untuk hadir bersama-sama seluruh rakyat yang berhimpun membantah kelulusan lesen judi bolasepak Piala Dunia tahun ini oleh Kerajaan Pusat kepada Berjaya Group walaupun ada membuat kenyataan sokongan terhadap bantahan didalam media tetapi tidak langsung menjawab surat jemputan yang telah di sampaikan oleh DPPN Pk untuk bersama dalam himpunan aman bagi melahirkan rasa kesal dan bantahan terhadap isu tersebut.

DPPN Pk melihat, Pemuda Umno Perak begitu takut untuk menzahirkan bantahan atau menyatakan sokongan terhadap himpunan tersebut tidak sepertimana Gagasan Melayu Perak (GMP) yang telah menghubungi DPPN Pk menyatakan sokongan himpunan bantahan dan mengarahkan Ahli-ahlinya untuk hadir bersama-sama. Inilah sikap sebenarnya Pemuda Umno Perak yang tidak langsung sensitif terhadap kelulusan lesen judi bolasepak tersebut dan sanggup menjadi seorang muslim yang dayus dan pengecut dalam isu-isu yang berkaitan Islam.

DPPN Pk juga amat kesal dengan sikap tidak profesional pihak Polis di dalam memastikan kelancaran bantahan tersebut dengan mencentuskan suasana tegang menyebabkan rakyat masih marah terhadap pihak Polis. Isu yang di utarakan adalah berkaitan kepentingan seluruh rakyat dan Polis seolah-olah menyekat bantahan tersebut kerana Kerajaan yang telah meluluskan lesen judi tersebut. Apa yang dikesali, rakyat yang diberikan kebebasan bersuara bagi menyampaikan bantahan tersebut disekat oleh pihak Polis.

Bagi DPPN Pk berharap ramai lagi pihak akan terus membantah kelulusan lesen judi bolasepak tersebut demi memelihara rakyat dari terus dirosakkan moral dan masalah sosial yang akan terus meningkat akibat daripada kebenaran kelulusun lesen judi tersebut. Bagi yang Beragama Islam, sudah tentu akan merosakkan akidah kerana Kerajaan telah meluluskan suatu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam Negara kita ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Saturday, May 22, 2010

Pemuda Umno, mufti & NGO Melayu tak sensitif?



Di saat rakyat Malaysia tanpa kira bangsa bangun menentang lesen judi bolasepak piala dunia, mana perginya Umno yang sebelum ini berkokok hebat mengenai isu kalimah Allah. Apakah Umno dan pemuda pemudanya tidak sensitif bila maruah Islsm diperkosa dan diliwat oleh pemimpin pemimpin dan kerajaan Umno/BN.

Mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang bermati matian mempertahankan perkauman Melayu tetapi lesu dan kaku bila maruah Islam diperkosa oleh Umno. NGO inilah satu ketika dahulu menyerang hebat PAS dan Pakatan Rakyat dengan lantang mengutuk Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang mencerma Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi alat dan boneka DAP?

NGO Melayu ini tidak sudah pedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno, mereka sudah menjadi penjilat punggung Umno agaknya. Oleh kerana sudah terlena berada di bawah punggung Umno, NGO NGo Melayu ini tidak lagi rasa sensitif dengan maruah Islam. Hampa duduklah lama lama bawah punggung Umno tu.

NGO bukan Islam pun turut mengutuk tindakan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bolasepak, tetapi NGO Melayu yang kuat asabiyah Melayunya diam membisu. Hampa ingat hampa tidak terlibat dan bersalah? Tunggulah di akhirat nantu. Tangan tangan yang memangkah kertas undi menyokong Umno/BN, lantas BN berkuasa, lesen judi diberikan , hampa terlibat sama kerana undi andalah yang membolehkan BN berkuasa dan meluluskan judi dan segala bentuk kemungkaran.

Pemimpin pemimpin politik dari PKR yang bukan Muslim saperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat , Dr Lee Boon Chye dan lain-lain pimpinan PKR yang bukan beragama Islam pun marah dan tidak bersetuju dengan lesen judi bolasepak, macam mana pemuda pemuda Umno boleh diam membisu.

Lebih pelik lagi mana perginya mufti mufti, duduk diam juga ke. Atau tidak berani mebnegur kerajaan BN bimbang kerusi empoknga akan hilang. Jangan begitu, ulama' mesti berani menegur maksiat yang dilakukan. Jangan hanya tegur orang biasa melakukan maksiat, kerajaan juga perlu ditegur.

Kita hendak tahu juga mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apakah mereka rasa malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan.Sepatutnya pemuda Umno seluruh negara bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Isu ini bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal sebegini.

