Friday, April 30, 2010
Siasat segera kes Ong Mo Aik
IPOH: Pihak polis diminta bertindak segera bagi membuat siasatan terhadap pihak yang memukul pelajar tingkatan peralihan Sekolah Menengah Matang, Ong Mo Aik , dan menghadapkan pihak terbabit ke mahkamah secepat.
Langkah itu perlu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pihak polis sekaligus mengangkat imej polis dalam membenteras jenayah di negara ini.
Demikian dinyatakan Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Ganrang, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Janaludin kepada pemberita selepas melawat Ong Mo Aik di Hospital Pakar Ipoh di sini hari ini.
Turut sama dalam rombongan melawat pelajar berkenaan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein, Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr. Lee Bon Chai dan wakil dari Dewan MUslimat PAS Perak.
Beliau berharap kes berkenaan akan diberikan perhatian serius oleh pihak polis kerana tindakan segera yang akan dibuat oleh pihak polis dengan sendirinya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis.
Sempena lawatan itu juga beliau mewakili Pakatan Rakyat memberikan sumbangan RM3,000 kepada keluarga Ong bagi menampung kos pembiayaan rawatan tersebut.
Ong Mo Aik sebelum ini dibawa ke Hospital Taiping pada 22 April lalu. Pelajar berumur 13 tahun itu dipukul sewaktu menunggu bas sekolah di pondok menunggu di luar kawasan SMK Matang, Jalan Kuala Sapetang dalam Parlimen Bukit Gantang.
Pelajar tersebut dikatakan mangsa pukul silap orang. Rakan Ong Mo Aik yang melakukan kesalahan di kawasan kantin sekolah, tetapi beliau pula menjadi mangsa pukulan atau hentakan topi kaledar oleh empat lelaki.
Ong Mo Aik kini dirawat di Hospital Pakar Ipoh (KPJ). Ong baru dibedah kali kedua untuk membuang darah beku di kepalanya.
Thursday, April 29, 2010
Hargai sokongan bukan Islam
IPOH: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Dato' Seri Ir mohammad Nizar Jamaludin meminta pimpinan PAS setiap peringkat termasuk ahli ahli agar menjaga dan menghargai sokongan bukan Melayu terhadap PAS kerana sokongan tersebut amat berharga kepada perjuangan PAS.
Sebelum PAS begitu sukar untuk mendapat sokongan dari bukan Melayu disebabkan gambaran buruk yang diberikan oleh Umno sehingga wujud jurang yang tebal antara PAS dan bukan Islam.
Akan tetapi segala galanya kini sudah berubah, pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, golongan bukan Islam secara terang terangan menyokong PAS tanpa rasa takut dan curiga menyebabkan PAS bersama komponen Pakatan yang lain menerajui lima negeri.
"Ini satu yang cukup membanggakan yang sebelum ini kita tidak terfikir orang orang Cina dan India boleh menyokong PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agong PAS Kawasan Tambun di sini 11 April lalu.
Menurutnya, hubungan yang cukup mesra dan harmoni ini perlu diteruskan oleh PAS di setiap peringkat kerana sokongan bukan Islam bukan mudah untuk diperolehi sebelum ini, kerana itu ahli ahli PAS dan pimpinan perlulah menghargai sokongan bukan Islam kepada perjuangan PAS.
Sebelum itu Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malik dalam ucapannya antara lain menyebut semua pimpinan PAS kawasan dan cawangan mesti bertanggungjawab atas kepimpinan yang diamanahkan dan laksanakanlah arahan demi arahan dari pimpinan yang lebih dengan penuh iltizam.
"Pihak pimpinan negeri menerima arahan daripasa PAS Pusat, pimpinan PAS kawasan menerima arahan daripada PAS Negeri. dan pimpinan cawangan pula menerima arahan dari PAS kawasan, begitulah seterusmnya."
Kalau mana mana mana rangkaian parti enggan dan cuai menerima arahan, parti akan bermasalah dan lemah, katanya.
"Tidakkah kelemahan parti yang berlalu secara disengajakan bakal mengundang dosa kerana hakikatnya kerja kerja amal Islami tersebut adalah datang dari Allah dan Rasulnya," ujar beliau.
Dr. Khairuddin turut menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukan mengikut Aulawiyah iaitu menambah keahlian ahli PAS dan meningkatkan kualiti tarbiyah ahli ahli sedia ada.
Disamping itu menggerakkan jentera penerangan supaya dasar dasar PAS dan Pakatan Rakyat difahami oleh rakyat dan memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dan melaksanakan kerja kerja yang berkaitan dengannnya,.
Dalam masa yang sama perlunya PAS kawasan mengisi dan memperkukuhkan dana parti khususnya dana pengurusan dan dana pilihanraya serta mendokong semua program program parti yang sedia ada dengan diberi nilai tambah yang baru jika perlu.
Di samping itu juga membantu dan mengatur perkembangan organisai terbaru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Semua ahli mesti menghulurkan tangan untuk membantu DPKPS
BN sengaja bermain wayang
http://idrisahmad.wordpress.com
PAS mengucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi di Hulu Selangor kerana memberikan sokongan hebat kepada Pakatan khususnya kepada pengundi Cina yang jelas mendukacitakan BN.
Semalam Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak mengunakan duit peruntukan rakyat untuk Kementerian Pelajaran bagi membayar ‘hutangnya’ kepada pengundi Cina sebanyak RM 3 juta. SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor menerima duit itu walaupun kaum Cina sudah menolak parti berkenaan.
Rakyat yang bijak akan melihat bahawa jika mereka tidak undi BN sekalipun, BN akan berikan bantuan juga akhirnya. Mungkin sesetengah rakyat beranggapan bahawa mereka kalau sokong BN akan dapat lebih.
Tetapi harus diingat BN terdesak berikan bantuan RM 3 juta yang tiada dalam senarai perancangan perbelanjaan Kementerian Pelajaran itu kerana ingin mendapatkan sokongan kaum Cina.
Pilihanraya Parlimen Sibu yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina menjadi sasaran terbaru mereka selepas dikecewakan oleh pengundi Cina di Hulu Selangor.
Jika BN ikhlas, bantuan berkenaan sudah diterima sejak zaman Palanivel menjadi Wakil Rakyat lagi.
Tapi BN sengaja bermain wayang untuk menunjukkan lakonan keprihatinan kepada rakyat sedangkan banyak lagi sekolah Cina dan India serta sekolah Agama Rakyat yang belum mendapat bantuan Kerajaan diseluruh negara.
Malah nasib empat orang guru yang dilaporkan berumah dibawah kelas tempat mereka mengajar sejak 3 tahun lalu masih belum mendapat bantuan.
PAS baru-baru ini turut menerima aduan bahawa kelas-kelas mengaji dewasa di Masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Masjid Negara terpaksa dikurangkan berikutan kekurangan guru lantaran pihak Kerajaan sudah mengurangkan bantuan.
Bantuan tahunan terpaksa dikurangkan bagi menampung belanjawan ‘terkejut’ Kerajaan BN yang selalu diumumkan masa Pilihanraya kecil.
PAS menyarankan rakyat di Parlimen Sibu menyediakan senarai panjang tuntutan segera mereka kepada BN menjelang pilihanraya kecil nanti.
Inilah masa dan peluang untuk mereka menikmati pembangunan dan bantuan Kerajaan secara pantas tanpa perlu menunggu kertas kajian belanjawan dibentangkan kepada kabinet.
PAS berharap agar rakyat terus menolak BN, dan yakinlah bahawa bantuan lebih banyak akan diterima jika rakyat tolak BN kerana mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk berbelanja besar untuk meraih kembali sokongan rakyat bila sudah ditolak seperti yang dilakukan oleh pengundi Cina Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
Bantuan-bantuan ini belum dicampur lagi dengan bantuan yang akan diberikan Kerajaan Pakatan.
Ini bermakna pengundi Hulu Selangor bukan sahaja menikmati bantuan BN, tetapi akan dapat bantuan berganda dari Pakatan kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab kepada rakyat.
Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat
Tuesday, April 27, 2010
Siapa hendak percaya cakap Najib
Najib Tun Razak ada hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.
PM 1Malaysia itu berkata perlaksanaan projek-projek yang diumumkan di Hulu Selangor baru-baru ini adalah bagi menangani pelbagai yang dihadapi penduduk tempatan yang sudah berlarutan sekian lama.
Persoalannya siapakah akan percaya dengan penafian Najib BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor dan kenapa beria-ia sangat Najib buat penjelasan dan penafian kalau memang benar BN tidak beli undi.
"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk. Jelas Najib dalam penafiannya.
Merujuk kepada banyak tawaran di Hulu Selangor ialah penyelesaian kepada masalah penduduk di Kg. Sungai Buaya yang telah berlarutan sejak hampir 20 tahun. Kenapakah BN beria-ia sangat mengumumkan penyelesaiannya dengan membayar pampasan walaupun dalam bentuk tunai RM 1000 dan tertangguh lagi RM 49,000 kalau bukan kerana undi .
Begitu juga banyak projek dan tawaran yang lain dilakukan oleh BN adakah benar bukan kerana untuk menunjukkan BN memang baik dan ternyata kebaikan BN itu telah menyebabkan hanya orang yang kurang cerdik sahaja yang terus memenangkan BN di situ. Itulah hasilnya dengan tawaran projek itu .
Adakah itu tidak dinamakan membeli undi ?
Saya sangat hairan dengan gelagat BN yang memampilkan sosok kononnya pembela nasib rakyat setiap kali pilihanraya namun itulah yang kita dapat lihat sebagai satu sandiwara pemimpin BN sejak lebih 50 tahun sudah.
Sesungguhnya banyak masalah rakyat yang berlonggok-longgok yang tertangguh sehingga lebih puluhan tahun, namun semacam hanya dapat diselesaikan dihadiahkan kepada rakyat bila ada pilihanraya kecil.
