Saturday, January 30, 2010

Ubah Persepsi salah Dalam Dunia Perniagaan





IPOH: PAS Negeri Perak pagi tadi bertempat di Hotel Sri Malaysia berlangsungnya Diskusi Usahawan Ke 3 anjuran Lajnah Ekonomi dan Pembangunan PAS Perak. Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Ustaz Abu Bakar Hussein bertindak menyampaikan ucap utama dan seterusnya merasmikan program tersebut. Kira kira hampir 100 usahawan hadir di majlis itu.

Dalam ucap utamanya Ustaz Abu Bakar menekan kepada perlunya sumbangan daripada usahawan usahawan dalam memajukan dan menggerakkan perjuangan Islam di negeri ini khususnya. Beliau mengambil contoh dari sirah perjuangan para sahabat saperti Abdul Rahman Auf yang meninggalkan harta dan isterinya di Makkah dan melakukan hijrah bersama Nabi Muhammad ke Madinsah. Di Madinah beliau berusaha gigih dan akhirnya menjadi tokoh korporat terkenal di Madinah.

Abdul Rahman Auf tidak menjadikan kekayaannya untuk dirinya sahaja tetapi mengimfaqkan kepada perjuangan Islam. Inilah yang kita mahu lahirkan usahawan saperti usahawan Abdul Rahman Auf yang kaya tetapi tidak kedekut malah bermurah hati mengimfakkan hartanya untuk perjuangan Islam.

Menurut beliau Nabi Muhamad mula menceburi perniagaan pada usia muda, 13 tahun telah mengikut bapa saudaranya ke Syam untuk berniaga. Mengambil dari sirah ini beliau meminta anak anak ahli PAS perlu digalakkan menceburi dunia perniagaan pada usia muda.

"Lihat orang orang Cina, mereka mendidik anak anak mereka berjinak dengan perniagaan sewaktu masih dibangku sekolah, tetapi anak anak orang Melayu Islam lebih suka melepak dan merempit, persepsi ini kena kita ubah," katanya.

Menurut beliau lagi, para usahawan perlu membetulkan beberapa persepsi salah mengenai dunia perniagaan yang berlaku kini. Umpamanya berniaga perlu menipu, matlamatnya untung tanpa mengira caranya halal atau tidak.

Kontraktor mesti beri rasuah, kalau tidak beri rasuah tidak dapat projek. Persepsi ini juga mesti diubah, kerana itu para usahawan PAs mesti mengubah sikap yang tidak betul ini.

Di majlis itu juga beliau menyarankan agar setiap ahli PAs menyumbang RM10.00 sebulan untuk memantapkan PAS Negeri, dengan itu PAS negeri akan mempunuyai dana yang yang boleh dimanfaatkan untuk perjuangan Islam dan PAS sendiri.

"DI Perak kita ada 80,000 ahli, katakanlah 30,000 sahaja yang aktif, maknanya kita ada RM300,000 sebulan, dengan ini PAS Negeri mempunyai dana yang yang besar untuk mengatur program ataupun ianya boleh digunakan untuk merealisasikan impian PAS Negeri iaitu untuk mengwujudkan kompleks PAS Perak.

PENING LAGILAH KEPALA NAJIB

Bertimbun-timbun masalah dipikul Najib 

OLEH:Tok Pepijat  


Semua PM Malaysia sebelum Najib masuk Sri Perdana dalam keadaan selesa. Tapi tidak buat Najib.

Bermula masalah Perak, kekalahan demi kekalahan dalam PRK, perebutan kuasa dalam MCA, PPP dan Makkal Sakti. Itu belum lagi dengan kehilangan enjin jet semasa jadi Menteri Pertahanan.

Terkini dengan pembabitan Ku Li dalam isu royalti minyak Kelantan. PM Najib sekadar ulas untuk kaji dengan ucapan Ku Li itu.

Kita melihat PM Najib semakin hilang kawalan terhadap ahli UMNO dan BN. Suaranya tidak lagi dihormati.

Jika auranya berkarisma tentulah ahli UMNO dan BN tidak berani "angkat kepala" menentang kata-katanya.

Mengapa MCA masih bertelagah? Mengapa PPP masih dengan isu kesahihan Presidennya? Malah "berkat"nya Najib merasmikan Makkal Sakhti menyebabkan parti itu "berperang" rebut penerajuinya.

Kini Ku Li berani naik pentas untuk berceramah bersama pemimpin PAS. Mengulangi apa yang pernah dilakukannnya 15 tahun yang lalu ketika bersama S46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Menyimpan Ku Li dalam UMNO bermakna memberi lesen kepada semua ahli UMNO untuk naik pentas berceramah bersama PAS dan PR.

Membuang Ku Li dari UMNO bermakna tiada lagi tentangan sengit untuk jawatan Presiden UMNO . Cumanya UMNO Pusat perlu ucapkan selamat tinggal buat Kelantan. Dan UMNO Kelantan perlu siapkan "batu nesan" buat diri mereka.

Juga jika Najib masih simpan Ku Li dalam UMNO bermakna "nilai" Ku Li begitu tinggi dalam UMNO. Mungkin naiknya Ku Li atas pentas PAS sekadar mahu "test market" harga dirinya dan juga untuk mencabar Najib bertindak keatasnya.

Inilah yang memeningkan PM Najib. Kesimpulannnya, elok Najib tanya Rosmah untuk dapatkan nasihatnya! Bukan begitu Najib?

Sumber: Harakahdaily

Safar Jumaat: Royalti - Mungkinkah Ku Li Dipecat Dari Umno?


SIAPAKAH di kalangan orang Umno yang sanggup mencadangkan supaya Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipecat dari parti ekoran kesediaan beliau mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan yang dicadangkan pakatan pembangkang?

Kelazimannya, mana-mana ahli parti tidak dibenarkan menyertai mana-mana majlis pembangkang, apatah lagi memainkan peranan penting seperti menjadi pengerusi, berucap dan mengambil bahagian – atas apa juga niat.

Semalam (Khamis), Tengku Razaleigh sudah pun berucap di hadapan 20,000 hadirin di Stadium Sultan Mohamed ke IV, Kota Bharu dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum yang turut dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco Kerajaan Negeri.

Khabarnya, bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Tamrin Tun Ghafar juga hadir mengiringi Tengku Razaleigh.

Apa yang diperkatakan Tengku Razaleigh ketika berucap di stadium tidak perlu diperbahaskan kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab membuat perjanjian Petronas dengan Kerajaan Negeri Kelantan dahulu, tetapi suatu perkara yang perlu dibincangkan di sini ialah keberanian dan kesanggupan Ahli Parlimen Gua Musang ini untuk ‘membayar hutangnya’ kepada rakyat Kelantan.

Siapa selain Tengku Razaleigh dari kalangan mereka yang masih berada di dalam Umno sanggup ‘membayar hutang’ serupa kepada rakyat Kelantan, bercakap benar dalam isu royalti, bukan wang ihsan – seterusnya sanggup menerima hukuman dari parti yang mereka wakili, demi mendahulukan rakyat (Kelantan) dan mengutamakan pencapaian?

Tengku Razaleigh sebenarnya memang mempunyai keberanian yang mencukupi. Jika tidak kerana keberaniannya, mustahil beliau boleh menentang Dr. Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan Presiden Umno 1987 dahulu.

Atas sebab keberaniannya jugalah tertubuhnya Parti Melayu Semangat 46 (S 46) yang menyebabkan ramai juga yang menang kerusi DUN dan Parlimen atas tiket parti itu, termasuk Allahyarham Kahar Ahmad di Muar, Tarikh Junid di Selangor, seorang di Jerantut dan ramai dari Kelantan.

Hari ini, apabila Tengku Razaleigh menyanggupi tawaran mengetuai kaukus royalti minyak Kelantan ia sekaligus menafikan dakwaan beberapa pihak dalam Umno, kononnya Tengku Razaleigh hari ini bukan lagi Tengku Razaleigh yang pernah bertanding jawatan Presiden Umno dalam tahun 1987.

Malahan, Tengku Razaleigh sudah berjaya mencetuskan kontroversi kerana kesanggupannya menerima jemputan memberi ceramah sempena Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum, semalam.

Agaknya, Tengku Razaleigh sendiri sudah lama tidak berhadapan dengan 20,000 hadirin seperti mana majlis semalam, kerana jika program itu anjuran Umno atau BN, khalayak seperti itu mustahil akan dapat disaksikan!

Inilah kelebihan Pas – sikap dan disiplin penyokong-penyokongnya yang sentiasa bersedia memenuhi ruang untuk mendengar ceramah, lebih-lebih lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar seperti Tengku Razaleigh duduk bersekali dengan Menteri Besar Kelantan.

Umno mungkin melihat Tengku Razaleigh tidak menyayangi parti itu lagi kerana sanggup menerima jemputan pembangkang, tetapi dalam masa yang sama, orang-orang Umno tidak pernah pun mahu memikirkan apakah yang mereka pernah beri kepada Tengku Razaleigh ketika Tengku Razaleigh yang mempunyai banyak pengalaman untuk berhadapan dengan rakyat.

Barangkali, mereka memikirkan, jika Tengku Razaleigh diberikan peranan, jawatan dan tugasan, menyebabkan Tengku Razaleigh akan menjadi popular hingga menyebabkan jawatan Presiden Umno tergugat.

Atau, mereka fikir, Tengku Razaleigh sudah tidak mempunyai apa-apa pengaruh lagi kepada khalayak yang menyebabkan mereka mahu Tengku Razaleigh dijauhkan dari mata dan ingatan rakyat!

Hari ini, jika Umno mahu menyenaraikan ‘musuh-musuh’ baru mereka, satu senarai panjang akan dilihat. Selain Tengku Razaleigh, Dr. Mahathir Mohamad juga bolehlah dianggap sebagai seorang bekas pemimpin Umno yang tidak memberi keuntungan kepada Umno.

Serangannya terhadap ura-ura Umno mahu mencalonkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang tidak lama dahulu sudah cukup merimaskan. Ini belum lagi soal kekosongan jawatan Pengerusi dan Pengarah Urusan Petronas di mana beliau adalah Penasihatnya.

Dr. Mahathir juga dilihat sering berbalah dengan Menteri-Menteri Kabinet, antaranya Datuk Mohd Nazri Aziz – isu terbaru soal kursus anjuran BTN yang menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak campurtangan dan meminta semua pihak mengunci mulut dari memperkatakannya.

Ini belum masuk nama-nama seperti Datuk Seri Chua Jui Meng, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution Ismail dan ramai lagi, mereka yang pernah memegang jawatan dalam parti dan kerajaan.

Tengku Razaleigh dan Dr. Mahathir masih ahli Umno. Namun, kecenderungan mereka bercakap benar menyebabkan Umno resah dan gelisah.