Sebelkum ini pemuda Umno bukan main garang bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi sunyi sepi apabila isu judi bolasepak tercetus selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.

Mana dia pemuda Umno, mana tokoh agama Umno dalam isu judi bolasepak, kenapa mereka membisu sampai kini. Sepatutnya sebagai seorang Islam mereka kena bangkit menentang BN yang jelas bersekongkol dengan tabiat buruk.

Judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.

Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Oleh itu isu ini sewajarnya membuka mata semua pihak termasuk Umno dan tokoh agama.

Kita ingin bertanya kepada Kerajaan BN, adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara.

Di saat rakyat Malaysia tanpa kira bangsa bangun menentang lesen judi bolasepak piala dunia, mana perginya Umno yang sebelum ini berkokok hebat mengenai isu kalimah Allah. Apakah Umno dan pemuda pemudanya tidak sensitif bila maruah Islsm diperkosa dandiliwat oleh pemimpin pemimpin dan kerajaan Umno/BN.

Mana Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu yang bermati matian mempertahankan perkauman Melayu tetapi lesu dan kaku bila maruah Islam diperkosa oleh Umno. NGO inilah satu ketika dahulu menyerang hebat PAS dan Pakatan Rakyat dengan lantang mengutuk Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak yang mencerma Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi alat dan boneka DAP?

NGO Melayu ini tidak sudah pedulikan kemungkaran yang dilakukan oleh Umno, mereka sudah menjadi penjilat punggung Umno agaknya. Oleh kerana sudah terlena berada di bawah punggung Umno, NGO NGo Melayu ini tidak lagi rasa sensitif dengan maruah Islam. Hampa duduklah lama lama bawah punggung Umno tu.

NGO bukan Islam pun turut mengutuk tindakan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bolasepak, tetapi NGO Melayu yang kuat asabiyah Melayunya diam membisu. Hampa ingat hampa tidak terlibat dan bersalah? Tunggulah di akhirat nantu. Tangan tangan yang memangkah kertas undi menyokong Umno/BN, lantas BN berkuasa, lesen judi diberikan , hampa terlibat sama kerana undi andalah yang membolehkan BN berkuasa dan meluluskan judi dan segala bentuk kemungkaran.

Pemimpin pemimpin politik dari PKR yang bukan Muslim saperti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat , Dr Lee Boon Chye dan lain-lain pimpinan PKR yang bukan beragama Islam pun marah dan tidak bersetuju dengan lesen judi bolasepak, macam mana pemuda pemuda Umno boleh diam membisu.

Lebih pelik lagi mana perginya mufti mufti, duduk diam juga ke. Atau tidak berani mebnegur kerajaan BN bimbang kerusi empoknga akan hilang. Jangan begitu, ulama' mesti berani menegur maksiat yang dilakukan. Jangan hanya tegur orang biasa melakukan maksiat, kerajaan juga perlu ditegur.

Kita hendak tahu juga mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Apakah mereka rasa malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan.Sepatutnya pemuda Umno seluruh negara bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Isu ini bukan perkara main-main untuk diperjuangkan sebaliknya adalah perjuangan akidah kerana perjudian tetap diharamkan dalam Islam, tidak ada dolak dalik dalam soal sebegini.

Sebelkum ini pemuda Umno bukan main garang bangun kononnya Islam akan tercabar kerana penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi ana sunyi sepi apabila isu judi bolasepak tercetus selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan perjudian bola di Malaysia menjelang Piala Dunia pada Jun nanti.

Mana dia pemuda Umno, mana tokoh agama Umno dalam isu judi bolasepak, kenapa mereka membisu sampai kini. Sepatutnya sebagai seorang Islam mereka kena bangkit menentang BN yang jelas bersekongkol dengan tabiat buruk.

Judi sama ada berlesen atau tidak tetap haram di sisi Islam yang meningkatkan jenayah setelah berlaku pergaduhan antara kaki judi yang berhutang sama ada dengan ah long atau sebagainya.

Jenayah pasti meningkat bila perjudian dibenarkan. Oleh itu isu ini sewajarnya membuka mata semua pihak termasuk Umno dan tokoh agama.

Kita ingin bertanya kepada Kerajaan BN, adakah tidak memadai dengan kebenaran lesen-lesen perjudian yang lain seperti penjualan Sport Toto, Dama Chai dan seumpamanya di seluruh negara.

Friday, May 21, 2010

1,000 bantah lesen judi bolasepak





IPOH: Tindakan Kerajaan BN meluluskan lesen judi bolasepak piala dunia ternyata menimbulkan kemarahan rakyat khususnya umat Islam di negara ini, tidak terkecuali masyarakat dan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tindakan Kerajaan BN jelas mengenepikan sensativiti masyarakat Islam di negara ini termasuk masyarakat bukan Islam yang turut membantah lesen judi tersebut. Hanya Umno sahaja yang membisu walaupun parti itu memdabik dada berjuang mempertahankan Islam.