Sepertilah drama Gerak Khas yang boleh menyelesaikan apa saja ke dalam sekelip mata sedangkan semuanya tahu apa saja yang pernah dilaporkan kepada balai polis tidak secepat itu dapat diselesaikan.
Demikianlah BN yang penuh dengan hikayat dan pembohongan yang sedang menunggu hari penghujungnya dalam PR ke 13 pada masa akan datang. Semua pimpinan dan penyokong Pakatan Rakayat mestilah menguatkan tekad dan semangat serta terus berkerja dengan gigih tanpa lelah dan jemu bagi memastikan BN terseungkur dalam PR ke 13.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.
Tiada harapan buat BN
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 27 April: Jika trend pengundian di Hulu Selangor berterusan hingga pilihan raya umum ke-13 nanti, Barisan Nasional (BN) tidak ada harapan lagi untuk memerintah semula Selangor, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu (gambar).
"Jika trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu menyeluruh di seluruh negara dan kekal sedemikian sehingga pilihan raya ke-13, Pakatan Rakyat (PR) akan kekal sebagai Kerajaan Negeri Selangor.
"Ia juga bermakna Pulau Pinang akan terus diperintah PR, Perak akan terlepas lagi dari cengkaman BN dan mungkin Negeri Sembilan juga akan terlepas dari cengkaman BN," katanya.
Walaupun tidak menolak kemungkinan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor akan terlepas daripada PR, Mohamad menjangka lebih banyak kerusi Dun di negeri itu akan dapat dikuasai oleh PR dengan trend pengundian seperti itu.
Beliau juga melihat pilihan raya kecil Hulu Selangor itu memperjelaskan lagi bahawa isu dan sentimen perkauman amat dominan di kalangan para pengundi Melayu.
"Para pemimpin Umno berjaya memberikan gambaran kepada majoriti pengundi Melayu bahawa BN itu Melayu dan Melayu itu BN. Sebab itulah mereka mengundi BN," katanya.
Beliau juga melihat cabaran yang lebih besar kepada PAS di masa akan datang untuk menyedarkan rakyat mengenai pengkhianatan Umno dan BN terhadap orang-orang Melayu sejak negara belum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
"Saya menyatakan begitu kerana majoriti pemimpin dan ahli PAS adalah orang-orang Melayu dan oleh kerana itu, PASlah yang memikul cabaran paling besar untuk menyedarkan orang-orang Melayu tentang tipu muslihat Umno yang menggunakan perkauman sempit untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya.
Orang-orang Melayu, katanya, hendaklah dibebaskan daripada pemikiran sesat yang menyandarkan kepentingan Islam dan Melayu kepada Umno.
"Bertawakkal hendaklah kepada Allah, bukan kepada Umno. Malangnya, ada di kalangan pemimpin politik Melayu pun yang meletakkan Umno sebagai tempat bertawakkal kononnya untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam," kata Mohamad.
Beliau tetap optimis PR akan terus menawan hati rakyat jika para pemimpinnya memperlihatkan pentadbiran kerajaan yang bersih dari rasuah dan penyelewengan, hidup sederhana dan tidak bermewah-mewah dengan wang rakyat serta menjimatkan perbelanjaan negeri-negeri yang diperintah untuk dipulangkan kepada rakyat dan kepentingan mereka.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS di peringkat kawasan-kawasan yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu PR dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor itu.
Harakahdaily/-
Monday, April 26, 2010
BN jangan mendabik dada
Barisan Nasional telah disahkan menang kerusi P 094 Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi berbanding 198 majoriti yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.
BN yang diwakili P. Kamalanathan memperoleh 24,997 undi, sekali gus menewaskan calon Pakatan rakyat , Datuk Zaid Ibrahim yang memperoleh 23,272 undi.Secara umunya saya tegaskan bahawa kemenangan BN adalah sesuatu yang biasa yang sewajarnya boleh dicapai dengan kerahan seluruh jentera parti dan kerajaan untuk menghadapi PKR dan pakatan Rakyat yang cuma menggunakan jentera parti sahaja.
Bayangkan dalam masa sesingkatnya sebanyak RM 64 juta projek ditawarkan sebagai modal kempen BN . Saya tidak pasti dari mana peruntukan itu diambil sedangkan jumlahnya itu cukup besar bagi sebuah parlimen dalam keadaan kerajaan kononnya ditekan oleh PM 1Malaysia supaya berjimat.
Logiknya Hulu Selangor boleh bertukar menjadi sebuah kawasan yang lebih maju dan baik dari parlimen lain kalau masa kempen lebih lama lagi. Tentunya bukan 64 juta tetapi lebih dari itu kerana setiap hari kempen BN berlaku terhamburlah tawaran projek dan janji-janji manis dari BN.
Selain itu walaupun BN nampak sibuk juga diwaktu malam berkempen namun sebenarnua semua saluran TV telah menjadi bahan kempen yang paling efektif untuk penduduk di Hulu Selangor.
Kehadiran jumlah yang ramai dalam setiap ceramah Pakatan Rakyat tidak boleh dijamin adakah mereka yang hadir itu adalah pengundi. Namun kempem BN melalui radio dan TV sampai kesemua rumah penduduk tidak mengira siapakah mereka.
Semua tawaran dan kononnya kebaikan BN diwar-warkan setiap saat di radio dan TV, sedangkan sebaik manapun kebaikan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dipersenda dan dinafikan maklumat sebenar oleh media.
Itupun BN cuma menang tipis dengan jumlah pencapaian sebenar yang pernah dicapai pada satu masa dulu sehingga calonnya boleh menang dengan majoriti lebih 10,000.
Sebab itu walaupun Najib menyifatkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini sebagai satu "perubahan besar." dan keputusan pada kali ini bererti sudah ada peralihan sokongan kepada BN.
Namun saya tegaskan bahawa Hulu Selangor sebenarnya adalah bukti bahawa BN masih ditolak oleh rakyat. Jumlah kekalahan tipis calon PKR membuktikan jentera PKR dan Pakatan Rakyat masih berbisa dan satu ancaman yang besar kepada BN.
Maka saya tegaskan bahawa satu fenomina biasa dengan kemanangan calon BN namun jangan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana rakyat Hulu Sealngor mulai hari ini sedang menunggu janji-janji yang ditabur di situ.
Ditunaikan atau tidak bukan soal kami tetapi BN sesungguhnya menghadapi suasana yang lebih sukar dalam piliharaya kecil di Parlimen Sibu pada bulan hadapan. Apa pula kata BN kalau di kalah ditempat dia menang . Kita tunggu dan lihat episod berikutnya.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.
BN menang tetapi tidak berbaloi
OLEH: MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.
BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.
Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.
Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.
Kempen-kempen mereka berjaya meracuni pemikiran orang kampung terutamanya di kawasan felda dan perkampungan tradisonal yang tidak mendapat maklumat dari sumber yang sebenar. Berbeza dengan pengundi dalam bandar dan juga pengundi Cina yang lebih terbuka sikap mereka. Media berbahasa Cina lebih terbuka dan banyak melaporkan cerita yang sebenar mengenai PR.
Tidak ada yang terperanjat sebenarnya dengan keputusan ini kerana propaganda dan fitnah jahat yang dimainkan oleh UMNO BN dengan menyerang peribadi calon. Banyak bahan-bahan terbitan yang diterbitkan oleh UMNO mengandungi fitnah jahat yang paling tidak bermoral dan beretika.
Tidak kurang juga ada yang diugut dengan berbagai ugutan, dan ada yang dirasuah dengan benda untuk memancing undi.
Kesimpulan ringkas UMNO BN tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan majoriti yang terkeluar dari KPI mereka. Muhyididn meletakan harapan yang tinggi untuk menang dengan majoriti lebih besar berdasarkan pencapaian baik adun-adun BN dalam memenangi peti undi di peringkat DUN masing-masing pada PRU 2008. Ternyata ketiga-tiga Adun BN tidak membantu menambahkan majoriti yang selesa.
Walau bagaimanapun post mortem mesti dibuat bagi memuhasabah faktor-faktor kekalahan dalam tempoh terdekat. Saya mencadangkan jawatankuasa post mortem mesti dibentuk atas nama Pakatan Rakyat. Biarlah PAS dan DAP yang ramai menganggotai Jawatankuasa post mortem PRK Hulu Selangor, seorang dua PKR boleh juga dilantik tetapi biarlah yang agak berkecuali. Post mortem mestilah telus, ia mesti sampai ke akar umbi. Semua faktor hendaklah dilihat, bermula dengan faktor Jentera Pilihanraya, faktor calon, faktor kewangan, faktor media dan sebagainya.
Berdasarkan post mortem ini, jadikanlah ia sebagai panduan dalam merangka strategi bagi menawan semula Hulu Selangor pada PRU akan datang, ia juga boleh menjadi panduan untuk keseluruhan negeri Selangor. Komposisi kaum di Hulu Selangor adalah gambaran komposisi kaum di seluruh negeri Selangor.
Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya. Saya percaya dengan kemenangan ini, mereka akan bertambah angkuh, bongkak, takabbur dan sombong, mereka akan memandang rendah keupayaan dan kekuatan kita. Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini.
Para pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini. Tudinglah jari ke arah diri masing-masing sebelum kita menuding ke arah orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.
Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing mulai malam ini. Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan. Kerajaan PR Selangor tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan.
Pilihanraya paling buruk penuh penipuan - Zaid
HULU SELANGOR: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akur dengan kekalahannya pada pilihan raya kecil Parlimen P 094 Hulu Selangor hari ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan berasa puas hati sekiranya rakyat merasakan mereka tidak tertipu dengan keputusan malam ini.
“Apa yang kita hadapi ialah satu sistem politik yang teruk dan pemimpin yang tidak hormat pada undang-undang,” katanya ketika berucap dihadapan 300 penyokong PKR di Stadium Kuala Kubu Baru di sini.
Beliau mendakwa pilihan raya kecil kali ini adalah yang paling buruk dan penuh dengan penipuan dalam sejarah pilihan raya kecil berlangsung.
