Tuesday, August 31, 2010

UMNO BAPAK SEGALA BAPAK FITNAH

MERDEKAKAH KITA?


Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

Sunday, August 29, 2010

Akhbar penjilat punggung Umno bangang?


Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik mat mengenai isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah menampakkan bodoh dan jahilnya Umno serta bangangnya akhbar penjilat punggung Umno.

Saperti kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz isu tersebut menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

Umno yang kini melebarkan semangat perkaumannya disokong oleh akhbar penjilat punggung Umno menggunakan isu ini untuk mengapi apikan lagi semangat perkauman yang sempit serta menimbulkan perasaan kurang senang dan selesa orang Melayu yang beragama Islam.

Apakah Umnon dan akhbar penjilat punggung Umno tidak mempelajari sejarah, saperti mana yang diterangkan oleh Nik Aziz dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

Bodoh sangat ke Umno dan akhbar penjilat punggung Umno dalam isu ini, atau semangat kemelayuannya mengatasi kefahanmannya tentang Islam menyebabkan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu diperbesar besarkan dan diketegori kesalahan yang sangat besar.

Kita amat bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujar Nik Aziz.

Tindakan ahli Parlimen itu masuk ke surau tidak memakai tudung kepala kemungkinan juga penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya, jelas Nik Aziz

Saturday, August 28, 2010

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion


Dzulfikar Mashoor

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

sumber: Harakahdaily

Wednesday, August 25, 2010

Selamat tenggelam wahai Umno


Semalam akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

Katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

Ini satu kenyataan terbuka pimpinan DAP yang kini lebih realistik dan memahami tuntutan syariah Islam setelah berkawan baik dengan PAS. Kenyataan terbuka itu mencerminkan DAP tidak menentang hudud kerana parti itu tahu hudud untuk masyarakat Islam. Nampaknya DAP lebih cerdik dari Umno.

Umno dari dahulu hingga kini mencari pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan hudud. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahsathir Mohamad dahulu pernah menglebelkan hudud yang dilaksanakan PAs sebagai hudud PAS.

Bila ditanya mana hudud Umno, tidak seorang pun berani menjawab kerana memang tidak ada dalam kamus Umno untuk melaksanakan hudud.

Bila Tan Sing Giew berkata, orang bukan Islam jangan bimbang, hudud itu hanya dikenakan kepada orang Islam, ianya menampakkan kecerdikan orang bukan Islam dalam memahami undang undang Islam. Yang tidak berapa cerdik hanya Umno. Ini kerana pemimpin pemimpinnya dan akhbar pro Umno/BN sengaja mencari ruang untuk memecahbelah PAS - DAP kerana isu hudud.

Mana boleh DAP bersama dengan PAS kerana PAs ingin melaksanakan hudud, itulah modal lapok dan usang pemimpin pemimpin Umno.

Umno sebenarnya pun tidak berani menyatakan parti itu mahu melaksanakan hudud kerana MCA dan MIC akan protes. Untuk menjaga hati MCA dan MCa Umno akan berdiam diri mengenai isu hudud. Tambahan pula dalam Umno tidak ada kamus hudud.

Umum tahu pemimpin pemimpin Umno turun padang setiap kali pilihanraya bertemu orang Cina dan India, menakut nakutkan kaum Cina dan India bila PAs perintah nanti, PAS akan laksanakan hukum Islam, nanti orang cna kena potong kemaluan (ke sunat).

Inilah kerja Umno selama 50 tahun memerintah negara ini. Tidak sedetik pun Umno mahu menerangkan konsep sebenar undang undang Islam antaranya Hukum hudud.

Berbeza bila DAP berkawan dengan PAs, PAs bertindak lebih bijak dari Umno, mereka menerangkan konsep undang undang Islam yang sebenarnya. Hasilnya kini orang bukan Islam termasuk DAP memahami apa itu hudud. Pemimpin pemimpin Umno nampaknya tidak cerdik dari pemimpin DAP.

Dakyah Umno kini sudah tidak laku lagi, orang Cina dan India tidak lagi termakan dengan dakyah jahat Umno berhubung isu hudud. Kaum Cina dan India kian menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Nampaknya mimpi buruk Umno kini menjadi kenyataan apabila kaum Cina dan India yang dahulunya menyokong BN, kini mereka menjadi penyokong kuat dan Pakatan rakyat. Umno kini sudah membilang hari untuk ditalkinkan di bumi tercintai ini.