Atas rasa kebencian kepada kegiatan judi rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tadi.

Himpunan aman bantahan tersebut yang telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dihadiri hampir 1,000 orang yang turut membantah termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam dan NGO bukan Islam.

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Pusat ,Dr Lee Boon Chye, Ketua Angkatan Muda PKR Perak yang juga ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam (ABIM) Negeri Perak, Suhaimi Latip.

Rata rata mereeka yang berpidato mengutuk tindakan meluluskan lesen judi bolasepak termasuk pimpinan PKR yang bukan beragama Islam.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Namun begitu pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir setelah jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak.

Terdapat sedikit gangguan setelah pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan dan berlaku beberapa pergelutan semasa pihak Polis menyuraikan semua yang hadir.

Walaubagaimana pun tidak ada tangkapan dibuat oleh pihak Polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam.

Menurut Penolong SEtiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh, pihak ada menghubungi Wakil Gagasan Melayu Perak dan melahirkan sokongan berkaitan himpunan tersebut dan memberikan sokongan penuh bantahan tersebut diadakan.

Laporan Sinar Harian mengelirukan


IPOH : Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa kesal dengan llaporan berita oleh Akhbar Sinar Harian yang mengelirukan dan berunsur fitahaperti yang dilaporklan oleh akhbar itu pada 20 Mei lalu.

"Saya menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.

Sinar harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,

Demikian antara kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, YB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa dihubungi disini.

Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan sinar harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei yang menimbulkan kekeliaruan banyak pihak.

"Saya rasa semua pihak yang hadir dalam dailog Pimpinan PAS Perak dengan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak Paderi" Jelasnya

Tegasnya lagi "Tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk "Kristian Tolak PAS" seperti yang disiarkan Sinar harian.

Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir".

"Tajuk sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera" Tegasnya lagi.

Sementara itu seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Khairuddin bin Dato' Abd. malik yang menjadi moderator dalam Dailog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian.

"Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Dato' Seri. Nizar semasa sesi dailog dan sidang media selepas itu" tegas DR. Khairuddin semasa dihubungi.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS.

Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

sumber: Idhamlim.blogspot.com

Thursday, May 20, 2010

ADUN Titi Serong ucap takziah


Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini kelmarin, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 mei lepas.

Ramli meninggal dunia kira-kira jam 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organutamanya dijangkiti kuman.

Sebelum itu Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sempat menghulur sumbangan RM100,000 kepada Ramli sebagai bantuan untuk mengurangkan beban keluarga pengawal istana yang meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Sehubungan dengan itu suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan berikut :-

1. Saya sebagai anak Kelantan yang sedang berada di perantauan dengan ini mengucapkan takziah dan turut berdukacita dengan pemergian Ramli. Sesungguhnya kehilangannya amat saya rasakan apalagi oleh pihak keluarganya yang terdekat.

2. Sehubungan dengan itu saya mengharapkan pihak polis terus meningkatkan usaha untuk memastikan siapakah yang terlibat dalam kejadian yang telah disahkan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di mana Polis akan menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mangsa meninggal dunia.

3. Segala usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk meringankan bebanan keluarga Allyarham Ramli adalah langkah yang sangat dihargai temasuk sumbangan RM 100,000 oleh Pemangku Raja Kelantan , Tengku Muhammad Faris Petra.

4. Selain itu saya merasakan pelbagai pihak perlu memikirkan dengan serius keselamatan diri masing-masing sebagai iktibar dari kes di Kelantan. Khususnya kepada individu berprofil tinggi, saya merasakan dari beberapa kejadian yang mengejutkan di Malaysia pada akhir-akhir ini menyebabkan perkara keselamatan ini perlu diambil perhatian malah diutamakan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

Wednesday, May 19, 2010

Rakyat hukum BN di Sibu


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Jentera Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sarawak amnya dan DAP khasnya di atas kemenangan merampas semula kerusi Parlimen Sibu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu hari Ahad yang lalu. Keputusan ini adalah tepat yang telah dibuat oleh rakyat dengan penuh yakin melalui suara demokrasi yang subur.