“Saya harap penyokong-penyokong kita bersabar dan usah risau dengan keadaan ini kerana saya boleh menghadapi cabaran ini.
“Saya berjanji saya akan sama-sama dengan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekerja keras dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya yang kelihatan tenang ketika menyampaikan ucapan.
Beliau berharap pengundi di Hulu Selangor akan dapat memahami dan menerima perjuangannya nanti.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Penasihat Dap, Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh dan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua.
Rata-rata penyokong yang hadir terdiri daripada golongan muda yang bersorak ‘Hidup-hidup, Hidup Rakyat, Hidup-hidup, Hidup Keadilan’.
Sementara itu Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyerah kalah dan mereka akan kembali berjuang pada pilihan raya kecil Sibu tidak lama lagi.
Sumber: Idhamlim. blogspot.com
Sunday, April 25, 2010
BN akan tewas di Hulu Selangor?
Tempoh berkempen yang telah tamat pada jam 12 malam tadi menyaksikan suasana kempen paling buruk dalam perkiraan saya sebelum dari ini. bayangkan sebagaimana kita maklum Barisan Nasional sejak awal menggunakan serangan peribadi kepada calon Pakatan Rakyat sejak calon kita ZAid Ibrahim di umumkan.
Tindakan yang disifatkan oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai tindakan orang bodoh itu adalah gambaran yang membuktikan BN sudah sangat terdesak dan bimbang dengan gelombang Isu yang dibentangkan oleh penceramah Pakatan Rakyat.
Seperti yang dijangkakan BN telah semaksima mungkin untuk membelanjakan wang dari kocek wang rakyat untuk dijadikan umpan untuk menarik undi di Hulu Selangor. Satu tindakan yang biasa berlaku setiap kali PRK.
Dalam keadaan semua badan adan agensi kerajaan diarahkan berbelanja dengan berhemat , saya tidak pasti dari manakah wang yang turun ke Hulu Selangor.
Selain itu jani-janji manis yang BN taburkan tidak kurang rancaknya. Mee segera yang disifatkan membazir oleh pemimpin UMNO sebelum ini sudah dilupakan malah datang dengan lebih banyak jenama dan perasa.
Terkahir BN memancing undi untuk pengundi di Felda Sungai Buaya dengan Najib Razak, berkata bayaran pendahuluan RM 1000 yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM5 juta kononnya akan menamatkan penantian 15 tahun bekas peneroka Sungai Buaya dan waris mereka berhubung isu pampasan tanah tertunggak. Najib berkata bayaran itu diberi dalam bentuk RM1,000 tunai dan bakinya RM 49,000 dalam bentuk bank draf.
Tidak kurang janji BN dengan lebuhraya bertingkat .Pembinaan projek pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang menelan belanja kira-kira RM85 juta, didakwa oleh Menteri Kerja Raya sebagai projek lazim bagi kerajaan dalam usaha menyediakan kemudahan asas kepada rakyat.
Itulah antara kempen-kempen pembangunan yang BN tawarkan kepada rakyat. Namun kerana BN tidak yakin dengan penerimaan rakyat dengan politik lama itu, kerana itulah isu peribadi Zaid terus menerus dimainkan oleh BN .
Apapun pengundi di Huliu Selangor saya kira sangat arif dan matang dalam perkara ini. Kempen Pakatan Rakyat telah mampu melonjakkan jumlah undi sehingga saya jangkakan dapat memenangkan calon pakatan Rakyat.
Rakyat Hulu Selanmgor sudah sangat insaf dan sedar dengan pembohongan dan dosa BN dan UMNO. Tambahan pula calon BN Kamalanathan tidak mampu menampilkan Imej sebenar sebagai tokoh yang mampu membela rakyat Hulu Selangor.
Kelmarin Zentrum Future Studies Malaysia memberikan 78 peratus undi Cina memihak kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini. Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.
Hasilnya, badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah ini menjangkakan PKR akan menang dalam pilihan raya ini dengan mendapat 51.7 peratus dan BN 48.3 peratus. Ini keputusan pada dua hari sebelum mengundi iaitu pada 23 April.
Sebelum itu, Zentrun memberikan kemenangan kepada BN antara 63 hingga 54 peratus sehingga pada 23 April kajian Zentrun menunjukkan PKR akan menang.
Kempen malam tadi diakiri dengan kehadiran dan doa dari Tok Guru Nik Aziz, dua hari suntuk beliau berada di sini untuki membantu calon Pakatan Rakyat. Kesan dan lonjakan undi dengan kehadiran ini tidak dapat dinafikankan dan mungkin boleh mencapai jumlah 5 pratus hingga 10 pratus.
Kalau benar kajian dan jangkaan saya diatas, InsyaAlah Calon pakatan Rakyat kan ditabalkan sebagai Wakil Rakyat baru sebelum lewat malam ini.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG
Saturday, April 24, 2010
Keputusan sudah dijangka
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut malah sudah menjangkakan bahawa Mahkamah akan membebaskan tuduhan rasuah terhadap 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapten Bersara Mohd Osman Mohd Jailu pada hari ini.
DPPN Pk tidak mempertikai keputusan Mahkamah yang telah di buat tetapi sepertimana yang sudah dijangkakan kerana sudah tentu berpihak kepada ADUN Bebas tersebut. Apa yang lebih penting, DPPN Pk berharap rakyat dapat menilai dan mengadilinya kerana terlalu banyak persoalan yang timbul.
DPPN Pk mengucapkan tahniah dan syabas kepada 2 ADUN Bebas tersebut dan berharap keadaan dapat dibaiki sepertimana yang telah tercemar dahulu. Apa yang boleh rakyat harapkan ialah maruah dan integriti 2 ADUN Bebas tersebut dipulihkan kembali sepertimana yang rakyat inginkan.
Malah keyakinan rakyat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tercalar dengan keputusan Mahkamah tersebut. DPPN Pk mempersoalkan, di manakah bukti yang telah SPRM nyatakan dahulu kerana setiap pendakwaan perlu kepada bukti yang kukuh. Inilah nasib rakyat yang di rampas kuasa oleh mereka-mereka yang gilakan kuasa dan tidak menghormati hak rakyat sebagai penentu kuasa.
Salman Haji Salleh
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak
Friday, April 23, 2010
Kerajaan Negeri BN Perak wajar dipersalahkan?
IPOH: Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak,yang juga Setiausaha PAS NEgeri Perak, MIsbahul Munuir Masduki menempelak Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir, yang memyatakan urusan jemputan ke Majlis Keputeraan Sultan Perak ke 82 di Iskandariah adalah urusan pihak istana dan kerajsaan Negeri tidak wajar dipersalahkan.
Kenyataan ini seolah-olah kerajaan negeri lepas tangan dalam isu jemputan ADUN Pakatan Rakyat ke majlis Hari Keputeraan Sultan Perak,bahkan Kerajaan negeri seolah-olah menyalahkan pihak Istana kerana tidak mengundang ADUN Pakatan Rakyat, jelasnyua..
"Saya difahamkan oleh seorang pegawai di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), urusan jemputan tersebut biasanya dikelolakan oleh Bahagian Protokol dan Adat Istiadat yang beribu pejabat di Bangunan Setiausdaha Kerajaan Negeri, bukannya di Istana Iskandariah, ianya dikelolakan oleh Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, sekalipun pihak Istana berhak menentukan tetamu-tetamu jemputan, sebagai Menteri Besar, Zambry boleh memberi cadangan agar Adun-Adun Pakatan Rakyat dijemput sebagai lazimnya," katanya.
"Saya tidak fikir pihak Istana terlepas pandang untuk tidak menjemput Adun Pakatan Rakyat, saya percaya mesti ada dalang disebalik itu supaya rakyat dapat gambaran Adun Pakatan Rakyat tidak menghormati Tuanku dengan tidak menghadiri majlis Tuanku." katanya lagi.
Menurut beliau, insiden Sidang DUN baru-baru sangat memalukan, UMNO BN telah melanggar aturan Mesyuarat yang terkandung dalam Perintah Tetap Dewan, Adun Pakatan Rakyat berjaya mendedahkan pelanggaran ini, jadi untuk menutup kelemahan ini dan bagi menggambarkan buruknya Adun Pakatan Rakyat, isu ketidakhadiran Adun PR dalam majlis Tuanku sudah tentu akan memberi gambaran kononnya Adun Pakatan Rakyat tidak menghormati Tuanku Sultan.
Jesteru itu sewajarnya Kerajaan Negeri BN wajar dipersalahkan kerana ADUN ADUn Pakatan tidak dijemput ke Majlis Hari Keputeraaan Sultan Perak baru baru ini.
Anihnya ADUN ADUN Pakatan Perak telah djemput dalam Majlis Pesta Air di Kuala Kangsar, tetapi majlis Hari Kupeteraan Sultan ADUN ADUN Pakatan Rakyat tidak dijemput.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya semalam kesal dengan dakwaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) berhubung ketidakhadiran mereka pada Majlis Keputeraan Sultan Perak Ke-82, di Istana Iskandariah.
Katanya, isu itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana jemputan berkenaan adalah urusan istana.
Menurutnya, urusan jemputan adalah istana dan rakyat tidak seharusnya mempertikaikan keputusan berkenaan.
“Pihak istana berkuasa penuh terhadap urusan jemputan ini. Terpulang kepada mereka untuk tentukan dan rakyat tidak berhak mencampurinya," katanya
Zambry jangan hendak memperbodohkan rakyat khususnya ADUN ADUN Pakatan Rakyat dengan kenyataan saperti itu, umumnya mengetahui jemputan ke majlis Hari Keputeraaan Sultan Perak dibuat oleh bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Pejabat SUK, ini bermakna Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan kerana terlepas pandang tidak menjemput ADUN ADUN Pakatan Rakyat," tegasnya.
Beliau cukup kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri itu sedangkan semasa Pakatan Rakyat memerintah dahulu perkara ini tidak berlaku.