Tidak hairanlah kalau Tengku Razaleigh memberitahu kawan-kawan rapatnya, beliau perlu menjelaskan hutangnya kepada rakyat Kelantan dalam isu perjanjian royalti antara Kelantan dengan Petronas.

Hari ini, jika terlintas di fikiran Najib mahu memberikan jawatan kepada Tengku Razaleigh, mungkin ia sudah terlambat. Tengku Razaleigh tidak mungkin mahu berundur setapak ke belakang demi menerima jawatan dan tawaran.

Tengku Razaleigh bukan budak-budak yang boleh disuapkan dengan gula-gula untuk menutup mulutnya dari bercakap perkara-perkara yang benar. Malahan, Najib mungkin tidak mempunyai cukup keberanian untuk menawarkan apa-apa jawatan dan peranan kepada Tengku Razaleigh sekarang, selepas Najib berkeras tidak mahu memberikan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

Siapa Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Ibrahim Ali yang mahu tampil bercakap soal royalti dan ihsan selagi Tengku Razaleigh ada di maya pada ini?

Sumber: Harakahdaily

Friday, January 29, 2010

HIMPUNAN 10,000 PEMUDA PAS PERAK


Kenyataan Media (28 Januari 2010)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengambil kesempatan untuk memperkatakan agenda Himpunan 10,000 Pemuda PAS Perak yang telah di rancang akan diadakan pada hari Ahad, 31 Januari 2010 ini di Darul Taa’lim, Kubu Gajah, Selama, Larut.

Majlis akan bermula dengan perasmian oleh Ustaz Haji Abu Bakar Hussien, Pesuruhjaya PAS Negeri Perak pada jam 10.00 pagi. Pengisian di sebelah pagi ialah persembahan pentas dan juga aturcara pertunjukan. Akan ada juga beberapa gerai pameran yang telah di jemput hadir selain gerai jualan dan juga bahagian derma darah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

DPPN Pk juga akan mengadakan majlis kenduri pemuda setelah kita berhenti berehat untuk makan tengahari dan bersolat Zohor jamaah. Pada sebelah petangnya kita akan mendengar beberapa ucapan pimpinan tertinggi kita. Antaranya ialah Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga akan merasmikan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Perak.

Selepas itu ucapan daripada Menteri Besar kita, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin. YB Datuk Haji Mahfuz Haji Omar, Naib Presiden PAS juga akan memberikan ucapan pada sebelah petang tersebut. Dan akhir sekali ialah ucapan penutup daripada YB Haji Salahuddin Haji Ayub, Naib Presiden PAS dan majlis di jangka berakhir pada jam 5.00 petang.

DPPN Pk menjemput dan mempersilakan seluruh Ahli Pemuda PAS Perak dan penyokong muda PAS untuk hadir beramai-ramai dengan sasaran kita sebanyak 10,000 orang pada hari tersebut. Program yang julung-julung kali ini diadakan adalah menyatakan persediaan Pemuda PAS Perak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak pada bila-bila masa sahaja.

DPPN Pk yakin dengan program tersebut akan membuktikan bahawa Pemuda PAS telah bersedia untuk berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tersebut. Ayuh Pemuda bersama kami, gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada seluruh rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

DPPN Pk meminta supaya semua yang hadir, memakai baju berwarna hijau, simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini. Saya mengalu-alukan kehadiran semua pada hari tersebut. Sekian terima kasih.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

TEMBELANG NAJIB PECAH


Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN. Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas. Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak,  jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu. 

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai. 

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya. Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai.  Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.

Thursday, January 28, 2010

Benarkah PAS Lebih Berprinsip dan Berani Dari PKR?

Menurut Datuk Zaid Ibrahim PAS dlihat lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr. Hasan Ali 

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kepada politik dan pentadbiran negara sekiranya isu Zulkifli Noordin tidak dapat selesai dengan cara yang sepatutnya, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Pas dilihat lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) secara terbuka.

Namun PKR katanya, tidak berani mengambil tindakan yang sama terhadap Ahli Parlimen Bandar Baharu itu yang jelas tidak menghormati semangat kerjasama dalam Pakatan apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Abdul Samad.

“Dalam memperkatakan semua ini saya mungkin dipecat oleh parti kerana tidak mempunyai kekebalan seperti sasetengah pemimpin PKR namun, saya biasa dipecat tetap menyuarakan perjuangan politik yang sihat dan bermaruah demi kebaikan parti,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, ramai yang berasakan pimpinan PKR tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, malah ada yang sudah menjangka tiada keputusan tegas diambil dalam tempoh 30 hari penyiasatan terhadap Zulkifli

“‘Gag order’ atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti dilihat hebat namun Zulkifli setiap minit terus menghina pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam media ,” katanya.

Zaid berkata, beliau hairan melihat keadaan itu, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang yang tidak boleh disentuh oleh parti.

“Entah mengapa ada keistimewaan itu dan sebab itulah beliau menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai firaun kecil dengan merujuk kepada pegawai parti yang tidak ada taring seperti saya,” katanya.

Beliau yakin selepas hari ini PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangan nya.

“PKR hari ini tak jauh bezanya dengan UMNO, cuma ia hanya seperti acuan atau ‘a poor man’s version of’ UMNO. Hanya yang mudah dan ‘expedient’,” katanya.

Menurutnya, rakyat harus yakin dan berpegang kepada prinspin perlembagaan serta pendapat alim ulama mengenai isu kalimah Allah ini.

Zaid berkata, sementara siasatan selesai, Zulkifli sepatutnya digantung sementara kerana kesalahannya jelas dan berterusan.

”Kita perlu berlaku adil kapada dia, tetapi kita juga perlu berlaku adil kapada ratusan ribu ahli parti yang mengharapkan pembelaan dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Nizar, Usah Bermimpi Jadi MB


Angkasanuri  

Setelah beberapa bulan ditangguh, akhirnya Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada 9 Febuari ini untuk memuktamadkan siapa Menteri Besar Perak sama ada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin atau Dato Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagi saya Nizar tidak perlu bermimpi untuk jadi Menteri Besar kerana beliau memang sudah jadi Menteri Besar Perak yang sah.Biasanya orang bermimpi kerana terlalu memikirkan atau teringinkan sesuatu. Mimpi juga dikatakan mainan dalam tidur.

Apa perlu Nizar bermimpi kerana sememangnya beliau Menteri Besar Perak yang sah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi.

Mana ada sejarah mana-mana tamadun dan negara era moden ketua sesebuah negara atau negeri dipilih oleh mahkamah. Kalau macam tu lebih baik tak payah buat pilihanraya. Bukan sahaja buang duit rakyat tetapi juga membazir masa.

Lagipun yang bakal membuat keputusan nanti ialah mahkamah Malaysia yang diselubungi dan dikaitkan dengan pelbagai isu serta skandal yang tak selesai-selesai. Apapun keputusan mahkamah nanti pada 9 Febuari ini tidak mampu menyelesaikan konflik politik di Perak. Ini kerana pemilihan Menteri Besar kali ini telah mengikut lunas di luar tabie.

Jika Nizar menang, adakah orang Umno@BN akan berdiam diri? Begitulah sebaliknya jika Zambry menang. Inilah padahnya bila sistem demokrasi dalam negara dikhianati dan dicabuli.

Tetapi sekurang-kurangnya apabila Nizar menang akan mengembalikan semula hak rakyat untuk memilih siapa Menteri Besar mereka yang sah kerana Nizar dan Pakatan Rakyat Perak cukup konsisten dengan pendirian untuk memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN.

Sumber: Harakahdaily

Wednesday, January 27, 2010

APA YANG HANG MEREPEK NI MIDAH !


Sekoyong koyongnya berkatalah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar Harian tempatan hari ini, spekulasi yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) berhubung pembubaran DUN setelah Mahkamah Persekutuan membuat kepada 9 Februari depan mengenai siapa Menteri Besar yang sah dilihat sebagai menghina institusi kesultanan di negeri ini

Midah bersuara lagi, kenyataan itu tidak sewajarnya dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat kerana umum mengetahui kuasa pembubaran DUN adalah hak mutlak Sultan Perak.

Apalah yang hang merepek ni Midah, siapa pulak yang nak hina institusi kesultanan di Perak ni. Hang dengo baik baik kenyataan Dato' Seri Nizar saperti dilaporkan akhar yang sama hari ini juga, Pakatan Rakyat akan meneruskan membubarkan DUN SEKIRANYA keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti berpihak kepada beliau dan Pakatan Rakyat

Faham betul betul perkataan `SEKIRANYA'. SEKIRANYa keputusan itu memihak kepada Nizar, beliau akan menghadap Sultan Perak pada hari yang sama untuk memohon DUN dibubarkan.

Semua orang tahu kuasa membubarkan DUN adalah kuasa Sultan Perak. Nizar pun tahu. Cuma Nizar kata apabila keputusan mahkamah memihak kepadanya barulah dia menghadap Sultan Perak untuk mohon DUN dibubarkan.

Tidak timbul kenyataan Pakatan itu menghina Sultan Perak, tidak ada siapa yang hendak menghina Sultannya sendiri. Faham tak Puan Midah.

Berkata lagi Hamidah, kenyataan Pakatan Rakyat itu seakan akan memberi tekanan kepada sistem kehakiman di negara ini kerana ianya melangkaui batas kuasa yang ada seolah olah telah mengiktiraf kemenangan PR walaupun mahkamah belum membuat keputusan.

Puan Midah oi, siapa pulak yang memberi tekanan kepada hakim hakim atau badan kehakiman. Tak ke pemimpin pemimpin BN selalu kata badan kehakiman di negara ini bebas, macam mana pula hang kata kenyataaan PR itu boleh memberi tekanan kepada institusi kehakiman?

Yang boleh memberi tekanan ini adalah orang ada kuasa, PR tak ada kuasa. Lagipun hampa kata institusi kehakiman bebas, macam mana pula badan kehakiman negara ini boleh menerima tekanan daripada PR . Jangan merepeklah Midah.

Hang tahu tak, yang menerima tekanan perasaan ini Nizar dan pimpinan PR dan penyokong penyokong PR kerana sudah dua bulan keputusan belum diketahui. Baru sekaranglah reda sedikit tekanan apabila diberitakan keputusan akan diketahui pada 9 Februari .

Namun debarannya kian terasa dan  kian kencang. Apa pimpinan Umno tak risau ke? Atau degup jantung semakin kuat resah gelisah menunggu hari penentuan.

Berkata lagi YB Hamidah, PR tidak sewajarnya mengerluarkan kenyataan begitu. Spekulasi berkenaan juga bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan rakyat hingga boleh mengakibatkan wujudnya ketidakstabilan politik di negeri ini.