Bagi DPPN Pk, petanda keputusan PRK Sibu tersebut sebagai pendorong rakyat di Negeri Perak untuk membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN). DPPN Pk menyeru agar rakyat di Negeri Perak lebih yakin membuat keputusan yang sama di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Sudah tentu jumlah penduduk masyarakat kaum Cina dilihat telah membuat satu keputusan bagi menghukum BN di PRK Sibu. Masyarakat kaum Cina di Negeri Perak juga turut dilihat akan bertindak menghukum BN setelah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak bermaruah. Malah masyarakat kaum Cina juga dilihat sudah menerima PAS di dalam PR bagi menghukum BN kelak. Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan tonggak keadilan rakyat.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pe

Monday, May 17, 2010

DAP rampas Sibu


SIBU, 16 Mei: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dengan majoriti 398 undi pada pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, hari ini. Beliau yang juga Adun Bukit Assek mendapat 18,845 undi, calon BN memperolehi 18,447 undi. Manakala calon Bebas, Narawi Haron sekadar mengutip 232 undi dan hilang deposit.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 37,919 atau 69.33 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar mengundi di 45 pusat pengundian.

Bilangan itu meningkat jika dibandingkan dengan 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.

Mengulas keputusan itu, Jeniri Amir, penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berkata, keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu membayangkan kebencian kepada Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata, rakyat muak dengan dengan Taib yang melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa di negeri ini.

Jeniri memberikan contoh ketiadaan poster atau gambar Taib yang dinaikkan di Bandar Sibu.

Tsunami politik Cina bermula di Sarawak dalam pilihan raya negeri 2006 apabila enam calon DAP menang di Kucing.

“Kini ia sudah melarat ke Sibu dan saya yakin lepas ini akan merebak ke Miri dan seterusnya seluruh Sarawak,” kata seorang penganalisis politik dalam analisis pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Astro Awani.

Harakahdaily

PAS cipta sejarah lagi



IPOH: PAS akan mencipta sejarahnya apabila dengan rasmikan Dewan Himpunan Penyokong PAS alan dirasmi dan dilancarkan pada 23 Mei ini di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daeah Klang yang akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah satu pencapaian yang besar kepada PAS di mana ahli ahli bukan Islam diberi mandat untuk bergerak bebas berpandukan aturcara,aturan dan undang undang peraturan yang telah diluluskan oleh PAS Pusat.

"Selepas ini pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS boleh bergerak lebih aktif lagi bagi menggerakkan dewan tersebut serta menambah keahlian mereka, mereka juga boleh hadir mesyuarat agung PAS peringkat kawasan, negeri dan pusat" ujarnya

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dalam sidang medianya di Pejabat PAS Pusat pada 15 Mei lalu.

Dijangkan kira kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS hadir di majlis itu dan akan disaksikan oleh seluruh Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Pemuda, Dewan Musmlimat dan Dewan Ulama' PAS Pusat. Di samping itu akan diadakan pelbagai pesembahan berbagai kaum.

"Di sini juga saya hendak memaklumkan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat pada tahun ini Dewan Perhimpunan Penyokong PAS akan menghantar 15 wakilnya peringkat Pusat

Menurutnya, dewan ini saperti lain lain dewan juga akan mempunyai ketua, timbalan ketua, naib ketua, termasuk juga mempunyai Pengarah Pilihanrayanya sendiri.

Sehingga kini dianggarkan jumlah keahlian di seluruh negara sekitar 20,000 ke 30,000 , negeri Perak merupakan negeri yang mempunyai bilangan teramai, iaitu kira kira 7,000 orang.

"PAS For All bukan satu retrorik semata mata, PAS memang serius dalam perkara ini, kerana itu kita tubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.

Beliau yakin dengan tertubuhnya dewan tersebut kemasukan bukan Islam ke dalam dewan ini dijangkan kian bertambah.

Saturday, May 15, 2010

Ahli Umno lebih baik Masuk PAS


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) hari ini pula menggesa supaya Ahli Umno Negeri Perak amnya dan juga Ahli Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak khasnya agar membubarkan Umno dan  menyertai PAS serta mempelawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut bersama PAS yang jelas berjuang untuk Islam dan rakyat amnya . Umno yang jelas gagal dan dilihat tidak lagi relevan di negeri Perak dan Malaysia amnya kerana politik perkauman yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah ditolak rakyat Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.

Malah DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan juga ADUN Bebas untuk bersama PAS dan juga Pakatan Rakyat (PR) yang dapat di lihat kini mendapat sambutan hangat di seluruh lapisan masyarakat dan terbukti efisien dan efektif berdasarkan laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.
 
DPPN Pk juga mempelawa semua Ahli Parti Kompenan BN Perak untuk turut serta bersama PAS di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak atau di dalam Parti PR Perak yang ada. Rakyat yang semakin menolak Umno / BN perlu bersama kami demi menegakkan keadilan dan kebajikan untuk rakyat .
 