"Ini sudah tentu ada dalangnya bagi memburukan Adun Pakatan Rakyat, kita mahu Zambry menyiasat perkara ini dan mebdedahkan dalang yang menyebabkan ADUN ADUN Pakatan Rakyat tidak dijemput ke majois Hari Keputeraan Tuanku baru baru ini," ujarnya.
Umno penipu
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Sejak kebelakangan ini seiring dengan kehangatan kempen PRK Hulu Selangor, BN dan UMNO terus berkempen dengan cara kotor dengan menipu dan sekali gus dia juga kena tipu apabila Media Arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO mengumumkan kononnya pemimpin PKR teluar parti dan masuk UMNO.
Sedangkan hakikatnya setakat ini dua penafian dilakukan bagi menafikan dan membuktikan bahawa individu berkenaan bukan seperti yang laporkan malah jelas satu pembohongan,. Setakat ini melibatkan PKR Bagan Serai perak dan AMK PKR Kelantan.
Kelmarin dilaporkan secara meluas kononnya setiausaha AMK Kelantan keluar parti sedangkan sekarang ia tidak memegang jawatan itu. Benar ia bekas Setiausaha AMK Kelantan, Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad yang sebenarnya kecewa selepas hasratnya untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai menyebabkan dia kecewa.
“Sedangkan Ezri tidak lagi memegang jawatan berkenaan, Setiausaha AMK Kelantan sekarang Tarmizi Mohd Yusof dari Kuala Krai,” demikian penafian olah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir.
Beberapa hari lepas juga seorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dia adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai dilaporkan media keluar dari PKR.
Namun wanita itu berbohong dan UMNO berbohong seperti yang dinyatakan oleh kenyataan, "sebenarnya dia tidak memegang apa- apa jawatan dalam organisasi Wanita PKR Cabang Bagan Serai." Demikian satu penafian yang dikeluarkan oleh Ketua PKR Cabang Bagan Serai, Sdr. Md. Nasib bin Rahim.
Kenyataan PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang betul Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi kami sebagai Pimpinan Cabang sudah tahu bahawa perempuan ini merupakan proksi UMNO dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang.
Inilah cara kempen UMNO yang sudah dilihat sangat terdesak dan melakukan apa saja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun dengan mengggunakan kaedah penipuan.
Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuah bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk UMNO. Pasti mereka akan menerami saudara sebagai pelakun tambahan seterusnya.
Buka itu sahaja, rasanya ada bayaran yang agak lumayan dengan kerja jahat itu. selain itu adalah peluang didamping oleh orang seperti Zahrin, Salahuddin dan yang seronoknya kalau untuk Bagan Serai Mohsin Tempirai boleh duduk disebelah untuk episod berikutnya kalau ada, itupun kalau dia berani !.
Thursday, April 22, 2010
Semua tahi ada dalam Umno
Pemimpin pemimpim Umno dan pak yit Umno hentam Zaid Ibrahim, kaki Zaid kaki botol dan kaki judi.Depa itu macam mana. Zaid dah taubat. tetapi bagaimana pemimpin pemimpin Umno lain, dah taubat ke atau `tahu buat?'
Dalam Umno ada bermacam kaki dan tahi. Dalam Umno ada tahi judi, tahi arak, tahi rasuah, tahi perempuan, tahi rasuah dan bermacam macam lagi. Tahi itu kotor dan jijik, maknanya Umno tempat yang kotor kerana bermacam tahi ada dalam Umno.
Rakyat perlu tahu Umno itu penuh kekotoran, tak boleh bersihkan. Jalan paling baik, terajang dan sepak Umno dalam longkang atau lombong dan pijak pijakkan biar Umno itu tenggelam dan tidak timbul timbul lagi.
Caranya ialah memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat di setiap DUN dan Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Sekarang ini tumpaskan calon BN di Hulu Selangor. lepas itu Umno baru tahu langit ini tinggi rendahnya.
Kata dulang paku cerpih, kata orang kamu yang lebih' Perumpamaan itu cukup sesuai untuk Umno dan pemimpin pemimpinnya.
Berikut adalah senarai pembabitan Pemimpin UMNO dari dulu hingga sekarang yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat judi di negara ini -
Dalam Magnum Corporation Sdn Bhd:
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
Jumlah saham - 1,900,000
Bekas Menteri Pelajaran dan bekas Pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
Jumlah saham - 40,843 (Magnum CO Sdn Bhd) & 6,666 (Magnum 4D)
Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
Jumlah saham - 1,666,666
Anak perempuan Tan Sri Abu Talib, Nor Anita Abu Talib.
Jumlah saham - 680,334
Dalam Genting Berhad
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar.
Jumlah saham - 602,318,000 (Resort World Berhad)
Yayasan Noah (kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin)
Jumlah saham - 3,334,600
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Alwi Jantan merupakan Pengarah Resort World.
Dalam Sports Toto
Sports Toto yang diasaskan pada tahun 1969 dimiliki Tan Sri Vincent Tan, kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Jumlah saham - 3,500,000 (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
Dua orang bekas pegawai kanan polis, Tan Sri Jaafar Abdul dan Mohamad Salleh Gomu, adalah Pengarah Sport Toto.
Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor (Pengarah Berjaya Land Berhad).
Jumlah saham - 292,336,584
Dua lagi pengarah Melayu yang beragama Islam dalam Berjaya Land Berhad yang memiliki saham sebanyak 284,644,046 ialah Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis.
Maklumat ini ini dipetik daripada buku 'Malaysia, Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, yang dipetik dari budakbalon.blogspot.com
Wednesday, April 21, 2010
Jerat makan tuan
Setelah 4 hari kempen di Hulu Selangor berlalu kita dapat menyaksikan cara kempen UMNO seperti semuanya tidak menjadi. Serangan demi serangan kepada peribadi Calon Pakatan rakyat nampaknya menjadi peluru hidup untuk menembak BN dan UMNO kembali.
Saya kira BN pun tidak terfikir dan jangkakan bahawa mengungkit masa lampau Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan arak dan Judi adalah mengungkit apa yang pemimpin UMNO buat pada masa lampau malah sampai ke hari ini.
Kerana itulah tindakan memainkan isu peribadi adalah tindakan BN dan UMNO yang sangat terdesak setelah mereka tahu modal kempen dengan isu pembangunan tidak lagi relevan pada masa sekarang.
Bayangkan sebelum penamaan calon lagi Muhyiddin turun di Hulu Selangor dan menawarkan sekolah dan perumahan kepada rakyat disitu. Selain itu mencurah-curah projek mee segera turun di situ. Isu pembaziran dengan adanya PRK tidak timbul lagi.
Pemimpin dan penceramah BN macam orang "sawan" habis-habisan serang Zaid Ibrahim dengan isu yang lampau. Namun dengan penuh kesedaran dan keinsafan beliau mengatakan sudah bertaubat dengan ucapan yang mengambarkan keluhuran peribadi dan tidak bersikap hipokrit.
Yang pasti pemimpin UMNOlah yang hipokrit, bercakap keaiban orang dimasa lampau yang telah taubat namun pemimpin UMNO masih bergelumbang dengan arak dan judi sampai sekarang.
Sebab itulah tanda-tanda kemenangan calon Pakatan Rakyat nampaknya semakin hampir dan jelas. Pengundi di Hulu Selangor saya rasakan dapat menilai bahawa keikhlasan Zaid membuktikan dia layak untuk ditabal sebagai wakil rakyat mereka yang baru.
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Cakap guna akal, jangan guna lutut
Berkata seorang kurang cerdik dari Simpang Empat Hutan Melintang, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mempunyai sebab jelas untuk berdukacita dengan perbuatan sekumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat (PR) menimbulkan kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.
Menurut Naib Ketua Pemuda UMNO Simpang Empat Hutan Melintang, perbuatan itu bukan saja memalukan rakyat, malah baginda sultan juga turut menanggung perasaan yang sama.
Katanya, pembangkang sepatutnya menunjukkan sikap matang sebagai wakil rakyat apabila berdepan dengan sesuatu isu, bukan berperangai seperti budak-budak yang pastinya memalukan imej diri sendiri, parti dan negeri.
Kelmarin, Sultan Azlan Shah dilaporkan bertitah, adalah amat memalukan jika prosiding Dewan Undangan Negeri dan Parlimen berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat.
Menurut baginda, ini kerana Parlimen dan Dewan Undangan Negeri adalah institusi perundangan negara dan dewan tersebut dirujuk sebagai dewan yang mulia serta ahlinya dirujuk sebagai Yang Berhormat.
Hoi mangkuk hayun , hang tahu tak apa yang sebenarnya insiden Sidang DUN Perak pada persidangan yang lalu? Kalau hang nak tahu ianya berpunca apabila Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan tidak dipatuhi oleh BN.
Insiden ini bukan sahaja berlaku pada persidangan kali ini, malahan sidang-sidang yang lepas juga berlaku pencabulan terhadap Perintah-perintah Tetap Dewan. Ia bermula sejak sidang 7 Mei 2009 yang lalu, ketika itu YB Sivakumar adalah Speaker yang sah,
Hang tahu tak sidang 7 Mei belum dimulakan, Titah Perasmian oleh Tuanku belum dimulakan, tiba-tiba berlaku rampasan Speaker melalui campurtangan pihak polis yang mengheret Speaker dengan cara yang kasar, biadab dan mengurung Speaker dalam stor. Ganesan terus dilantik sebagai Speaker dengan tatacara pemilihan yang tidak mengikut peraturan yang betul mengikut Perintah-perintah Tetap Dewan.
Pada sidang DUN baru ini juga berlaku pelanggaran Aturan Mesyuarat yang dilakukan oleh Speaker BN. Adun-adun Pakatan Rakyat seawal pagi sidang bermula pada hari kedua cuba membangkitkan beberapa perkara yang dianggap tidak mematuhi Perintah-perintah Tetap mengenai perlantikan Speaker itu sendiri,
Speaker Ganesan yang tidak reti bahasa dan jahil atau buat buat jahil perintah perinyah tetap dewan tidak mengendahkan dan menghormati hak Adun untuk bersuara,
Dalam masa yang sama pembesar suara pula dimatikan, insiden ini berlarutan sehinggalah apabila Ganesan memendekkkan masa soal jawab lisan dan mendahulukan pembentangan rang undang-undang daripada perbahasan Titan Ucapan Tuanku.