Mana lebih mencelarukan rakyat, spekulasai itu ke atau tindak tandak Umno/BN selama ini?. Negeri Perak telah mencatatkan sejarahnya tersendirinya apabila mandat rakyat telah dikepikan dan `diterajang ke longkong', berlakunya rampasan kuasa. Umno/BN Perak bukan mengambnil alih pemerintahan dari PR, yang sebenarnya BN rampas kuasa dari PR. Tidakkah rakyat jadi celaru haru biru memikirkannya?.

Apabila tragedi rampasan berlalu, wujudlah dua Menteri Besar, lepas itu dua Speaker Dewan Undangan Negeri, wujud dua ketua kampung. Siapaklah yang sebenarnya mencelarukan keadaan di negeri ini?.

Rakyat jadi celaru bila wujud dua ketua kampung di awal rampasan kuasa yang dilakukan BN dahulu, wujud dua Speaker. Yang lebih mencelarukan fikiran rakyat macam mana bajet Kerajaan BN Perak boleh lulus apabila Menteri Besar BN membentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu dalam masa tidak sampai setengah jam dan diluluskan tanpa dibahas.

Macam mana kestabilan politik hendak wujud jika Umno/BN ambil kuasa cara tidak betul, rampas kuasa, ambil kuasa pemerintah secara tidak bermoral. Ini menyebabkan ketidakstabilan politik.

Itu sebabnya cara terbaik bagi mengatasi semua masalah dan kecelaruan ini, serah balik kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang mereka mahu. Oleh kerana itu DUN perlu dibubarkan. Memang tepatlah pendirian Ir Nizar itu, jika keputusan Mahkamah Persekutuan mem!ihak kepadanya, Nizar bukan mahu rebut jawatan Menteri Besar tetapi mahu mengembalikan kuasa kepada rakyat. Biar rakyat tentukan. Ini baru betul.

Lain kali jangan merepek lagi Puan Midah oii 

USAHA BUBAR DUN AKAN DITERUSKAN


IPOH: Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha membubarkan Dewan Undangan Negeri sekiranya Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari depan memihak kepada mereka.

Bekas Menteri Besar, Dato' seri seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berkata, beliau sendiri bakal menghadap Sultan Perak pada hari yang sama bagi menyatakan permohonan berkenaan.

Menurutnya, selaras dengan janji bagi menyerahkan semula mandat kepada rakyat semula mandat kepada rakyat bagi memilih Kerajaan Negeri yang baru dan sah dari segi undang undang.

"Keputusan mahkamah kali ini adalah berdasarkan kepada Undang Undang Tubuh Negeri Perak dan tidak dipengaruhi oleh mana mana pihak".

"Kami (PR) juga yakin bahawa satu keputusan yang seadil adilnya bakal dilaksanakan demi menjamin hak rakyat diutamakan dan sistem demokrasi dipulihkan di negara ini,"

"Jesteru kami PR bakal mengotakan janji untuk menyerahkan semula mandat kepada rakyat bagi membuat pilihan agar satu kerajaan yang sah dan `halal' menerusi sistem demokrasi dapat dibentuk di negeri ini," dkatanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat PAS Negeri di sini semalam.

Hadir sama Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim, Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak(DPPN PK) Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His, Safarizal Saleh (Penolong Setiausaha), Muhammad Nur Amin (Timbalan Ketua) dan Salman Saleh (Naib Ketua).  

Sumber: Sinar Harian 

Tuesday, January 26, 2010

Dakwaan TV3 & TV9 Karut Berniat Jahat


IPOH: Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah meminta Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Menurut Misbah para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Perseketuan 9 Februari ini.

"Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini kerana sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Dato' Seri Nizar yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas Pegawai Khas Nizar di pejabat Menteri Besar dahulu ada tiga orang,  saudara Amran Haron, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah. " jelasnya.

Manakala Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang Encik Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, Saharuddin , saudara Fadzil dan Encik Zainuddin dan Encik Bashir. Semuanya dilantik oleh Dato' Seri Haji Nizar.

"Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat," katanya. 

Dato' Seri Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya.

Misbah Nafi Ada Pegawai Khas DS Nizar Ditahan SPRM


IPOH: Setiausaha PAS Negeri Perak, yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Pakatan Rakyat, Misbahul Munir Masduki menafikan kononnya seorang Pegawai Khas Dato' seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya berita yang keluar di TV 3 malam tadi kononnya seorang Pegawai Khas Ir Nizar ditahan SPRM adalah mengejutkan semua bekas Pegawai Khas beliau dan pegawai-pegawai khasnya yang masih bertugas di Pasir Panjang dan di Parlimen Bukit Gantang.

"Sejak petang semalam sehingga hari ini, saya menerima panggilan talipon dan mesej bertanyakan hal tersebut, saya semak semua pegawai-pegawai khasnya dan bekas pegawai-pegawai khasnya. Saya dapati tidak ada seorang pun yang ditahan atau dihubungi oleh pihak SPRM mahupun polis," katanya.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh berita di TV3 adalah palsu dan berniat jahat dan sengaja hendak memburuk burukan Dato' Seri Nizar dan Pakatan Rakyat.

Menurut beliau lagi, sekalipun yang ditahan mengaku sebagai pegawai khas Nizar, sepatutnya TV3 terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada Dato' Seri Mohamad Nizar adakah orang tersebut benar-benar pegawai khasnya.

"Ternyata setelah disemak tidak ada seorang pun pegawai khasnya yang ditahan oleh SPRM," jelasnya..

Berita yang keluar di TV3 malam tadi katanya, cukup memalukan dan telah menjejaskan reputasi Dato' seri Nizar sebagai Ahli Parlimen dan juga ADUN, juga sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Sehubungan dengan itu, Dato' Seri sedang berbincang dengan peguamnya bagi mengambil tindakan undang-undang.

Isu Pasir: Angkara Mamat Mana Pulak Ni?



Awal pagi tadi saya menerima panggilan dari Yang Dipertua PAS Kawasan Tapah, Abdul Rahim Mohd Noordin, bertanyakan siapa dia pegawai khas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang ditahan bersabit dengan isu pasir?

Saya pun terpinga pinga mendengarnya. Yang saya tahu pegawai khas MB dulu ada tiga orang, Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. saya pun hantar SMS kat Mohamad Tiang bertanyakan hal itu. Dia jawab, tak tahu siapa yang dimaksudkan itu.

Menurut Abdul Rahim berita itu ada keluar dalam TV malam tadi. Saya kemudiannya menghubungi Bendahari PAS Perak, Haji Abdul Rahim Md Arif bertanyakan hal itu. Dia pun tidak berapa pasti, kalau nak tahu konteks Ismad.

Saya pun menghubungi Penolong Setiausaha PAS Perak,  saudara Ismad, katanya pegawai khas MB Perak semasa Ir Nizar dulu ada tiga orang sahaja, iaitu Amran Haron, Mohamad K.Y. Tiang dan Nadarajah. Mereka sihat saja, tak kena tangkap pun.

Menurut Ismad,  mamat yang kena yang kena tangkap itu dikenali sebagai Hamzah, mengaku sebagai pegawai khas MB. Mamat upahan mana pulak yang mengaku pegawai khas MB Nizar?

Saya pun buat satu kesimpulan, ini isu hendak pilihanraya yang dicipta oleh pihak tertentu kerana 9 Februari depan kes MB NIzar lawan Zambry. Umno sekarang dah demam panas, jika Nizar menang, DUN bubar, pilihanraya pulak.

Saya kira ini isu pilihanraya yang sengaja hendak memburuk burukan NIzar. Saya cadangkan Pakatan Rakyat khasnya DS Nizar saman pihak terbabit sekiranya didapati berita itu sengaja direka untuk memburuk burukkannya.

Siapa Pula Yang Datin Rosmah Peluk Kali Ini?


Ikhqoi  

Sebelum kita ulas apa kelakuan Datin Seri ini, ucapan tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei yang berjaya menewaskan Boonsak Ponsana dalam Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Malaysia Proton 2010 yang berakhir Ahad lalu.

Tujuan penulisan ini dibuat bukan untuk mengulas kehebatan Dato’ Lee Chong Wei menewaskan Boonsak Ponsana dalam straight set, tetapi untuk mengulas kelakuan seorang isteri pemimpin negara ini.

Tanpa menafikan perasan keterujaan rakyat Malaysia selepas Dato’ Lee Chong Wei berjaya merangkul juara Terbuka Malaysia sebanyak 6 kali, tetapi tindakan Penaung Permata ini bagi saya tidak boleh diterima apatah lagi sebagai umat Islam yang waras.

Adakah tidak cukup dengan hanya mungkin menjabat tangan mengucapkan tahniah? Kenapakah perlu dipeluk anak muda ini? Adakah ini contoh yang boleh diikuti oleh anak didik Permata Negara? Pasti media massa utama tidak menyiarkan foto ini demi untuk menjaga air muka Penaung Pertama dan suaminya.

Justeru itu nasihat saya, berpada-padalah dalan meraikan kejayaan. Cukuplah hanya segelintir artis menjadikan peluk memeluk ini sebagai budaya. Jangan ia juga menjadi budaya di kalangan pemimpin tertinggi negara apatah lagi di kalangan rakyat jelata.

Yang beringat

-ikhqoi-

Sumber: Harakahdaily

Monday, January 25, 2010

SIAP SEDIA SEKARANG:


OLEH: MOHD HAFIZ SABRI
IPOH: PAS Perak hari ini menggesa seluruh rakyat negeri tersebut bersiap siaga menghadapi kemungkinan berlakunya pilihanraya semula
ekoran desas-desus yang bertiup kencang berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, ketika mengulas isu tersebut menggesa seluruh rakyat khususnya mahasiswa dan anak muda
yang masih belum mendaftar untuk segera berbuat demikian bagi memastikan mereka tidak terkecuali dalam membuang undi sekiranya
pilihanraya berkenaan benar-baner berlaku.

"Saya dengan ini merayu dan menggesa seluruh mahasiswa, belia dan mana-mana golongan rakyat di negeri ini (Perak) yang belum mendaftar
sebagai pemilih untuk berbuat demikian secepat mungkin. Ini kerana sekiranya DUN benar-benar dibubarkan, kita tidak mahu mereka yang
layak mengundi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kelewatan mereka untuk mendaftar" jelas beliau.

"Oleh itu sebagai anak muda, kita perlu sedar akan peranan dan suara kita yang sangat berkuasa dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah
kerajaan" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berharap agar konflik yang berlaku d Perak selama ini akan terlerai dengan pembubaran DUN ini demi menjamin
kestabilan politik dan pembangunan di negeri Perak Darul Ridzuan.

"Apa yang lebih penting bagi kita adalah apabila mandat diserahkan semula kepada rakyat melalui pilihanraya, kestabilan politik di negeri
Perak akan dapat dikembalikan demi menjana pembangunan dan ekonomi yang mapan" jelas beliau.