Apa yang diharap lagi dengan Umno, pembela Melayu dan pembela Islam hanya omong kosong sahaja. Lebih baiklah Umno ditalkinkan cepat kerana parti ini tidak berguna lagi untuk orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia.

Lebih cepat Umno ditalkinkan lagi bagus kerana kapal Umno kini sudah hampir terbalik, menunggu waktu tenggelam dan karam di persana politik Malaysia. Selamat tenggelam wahai Umno.

Tuesday, August 24, 2010

Rakyat wajar bantah


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menggerakkan rakyat seluruhnya bagi membantah perlaksanaan penyelarasan tarif air dan cukai tanah di seluruh Negara walaupun diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan suasana ekonomi yang masih lembab dan pelbagai beban rakyat terutama kenaikan barangan keperluan baru-baru ini.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz zawawi Hassan dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau di Negeri Perak, Pemuda PAS Perak akan meminta respon daripada rakyat dengan mengumpul seberapa banyak tandatangan bantahan seluruh rakyat yang tidak bersetuju dengan penyelarasan tarif tersebut.

Ianya jelas membebankan rakyat ketika ini dan sepatutnya kerajaan mencari jalan mempermudahkan urusan hidup rakyat dan menjaga kebajikan rakyat bukannya memberi tekanan dengan kenaikan tarif yang dijangka bakal berlaku di antara negeri tertentu katanya.

"Rakyat sudah tentu bangun membantah penyelarasan tarif tersebut yang akan membebankan rakyat," ujarnya.

Pemuda PAS Perak katanya berharap kerajaan dapat menimbang semula cadangan tersebut.

Khutbah jumaat, Umno dan Harussani


Oleh: YB Khalil Idham Lim

Saya sebagai seorang yang bukan berbangsa Melayu sangat terkilan dengan kejadian yang berlaku dalam isu bacaan khutbah di negeri Pulau Pinang yang sedang hangat dibicarakan sekarang ini.

Terkilannya saya kerana pada anggapan saya UMNO telah cuba membina benteng baru untuk mengesahkan bahawa Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja dan dilarang sama sekali untuk bangsa lain khususnya dalam hal mendoakan kesejahteraan kepada bangsa lain.

Kesejahteraan yang saya maksudkan ialah mendoakan bangsa lain di Malaysia supaya mereka mendapat taufik dan hidayah dari Allah, kerana Allah lah yang berhak dalam memberikannya kepada hamba-hambanya yang dia kasihi.

Persoalannya apakah masaalahnya sehingga UMNO tersangat takut dengan doa kepada non muslim. Malah bagi saya membesarkan perkara yang bukan wajib didalam doa itu adalah perkara yang tidak bertanggung jawab demi kepentingan politik sempit UMNO untuk menarik sokongan dan kononnya dia lah pembela Raja melayu dan melayu. Sedangkan kenapakah UMNO sepi membisu bila Rosmah mendapawa dia wanita pertama dengan membelaki Raja permaisuri Agong yang sebenarnya layak dengan gelaran itu. Ini adalah satu contoh dari banyak lagi tingakhlaku dan ucapan pemimpin UMNO yang menghina Raja Melayu dan melayu.

Namun kejadian di Pulau Pinang yang gencar dan sedang diperbesarkan oleh UMNO yang diketuai oleh Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Zahid Hamidi memperlihatkan usaha UMNO untuk menyempitkan Islam untuk orang melayu dan dilihat bahawa UMNO cuba membina imejnya dengan cuba menjuarai isu tersebut dengan andaian Melayu akan kembali menyokong UMNO.

Selain itu rasa kesal yang amat sangat apabila Mufti yang menghalalkan rampasan kuasa di Perak dengan cepat mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh khatib yang membaca doa adalah haram. Tanpa usul periksa dan mendapat maklumat yang jelas terlebih dahulu, Harussani telah melakukan kesilapan yang besar dan menyeretnya kepada perhatian umum bahawa cakapnya sudah tidak boleh dipakai sekarang ini.

Sebagai seorang yang bergelar mufti, Harussani sepatutnya perlu menjelaskan doa yang bagaimana yang diharamkan, dan doa yang bagaimana yang di halalkan, atau paling kurang sinonim dengan naman harussani iaitu harus.

Insiden yang berlaku di Pulau Pinang adalah dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Dalam keadaan pandangan bangsa lain yang telah berubah kepada Islam sejak tsunami politik 2008 yang melihat dan menyakinkan keterbukaan Islam sehingga mereka memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Pulau Pinang dan beberapa negeri lain.