Agenda ini dilihat oleh Adun PR sebagai tidak menghormati dan membelakangi Tuanku, ia sama sekali bercanggah dengan Aturan Mesyuarat. Hang tahu tak perkarta ini?
Perkara yang sebenar itu tidak dilaporkan oleh media massa kerana pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Yang masuk cuma TV3 dan utusan Malaysia. Jadi apa yang berlaku sebenarnya telah ditutup dari pengetahuan umum.
Saperti kata V. Sivakumar, pembesar suara di meja pembangkang telah dipadamkan, mereka tidak boleh bersuara, mereka telah dibisukan, sedangkan ADUN ADUN BN telah memekakkan telinga. Jadikan sidang DUN itu persidangan sipekak dengan si bisu. Hang tahu tak kejadian ini?
Sebenarnya DUN Perak sejak setahun yang lalu sehingga sekarang telah lumpuh semangatnya. DUN Perak sebagai simbol demokrasi dan simbol kedaulatan rakyat telah dicemari oleh UMNO BN. Ia tidak lagi berfungsi sebagai satu institusi yang terhormat, hak Adun-adun Pakatan Rakyat dinafikan oleh Speaker Ganesan yang dilantik secara haram.
Pakatan Rakyat tidak menafikan bahawa pada sidang yang lalu berlaku kekecohan, beberapa Adun Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan poster bagi menyuarakan ketidak puasan hati mereka apabila hak mereka dirampas,
Jadi sangat tidak adil apabila insiden yang berlaku dalam sidang dewan yang lalu berpunca dari Adun PR. Punca besarnya adalah apabila Perintah-perintah Tetap Dewan itu sendiri dilanggar oleh Speaker Ganesan dan Adun-adun BN.
Hang faham tak. Lain kali cakap guna akal, jangan guna lutut.
BN sebenarnya nodai perintah perintah tetap DUN
OLEH: MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Kita tidak mempersoalkan kenyataan Tuanku dalam Titah Ucapannya di Hari Keputeraan yang begitu dukacita terhadap kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN Perak pada 30 Mac yang lalu. Kita percaya Tuanku tidak diberi penerangan yang jelas berhubung sebab kekecohan yang berlaku, Tuanku hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak sahaja,peluang untuk Pakatan Rakyat menjelaskan pada Tuanku tidak ada. Akibatnya Tuanku membuat kenyataan berdasarkan maklumat sebelah pihak sahaja. Walau bagaimanapun kita wajar menghormati hak Tuanku untuk bertitah demikian di atas laporan yang Tuanku terima. Kita sebagai rakyat Perak tetap menghormati institusi Raja Berperlembagaan di negara ini, dan meletakkan harapan yang tinggi terhadap intitusi Raja sebagai payung keadilan kepada semua rakyat.
Sebenarnya insiden Sidang DUN Perak pada persidangan yang lalu berpunca apabila Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan tidak dipatuhi oleh BN. Insiden ini bukan sahaja berlaku pada persidangan kali ini, malahan sidang-sidang yang lepas juga berlaku pencabulan terhadap Perintah-perintah Tetap Dewan. Ia bermula sejak sidang 7 Mei 2009 yang lalu, ketika itu YB Sivakumar adalah Speaker yang sah, sidang 7 Mei belum dimulakan, Titah Perasmian oleh Tuanku belum dimulakan, tiba-tiba berlaku rampasan Speaker melalui campurtangan pihak polis yang mengheret Speaker dengan cara yang kasar, biadab dan mengurung Speaker dalam stor. Ganesan terus dilantik sebagai Speaker dengan tatacara pemilihan yang tidak mengikut peraturan yang betul mengikut Perintah-perintah Tetap Dewan.
Sidang baru-baru ini juga berlaku pelanggaran Aturan Mesyuarat yang dilakukan oleh Speaker BN. Adun-adun Pakatan Rakyat seawal pagi sidang bermula pada hari kedua cuba membangkitkan beberapa perkara yang dianggap tidak mematuhi Perintah-perintah Tetap mengenai perlantikan Speaker itu sendiri, Speaker Ganesan tidak mengendahkan dan menghormati hak Adun untuk bersuara, pembesar suara pula dimatikan, insiden ini berlarutan sehinggalah apabila Ganesan memendekkkan masa soal jawab lisan dan mendahulukan pembentangan rang undang-undang daripada perbahasan Titan Ucapan Tuanku. Agenda ini dilihat oleh Adun PR sebagai tidak menghormati dan membelakangi Tuanku, ia sama sekali bercanggah dengan Aturan Mesyuarat. Boleh rujuk tulisan saya yang lalu di http://misabah.blogspot.com/2010/04/keanehan-dan-pelanggaran-peraturan.html
Dewan Undangan Negeri Perak sejak setahun yang lalu sehingga sekarang telah lumpuh semangatnya. DUN Perak sebagai simbol demokrasi dan simbol kedaulatan rakyat telah dicemari oleh UMNO BN. Ia tidak lagi berfungsi sebagai satu institusi yang terhormat, hak Adun-adun Pakatan Rakyat dinafikan oleh Speaker Ganesan yang dilantik secara haram. Pakatan Rakyat tidak menafikan bahawa pada sidang yang lalu berlaku kekecohan, beberapa Adun Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan poster bagi menyuarakan ketidak puashatian mereka apabila hak mereka dirampas,sepanjang sidang berjalan pemebesar suara di setiap meja Adun PR dimatikan.
Kekecohan samada dalam sidang DUN atau Parlimen sering berlaku, malahan di Parlimen pertikaman lidah, keluar dewan, jerit menjerit, tuduh menuduh dan sebagainya sering berlaku. Lihat sahaja aksi Ahli Parlimen Pasir Salak yang sering menganggu ucapan-ucapan Ahli Parlimen Pembangkang dengan ungkapan dan tuduhan yang jahat, bila ada peluang bercakap, ucapannya langsung tidak berkualiti melainkan tuduhan-tuduhan liar ke atas kerajaan PR Perak, apabila dicabar supaya mengulangi ucapan tersebut di luar parlimen tidak pula ia berani berbuat demikian.
Sepatutnya titah ucapan seumpama ini juga wajar ditujukan kepada Adun-adun BN yang jelas dan terang melanggar aturan-aturan perjalanan mesyuarat terutama dalam fasal perlantikan Speaker. Pakatan Rakyat telah membuat kenyataan sebelum ini berhubung dengan perlantikan Zambry sebagai MB Perak oleh Mahkamah Federal. Pakatan Rakyat menghormati keputusan Mahkamah dan bersedia bekerjasama dengan BN dalam memajukan negeri Perak dengan beberapa syarat yang cukup mudah untuk dilaksnakakan oleh BN, tetapi BN menolak syarat tersebut. Pakatan Rakyat juga menawarkan supaya diadakan perbincangan antara pihak MB & Speaker dengan pihak adun PR supaya perjalanan sidang dewan berjalan dengan lancar, juga tawaran ini ditolak oleh Zambry dengan angkuh dan sombong.
Jadi sangat tidak adil apabila insiden yang berlaku dalam sidang dewan yang lalu berpunca dari Adun PR. Punca besarnya adalah apabila Perintah-perintah Tetap Dewan itu sendiri dilanggar oleh Speaker Ganesan dan Adun-adun BN.
Umno adalah lanun mencemari DUN ?
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.
Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.
Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'
Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini kelmarin.
Persoalannya sekarang kepada siapakah titah itu ditujukan, adakah hanya terkena kepada ADUN Pakatan Rakyat ataupun kepada ADUN BN atau kepada kesemua 59 ADUN yang ada di Negeri Perak. Sehubungan ini suka saya mengeluarkan beberapa kenyataan :-
1. Sesungguhnya saya sebagai salah seorang ADUN di Negeri Perak dan mewakili ADUN Pakatan Rakyat yang lain sangat menyanjung tinggi dan menghargai titah ucapan DYMM Sultan Perak tersebut. Sebagai seorang Sultan bagi kerajaan dan negeri Perak serta sekalian jajahan takluknya kami sangat memahami segala nasihat dari DYMM Sultan demi keamanan, kesejahteraan dan demokrasi yang lebih baik di masa akan datang.
2. Apapun yang dilihat sehingga kelmarin dan dititahkan oleh DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah kelmarin adalah berpunca dari satu "rampasan kuasa" yang terancang dan merupakan "punca segala masalah" sehingga menimbulkan ketidak tentuan yang berpanjangan sehinggalah kepada sidang dewan yang terakhir pada 30 mac dan 31 mac yang lepas.
3. Bagi saya tindakan BN yang tidak menghormati demokrasi dengan mendapatkan kuasa dengan rampasan kuasa dan suatu pengesahan mahkamah , namun ianya tidak akan berkesudahan dengan perlanggaran kepada undang-undang serta campurtangan pihak yang tidak sepatutnya campurtangan setiap kali sidang DUN Perak diadakan.
4. Kerajaan Perak yang disahkan oleh mahkamah cuma berani untuk bersidang dengan menggunakan ratusan pihak keselamatan di dalam dan di luar dewan dan tindakan itulah yang sebenarnya mencemarkan Dewan. Kenyataan ini bukan rekaan dan disaksikan oleh pelbagai pihak dalam berbagai rakaman dan gambar yang tersebar luas.