Pertikaian Dua MB Diketahui 9 Februari Ini


IPOH: Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah Menteri Besar Perak yang sah .

Demikian satu kenyataan rasmi yang dimaklumkan kepada Sekretariat pakatan Rakyat Negeri Perak oleh MB Rakyat perak, Dato Seri Ir. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi

Dato' Seri Nizar juga turut memaklumkan telah menerima surat rasmi dari mahkamah berkenaan dan mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari tersebut.

Sehubungan dengan beliau memohon dari seluruh pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat supaya mendoakan kepada Allah SWT agar mengembalikan keadilan dan kemakmuran di negeri Perak .

"Saya menyeru supaya semua pihak mendoakan kepada Allah agar mengembalikan keadilan dan kemamuran untuk negeri Perak" katanya .

Umno/BN Takut Kalah Kot?



Baru baru ini dilaporkan seramai 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR itu adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar.

Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar. Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara.

Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau hampir dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Bagi menyelesaikan masalah ini mudah saja jika SPR dan kerajaan menerima cadangan dari PAS agar pendaftaran pemilih dibuat secara outomatik. Tetapi kenapa SPR dan Kerajaan BN tidak mahu menerimna cadangan PAS ini?

Oleh kerana itu Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Abdul Rahim Wan Abdullah meminta Kerajaan menimbang semula cadangan dari PAS itu bagi mengatasi lambakan 4.39 juta penduduk di negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.

Difahamkan dahulupun SPR sudah ada cadangan dan SPR dikatakan pernah bersetuju. Kalau dah gitu buat aje le, Kenapa tak mahu terima. Atau ada perkiraan lain. BN buat congok boleh untung ke atau tak boleh.

"Seseorang mencapai umur 21 tahun mengikut Jabatan Pendaftaran Negara maka namanya disenaraikan secara automatik di dalam daftar pemilih SPR, namun cadangan itu tidak dipersetujui kerajaan BN," kata Abdul Rahim '

Kenapa agaknya Kerajaan BN tidak menerima cadangan itu, mungkin cadangan itu tidak menguntungkan BN kot? Kalau untung tentu BN terima. BN ni kira untung, kalau untung dia terima, kalau merugikan BN, pastinya ditolak.

Mengapa cara yang ada sekarang ini BN suka, tidak suka kepada cadangan PAS. Tentu ada sebabnya. Seperti kata Abdul Rahim kerana BN sentiasa mendapat 'political mileage' (kelebihan politik) serta mendapat 'advantage' daripada sistem sekarang pasti mereka tidak akan bersetuju untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik itu.

Maknanya BN bimbang kalau pendaftaran pemilih secara autamatik BN rugi, Rugi itu apa? BN takut kalah. BN mahu perintah negara ini sampai bila bila sebab lagi lama perintah lagi bagus, lagi banyak boleh dibolot kekayaan oleh kroni kroni pimpinan BN.

BN mahu perintah Malaysia sampai hari kiamat kot. BN ingat negara ini pusaka nenek moyong mereka kerana itu BN mahu terus perintah sampai bila bila. Kalau BN bagus dan adil, terima sajalah cadangan PAS itu. Habis cerita. Kenapa sehingga ini tidak bersuara dan terima cadangan PAS tu?. BN takut kalah dalam pilihanraya kot?

Kalau BN jujur dan berani terima cadangan dari PAS . Kau tidak makna nya......? Lu fikirlah sendiri.

M.JUSOFF TAIB: Salam Kepada Bukan Islam


DI TENGAH kalut kalangan umat Islam yang menonjolkan perjuangan Islam di sebalik isu ‘nama Allah’, yang pada saya ramai yang masih mengenepi kedaulatan Allah dari hati nurani, Tok Guru Nik Aziz memunculkan isu ‘boleh beri salam kepada bukan Islam.’

Secara moralnya, bagi saya Muslim wajib memberi salam (jaminan kesejahteraan) kepada bukan Islam, iaitu secara sikap moral dan tertanam dalam batin atau hati nurani. Malah itu berupa sikap akidah, yang tidak boleh dicuaikan jika kita benar-benar seorang Muslim – yang menyerah diri kita kepada konsep hidup Islam demi Allah.

Salam secara maknawi adalah menjamin kesejahteraan, keselamatan dan pembelaan terhadap sesama Islam mahu pun sesama manusia yang tidak bermusuhan, malah sedia bermuafakat dan membantu kita dalam menyempurnakan masyarakat berkerukunan dan saling membantu.

Jadi falsafah ucapan salam ialah menyedarkan kontrak sosial, terutamanya sesama umat Islam. Misalnya moral memberi salam menurut Nabi saw, Muslim yang berkenderaan patut dan utama memberi salam terlebih dahulu kepada yang berjalan kaki. Maknanya yang elit lebih layak menjamin keselamatan sesama yang lebih daif dan berkurangan. Bukan sebaliknya.

Dalam fekah, umat Islam dikehendaki menjamin keselamatan orang bukan Islam yang sewarga negara dengan kita. Agama, maruah, harta mereka wajib dipastikan selamat dari pencerobohan orang Islam. Malah dibenarkan menentang seperti menentang kafir harbi kepada Muslim yang melakukan kejahatan dan kezaliman kepada mereka yang telah menerima hidup berkerukunan dengan kita.

Kenapakah sedemikian ? Kerana agama Islam yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw melalui wahyu Al-Quran, bukanlah agama eksklusif seperti slogan “Islam milik orang Melayu”. Slogan begini menjadikan seseorang Muslim itu memaling agama suci anutan mereka menjadi agama eksklusif seperti Judaisme – agama Yahudi.

Ketika kita bersolat, kita membaca surah Al-Fatihah. Di hujung surah itu ayatnya ialah “ Ghairi al-maghdhuubi ’alaihim wala adh-dhaalliiin”. Ayat ini ditafsir oleh Nabi Muhammad saw sendiri. “ Al-Maghdhu” sebagai “ Al-Yahud” – Yahudi. “Wala adh-dhaallinn” sebagai “ An-Nashara”. Jadi melalui Al-Fatihah setiap solat kita, telah ditentukan Allah supaya kita tidak meng-eksklusif-kan agama kita bagai Yahudi, dan tidak pula tersesat ke dalam emosi apabila beragama Islam. Kita wajib tunduk kepada pengertian dan fahaman berdasarkan ilmu.

Dan apabila disebut ilmu, ada dua ilmu penentu kesucian, kemuliaan dan kesahihan agama kita, iaitu Al-Quran dan Sunnah yang berdasarkan sumber yang sahih segi sanad dan matannya. Hujah ini sahajalah merupakan kesucian agama.

Apabila disebut ulama khilaf dalam satu-satu hal, ia menunjukkan ketiadaan dalil kuat yang mendokong satu-satu pandangan itu secara muktamad. Maka di sini kita harus menggunakan akal yang mendalam, murni dan waras dengan keadaan semasa untuk membuat pilihan demi kebaikan agama kita. Malah dengan tujuan demi Allah, bukan demi nafsu dan prasangka emosional kita.

Bebalik kepada pandangan Tok Guru Nik Aziz tentang salam kepada bukan Islam, beliau dipetik oleh tabloid Siasah sebagai berkata: “Ada orang pernah tanya bolehkah orang Islam beri salam bila jumpa orang Cina atau India (bukan Islam). Setengah ulama kata boleh, setengah ulama pula kata tak boleh.”

“Jadi bagi ambo (saya), boleh. Sebab ia perkara khilaf. Bila ia cuma satu khilaf kenapa kita masih nak ambil yang tak boleh. Mana baik kita beri salam dengan tak beri salam.”

“Tambah-tambah dunia sekarang dunia orang tengah balah (bertelagah), kita beri salam maknanya selamat untuk kamu. Di mana tak baiknya beri salam.”

Dari kenyataan yang dipetik sebagai kenyataan Tok Guru di atas, satu kesimpulan kaedah fiqh dakwah Islamiyah telah diberi oleh Tok Guru.

(1) Dalam permasalahan khilaf, pemilihan yang tepat harus dilakukan,
(2) Pemiliohan itu harus berdasarkan maslahat dan hikmah demi Allah dan agama-Nya.
(3) Mendalami kehendak semasa dan mencitrakan Islam sebagai kemuliaan dari Allah melalui mengamalan ke dalam budaya umat.

Dalam hal salam ini, jika kita merujukkan kepada Bustanul Arifin yang dikarang oleh Syekh Nashr bin Muhammad As-Samarqandi, kita dapati beliau menyebut tentang adanya khilaf.

Berkata Syekh Syeikh Nashr : “Para ulama berselisih (khilaf) mengenai memberi salam kepada ahli zimmah. Sebahagian mereka memperbolehkannya. Dan sebahagian lain melarangnya. Akan tetapi bila mereka memberi salam, kita boleh membalasnya dengan jawapan. Pendapat inilah yang kami anut.”

Menurut Syeklh Nashr, pihak yang membolehkan memberi salam kepada Ahli Zimmah berdasarkan pendapat Abdullah bin Mas’ud r.a. Sementara yang tidak membolehkannya pula, mengambil hujah dari Abdullah bin ‘Umar.

Untuk memberikan makna yang mendalam tentang hikmah agama Allah tentang memberi salam kepada bukan Islam ini yang dinyatakan oleh Tok Guru Nik Aziz itu, elok rasanya kita membuka Al-Quran dalam keadaan yang tenang, dan menghadap hati kepada Allah, lalu merenung ayat 84 hingga ayat 87 Surah An-Nisaa’.

Mudah-mudahan dicurahi hikmah ke dalam hati nurani kita. WaLahu a’lam bish-showaab! Harakahdaily/-

Sunday, January 24, 2010

PJ PAS PERAK ARAH SEMAK SEGERA



IPOH: Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein mengarahkan semua Yang Dipertua PAS kawasan kawasan di negeri ini bergerak pantas dengan membuat semakan senarai daftar pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Perak dan kini sedang dipamerkan kepada orang ramai untuk semakan dan babtahan.

"Semua Yang Dipertua PAS kawasan kawasan mesti membuat semakan di kawasan masing masing bagi mempastikan senarai daftar pengundi tersebut benar benar wujud, dan kita mahu kenalpasti pengundi pengundi yang baru didaftar itu," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Seminar Memperkasakan Parti anjuran Lajnah Memperkasakan Parti PAS Negeri Perak di sini semalam.

Pada 20 Januari lalu SPR Perak telah mempamerkan senarai pengundi baru yang didaftarkan pada 1 Oktober hingga 31 Desember lalu dan orang ramai boleh menyemaknya di Pejabat SPR Negeri, Pejabat Pos atau laman web SPR.