DPPN Pk bukan sahaja mempelawa Umno dan BN, bahkan DPPN Pk juga turut mempelawa golongan-golongan belia yang di sisih oleh masyarakat iaitu ‘Mat Rempit’ yang akan turut alu-alukan. DPPN Pk yang menyediakan program khas ‘Orang Muda Geng Kita’ tidak akan menyisih mana-mana kelompok belia untuk bersama kami.
 
 
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Neger

Friday, May 14, 2010

Lebih baik Zambry letak jawatan


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Dato. Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mengesahkan bahawa Agensi dan juga Jabatan Kerajaan tidak berfungsi dengan baik sehingga terpaksa diserahkan tugas kepada MCA Bahagian seluruh Negeri Perak dan memperolehi peruntukan RM50 ribu untuk setiap MCA Bahagian. DPPN Pk merasakan dakwaan tersebut amat berat terhadap Agensi dan Jabatan Kerajaan yang ditugaskan dengan pelbagai permasalahan rakyat tanpa mengira bangsa.

Persoalannya, mengapakah perlu ada orang kedua yang menjadi rujukan pertama dan bukannya diuruskan terus oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan tersebut?

DPPN Pk mendesak Zambry telus di dalam isu ini kerana ianya membabitkan kewangan rakyat yang besar. Zambry juga perlu menafikan bahawa Agensi atau Jabatan Kerajaan di bawah pentadbirannya lemah atau tidak membuat kerja-kerja mereka.

Sudah tentu perkara ini membuatkan kemarahan semua kakitangan kerajaan yang terbabit kerana mengatakan mereka tidak melakukan kerja. DPPN Pk juga amat kecewa jika itu yang berlaku menggambarkan seolah-oleh Agensi atau Jabatan Kerajaan terlalu lemah di bawah kepimpinan Zambry yang terlalu banyak politiknya.

Zambry akan cuba mempolitikkan apa sahaja untuk kepentingan Umno / Barisan Nasional (BN) demi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Maka dengan ketidak cekapan kerajaan Negeri perak dibawah Menteri Besar yang ada sekarang amat wajar Zambry meletakkan jawatannya kerana ternyata gagal dalam mengurus tadbir kerajaan negeri berbanding 11 bulan pentadbiran kerajaan

Pakatan Rakyat (PR) dibawah Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu. Amat memalukan kenyataan tersebut boleh keluar dari seorang Menteri Besar yang mendakwa bijak urus kerajaan negeri. DPPN Pk juga khuatir dengan fenomena ini, pelaburan ke negeri akan terus merudum dan mengecil.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ternyata Umno kian lemah


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan terima kasih di atas pelawaan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk masuk menjadi Ahli Umno terbukti menunjukkan Umno sudah mula di tolak oleh generasi muda yang kini bersama dengan PAS untuk menegakkan keadilan sebenar. Sudah tentu generasi muda akan terus menolak Umno yang disifatkan sebagai kekotoran yang masih tidak dapat dibersihkan.

Pertamanya, pelawaan ini juga membuktikan ketidakmampuan kepimpinan Pergerakkan Pemuda Umno Negeri Perak di bawah ketuanya Maslin Sham Razman yang di tolak hampir 18Pemuda Umno Bahagian seluruh Negeri Perak yang memaksa Datuk Seri Zambry untuk mengambil alih tugas Maslin sekarang ini. Keduanya, pelawaan ini menunjukkan Umno ketandusan pengaruh golongan orang muda dan terpaksa menjadikannya kempen kemasukkan keahlian baru di dalam Umno.

DPPN Pk juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menyiasat tawaran tersebut kerana ianya sebagai tawaran politik. Selepas daripada ini akan kedengaran bahawa Ahli Pemuda PAS akan memohon untuk menjadi keahlian Pemuda Umno tidak lama lagi, kaedah strategi dan tektik ini sudah menjadi kebiasaan dengan cara Umno sebenarnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, May 13, 2010

Zambry habis modal


Menteri Besar Perak yang disahkan di Mahkamah, Zambry Abdul Kadir nampaknya sudah kehabisan modal dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal bila mempelawa Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti dan menyertai UMNO dengan alasan Pemuda PAS ada minat yang tinggi terhadap UMNO sejak kebelakangan ini.

Zambry berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan UMNO dan dengan alasan itu Zambry mengatakan "mereka berminat kepada UMNO".

Sebenarnya Zambry diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan, kenapa pula sampai sejauh itu Zambry mengelamun , malah tidak menjawab soalan sebenar dari wartawan. Berikut adalah beberapa kenyataan saya dalam perkara berkaitan.