5. Sesungguhnya Dewan Negeri Perak menjadi cukup tercemar dalam sejarahnya sejak BN merampas kuasa dan menggunakan pihak polis bagi menghalalkan tindakan yang mereka telah lakukan, iaitu:-
a) Melucutkan kedudukan Speaker Sivakumar dan melantik speaker haram Ganesan dengan tidak mematuhi peraturan seperti berikut
i- Ganesan tidak dilantik mengikut peraturan perintah tetap Dewan Undangan Negeri
ii- Ganesan adalah orang asing yang menceroboh Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei 2009 yang melanggar peraturan Mahkamah Majistret yang melarang orang yang tidak berkenaan berada 500 meter dari bangunan Dewan.
iii- Perlantikan dibuat menggunakan Timbalan Speaker Hee Yit Fong sedangkan pada waktu itu Speakear sah, V.Sivakumar masih berada dikerusi Speaker.
iv- Perlantikan dibuat sebelum Titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di mana mengikut aturan dewan, sebarang agenda yang dibuat sebelum Titah Tuanku adalah tidak dikira.
v- Usul perlantikan Ganesan yang dibawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pada 7 Mei 2009telahpun ditolak oleh Speaker sah V.Sivakumar hari sebelumnya iaitu pada 6 Mei 2009
vi- Ganesan gagal letak jawatan sebagai peguam sedangkan perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa, sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam tempoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan.
**Namun dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia, pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang .
b) Mengadakan dua sidang dengan menggunakan speaker yang tidak sah termasuklah suatu pelanggaran undang-undang kepada pelanggaran yang sedia ada sehingga kan membawa kepada rasa tidak puas hati pelbagai pihak khususnya ADUN Pakatan Rakyat .
c) Speaker yang tidak sah itulah yang telah mengendalikan sidang secara berat sebelah dengan penolakan soalan sidang secara tidak mematuhi peraturan, menutup pembesar suara ADUN pakatan Rakyat, Mengasingkan pintu dan lif untuk masuk dewan dan mengendalikan sidang dengan tidak mematuhi Peraturan Tetap Dewan yang sedia ada.
6. Alangkah baiknya sekiranya kami hadir sama dalam Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan perak yang diadakan di Istana Iskandariah Kuala kangsar kelamrin, namun sekali lagi semacam ada satu perancangan jahat oleh pihak BN dengan tidak menjemput semua 28 ADUN pakatan Rakyat untuk sama-sama merayakan dan meraikan hari yang bersejarah pada setiap tahun itu.
7. Kerana itulah sesungguhnya saya beranggapan bahawa titiah ucapan DYMM Sultan Perak adalah merangkumi semua pihak di Perak dan bukan hanya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja.
KENYATAAN MEDIA, 20 April 2010.
YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.
Tuesday, April 20, 2010
Satu lawan satu pulak dah....
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
HULU SELANGOR: Selepas beberapa jam V.S Chandran, mengumunkan menarik diri daripada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, seorang lagi calon Bebas, Johan Mohd Diah turut mengambil pendirian yang sama.
Perkara tersebut telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
"Memang benar dia sudah tarik diri daripada bertanding, saya sudah mendapat maklumat tersebut daripada Pegawai Pengurus pilihan raya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini malam ini.
Bagaimanapun usaha untuk menghubungi Johan bagi mendapat kenyataannya gagal apabila telefon bimbitnya dimatikan.
Menurut Wan Ahmad lagi, Johan telah memaklumkan secara rasmi kepadaPegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nor Hisham AhmadDahlan.
Keputusan Johan itu menyaksikan perebutan pilihan raya kerusi berkenaan hanya satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN)dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan PKR mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.
Monday, April 19, 2010
Umno ketandusan modal di Hulu Selangor
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Bermula dari tindakan Muhyidin menipu dan berbohong kepada penduduk Hulu Selangor dengan kononnya calon adalah anak tempatan sehingga ke hari ini saya mendapati UMNO dan BN sudah tidak ada modal untuk berkempen secara demokrasi di Hulu Selangor.
Bayangkan apabila Muhyiddin sudah menjadi juru tafsir yang ternyata membuktikan sekali dia bercakap menampaknya sebenarnya dia tidak ada wawasan dan kelayakan untuk meningkat lebih tinggi dalam arena politik negera. Tidak tahulah dia belajar dimana dengan menafsirkan nama calon BN adalah gabungan dari nama Melayu Kamal, Cina Alan dan India Nanthan.
Rasanya budak sekolah rendah juga tergelak besar kepada menteri yang jaga sekolahnya itu bila tiba-tiba Muhyiddin menafsirkan Kamalanathan yang kononya mencerminkan 1Malaysia dari namanya itu.
Lebih seronok kalau Muhyiddin tawarkan kepada pengundi di Hulu Selangor untuk menjadikan Kamalanathan sebagai maskot 1Malaysia. Mana tahu kalau ada yang tertarik ?
Jelas BN sekarang tidak ada modal kempen bila Pengarah Pilihanrayanya tidak bercakap tentang misi dan visa masa depan Hulu Selangor yang akan dibawa oleh calonnya tetapi bercakap mengenai perkara remeh temeh dan tafsiran karut.
Tambahan pula sekiranya benar nama 1Malaysia ada kepada calon BN, kenapa tidak cuba tafsirkan nama pengasas mazhab 1Malaysia iaitu Najib. Setakat ini saya tidak ada idea untuk menafsirkan, dan kita serah kepada Muhyiddin untuk menfsirkannya, dia pakar dalam bidang itu.
Selain itu serangan peribadi yang melampau kepada Calon Pakatan Rakyat menggambarkan BN sudah tidak ada modal.
Mempersoalkan calon PR yang dituduh tanpa bukti minum arak seperti yang disebutkan oleh Ali Rustam semalam adalah susuatu yang sangat malang dalam majlis kempen terbuka BN. Kerana tindakan menyerang peribadi adalah tindakan orang yang sudah hilang marauah dan jati diri. Islampun melarang perkara sedemikian.
Berapa ramaikah pemimpin Pakatan Rakyat yang minum arak berbanding dengan pemimpin UMNO dan BN ? kalau soalan ini di tanyakan kepada orang yang masih waras pemikirannya pasti jawapannya saudara juga boleh menjawabnya.
Ternyata PR masih konsisten dengan kempen yang bertenaga dan menawarkan sesutu untuk membela nasih pengundi di Hulu Selangor. Kesabaran dan kesungguh seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP untuk memenangkan calon nya adalah atas dasar tawaran bahawa kita mesti melakukan perubahan besar dan ianya mestilalah bermula di Hulu Selangor.
Ianya diyakini mampu dilaksanakan oleh calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim.
Kalau begitulah cara kempen BN sejak awal setelah penamaan calon, nampaknya BN sudah menunjukkan ianya sudah tidak ada modal untuk berkempen apalagi untuk memajukan rakyat di Hulu Selangor..
Semuga kita tidak mengukut trend BN yang menyerang peribadi calon dan pemimpin PR.
Sunday, April 18, 2010
Lim tempelak Muhyiddin
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini berkata wabak 'penyakit mulut' Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menular apabila dia mendakwa nama calon Barisan Nasional, untuk kerusi pilihan raya kecil Hulu Selangor, P Kamalanathan mencerminkan konsep 1Malaysia.
Muhyiddin semalam dilaporkan berkata nama ketua penerangan MIC itu merangkumi nama “Kamal” mewakili Melayu, “Alan” - nama Cina dan “Nathan” pula nama India.
“Muhyiddin menghina kebijaksanaan 65,000 pengundi Hulu Selangor dengan 'sampah' sedemikian.
“Adakah Kamalanathan akan menjawab di kalangan orang ramai jika seseorang memanggilnya “Kamal” atau “Alan”? Tentunya, tidak” katanya dalam ketika berkempen di beberapa kampung di Kuala Kubu Baru hari ini.
Menurut Lim, jika nama Kamalanathan mewakili nama “Kamal”, “Alan” dan “Nathan”, dia sepatutnya mempunyai nama yang lebih panjang dan dipanggil “Kamalalannathan”!
“Calon BN bagi kerusi Hulu Selangor itu akan menjeling ke arah anda jika dipanggil dengann nama itu,” kata Lim.
Pemimpin veteran DAP itu juga mempertikaikan sama ada nama Muhyiddin Yassin layak disifatkan sebagai mencerminkan nama “1Malaysia”.
“Di mana komponen Cina dan India. Bagaimana pula dengan komponen Kadazan dan Iban?” soalnya.
Katanya, semua nama rakyat berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban melambangkan 1Malaysia kerana ia adalah bukti Malaysia mempunyai kepelbagaian bangsa, agama dan bahasa.
“Muhyi ddin tidak sepatutnya memperkecil-kecilkan nama rakyat, sama ada berbangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau mana-mana rakyat Malaysia.
“Amat mendukacitakan kenyatan itu datang daripada seseorang yang mendakwa dirinya adalah Melayu terlebih dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya dan cuba memperkecilkan kononnya calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim tidak mempunyai nama 1Malaysia berbanding Kamalanathan,” katanya lagi.
Lim berkata Muhyiddin harus sedar bahawa dia telah menjadikan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dan gurauan yang besar.
sumber: Idhamlim.blogspot.com
Thursday, April 15, 2010
Jalan sukar tentukan calon BN di hulu selangor
Kehagatan dan pergolakan dalaman Barisan Nasional semacam tidak dapat disembunyikan lagi. Malah Media arus perdana semacam membuka pekung didada dengan menyiarkan secara meluas pertiligkahan dalaman BN terutama kemelut yang berlaku dalam Parti kompenen yang mewakili orang India, MIC.
Apapun Pakatan Rakyat membukti kemantapan gabungan dan semangat setiakawan yang tinggi sehingga lebih awal mengumumkan calonya tanpa jalan sukar dan berliku seperti yang ditempuh BN. Zaid Ibrahim ditabalkan sebagai calon Pakatan Rakyat tanpa ada isu besar sebagaimana BN walaupun masih ada usaha untuk melagakan oleh beberapa pihak tetapi ternyata gagal.