Ketika Pakatan Rakyat sibuk siri ceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN dikatakan sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang. Difahamkan sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak.

Oleh kerana itulah beliau mahu semua YDP kawasan dan pertugas pertugas parti mengambil serius perkata tersebut kerana kesilapan atau kecuaian untuk menyemak daftar pengundi tersebut akan memberikan kesan yang besar kepada PAS pada pilihanraya umum akan datang .

"Sekiranya DUN dibubarkan dalam tempuh terdekat dan pilihanraya dijangka dalam bulan Mac, senarai daftar yang dipamerkan itu akan digunapakai dalam pilihanraya nanti, kerana itu kita mesti membuat semakan yang teliti," katanya.

Mengenai memperkasakan parti, beliau mahu mahu lajnah lajnah diperkuat dan diperkasakan juga dan ini perlu diambil perhatian serius semua pimpinan dan ahli.

"Kita mahu kuat di setiap bidang, bukan sahaja Lajnah Memperkasakan Parti kuat, lajnah lajnah lain pun kita mahu kuat dan perkasa untuk kita memenangi pilihanraya umum akan datang," jelasnya.

Dimajlis itu juga Naib Presiden PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Memperkasakan Pati PAS Pusat, Salahuddin Ayub telah memberikan taklimat langkah langkah perlu bagi memperkasakan parti.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak  yang juga Pengerusi Lajnah Memperkasakan Pari PAS Perak, Dr. Khairuddin Dato' Abdul Malik. 

Bersediakah PR Perak Hadapi Piihanraya?


SELENA TAY:  

Buat masa ini ada kedengaran desas-desus bahawa Pilihanraya Negeri akan diadakan di Negeri Perak. Samada ini akan menjadi benar atau tidak adalah tidak begitu penting tetapi soal pokoknya ialah adakah Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk bertanding sekiranya DUN dibubarkan secara mengejut dan Pilihanraya Negeri diumumkan. 

Saya ingin menarik perhatian para pembaca bahawa jika ada asap tentulah ada api (there is no smoke without fire), oleh itu desas-desus itu mungkin juga ada kebenarannya dan ada kebarangkalian yang tinggi bahawa Pilihanraya Negeri Perak akan berlangsung tidak lama lagi iaitu mungkin dalam bulan Mac, April ataupun Mei.

Pada pendapat saya, BN selalunya berada dalam keadaan yang siap sedia oleh sebab mereka pada bila-bila masa dengan senang sahaja boleh menggunakan dana mereka untuk memberi gula-gula kepada rakyat. Lagipun dana BN ini tiada batasannya. BN dengan sewenang-wenangnya boleh menggunakan dana mereka untuk membina infrastruktur yang baru seperti jalanraya, lebuhraya, jambatan, stesen bas dan stesen keretapi.

Mereka juga boleh memberi sumbangan dana yang berjuta-juta kepada sekolah-sekolah, persatuan-persatuan Cina dan India, rumah-rumah kebajikan dan juga tempat-tempat beribadat. Keluarga-keluarga yang papa kedana juga akan dibantu oleh BN pada masa ini. Adakah Pakatan Rakyat mempunyai idea yang baik untuk menangani taktik kotor BN ini? Saya bimbang Pakatan Rakyat akan tumbang sekali lagi di Perak disebabkan oleh senjata BN yang amat kuat ini. 

Selain dari itu, Tahun Baru Cina akan dirayakan oleh kaum Tionghua dalam pertengahan bulan Februari yang akan datang ini. BN akan mengambil kesempatan ini untuk memberi angpau yang besar kepada kaum Tionghua dan ini tentu sedikit sebanyak akan dapat mempengaruhi undi kaum Tionghua apabila mereka melihat bahawa BN memang ada wang untuk melaksanakan berbagi-bagai jenis projek.  

Dana yang berjuta-juta akan juga disalurkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan persatuan-persatuan Cina sebagai angpau Tahun Baru Cina. Perak ada ramai pengundi Cina dan saya berpendapat ini akan memberi kesan kepada jumlah undi yang akan diraih oleh Pakatan Rakyat nanti. BN akan menggunakan wang untuk membeli keyakinan rakyat.  

Lagi satu senjata BN yang efektif ialah pengundi hantu. Ramai hantu-hantu akan muncul entah dari mana. Pengundi hantu ini boleh menggugat kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan dimana Pakatan Rakyat telah menang dengan majoriti yang tipis dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 yang lalu. 

Pakatan Rakyat hanya ada satu senjata sahaja iaitu senjata moral. Pakatan Rakyat mesti memberi maklumat kepada rakyat dan sentiasa mengingatkan rakyat bahawa rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN pada Februari 2009 adalah salah disisi undang-undang dan BN adalah sebuah kerajaan yang langsung tidak menghormati undang-undang, oleh itu adalah amat bahaya untuk mengundi BN sebab mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka suka dan menghancurkan masa depan negara ini sebab mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri.

Pakatan Rakyat mesti memaklumkan kepada rakyat Perak bahawa keadaan ekonomi negara sekarang sudah berada dalam keadaan yang kritikal dan dibawah pemerintahan BN masa depan adalah malap sekali. Ekonomi Malaysia sekarang umpama kapalterbang yang berada dalam mod autopilot dan bila-bila masa sahaja akan terhempas. 


Pakatan Rakyat mesti memberitahu rakyat Perak terutamanya yang tinggal di bandar-bandar kecil, luar bandar dan kampung-kampung bahawa Suruhanjaya Pilihanraya, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, badan kehakiman, pejabat Peguam Negara, polis dan semua agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kerja Raya telah diperalatkan oleh BN. Peranan yang dimainkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk mengsabotaj Pakatan Rakyat di kawasan-kawasan yang dipegang oleh wakil Parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat adalah amat berkesan.

Contoh yang simple ialah apabila Jabatan Kerja Raya tidak mahu membaiki jalanraya yang ada lubang dan orang mati disebabkan motosikalnya jatuh kedalam lubang ini maka tuduhan akan dilemparkan kepada Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerajaan yang malas dan tidak berprihatin. Peranan yang dimainkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk mengsabotaj Pakatan Rakyat memang boleh mengurangkan undi yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat nanti. 


BN pun akan sering melaung-laungkan cogankata 1 Malaysia itu dimana dibawah pemerintahan BN semua bangsa hidup aman damai, berharmoni dan bersatu-padu. V. Sivakumar, Speaker Perak yang sah, dalam satu forum yang dianjurkan oleh SELPROA di Kuala Lumpur pada 21hb Januari 2010 kelmarin ada berkata: ‘1 Malaysia, 2 Perak, kenapa begini? Disebabkan oleh 3 katak.’ Sekarang dengan kontroversi yang disebabkan oleh kalimah ‘Allah’, jelas dapat dilihat bahawa cogankata 1 Malaysia adalah retorik BN sahaja, retorik untuk memancing undi kaum bukan-Melayu.

Saya berpendapat apabila ada orang Melayu yang mengundi DAP dan orang Cina yang mengundi PAS, itulah 1 Malaysia yang sebenarnya. Pada masa kempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang 2009, saya pernah mendengar satu orang Melayu melaungkan ‘Ada Roket boleh pergi ke Bulan’ di kalangan penyokong PAS dan DAP pada masa hari penamaan calon. Kerjasama antara PAS, DAP dan PKR di Perak memanglah erat seperti yang disebut oleh V. Sivakumar dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19hb Disember 2009 yang lalu,

‘Dulu kita berpegang, sekarang kita berpeluk.’ Itulah kekuatan Pakatan Rakyat yang boleh digunakan untuk meraih kemenangan. Selain dari itu forum, roadshow dan ceramah umum harus dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk menyampaikan mesejnya kepada rakyat memandangkan bahawa BN telah menguasai media arus perdana.  


Pakatan Rakyat hanya boleh memenangi Pilihanraya Negeri Perak sekiranya rakyat Perak diberi maklumat yang penuh dan benar mengenai tipu helah dan taktik kotor BN. Maklumat mengenai Dasar Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Common Policy Framework yang diluluskan oleh PKR, PAS dan DAP dalam Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19hb Disember 2009 yang lalu mesti disampaikan kepada para pengundi kerana dasar inilah yang memberi roadmap kepada semua rakyat Malaysia bahawa hanya kerajaan Pakatan Rakyat sahaja yang mampu dan boleh membawa satu era baru untuk semua rakyat negara ini. Jangan terpedaya oleh BN. There is light at the end of the tunnel but with BN the light at the end of the tunnel is the light of the oncoming train.

Sumber: Harakahdaily

Saturday, January 23, 2010

PR PERAK UCAP TAKZIAH


Kenyataan Media  

Berikutan dengan kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77,malam tadi pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini malam ini.Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.

Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang.

1. Dengan ini Pakatan Rakyat Perak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar tersebut.

2. Saya mewakili Pakatan Rakuat Perak dengan ini merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

3. Sesungguhnya negeri Johor kehilangan seorang Raja yang sentiasa memerhati dan mengambil tahu tentang nasib rakyat yang memerlukan pembelaan. Beliau adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.

4. Harapan kami semuga perjuangannya diteruskan oleh Tunku Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja Johor , dimana Tunku Ibrahim adalah seorang pewaris takhta yang mempunyai banyak keistimewaan. Mewarisi sifat prihatin ayahanda baginda, putera sulung Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, itu bukan hanya mempunyai latar belakang akademik dan pencapaian membanggakan tetapi baginda juga cukup disenangi kerana keperibadian yang menawan hati rakyat.

Kenyataan Media/23 Jan 2010

YB. Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat
Negeri Perak.

Umno Akan Bangkrap Jika BN Terus Perintah


Nash Array

Negara akan terus lingkup di bawah Umno/BN (UBN). Pendedahan oleh Ku Li, berlakunya penyelewengan wang rakyat dan salahgunakuasa Bank Negara untuk kepentingan broker pertukaran dana asing Rosmah Najib amat mengejutkan sekali yang membuatkan rakyat marhein sesak nafas!

Apa tidaknya, pada pertengahan tahun lepas (2009), perjudian Bank Negara yang tiada ambil iktibar daripada kesalahan yang sama yang pernah berlaku dalam pasaran perjudian tukaran wang asing. Bank Negara terus berjudi sehingga mengalami kerugian sebanyak RM32 bilion. Satu jumlah yang cukup besar yang bisa menampung bajet negeri Pulau Pinang selama 100 tahun.

Selain daripada itu , defisit negara yang berturutan selama 13 tahun membimbangkan rakyat. Hutang negara sebanyak RM363 bilion pula terpaksa dibayar sebanyak RM13,000 setiap kepala rakyat Malaysia. Lahir sahaja seorang bayi, sudah terhutang kepada negara sebanyak RM13,000. Warga marhein yang akan membayarnya bukan PM dan kabinetnya yang ‘joli katak’ dengan wang rakyat sebagaimana kata Ku Li.