1. Saya sangat terkejut dengan kenyataan Zambry yang saya sifatkan sebagai sangat terdesak dan kehabisan modal untuk bercakap bila mengajak Pemuda PAS untuk masuk UMNO sedangkan apa yang dikeluarkan dalam banyak kenyataan Pemuda PAS selama ini bukan bermasud Pemuda PAS minat kepada UMNO, tetapi saya tegaskan adalah kenyataan-kenyataan yang menyatakan kebencian dan jijiknya UMNO dimata sayap kanan Parti PAS.

2. Sesunggunya pemuda PAS telah melalui proses tarbiyah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium "bau busuk UMNO" yang memiliki kepimpinan yang jauh sekali dari akhlak Islam.

3. Adakah kerana baru sekali mengadakan "usrah" dikediamannya Zambry sudah naik perasan sudah jadi pemimpin gerakan Islam dan lebih baik dari PAS. Kalau baru sekali Usrah sudah perasan jadi baik, bagaimana pula yang ada pada Pemuda PAS yang setiap minggu berusrah tentunya jauh kedepan dari Zambry yang baru melakukan Usrah. itupun saya yakin kerja sebeigitu adalah diluar kotak pemikiran UMNO yang Sekular itu.

4. Sepatutnya Zambry sedar golongan muda di Perak dan Malaysia amnya semakin benci dan muak kepada pemimpin UMNO yang menjadi "makluk perosak" di Malaysia. Selepas dibuktikan bersekongkol dengan yahudi laknatullah , menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM 320 Billion, sekali lagi malang datang lagi untuk golongan pemuda di Malaysia bila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh menteri kewangan kepada Syarikat Berjaya.

5. Tidakkah pemimpin UMNO sedar bahawa indek dalam apa saja kegiatan salah laku dan jeyaah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin UMNO semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai TOTO seluruh negara bermula hari ini, saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggug oleh Pemimpin UMNO yang membenarkan judi yang jelas haram disisi Islam. Malah menyokong UMNO berarti menyokong Judi yang "dihalalkan" dengan lesen oleh UMNO.

6. Kalau begitulah, sebenarnya Zambry selepas mengadakan usrah mestilah menyuruh Pemuda UMNO untuk masuk PAS untuk mengelakkan mereka terus dirosakkan oleh Pemimpin UMNO. Kedudukan UMNO yang bukan lagi penyelamat kepada Agama Islam dan bangsa Melayu mengesahkan bahawa UMNO mestilah ditinggalkan secapat mungkin.

7. Kerana itu saya mengesahkan bahawa Pemuda PAS memang berminat kepada UMNO, tetapi berminat untuk menyaksikan ianya cepat dikuburkan dibumi tercinta ini. Selamat tinggal UMNO !

Kenyataan Media, 13 Mei 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
KETUA PENERANGAN PAS PERAK

Wednesday, May 12, 2010

Sokong Umno = sokong judi


Kepelbagai jenis judi di Malaysia dilengkapkan lagi dengan keputusan Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan.

Keputusan ini bagi saya merupakan satu tragedi malang bagi umat Islam di Malaysia bila bantahan demi bantahan semacam tidak diendahkan oleh Kerajaan BN. Selain itu saya beranggapan bahawa semua Bangsa di Malaysia terpaksa berdepan dengan sejenis judi yang akan mengundang kepada masalah sosial, rumahtangga dan sebagainya.

Akhbar harian Cina, Sin Chew, mengesahkan bahawa Menteri Kewangan yang juga PM 1Malaysia secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA semalam.

Kenapakah bantahan yang dilakukan oleh pelbagai pihak semacam dipekakkan oleh pihak kerajaan. malah dimanakah peranan mufti yang ada di Malaysia. Adakah mereka tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum keputusan ini dikeluarkan.

Sebaliknya kenapakah pihak mufti, apalagi Mufti yang sering lantang bersuara seperti Harussani tidak menasihati kerajaan bahawa tidak ada nas yang boleh mengharuskan judi apalagi untuk dihalalkan dengan pemberian lesen.

Kalau sebelum ini Mufti Perak sangah menampilkan wajahnya sebagai mufti UMNO dan menjadi kuda tunggangan UMNO , sekali ini saya suka untuk melihat apakah pendirian beliau dalam masalah judi ini.

Dengan kelulusan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sesungguhnya judi jelas diharamkan oleh Islam dan tidak boleh dikaitkan dengan budaya mana-mana bangsa. Ia jelas merosakkan malah saya menegaskan kalau berjudi dengan tujuan untuk menjadi kaya, seorang itu sudah silap perkiraan.

Sebenarnya toke judilah yang akan kaya raya dan tahi judi ada papa kedana, malah ada sampai yang sanggup bunuh diri dek kerana kalah judi. Paling sadis saya yakin judilah yang telah mengudang kepada pelbagai permasalahan dalam masyarakat negara kita.