Secara asasnya hampir pasti dan saya kira tidak akan berubah lagi dimana calon MIC akan mewakili BN di Hulu Selangor. Ini berasaskan kepada penegasan Najib, Muhyiddin, Shafei Afdal serta beberapa pimimpin BN lain. namun yang tidak dapat disahkan sehingga malam tadi, ialah teka-teki siapakah yang akan dipilih.
Sehingga semalam belakunya beberapa isiden apabila Ketua 18 bahagian MIC di Selangor hari ini tampil mendesak pucuk pimpinan BN supaya mengesahkan pemilihan Datuk G Palanivel sebagai calon sepertimana yang diperakukan oleh presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.
Selain itu sebahagian daripada ketua-ketua cawangan MIC Hulu Selangor memberi kata dua kepada kepemimpinan Barisan Nasional agar mecalonkan presiden parti itu, Datuk G Palanivel di parlimen Hulu Selangor atau menghadapi pembubaran cawangannya.
Dalam perkembangan yang berkaitan timbalan pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor, VS Chandran akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor 25 April ini.Chandran, 56, yang sedang digantung selama setahun oleh parti telah mengumumkan hasratnya kelmarin.
Kemucak dari pergolakan dalaman MIC kelmarin apabila mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam tadi memutusakan Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.
Berpeluh dahi Najib dan Muhyiddin dalam memutuskan calon BN di Hulu selangor. Malah saya melihat kesukaran menetukan calon yang akan mewakili BN sekali ini mendedahkan kepada rakyat bahawa gabungan BN dan semagat setiakawan antara mereka sudah retak menunggu belah. Pergolakan dalaman BN sudah sampai di kemuncaknya.
Apapun saya yakin kemelut itu akan memberi nilai tambah untuk memenangkan calon PR. Rakyat sudah dapat menilai bahawa Pakatan Rakyat adalah wakil mereka untuk menyelamatkan negara di masa akan datang.
Tambahan pula luka dalam BN sudah berdarah, siapapun yang akan dipilih oleh BN dan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada jam 4.00 petang ini , mesti ada pihak yang tidak berpuas hati dan ada unsur cantas mencantas, jatuh menjatuhkan dan undi protes akan berlaku.
Paling menarik bila kita bebicara sedikit mengenai UMNO yang sejak awal tidak bepuas hati yang saya jangka meraka akan mengundi dan membantu serta memihak kepada calon Pakatan Rakyat. Kerana dengan itu sahaja MIC dapat diajar supaya tidak bertanding lagi di Hulu Selangor pada masa akan datang.
Selamat maju jaya Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Wednesday, April 14, 2010
Umno macam lanun rompak masjid
Umno macam lanun rompak masjid masjid di seluruh negei Perak dengan melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) tanpa mengikut peraturan dan tatracara yang betul.
Ternyata Umno terus dengan sikapnya, dulu, kini dan selama lamanya bersikap keras kepala dan mengikut sesuka hati sahaja untuk mengekalkan kuasanya.
Perlantikan PPMD yang selama ini mengikut peraturan telah disepak teranjang oleh Umno demi kuasa. Ternyata kini siapa sebenarnya yang mempolitikkan masjid, Umno yang mempolitikkan masjid bukannya PAS.
Dalam sidang media di sini tengah hari tadi, Persuruhjaua PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein,menegaskan PAS Perak membantah keras Kerajaan BN melantik Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) seluruh Perak tanpa mengikut peraturan dan tatacara perlantikan yang betul.
PAS membantah dan mempersoalkan perlantikan tersebut berdasarkan perkara-perkara tersebut, pertamanya mengapa surat perlantikan PPMD ditandatangani oleh CEO Majlis Agama Islam Perak(MAIAMPk) ? Sedangkan PPMD adalah jawatan yang dibiayai peruntukannya oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) .
Manakala perlantikannya diperingkat negeri adalah di bawah urusetia Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) melalui Bahagian Pengurusan Masjid dengan Pegawai Penyelaras Takmir Masjid (Pegawai Hal Ehwal Islam, JAKIM) di tempat di situ. Penempatannya pula di di Pejabat-pejabat Agama Daerah bukan di MAIAMPk atau Baitul Mal Daerah, pemantauan atau penyelian tugas di bawah pentadbiran Pegawai Tadbir Agama Daerah, manakala elaun atau gaji mereka terus daripada JAKIM (tidak melalui MAIAMPk).
Keduanya lazimnya proses perlantikan PPMD adalah melalui Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan Orang Besar Jajahan (OBJ) bagai daerah berkenaan. Semua permohonan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Masjid untuk proses pemilihan melalui temuduga oleh pihak JAKIM dan JAIP.
Malangnya prosedur ini tidak dipatuhi, campurtangam politik UMNO BNlah yang menentukan proses perlantikan ini, sebahagiannya pula dicalonkan tanpa pengetahuan awal mereka hinggalah diberi tahu tentang perlantikan itu dan diarahkan untuk menerima Surat Perlantikan di Majlis Menghafaz Al Quran Negeri Perak dan Pentauliahan Imam-Imam Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada 5.4.2010.
Menurut beliau dengan ini jelas kerajaan BN menafikan hak pemohon-pemohon yang berminat melalui prosedur yang telah disarankan Mesyuarat MAJLIS dengan syarat kelulusan yang munasabah melalui saluran OBJ dan JAIPk. Mereka yang mempunyai kelayakan tidak dipanggil temuduga.
PAS Perak katanya, menyedari bahawa adalah elemen dan unsur-unsur menpergunakan nama Tuanku bagi melantik hanya orang-orang UMNO sahaja yang layak memegang jawatan tersebut tanpa melalui proses temuduga.
"Kita mempersoalkan mengapa Timbalan Pengarah JAIP yang mengeluar dan menandatangani surat sembah maklum kepada Tuanku, di mana Pengarah JAIP?," katanya
Sehubungan dengan itu, PAS Perak membantah sekeras-kerasnya tatacara perlantikan PPMD yang dibuat oleh kerajaan UMNO BN dengan membelakangi peraturan yang diguna pakai sebelum ini.
"PAS Perak menuntut Surat Perlantikan ditarik balek dan dibuka permohonan sekali lagi bagi membolehkan perlantikan dibuat semula melalui proses temuduga," tegasnya.
Tuesday, April 13, 2010
Zambry takut kalah
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa lucu diatas penafian Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang membayangkan bahawa tiada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang terdekat walau pun kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) akan boleh memenanginya kembali adalah pandangan tidak tepat.
BN sebenarnya takut dan bacul jika PRN walau pun ketika BN yang menjadi pentadbir kerajaan negeri kerana bimbang akan kalah teruk dengan kemarahan sebenar rakyat yang selama ini dipendam. Apa pun alasan yang diutarakan Datuk Seri Zambry, hanya rakyat boleh menentukan perkara sebenar.
Perkara yang menarik juga, adakah PRN bakal diadakan dalam masa yang terdekat? Adakah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang menjadi bebas tidak lagi menyokong BN? Mungkin perkara yang sama juga akan dilakukan oleh Datuk Seri Zambry untuk memohon Seri Paduka Sultan Perak membubarkan DUN Perak sepertimana yang telah pernah dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dahulu.
Atau Seri Paduka Sultan Perak tidak memperkenan permohonan Datuk Seri Zambry sepertimana yang telah berlaku semasa Datuk Seri Nizar berbuat demikian. Apa pun, DPPN Pk dapat menghidu Umno / BN telah membuat persediaan bagi sebarang kemungkinan dan ahli serta penyokong Pakatan Rakyat (PR) harus bersedia daripada sekarang.
DPPN Pk bimbang dengan suasana yang tidak kukuh ini akan menyukarkan pertumbuhan ekonomi yang masih dilihat tidak bermaya dengan suasana kemelut Negeri Perak ini yang tiada kesudahannya. Lumpuh ekonomi, maka lumpuhlah kerajaan negeri kerana pelaburan tidak diterima dan masuk walau apa pun alasan yang diberikan atau lakonan yang ditayangkan.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Dakwaan Hamidah meleset?
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat data pelaburan perindustrian mengikut negeri yang berakhir 31 Disember 2009 yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) menunjukkan Negeri Perak walaupun telah berjaya memperolehi 47 bilangan projek yang datang daripada pelaburan tempatan sebanyak RM 321.5 juta dan pelaburan asing sebanyak RM 572.4 juta berbanding Negeri Kedah yang berada di atas daripada kita.
Dan amat membanggakan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Negeri Selangor yang menduduki tempat yang kedua selepas Sarawak yang memperolehi 278 bilangan projek paling banyak.
Dakwaan yang dinyatakan oleh Datuk Hamidah Othman selama ini meleset dimana Negeri Kedah yang telah menjaya memperolehi hanya 40 bilangan projek yang datang daripada pelaburan tempatan sebanyak RM 701.1 juta dan pelaburan asing sebanyak RM 794.9 juta yang membayangkan kepercayaan yang kukuh pelabur asing di sana berbanding di Negeri Perak.
Manakala jumlah keseluruhan pelaburan yang telah diterima oleh Negeri Kedah ialah sebanyak RM 1.5 bilion berbanding Negeri Perak yang hanya menerima pelaburan sebanyak RM 893.9 juta sahaja.
Dan sebanyak RM 3 bilion diperolehi pada tahun 2008 yang jauh lebih baik semasa PR memerintah Negeri Perak.
Data pelaburan perindustrian oleh MIDA tersebut jelas bahawa membayangkan kepercayaan yang kukuh pelabur asing masih kurang untuk ke Negeri Perak dengan kemelut pentadbiran kerajaan negeri yang tiada kesudahannya sehingga sekarang.
Oleh yang demikian DPPN Pk meminta Datuk Hamidah memperjelaskan isu sebenar kemasukan pelaburan di Negeri Perak yang jauh ketinggalan. Perbandingan pelaburan asing pada tahun 2008 adalah sebanyak RM 994.7 juta berbanding tahun 2009 hanya memperolehi sebanyak RM 572.4 juta sahaja.