Kaum Cina di Pulau Pinang memberikan sokongan kepada Parti PAS dalam keadaan gabungan Pakatan Rakyat terus diperkuatkan dari saat tertubuhnya gagasan itu di Ipoh pada malam 9 mac 2008.

Sejak dari itu saya melihat bangsa lain semakin memahami dan tidak takut lagi untuk mendekati Islam, sedangkan selama ini UMNO lebih 50 tahun tidak menggunakan peluang dalam tempoh yang panjang itu untuk menjelaskan Islam kepada pemimpin bukan melayu dalam komponen BN.

Yang kedengaran cuma kata-kata celupar dari pimpinan BN, tidak terkecuali dari bangsa Cina atau India, termasuklah pemimpin UMNO sendiri yang mengeluarkan kenyataan yang terkadang menhina Islam dan hukum hakamnya.

Kemelut yang berlaku di Pulau Pinang saya yakini tidak akan melemahkan Pakatan Rakyat tetapi akan memperkuatkan lagi gabungan politik yang menjadi harapan masa depan malaysia yang kita sayangi.

Kalau isu dapat ditangani oleh Pakatan Rakyat dengan baik saya yakin kaum bukan Melayu akan melihat bahawa Islam tidak sesempit yang ditohmah oleh UMNO selama ini.

Apalagi saya kira UMNO sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pakatan Rakyat, isu perkauman yang satu persatu diperbesarkan nampaknya tidak menjadi.

Oleh itu saya menasihati diri saya dan semua rakan dalam PR supaya sangat berhati-hati dalam tindakan dan ucapan agar terelak dari UMNO dan BN yang sedang mencari helah untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Khatib tidak keseorangan - Mahfuz


Oleh: Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, khatib yang dikaitkan dengan doa supaya Lim Guan Eng diberikan hidayah tidak keseorangan dalam menghadapi siasatan apa yang disifatkan sebagai ‘undang-undang baru Umno’.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan P Kamalanathan dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mahu polis dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang membuat siasatan sepenuhnya berhubung dakwaan penggunaan nama (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

"Oleh kerana Umno histeria sangat apabila doa untuk Guan Eng dibacakan dalam khutbah, polis dengan pantasnya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat pembacaan doa itu.

"Kalau baca doa untuk Guan Eng dalam masjid menjadi satu kesalahan di sisi Najib sehingga polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat, sepatutnya polis menyiasat sama majlis solat hajat dan bacaan Surah Yaasin di Masjid Jamek Al-Rahimah,

Kuala Kubu Bharu bagi kemenangan Kamalanathan," kata beliau yang menyifatkan histeria Umno itu semata-mata berpunca dari ketandusan modal politik dan tidak ada kena mengena dengan Islam.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan, sejak bilakah Najib dan Umno membuat undang-undang yang meletakkan usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam sebagai satu kesalahan?

"Apa yang dilakukan hanyalah memohon doa agar Guan Eng diberikan hidayah dan tidak ada kena mengena dengan fitnah dan pembohongan Umno kononnya nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong (Tuanku Mizan Zainal Abidin).

"Adakah Umno sudah mengada-adakan undang-undang baru menggantikan undang-undang Allah sehingga usaha mendoakan mana-mana orang bukan Islam diberikan hidayah memeluk agama Islam menjadi satu kesalahan di dalam undang-undang baru Umno itu?" Mahfuz mempersoalkan.

Bagi beliau, adalah sesuatu yang natural bagi mana-mana orang Islam untuk mengharapkan orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.

"Mengharap dan berdoa sepatutnya tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukan paksaan. Soal sama ada orang yang didoakan hendak memeluk Islam atau tidak, itu hak dia.

"Tetapi nampaknya Umno meletakkan usaha itu sebagai satu kesalahan. Nampaknya yang dihalalkan oleh Allah sudah menjadi haram di sisi Umno," kata Mahfuz.

Khatib yang menjadi mangsa ‘undang-undang baru Umno’ itu, Ustaz Zakaria Ahmad dilaporkan mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.

Beliau memberitahu, pihak polis telah menghubunginya dan memintanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan.

Zakaria berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama memberi keterangan kepada polis kerana percaya tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

Harakahdaily/-

Monday, August 23, 2010

Umno yang tidak siuman


Kenyataan bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang salam Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah Jumaat sesutu yang wajar kerana ianya membersihkan nama Kerajaan PR Pulau Pinang.