Negara akan muflis jika salahguna wang negara dan penyelewengan terus berlaku. Tak cukup dengan penyelewengan dan kerakusan pembaziran yang dibuat oleh Badawi sebagaimana dakwa Mahathir sebanyak RM270 bilion dan Mahathir sendiri sebagaimana pendedahan Barry Wain telah membazirkan RM100 bilion wang rakyat yang dinafi cuma RM10 bilion sahaja adalah juga wang rakyat yang terpaksa menanggung siksa dan derita membayar setiap sen wang negara yang hilang dengan kenaikan harga barang gula, minyak dan sebagainya. Ditambah pula siksa-derita rakyat marhein dengan perjudian tukaran wang asing oleh Bank Negara Rosmah Najib sebanyak RM32 bilion. Rakyat yang membayarnya bukannya UBN dan kroni mereka yang menjadi kaya raya di atas keperitan rakyat jelata.

Kerugian Bank Negara tersebut pada pertengahan tahun lepas mengakibatkan pada tahun itu kakitangan kerajaan tiada bonus dan ada ura-ura cola akan dipotong dan minyak naik (selepas pilihan raya semula di Perak) dan sekarang makanan sekolah berasrama penuh dipotong dan gula naik. RM270 bilion + RM100 billion yang berjumlah RM370 bilion dan yang terkini RM32 bilion itu; berjumlah sekitar RM400 bilion. Jika UBN terus memerintah dengan kerakusan dan ketamakan keqorunan mereka, tiada mustahil negara akan bisa jatuh bankrap. Bapak menteri bisa cabut luar negara dengan aset mereka di seberang laut tetapi rakyat bagaimana.

Sewajarnyalah rakyat golongan marhein bersama PAKATAN RAKYAT mendesak supaya harta Mahathir dan Badawi disita untuk menampung kerugian dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh mereka dan kroni mereka, golongan Umnoputra Korporat Melayu Islam di bawah UBN yang beramal dengan korupsi, kroni, nepotisme dan salahguna kuasa dan wang rakyat untuk projek yang membazir dan harga kos projek yang berlipatkali ganda daripada harga yang sebenar sepertimana yang pernah didedahkan oleh Chua Jui Meng, bekas menteri kabinet yang berpengalaman luas yang kecewa dengan sikap kerakusan Umno yang tiada akan berubah dan mutakhir ini bergiat cergas di dalam Pakatan Rakyat untuk membina tapak baru dan harapan baru untuk masa depan rakyat Malaysia.

Satu Malaysia ditipu oleh UBN dalam program JMR (JUARA MENIPU RAKYAT) tajaan UBN satu Malaysia. Isu penyelewengan demi penyelewengan wang rakyat ini; termasuk skandal PKFZ, cuba dialih fokus oleh UBN dengan perihal isu kalimah Allah yang diperbesarkan dan dieksploitasikan oleh mereka demi untuk mendapat semula sokongan orang Melayu dalam PRU13 nanti.

Namun, massa sudah celik mata akan sandiwara mereka dan tiada memberikan sokongan ke atas lakonan demonstrasi mereka yang cuba mencetuskan huru hara antara kaum dan antara agama dalam isu kalimah Allah di negara ini setelah huru-hara heret kepala lembu tiada mendapat sokongan orang Melayu apalagi daripada PAS yang berhati-hati dan menunjukkan kematangan siasahnya daripada masuk perangkap perkauman dan ugama manipulasi Umno. PAS yang semakin utuh di hati massa yang menyaksikan sendiri bukti kehebatan Islam yang dibawanya selaku gerakan dan Parti Islam SATU MALAYSIA di negara ini.

Bahkan Tok Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS menyatakan memberi salam kepada orang bukan Islam itu khilaf dan boleh mengucapkan salam. Bahkan inilah yang sebenarnya mesej Islam supaya orang bukan Islam tahu bahawa Islam itu baik bahkan dinyatakan tuhan sebagai ‘Rahmatan lil alameen” ertinya rahmat kepada sekalian alam, manusia dan binatang; termasuk memberikan rahmat kepada bukan Islam juga sebagaimana terkandung dalam salamnya: “Peace Be Upon You“ ( sejahtera ke atas kamu ); secara literalnya adalah untuk dan kepada semua manusia wajar diselamatkan.

Kehebatan gerakan Islam PAS amat dikagumi bukan Islam yang akan membenarkan bukan Islam menjadi ahli penuh dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang bakal ditubuhkan dengan rasminya, insyaAllah yang setaraf, sesuara dan sehak dengan Dewan Muslimat, Dewan Pemuda dan Dewan Ulamak; menjadikan konsep keadilan dalam Islam dapat dicernai oleh Gerakan Islam PAS sebagai gerakan terulung massa dalam massa dewasa ini.

PAS di bawah Mursyidul Am TGNA bisa melakukan reformasi uslub dakwah yang paling sesuai dengan waqi’ terkini bersama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sebagai PILIHAN RAKYAT pada PRU 13, insya Allah di samping tiada menggadaikan prinsip perjuangan Islam yang sebenar yang anti nasionalisme, racialisme dan ekstremis agama.

UBN akan bertambah gusar dan fobia lagi apabila PAS sendiri akan meletakkan calon bukan Melayu dan bukan Islam yang sesuai untuk menentang calon BN daripada MCA dan MIC bersama DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan baru di peringkat federal.

Oleh itu, perkemaskanlah daftar pemilih dan pendaftaran pengundi baru daripada sekarang khususnya anak- anak muda yang bersemangat tapi apa ertinya tiada bisa mengundi jika belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Semakan tempat mengundi juga perlu disegerakan kerana SPR dan JPN adalah anggota UBN yang tiada berdaftar! Yang bekerja untuk tipu muslihat dan strategi UBN untuk menang secara penipuan dan cara jahat.


Justeru bilik gerakan bagi semua UPU (Unit Peti Undi) sepatutnya sudah pun bersiap siaga daripada sekarang khususnya bagi negeri Perak untuk memintas perancangan UBN dan agensi di bawah telunjuknya (JPN dan SPR) khususnya penggunaan ‘Mycard’ di kalangan anggota polis dan tentera.

Sumber: Harakahdaily

Friday, January 22, 2010

POTONG. POTONG. POTONG


Apabila saya melihat iklan di TV kanak kanak memukul rebana sambil menyebut potong, potong, potong , teringat saya kepada Kerajaan BN 1 Malaysia yang sekarang ini juga turut mendendangkan lagu potong, potong potong.

Zaman 1 Malaysia ini, rakyat diutamakan kini menjalankan polisi `potong', jangan tak potong. Dalam harakahdaily tulisan doktor rakyat mengisahkan tindakan kerajaan 1 Malaysia sedang berkira-kira untuk memotong elaun kakitangan awam. Semua ini di lakukan atas alasan sebagai langkah berjimat-cermat.

Pada tahun ini, difahamkan yang kerajaan telah pun memotong bajet hospital kepada hampir separuh daripada jumlah bajet pada tahun sebelum ini. Sebagai contohnya, jika sesebuah hospital itu menerima RM40 juta pada tahun lepas, tahun ini hanya RM20 juta sahaja diberikan.

Kalau baget untuk hospital pun kerajaan 1 Malaysia sanggup potong, inikan baget yang lain. Sekarang ini masa untuk `potong'. Lepas ni tak tahu apa lagi yang kena potong.

Kita bimbang jika kes potong memotong ini berlaku di hospital, bimbang bukannya apa ubat ubatan yang diperlukan untuk pesakit juga turut terhad . Hospital kerajaan ini adalah tempat rakyat untuk dapatkan rawatan, jika ubat ubatan pun dihadkan, tidakkah ini menyusahkan rakyat. Mana slogan 1 Malaysia. Ini yang kita bimbangkan

Yang pergi ke hospital kerajaan adalah mereka yang tidak banyak wang, yang kaya dan banyak duitnya akan pergi ke hospital kerajaan. Jadi meranalah rakyat bawahan bila potong memotong ini terkena kepada mereka. Sudahlah sakit, ubat ubatan pula dihadkan. Nak beli ubat kat luar, mahal. Akhirnya tunggulah nyawa dipotong (sampai ajalnya)

Itu cerita bajet di hospital dipotong. Sekarang ini peruntukan makan bagi asrama asrama sekolah pun dipotong. Sebelum ini kerajaan memberikan peruntukan untuk makan kepada pelajar pelajar yang tinggal di asrama asrama selama 250 hari setahun, tetapi sekarang ini peruntukan itu telah dipotong menjadi 200 hari sahaja.

Dalam 200 hari pelajar pelajar yang tinggal diasrama ini diberikan makan. Lima puluh hari lagi tak ada makan. Para pelajat di asrama pandai pandailah cari makan. Kesannya pelajar berkenaan hanya dapat makan hari isnin hingga sabtu saja. Hari sabtu ahad `hampa' cari sendiri. Minta duit kat mak bapa 'hampa' `untuk makan dua hari itu.

Diberitakan ada sekolah sekolah asrama yang meminta ibubapa mengambil anaknya pada hari sabtu kerana makanan untuk dua hari itu tidak ada disediakan. Kalau sekolah anak tersebut tidak jauh dari rumah bapanya, bolehlah si ayah datang mengambilnya atau balik sendiri.

Ini bermakna kos yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa meningkat terutama mereka yang ramai anaknya berada di asrama sekolah. Kebanyakan pelajar pelajar yang tinggal di asrama ini adalah anak Melayu. Yang berada jauh dari keluarga, ibubapa terpaksa mengerluarkan kos untuk anaknya makan di luar pada hari sabtu dan ahad. Inilah 1 Malaysia, peruntukan makanan pelajar di asrama pun dipotong.

Kes potong memotong ini juga `menggerunkan' ramai kakitangan awam. Desas desus yang mengatakan elaun elaun sara diri (cola) hendak dipotong cukup mencemaskan terutama yang tinggal di bandar besar saperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor Bharu dan lain lain bandar bandar bandar. Ada yang mendapat RM100, ada yang dapat RM200 sebulan. Jika elaun ini dipotong, terpotonglah bajet harian mereka. Jika semua dah dipotong, apa lagi yang tinggal.

Sudahlah bajet harian terpotong lantaran kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, peruntukan makanan anak mereka yang tinggal di asrama juga dipotong, peruntukan hospital hospital juga dipotong. Apa lagi selepas ini yang hendak dipotong?

Saya percaya selepas ini ada lagi peruntukan yang kena potong. Kalau untuk orang sakit pun (hospital kerajaan) peruntukannya dipotong, agak agaknya elaun kakitangan awam tak kena potong ke? .