Memang benarlah bahawa pelaburan asing tidak berani lagi menjadi pelabur di Negeri Perak dengan keadaan yang menjadi kebimbangan mereka selama ini iaitu kuasa ketiga di dalam menentukan kedudukan Kerajaan Negeri Perak yang sebenar.
Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas inilah yang merisaukan pelabur asing untuk melabur apa-apa sahaja pelaburan yang memungkinkan menghadapi risiko yang amat besar.
SALMAN HAJI SALEH
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PERAK
Monday, April 12, 2010
Enggan, cuai menerima arahan, parti akan bermasalah dan lemah
Semalan telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan Tambun yang diadakan di Dewan MK Land si Taman Klebang Perdana, yang dirasmikan oleh Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin.
Yang Dipertua PAS Kawasan Tambun, Dr. Khairudin Dato' Abdul Malik dalam ucapannya antara lain menyebut semua pimpinan PAS kawasan dan cawangan mesti bertanggungjawab atas kepimpinan yang diamanahkan dan laksanakanlah arahan demi arahan dari pimpinan yang lebih dengan penuh iltizam.
"Pihak pimpinan negeri menerima arahan daripasa PAS Pusat, pimpinan PAS kawasan menerima arahan daripada PAS Negeri. dan pimpinan cawangan pula menerima arahan dari PAS kawasan, begitulah seterusmnya."
Kalau mana mana mana rangkaioan parti enggan dan caui menerima arahan, parti akan bermasalah dan lemah, katanya.
"Tidakkah kelemahan parti yang berlalu secara disengajakan bakal mengundang dosa kerana hakikatnya kerja kerja amal Islami tersebut adalah datang dari Allah dan Rasulnya?, ujar beliau.
Dr. Khairuddin turut menyenaraikan tugasan yang perlu dilakukan mengikut Aulawiyah;
1. Menambah keahlian ahli PAS dan meningkatkan kualiti tarbiyah ahli ahli sedia ada.
2.Menggerakkan jentera penerangan supaya dasar dasar PAS dan Pakatan Rakyat difahami oleh rakyat.
3. Memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dan melaksanakan kerja kerja yang berkaitan dengannnya,.
4. Mengisi dan memperkukuhkan dana parti khususnya dana pengurusan dan dana pilihanraya.
5. Mendokong semua program program parti yang sedia ada dengan diberi nilai tambah yang baru jika perlu.
6. Membantu dan mengatur perkembangan organisai terbaru dalam PAS iaitu Dewan Perhimpunan Penyokong PAS. Semua ahli mesti menghulurkan tangan untuk membantu DPKPS
Sunday, April 11, 2010
PAS Kawasan Batu bertemu PR Perak
Dalam ekspedisi PAS kawasan Batu Wilayah Per4sekutuan ke Pulau Pinang dan Perak rombongan tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS kawasan Tersebut, Ishak Surin telah mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri pada 30 - 31 Mac lalu.
Pakatan Rakyat Negeri Perak diwakili V. Sivakumar dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan pertemuan tersebut diadakan pada petang sbahawa semalam di Pejabat PAS Negeri, di Medan Istana.
Ishak Surin dalam ucapan ringkasnya menyatakan tujuan lawatan PAS kawasan Batu singgah di negeri ini adalah untuk menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak dan ADUN ADUN PR yang ternyata berjuang bersungguh sungguh walaupun menghadapi cabaran hebat dari Regim BN Perak.
Di samping itu untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai persidangan DUN Perak pada 30 - 31 Mac lalu lalu yang berita berita mengenainya telah ditutup dengan rapat oleh media arus perdana.
V. Sivakumar dalam taklimatnya memberitahu pesidangan tersebut adalah persidangan polis kerana ramainya polis di tempatkan di perkarangan bangunan SUK dan di dalam bangunan.
Beliau mendakwa ADUN ADUN BN takut dan bacul untuk berhadapan dengan ADUN ADUN PR kerana itu persidangan tersebut hanya sehari sahaja.
Menurutnya ADUN ADUN PR telah dibisukan apabila apat pembesar suara mereka ditutup, kerana itu apa yang ADUN ADUN PR suarakan tidak didengari dan BN yang memekakkan telinga mereka dan para media pula dikurung dalam satu bilik, mereka hanya dapat lihat persidangan menerusi cermin gelap dan tidak mendengan apa yang berlaku di dewan.
Turut memberikan taklimat ialah Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Beliau menceritakan tentang perjalanan sidang DUN dan kenapa ADUN ADUN PR bertindak keluar dewan.
Beliau turut memberitahu PA Perak dan PR telah mencetak 50,000 naskah buletin yang memaparkan kejadian sebenar sidang DUN tersebut dan ianya akan diedar ke seluruh negeri.
Saturday, April 10, 2010
Umno/BN yang tidak berlaku adil
Dilaporkan Datuk Seri Shafie Apdal kecewa kerana tidak dapat menggunakan sebuah dewan orang ramai di Kampung Selisek, di Ulu Bernam, Selangor.
Menteri pembangunan luar bandar itu berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat bertindak tidak adil setelah membentuk kerajaan di Selangor.
"Bila kita buat (tindakan serupa ke atas Pakatan), tidak boleh. Tapi bila dia buat tidak apa.
"Kalau tidak boleh guna (dewan) pun tidak jadi masalah, cuma kita hendak tunjukkan gambaran bahawa mereka tidak adil," katanya dalam sidang media selepas majlis menyampaikan dividen berjumlah RM580,500 kepada golongan peneroka di situ.
Kegagalan untuk menggunakan dewan itu memaksa penganjurnya Risda mengadakan program berkenaan di kawasan padang sekolah di sebelah dewan berkenaan.
Mr Asdal oi, bila masa pula Kerajaan BN benarkan pembangkang guna dewan orang ramai?. Setahu rakyat negara ini BN yang berkelakuan sebegitu,tidak senang dengan pembasngkang, menafikan hak pembangkang.
Mr Afdal oi, tahu tak bila Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak, parti parti politik boleh gunakan dewan dengan syarat mengemukakan permohonan terlebih dahulu. Perkara saperti ini tidak berlaku ketika BN memerintah Perak. Sekarang ini bila BN rampas kuasa, dia balas dendam, dewan oranbg ramai, premis kerajaan tidak dibenarkan digunakan oleh pembangkang, BN boleh sebab harta itu `kepala bapak dia yang punya'
Mr Afdal, jangan kata Pakatan Rakyat tidak berlaku adil, cermin dahulu muka pimpinan Bn, mereka yang sebelum ini tidak berlaku adil pada pembangkang. Kawasan sekolah dan sekolah kini sudah jadi milik turun temurun Umno yang punya, mereka boleh gunakan sekolah untuk program BN. Pakatan Raklyat bila memerintah lima negeri dahulu, Menteri Besar Kerajaan Pakatan tidak dibenarkan datang ke sekolah. Tetapi menteri Umno boleh. Adilkah ini?
Pemimpin Umno/BN cakap tak serupa bikin. Kata kat pembangkang macam macam, tetapi yang melakukan perkara khianat dan kotor adalah Umno/BN.
Amaran SPR hanya ditertawakan
Khairil Abdul Rahim
Amaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya berhenti berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor kerana tempoh kerja-kerja itu belum lagi bermula, sudah pasti akan ditertawakan ramai.
Ini disebabkan meskipun amaran oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu kepada semua pihak kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April, namun apakah beliau sedar BN sudah menghantar dua orang pembesar negara ke sana untuk berkempen?
Yang melanggar undang-undang SPR dengan berkempen itu pula bukan sebarangan orang, melainkan orang nombor satu dan nombor dua negara!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun. Projek bernilai RM32 juta ringgit ini membabitkan 2,50 unit, setiap satunya bernilai antara RM42,000 dan RM75,000 ringgit.
Sehari sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit. Muhyiddin juga berkata Kementerian Pendidikan sedang mengenalpasti tapak sesuai untuk membina sebuah sekolah aliran Cina.
Itu belum lagi dikira kempen-kempen dan janji-janji secara bisik-bisik semasa mereka ke sana.
Nah, ini apa ini kalau bukan berkempen? Bukan sekadar berkempen kepada di hadapan penduduk Hulu Selangor, bahkan kempen itu tersiar dalam semua media cetak dan elektronik pro-BN. Apakah semuanya buta dan tuli dan melihat semua itu?
Dan ini bukan kali pertama kempen seumpama ini berlaku, bahkan setiap kali pilihan raya dan kempen pula menggunakan segenap jentera kerajaan dan media.
Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, BN jelas tidak menghormati proses pilihan raya demokratik dan menggesa SPR bertindak tegas terhadap BN.
”Ini satu jenis kempen dan kalau berbalik kepada peraturan pilihan raya, tindakan itu adalah kesalahan mengikut peraturan pilihan raya.
“Jadi, seharusnya SPR memberikan amaran dan mengeluarkan arahan supaya tidak ada apa-apa kempen sehingga hari penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.
Mafrel berkata, Kerajaan Pusat mungkin mendakwa apa yang dilakukan itu terkandung dalam rangka menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat jawatan kerajaan tetapi hakikatnya ia jelas berunsur kempen.
"Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor sepatutnya belum boleh dimulakan selagi proses penamaan calon pada 17 April belum berlangsung.
"Tindakan BN jelas bercanggah Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung," katanya.
Jika begitu, jika SPR benar-benar serius dan bermaruah, ada baiknya kita cabar SPR bertindak sesuatu terhadap pemimpin tertinggi negara ini yang jelas dan terang-terang melanggar peraturan dan undang-undang SPR.
Mungkin juga SPR benar-benar insaf dan tidak mahu dipandang seperti ‘ternakan kerajaan’ lagi. Justeru bertindaklah.
Jika tidak, amaran SPR – sampai bila-bilapun – akan hanya dan tetap dianggap sebagai lelucon serta bahan penglipur lara, yang hanya mahu masuk sekadar hiasan di dada akhbar semata-mata!
Sumber: Harakahdaily
Subscribe to:
Posts (Atom)