Dalam kenyataan bersama ini menyebut tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Kami menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri", kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Terserlah kini ianya semua angkara permainan politik oleh Umno yang karut kerana hanya orang tidak siuman dan berniat jahat sahaja berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain.

Jelas kini yang tidak siuman adalah Umno, Puak puak Umno ini tidak kira bulan Ramadhan, yang penting bagi mereka cari sesuatu yang boleh dipolitikkan demi keuntungan Umno.

Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Hussain.

Turut serta pada mesyuarat yang dipengerusikan Lim Guan Eng itu, Ahli Exco Negeri Pulau Pinang yang memegang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim.

Kalau Umno ada bukti boleh bertindak saperti kenyataan bersama PR Pulau Pinang mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah mengubah doa tersebut.

Semua pihak tentunya bersetuju mendesak BN dan Umno hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam dan khatib.

KENAPA SAMPAI HENDAK GUNA ISA


IPOH: Dewan sampai Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah keras penggunaan Akta ISA dalam isu berkaitan buku ‘Perlembagaan Baru’ yang didedahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria bagi menghukum individu tertentu tanpa menghadapkannya ke Mahkamah terlebih dahulu.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Peak, Mohd Muni Ali dalam satu kenyataan medianya di sini kelmain.

Menuutnya Pemuda PAS Perak secara konsisten membantah penggunaan Akta ISA tersebut yang menidakkan hak asasi manusia untuk dibicara dan disabitkan kesalahan di Mahkamah terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman.

"Sepatutnya isu buku ‘Perlembagaan Baru’ tersebut dibuat siasatan yang telus dan rapi terutama terhadap mereka yang mendedahkannya iaitu Tan Sri Harussani dan Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim yang juga mendakwa mempunyai banyak maklumat mengenai perkara yang sama," katanya.

Sepatutnya polis sudah pun memulakan siasatan terhadap perkara tersebut dan mendakwa sesiapa sahaja yang boleh disabitkan kesalahan samada perkara ini benar atau sekadar cerita politik murahan yang diada-adakan untuk dihadapkan ke Mahkamah dan bukannya menggunakan Akta ISA bagi tujuan tersebut.

"Kenapa perlu takut menggunakan ruang Undang-Undang yang sedia ada bagi menghukum pesalah secara telus dan bukan secara pengecut menggunakan kuasa melalui saluran ISA yang jelas tidak memberi keadilan kepada yang tertuduh," tegasnya lagi.

Saturday, August 21, 2010

Zahid fitnah, bohong - Anwar


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.

“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.

Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.

“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.

Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

Friday, August 20, 2010

MCA dan Umno sama sahaja


DAMANSARA – Pakatan Rakyat (PR) membidas tindakan MCA yang disifatkan untuk menjaga kepentingan entiti perniagaan kaum Cina dengan mempersoalkan ekuiti Bumiputera baru-baru ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, MCA dilihat bersikap seperti UMNO kerana menjaga kepentingan kekayaan segelintir pihak sahaja.

“Mereka ini tidak boleh lari dari kerangka pemikiran UMNO kerana hanya memikirkan peratus untuk jaga kepentingan masing-masing.

“Dalam perdebatan MCA tersebut, isu peratus hanya untuk peniaga-peniaga besar Cina bukan majoriti,” katanya dalam sidang media di ibu Pejabat Parti Keadikan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, berbanding dengan PR yang menitiberatkan kepentingan majoriti rakyat kerana isu peratus ekuiti Bumiputera tidak mampu menyelesaikan masalah asas rakyat.

Beliau turut mengulas berhubung penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di Kelantan sebagai alternatif kepada kekuatan ekonomi iaitu ‘tangible assets’.

“Dinar emas memberikan satu alternatif iaitu transaksi melalui dinar ada kekuatannya tersendiri yang mana harus diberi ruang untuk sokongan.

“Namun apakah ia untuk seluruh sistem sudah tentu tidak, tetapi ia merupakan satu permulaan yang realistik kerana ada satu hujah yang cukup kukuh untuk mempertahankannya,” katanya.

Menurutnya, penggunaannya perlu di berikan secara bertahap dengan Kelantan memperkenalkannya terlebih dahulu sebelum diperkenalkan secara menyeluruh.