Sekarang ini kakitangan awam tidur tak lena, mandi tetap basah kerana ada lagi air paip. Kalau air paip kena potong disebabkan bajet harian kena potong, barulah mandi tak basah.

Jadinya kes potong memotong yang dilakukan Kerajaan BN 1 Malaysia ini tidak harus dibiarkan, bimbang rakyat pula yang `mati merana' dek kerana bajet harian mereka terpotong lantaran kenaikan harga barang barang. Harga gula dah naik, lepas ini apa pulak yang naik, Bayaran elektrtik, petrol, tol, mungkin naik. Ini semua mengakibatkan bajet keluarga terpaksa dipotong.

Jadi sebelum bajet harian kita terpotong lebih banyak lagi, mari kita `potong' dulu BN dengan cara undi dalam pilihanraya. Pilihanraya umum ke 13 nanti rakyat kena `'potong BN', gantikan dengan Pakatan Rakyat untuk menerajui Malaysia.

Potong mesti potong. Potong mesti potong BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau tidak nanti kita pula terpotong.

Potong, potong, potong.
Potong apa?
potong BN.

Thursday, January 21, 2010

PR PERAK JANGAN SYOK SENDIRI


Jika ditanya pada pemimpin pemimpin atau ahli ahli PAS, DAP atau PKR potensi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 atau pilihanraya seluruh di Perak bila DUN Perak dibubarkan nanti, jawapannya pasti "kita yakin menang". Yakin menang tak salah. Yang salahnya terlalu yakin itu saja.

Yakin menang mesti ada faktanya, kerja buatnya O.K tak atau K.O. Ini mesti difikirkan, PR jangan lupa perancangan musuh ketatnya iaitu Umno/BN.

Bila Pakatan Rakyat berjaya memerintah selama 11 bulan itu, Umno/BN duduk diam ke? Atau Umno pengsan tak sedarkan diri sehingga 11 bulan. Ini yang Pakatan kena ingat.

Ada tak bila PR menang dulu gabongan PR buat kerja bagi memantapkan kemenangan di kawasan DUN yang PR menang sedikit macam Lubuk Merbau, atau di DUN DUN yang kalah dengan majoriti kecil seperti Pengkalan Hulu yang kalah cuma 14 undi. Begitu juga DUN Kubu Gajah yang PAS kalau sekitar 60 undi.

Kita jangan ingat Umno duduk diam, ia buat kerja sebaik BN kalah di negeri ini. Kita tidak tahu apa agendanya tetapi yang pasti Umno buat kerja untuk mempastikan kemenangannya nanti.

Umno/BN telahpun rampas Perak dari Pakatan Rakyat. Tetapi Umno pastinya buat kerja `gila gila' untuk menambahkan majoritinya terutama di DUN yang BN kalah sedikit dan menang sedikit.

Selepas menang dulu ada tak PR buat kerja menambahkan lagi DUN DUN yang dimenangi, ada tak kita buat kerja untuk mempertahankan kemenangan di kawasan kawasan yang telah dimenangi.

Atau bila menang kita jadi `seronok sakan' hingga sampai 10 bulan. Dah nak jatuh baru nak buat kerja? Atau terlalu kekenyangan lantaran banyak sangat kenduri kesyukuran.

Atau mungkin juga sedang mengi ngira `habuan' yang bakal diperolehi atau sedang mengintai ngintai kawasan balak mana yang hendak dibolot?

Isu DS Nizar jadi boneka DAP dan Nizar derhaka pada Sultan Perak masih releven bagi Umno untuk mempengaruhi minda orang Melayu di kampung kampung. Buktinya dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang yang lalu undi yang diperolehi calon PAS merosot banyak di kawasan Melayu saperti di DUN Trong.

Ini diakui sendiri oleh DS Nizar sokongan Melayu di pedalaman kepada PR semakin merosot berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Walaupun sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu tidak luntur tetapi ianya sedikit berkurangan. Ada pihak yang menyatakan sokongan orang Melayu kepada PAS merosot sedikit sekitar tujuh ke lapan peratus.

Ini yang perlu ditangani dengan bijak oleh pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR. Kita jangan ingat tujuh peratus itu sedikit saja, tak mengapa. Kita bimbang jika tidak ditangani dengan bijak angka itu boleh bertambah menjadi 10 peratus. Adakah sampai ke angka itu baru kita hendak berbuat sesuatu?

Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang. Difahamkan sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka ini ?

Dalam 100,000 pengundi baru itu berapa banyak nama yang PR daftarkan sebagai pengundi baru. Atau 100,000 itu Umno & the geng' yang buat ? Jika bilangan pengundi baru itu Umno/BN yang daftarkan sebagai pengundi, sahlah mereka semua itu penyokong BN. Jika ini benar macam mana? Boleh `bungkus' kita yob.

Mulai semalam hingga 26 Januari ini SPR telah mempamerkan senarai pengudi baru yang telah mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Desember tahun lalu. Pakatan Rakyat kena tengok ni, kena semak. Kalau tidak nanti `bungkus' Pakatan Rakyat dilanyak Umno/BN.

Dikatakan ramai pengundi telah dipindahkan tanpa pengetahuan mereka, ini lagi kena semak, kita bimbang penyokong penyomng Pakatan Rakyat dipindahkan di tempat lain bagi mengurangkan pengundi PR di sesuatu kawasan, dengan itu BN boleh menang. Di kawasan yang PR kalah sikit dan menang tak banyak, kawasan ini kena semak betul betul. Umno biasanya buat kerja `memindahkan' nama pengundi ni. Semak betul betul.

Di Sungai Siput diberitakan calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.

Diberitakan juga anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Untuk apa? Mungkin ada agenda tersembunyi, siapa tahu, PR kena teliti perkara ini.

Perlu diingatkan juga di saat hampir pilihanraya nanti janganlah ada yang berangan angan nak jadi calon, lepas tu berebut pula nak jadi calon. Dulu sebelum PR memerintah Perak, ada yang menarik diri bila hendak dijadikan calon. Itu dulu. Sekarang ini potensi PR nak menang di Perak besar, nanti ramai yang yang berebut calon. Bila menang ada peluang jadi Exco Kerajaan Negeri. Kerja tak mana sangat tetapi sebok nak jadi calon.

Pakatan Rakyat Negeri Perak jangan syok sendiri dan terlalu yakin menang. Pakatan Rakyat biar buat kerja `gila gila' untuk mencapai kemenangan. Tetapi bukan gila syok sendiri.

Wednesday, January 20, 2010

JOM YOB, JOM YONG , KITA SEMAK CEPAT



Jom Yob,  jom Yong kita pergi semak senarai daftar pengundi. Ada tak nama kita dalam daftar pengundi. Hari ini Suruhjaya Pilihanraya Negeri Perak mempamirkan senarai pemilih baru dan pertukaran alamat tempat tinggal mengundi bagi mereka yang mendaftar dari 1 Oktober hingga 31 Desember tahun lalu.

Kita kena semak Yob, jangan nanti bila nak mengundi nama kita tak ada. Atau senarai nama kita ada di tempat lain. Kelam kabut kita nanti dibuatnya. Kalau nak bantah, bantah sekarang, nak semak, semak sekarang juga.  dah lepas tempuh bantahan, tak guna yob, dah lepas nanti gigit jari. 

Ini tangongjawab kita untuk menentukan pemimpin dan kerajaan yang akan menerajui negeri Perak . Jangan cuai yob,  kita yang rugi nanti. Penyokong penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang sudah muak dengan BN, kena cepat buat semakan. Pastikan nama kita ada dalam senarai daftar pemilih. Kita hendak turun BN dari mentadbir negara ini, gantikan dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Timbalan Pengarah Pilihanraya Negeri, Che Wan Muhammed Salleh Wan Adnan, pameran itu dibuka mulai hari ini hingga 26 Januari ini, iaitu pada waktu pejabat. Mereka boleh buat semakan di Pejabat Pilihanraya Negeri, Pejabat Pos, Pejabat penghulu dan Pejabat daerah.

Semakan boleh juga dibuat di laman sesawang Suruhanjaya Pilihanraya di www.spr.gov.my atau menalipon ke talian 05-2494113, 05-2494120 dan 05-2494121.

Bagi mereka yang baru mendaftar pada 1 Oktober hingga 31 Desember lalu, kena pergi semak cepat, pastikan nama ada dalam senarai mengundi.  Kalau hendak bantah pun , bantah sekarang. dah lepas nanti tak guna yob,  Rugi kita.

Katakan berlaku DUN Perak dibubarkan  pada penghujung Februari nanti, pilihanraya bulan Mac,  macam mana?,  Kalau tak semak entahkan nama kita tak ada, rugi yob, rugi yong.

Katakan kita mengundi di DUN Lubuk Merbau , bila piliharaya bulan Mac nanti, yob mengundi di sana. Masa hari mengundi nama yob, nama yong tak ada, tak dapat mengundilah kita.

Ditakdirkan calon PAS atau Pakatan tewas kepada calon BN dengan majoriti satu undi sahaja, tak ke menyesalnya kita. yob  yong yang salah kerana calon Pakatan Rakyat tewas.

Apa tunggu lagi yob,  apa tunggu lagi yong,  jom cepat semak senarai pengundi.

Jentera pilihanraya PAS, DAP PKR kena buat kerja juga, pastikan penyokong kita boleh mengundi, ada namanya dalam senarai mengundi. Kalau tidak penat berkempen, penyokong penyokong PR tidak ada nama dalam senarai pengundi. Letih kita yob,  letih ke yong.yong

Cepat, cepat kita pergi semak. Jangan tak semak.

HUSAM NAFI ADA KAITAN DENGAN KICKDEFELLA

KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada blogger Kickdefella di dalam blognya. 

Husam sebaliknya menyifatkan ia adalah ‘kerja-kerja kecil seperti pemain bola sepak kampung’ dan ia adalah satu luahan yang bersifat peribadi oleh penulisnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz terbabit.

“Kita ambil Kickdefella menyertai Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) adalah disebabkan kepakarannya dalam bidang media. Kalau ikutkan blog dia...saya sendiri tidak puas hati. Tetapi dalam dunia blog, kita tidak boleh campur tangan dalam hak orang lain.

“Ini hak personal, kita kena hormat ke atas kebebasan blogger. Jadi apa yang dia tulis tidak ada kena mengena dengan saya bahkan saya sendiri tidak puas hati dia puji saya melambung-lambung. Tetapi dia buat juga nak buat macam mana, kadang-kadang dia serang orang, mereka anggap sebagai saya suruh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Harian Pas Kelantan di JKR 10 di sini, semalam.

Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, orang yang ingin mengaitkan beliau dengan Kickdefella perlu menyediakan bukti yang kukuh bahawa mereka mempunyai hubungan sebelum berbuat demikian.