Membenarkan kedai judi beroperasi dengan bebas dan meluluskan lagi lesen baru berarti menteri kewangan hanya mementingkan toke judi dan menafikan bahawa slogan rakyat yang didahulukan. Rakyat akan jadi porak peranda dengan judi yang merosakkan , walaupun sukan bolasepak itu sihat dan pasti menghiburkan.

Meluluskan lesen judi memberi kencenderungan yang lebih luas kepada tahi judi untuk terus berjudi dimusim bolasepak piala dunia nanti, dan memberi peluang yang lebih luas untuk berjudi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengannya.

Sedarlah umat Islam di Malaysia bahawa sokongan anda kepada BN dan UMNO adalah menyokong lesen judi yang telah dan baru diluluskan, dosanya tertanggung diatas bahu anda. kembalilah kepada Islam yang menganjurkan "amar maaruf nahyi mungkar" dengan menyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS yang sikapnya jelas dalam permasalah ini.

ADUN TITI SERONG/
SETIAUSAHA
Sekretariat pakatan Rakyat Perak

Zahid hina Zambry?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan pendedahan beberapa Umno Cawangan yang menghadiri perasmian serentak Umno Cawangan di seluruh Negeri Perak pada 8 Mei yang lalu oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno cukup menghina semua Ketua Cawangan Umno serta Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak berkaitan habuan wang ringgit kepada ketua-ketua cawangan yang disebut di dalam ucapannya.

Pertamanya, memang terbukti bahawa Umno hanya boleh terus hidup jika mereka mempunyai wang dan juga kuasa. Keduanya, inilah mentaliti kepimpinan tertinggi Umno yang hanya memperkatakan habuan di dalam memegang jawatan mereka. Ketiganya, satu penghinaan terhadap Datuk Seri Dr Zambry dan Umno Perak tanpa selindung lagi. Perkara ini membuktikan bahawa Umno Perak kini di dalam krisis yang besar terhadap kepimpinan mereka.

Walaupun seluruh rakyat sedar akan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memimpin pentadbiran kerajaan negeri sekarang ini, tokoh seperti Datuk Seri Zahid sudah mula menunjukkan belangnya untuk kembali ke Negeri Perak semula. Walaupun krisis ini berada di dalam Umno sudah pasti seluruh rakyat Negeri Perak akan merasa tempiasnya dengan perebutan kuasa mereka. Krisis kepimpinan Umno di Negeri Perak bukan lagi rahsia kerana usaha untuk menjatuhkan antara mereka sudah jelas kelihatan sekarang ini.

Apa yang rakyat ingin tahu, adakah apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Zahid adalah benar-benar berlaku? DPPN Pk mendesak agar Datuk Seri Zambry membuat penafian segera terhadap isu ini dan DPPN Pk meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak membuat siasatan berkaitan perkara tersebut demi kepentingan wang rakyat.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, May 11, 2010

Zambry abaikan orang asli?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak serius terhadap Orang Asli bagi memastikan pembangunan dan kebajikan mereka diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dapat di lihat setelah majlis perasmian program 'Dekat di mata, lekat dihati’ di Kampung Tangkai Cermin dan Kampung Cenderong Kelubi, Tanjung Tualang hanya dirasmikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar, Azhar Ahmad serta di hadiri oleh Pegawai Khas (Hal Ehwal Orang Asli) Menteri Besar, Panjang Ali Sohor.

DPPN Pk melihat Datuk Seri Zambry lebih memberikan keutamaan kepada programnya bersama media pada hari yang sama iaitu program Ekspedisi Royal Belum. Malang sungguh nasib Orang Asli diletakkan kelas kedua oleh kepimpinan Datuk Seri Zambry walaupun telah banyak slogan dan janji telah diberikan tetapi jelas dapat di lihat sekarang ini. Mungkin setelah dekat dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti, barulah Datuk Seri Zambry akan turun bertemu dengan Orang Asli nanti.

Program yang di lihat penting tersebut, nyata tidak diberikan perhatian serius oleh Datuk Seri Zambry. Bagi DPPN Pk berharap, masyarakat Orang Asli akan sedar akan keperihatinan dan pembelaaan sebenar mereka di dalam memastikan kebajikan mereka tidak terpinggir sama sekali di dalam pembangunan sebagai rakyat di Negeri Perak ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri

Saturday, May 8, 2010

Malaysia serambi Las Vegas?


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.

Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.

Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.

Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi kaki judi mengabaikan keluarga mereka, malah ada yang sanggup jadi penjenayah untuk mendapatkan modal berjudi. Sepatutnya judi diistihar sebagai musuh utama negara juga.

Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.

Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan Malaysia pula sebagai serambi Las Vegas. Tak dapat Kelantan, satu negara diperjudikannya.

Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.

Oleh itu, Awang Adek cuba menunjukan Malaysia lebih terbuka dari Singapura dengan harapan syarikat Perjudian antarabangsa berminat membuka resortnya di Malaysia pada masa akan datang. Krisis kewangan global menjadikan pemimpin Umno buta mata, dan sanggup mengambil apa sahaja peluang untuk mengaut keuntungan bagi membiayai projek-projek politik yang mereka janjikan kepada rakyat sejak PRU-12.

Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.

Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.

PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang cuba dihalalkan Umno. PAS yakin, tanpa duit hasil judi, ekonomi negara ini mampu melangkah jauh ke hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PERKESO dalam syarikat arak


http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat tersebut .

PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja - pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .

Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .

Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .

Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .

Untuk maklumat sepenuhnya sila klik di laman berikut: http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Friday, May 7, 2010

Antara judi dan babi


Ini satu lagi gila, gila judi kerana itu Kerajaan BN mahu luluskan satu lagi lesen judi, lesen judi bolasepak. Judi yang ada tidak cukup lagi ke?. Mahu tambah lesen judi yang baru . Apalah bangang BN.

Berkata Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Apalah bangang punya Umno/BN. Mahu benteras judi, buat pula lesen judi. Sebenarnya BN bukan mahu benteras aktiviti perjudian, yang sebenarnya kerajaan BN mahu kaut untung dari lesen judi. Itu sahaja. BN tak akan haramkan judi sebab BN suka judi. Umno pun suka judi, jika tidak Umno tentu bantah lesen judi.

Tengok apa kata Timbalan Menteri, Datuk Awang Adek Hussein, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,"

Berkata lagi Awang Adek jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Untuk membangunkan bidang sukan di negara ini, judi bolasep[ak perlu bagi BN kerana ia dapat disalurkan untuk bidang sukan. Otaklah Umno/BN, tak ada lain, judi, judi, tak ada judi tak boleh ke?

Dosa pahala, halal haram tak ada dalam kamus Umno dan BN ke. Yang ada cuma untung sahaja. Kalau hendak kira untung, lebih baik ternak babi sebab sekali beranak, berduyun duyun keluar anaknya. Pasti pelihara dan jual babi lagi untung.

Antara judi dan babi sama sahaja, kedua duanya haram. Jadi saya syorkan pada Kerajaan BN lagi bagus ternak babu jika aspek untung mahu diambil kira.

judi, judi, judi, di mana judi

judi, judi, aku di sini bersama BN

Thursday, May 6, 2010

Kerajaan BN Perak bazirkan wang rakyat


IPOH: Pendedahan yang dibuat oleh Dato' Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) berhubung laporan bahawa agensi dan jabatan kerajaan membelanjakan lebih RM1 juta untuk beberapa perasmian majlis setelah siasatan yang dijalankan tahun lepas oleh PAC baru-baru ini sepatutnya diambil perhatian dan tindakan oleh pihak terbabit.

Pendedahan tersebut membuka mata jabatan jabatan dan agensi kerajaan agar lebih berhati hati dalam membelanjakan wang rakyat.

Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dalam sidang medianya di sini semalam.

Pemuda PAS Perak amat menyokong penuh pendedahan tersebut atas sifat menyelamatkan wang rakyat supaya ianya disalurkan bagi tujuan rakyat dan bukannya menguruskan perasmian majlis agensi atau jabatan kerajaan semata-mata.

Pemuda PAS Perak tidak mengetahui apa motif sebenar pendedahan Datuk Seri Raja Ahmad yang banyak menimbulkan persoalan-persoalan setelah komen yang dibuat oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir,katanya.

"Kita difahamkan bahawa semua majlis perasmian agensi atau jabatan kerajaan tersebut sudah semestinya yang dihadiri sendiri oleh Dato' Seri Zambry, ini bermakna terlalu banyak perasmian majlis diadakan pada tahun lepas yang dihadiri oleh Zambry yang menyebabkan kos majlis meningkat sepertimana yang didedahkan," katanya.

Menurut beliau Dato' Seri Raja Ahmad seolah-oleh memberikan gambaran buruk krebiliti Zambry di dalam perkara tersebut.

Pemuda PAS Negeri menjangkakan bahawa Dato' Seri Raja Ahmad tidak mungkin akan dilantik sebagai Exco kerajaan negeri malah Pengerusi PAC kemungkinan akan ditukar.

'Kita bukan mahu mencampuri urusan BN tetapi jika Raja Ahmad yang sanggup kehilangan jawatan-jawatan penting di atas mendedahkan pembaziran wang rakyat adalah seorang yang berintegriti walaupun Zambry dan media memahami sikap sebenarnya," katanya