“Apabila dia (Syed Azidi) ditamatkan perkhidmatan, dia jadi personel. Kita tidak boleh kawal dia sampai hari ini saya tak boleh berhubung dengan dia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai hubungan beliau dengan Kickdefella memandangkan beliau dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membawa masuk blogger terbabit ke dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Kelantan dilanda pelbagai konflik apabila Kickdefella mendedahkan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan negeri dalam blognya yang dilihat menyerang kepimpinan negeri sehingga mencalar imej Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Minggu lalu, Kickdefella mendedahkan kerugian yang didakwa terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri dalam urusan projek Bazar Tok Guru berjumlah lebih kurang RM50 juta yang diakui sendiri oleh Nik Abdul Aziz namun ia dinafikan oleh pimpinan kanan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, mengulas dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) bahawa Pas cuba mengalih perhatian dari isu kerugian itu dengan menimbulkan persoalan siapa yang membocorkan maklumat Exco, Husam berkata, dalam hal itu pihak berkenaan sepatutnya tidak menyusahkan Nik Abdul Aziz.

“Apa yang dia tidak faham saya akan jelaskan. Dalam isu-isu seperti ini jangan susahkan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tanya Exco-exco serupa saya, saya akan jawab.

“Dalam kes ini, PMBK ada bahagian dia, pemaju ada bahagian dia bahagian...yang PMBK dapat ialah tingkat satu dan dua bazar yang bernilai RM40 juta di samping itu PMBK dapat wang tunai lebih RM5 juta,” katanya.

Mengenai perjanjian persefahaman (MoU) di antara PMBK dengan peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB yang menyatakan lot perniagaan tersebut akan dijual dengan harga subsidi sebanyak RM40,000, Husam berkata, perkara tersebut boleh dibincangkan.

“Itu boleh bincang balik tak ada masalah tetapi kita tidak mahu peniaga bila diberi betis hendakkan paha pula, tetapi mana peranan UMNO kenapa tidak minta dengan UDA, UMNO, Datuk Fatmi Che Salleh (Setiausaha Politik Perdana Mentri) dan Datuk Seri Mustapha Mohamed.

“Mereka pegang agensi Pusat yang ada dana yang besar, bila mereka tidak buat (membantu peniaga) maka kerajaan negeri kena buat,” katanya.

Husam berkata, UDA Holdings sepatutnya membina lot perniagaan untuk peniaga kecil di bandar ini sejajar dengan tujuan penubuhannya dahulu.

Sumber: Sinar Harian

AKHIRNYA KALIMAH `ALLAH" DIMUZAKARAHKAN


DZULFIKAR MASHOOR  

Akhirnya para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sedia bermuzakarah secara harmoni dengan cendekiawan muslim, ahli akademik, para pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta beberapa pihak lagi.

Walaupun muzakarah di kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bukit Segambut malam tadi dilihat agak lewat, sekurang-kurangnya inisiatif tersebut boleh dijadikan sandaran bahawa masing-masing begitu peduli dengan isu kalimah ‘Allah’ serta tidak mahu isu tersebut dijadikan ‘tiket’ untuk menghalalkan gereja-gereja di Malaysia dibom oleh pihak tertentu.

Bagi Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, PR seharusnya lebih bersikap realistik dalam menyelami perasaan sebenar akar umbi masyarakat Islam, khususnya di kalangan orang-orang Melayu.

“Kita mungkin boleh kata ini emosi orang Melayu semata-mata, tapi mereka yang di bawah rakyat berasa sendiri kegelisahan sebenar orang-orang Melayu,” jelasnya.

“Iyalah...memang perlu dakwah dan kefahaman yang rasional, tapi kita juga harus rasional melihat realiti sebenar orang-orang Islam Melayu apabila kalimah Allah ini dituntut sebegitu.”

Menurut beliau, realiti emosi sebegini timbul bukan disebabkan Ketua Paderi Gereja Roman Katholik, Tan Sri Murphy Pakiam memohon menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar minggu mereka, The Herald semata-mata.

Tetapi, umat Islam menurutnya, begitu merasai asakan demi asakan dari pihak tertentu, bermula pada kes permohonan gugur perkataan Islam pada kad pengenalan oleh Azalina Jailani atau Lina Joy, tuntutan mayat Allahyarham Muhammad bin Abdullah atau Moorty, usaha merendah-rendahkan kedudukan Mahkamah Syariah dengan mendesak Artikel 121 (1A) digugurkan; dan banyak lagi.

Mengakui perkongsian Azmi itu, Anwar mahu perbedaan pendapat tersebut terus digalakkan.

Tetapi, perbedaan tersebut menurut Anwar, tidak seharusnya dijadikan asas untuk semua pihak mengetepikan kezaliman yang lebih besar, yang dilakukan oleh Umno.

“Sebab itu, sama ada kita setuju atau tidak, baik tidak dipertajamkan,” tegas Anwar.

Tambah Anwar lagi, kebimbangan seperti yang diperkatakan oleh Cikgu Azmi juga adalah sesuatu yang wajar.

Pun begitu, kebimbangan tersebut tidak boleh menjadikan para pendakwa Islam bersikap rendah diri (infearility complexs), sebaliknya harus progresif menjelaskan keadilan Islam secara rasional dan wacana.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mencelah kemudiannya berkata, kebimbangan yang dirasai bersama itu tidak boleh dijadikan asas untuk menghalang orang bukan Islam melihat keadilan Islam.

“Kalau hari ini kita (umat) Islam bimbang dan berjaya menghalang mereka dari menggunakan kalimah (Allah), esok lusa kita akan halang mereka pula menggunakan kalimah ‘Isa’ disebabkan bimbang,” jelas Khalid.

“Kebimbangan kita menyebabkan orang bukan Islam tidak dapat keadilan dan hikmah Allah, sedangkan Dia sendiri membenarkan namaNya disebut-sebut oleh sekelian hamba-Nya.”

Bagi filosof Islam dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Emeritus Dr Osman Bakar pula, membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’ lebih menguntungkan Islam itu sendiri.

“Membenarkan mereka menyebut ‘Allah’ sebenarnya memudahkan mereka mengkaji Islam kerana ada ‘persamaan nilai’ akhirnya menguntungkan Islam, kalau tidak umatnya; kerana mereka mengkaji tentang Tuhan kita,” jelas Osman.

Mengambil pengalaman melihat sendiri ‘budaya beragama’ di Amerika Syarikat pasca runtuhnya Pusat Perdagangan Antarabangsa (WTC) pada 11 September 2001 yang lalu, Osman berkata inkuiri penganut agama Kristian terhadap Islam amnya tidak begitu mudah, disebabkan tiada ‘persamaan nilai’ – iaitu menggunakan nama ‘Allah’.

“Di Amerika, orang bukan Islam menganggap orang Islam menyembah suatu Tuhan yang lebih kecil daripada kita hinggakan nampak seperti Tuhan mereka dan kita berlain-lainan.

“Akhirnya, mereka itu lebih sukar didekatkan dengan Islam, istilah Tuhan yang lain-lain,” jelasnya.

Senada dengan Dr. Osman, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih mengambil sikap optimis kerana berasaskan kewajaran Allah menggalakkan Rasulullah s.a.w berwacana dengan Ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani menggunakan ‘ kalimatin sawa’in ’ (suatu titik persamaan).

Firman Allah yang bermaksud, “Katakanlah: ‘Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), marilah (berpegang) dengan suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu…” (Surah Aali-Imran: 64)

Menurut Tuan Ibrahim, kalau penganut Gereja Katholik dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’, mereka juga boleh jadi terkeliru sebagaimana yang disangkakan (iaitu rasa bimbang) oleh segelintir umat Islam.

“Hikmah Allah membenarkan (nama-Nya disebut oleh orang bukan Islam) sebenarnya nak kelirukan orang bukan bukan Islam supaya dekat dengan agama Islam.

“Zaman Nabi lagi, orang bukan Islam sembut nama Allah dan Nabi tak sekat mereka dari menggunakan nama Allah,” ujarnya.

“(Nabi bertanya kepada Ahli Kitab Nasrani), betulkah Allah itu ada anak? Siapa pula Rohulkuddus? Akhirnya mereka ini menyembah Allah yang Maha Esa disebabkan mereka keliru (dengan agama mereka) tapi nak sebut nama Allah.”

Tuntas dari itu, Naib Presiden PAS Salahuddin pula mencadangkan PR memulakan budaya ‘Wacana Ilmiah’ bersama-sama umat Islam dan masyarakat bukan Islam atas nama ‘kalimatin sawa’in’.

Berpijak atas ayat ke-64 dari Surah Aali-Imran, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, wacana ilmiah tersebut tidak seharusnya dibataskan hanya atas kalimah ‘Allah’ semata-mata.

Sebaliknya, ‘Kalimatin Sawa’in’ atau ‘suatu titik persamaan’ tersebut, menurut Salahuddin boleh juga dimaknakan dengan nilai-nilai sejagat yang lain seperti keadilan, integriti, kebebasan, ketelusan, demokrasi dan sebagainya.

Dalam benak saya, mungkin inilah yang dimaksudkan oleh beberapa cendekiawan kontemporari sebagai polisi ‘Islamisasi’.

Kalau benar tanggapan ini, bermakna PAS dilihat lebih mudah memenangi akal fikiran-budi masyarakat Islam dan bukan Islam yang serba plural, majmuk dan rencam ini; sebelum Pilihan raya Umum Ke-13 kelak bergendangan kelak.

Kalau yang menolak Islam ini adalah para pemimpin Umno, esok lusa mereka ini jugalah yang akan menolak idea faham Islam yang mahu diketengahkan PAS di Malaysia.

Lebih 50 tahun Umno menolak keadilan hak di sebalik undang-undang Allah di tanah air, tetapi baru hari ini rakyat tidak kira beragama Islam atau berpegangan yang lain diberi peluang mulai melihat pihak-pihak terbabit seolah-oleh sedang membantu Umno menghalang sekalian manusia dari menyebut nama Allah.

“Nas al-Quran adalah wahyu. Setiap ketetapan yang ‘membenarkan’ di dalam al-Quran ini sudah tentu tersembunyi di sebaliknya sesuatu maslahah (kebaikan) yang berlebihan, berbanding mafsadah (kemudhoratan) yang sedikit,” saya berbisik seorang diri.

Mungkin apa yang sedang menghimpit Umno inilah salah satu hikmahnya.

“Fiqar...kalau lebih banyak lagi berwacana sebegini, PAS dan Pakatan Rakyat mungkin lebih berani (dalam) membuat banyak lagi perubahan pemikiran di kalangan ahli-ahlinya sendiri, insya Allah,” bisik Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar kepada saya.

Sumber: Harakahdaily