Sumber: Sinar Harian

Zambry bohongi masyarakat India?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan kenyataan penafian isu sebenar oleh Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkaitan pembatalan proses pengambilalihan tanah seluas 2.02 hektar milik Persatuan India Dinding (DIA) di Manjung untuk membangunkan sebuah Sekolah Kebangsaan Simpang Empat atau lebih dikenali sebagai 'Sekolah Gandhi' adalah tidak benar sama sekali dan meragukan.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr. Raja Ahmad Al-His dalam kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya latar belakang tanah tersebut yang dibeli oleh masyarakat India sebelum merdeka daripada wang sumbangan pekerja estet jelas bahawa tindakan meluluskan proses pengambilan tanah tersebut tidak melihat sejarah yang sebenar.

"Mengapa tidak dirujuk dahulu sejarah tanah tersebut sebelum Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri meluluskan proses pengambilalihan tanah tersebut pada awal Ogos yang lalu?," ujarnya.

Sudah tentu Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu merujuk dahulu kerajaan negeri kerana kuasa berkaitan tanah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perak katanya.

"Hanya Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang boleh meluluskan perkara tersebut setelah semua kajian yang di buat oleh Jabatan Tanah dan Galian,", jelasnya.

Katanya lagi, adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan negeri telah pun meluluskan tapak tersebut tanpa berbincang dan merujuk kepada status tanah yang ada.

Tindakan itu katanya amat memalukan rakyat Negeri Perak apabila sebuah kerajaan negeri tidak mempunyai sistem pengurusan yang baik.

"Kita merasa kesal apabila Zambry mempolitikkan isu tanah ini dan cuba memburukkan pihak lain yang membetulkan kesilapan mereka dan juga hak kepada yang sepatutnya," ujarnya lagi.

Sehubungan itu Pemuda PAS Perak mendesak Zambry memohon memohon maaf kepada Persatuan India Dinding, masyarakat India dan juga seluruh rakyat di atas pembohongannya.

Thursday, August 19, 2010

Beri peruntukan khas untuk anak yatim piatu


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta kerajaan negeri memberikan perhatian kepada seluruh anak yatim piatu di Negeri Perak bagi memberikan peruntukan khas kepada mereka berupa duit raya menjelang perayaan musim Hari Raya nanti.

Walaupun semasa pembentangan Bajet Negeri Perak 2010 pada tahun lepas (29 Oktober 2009) tidak dimasukkan berkaitan keperihatinan kerajaan negeri terhadap anak yatim piatu, DPPN Pk berharap bersempena sambutan Hari Raya ini kerajaan negeri dapat memberikan bantuan kepada mereka.

DPPN Pk juga berharap keperluan sempena Hari Raya ini juga diberikan kepada mereka berupa pakaian baru dan sebagainya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Wednesday, August 18, 2010

Kerajaan BN Perak tidak bersikap adil terhadap SAR


IPOH: 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa dukacita dengan tindakan Kerajaan negeri Perak yang telah meluluskan kawasan tanah ladang kelapa sawit bertujuan untuk menampung perbelanjaan sekolah-sekolah yang keseluruhannya seluas 3,140 hektar kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Masjid, Sekolah Cina Bebas (SUWA) dan Sekolah Tamil diluluskan di kawasan Hutan Simpang Gunung Besout dekat Tanjung Malim yang lalu tidak bersikap adil.

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya pemberian tanah seluas 1,000 hektar kepada SUWA yang mempunyai sebanyak 9 buah sekolah, 800 hektar kepada SAR mempunyai sebanyak 18 buah sekolah dan ditambah dengan Masjid, 600 hektar kepada sekolah Tamil yang mempunyai sebanyak 110 buah sekolah dan selebihnya 740 hektar kepada Yayasan Perak amat tidak adil sama sekali.

Ini kerana jumlah sebanyak 800 hektar terlalu kecil dibandingkan dengan sebanyak 18 buah SAR, ujarnya.

SAR dan Masjid yang akan ditadbir oleh Majlis Agama Islam Negeri Perak (MAIAMPk) dan projeknya diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak (PKEINPk) manakala tanah yang diberikan kepada sekolah Tamil akan ditadbir Yayasan Perak serta tanah milik SUWA yang telah membentuk majlis sekolah-sekolah Cina telah menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruskan tanah seluas 1,000 hektar yang jelas menafikan hak sebenar SAR itu sendiri, katanya.

Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Perak mendesak agar kerajaan negeri bersifat prihatin terhadap nasib SAR yang selama ini dinafikan.

Oleh itu Pemuda PAS Perak meminta kerajaan negeri menambah peruntukan keluasan tanah ladang kelapa sawit tersebut khas buat SAR dan pengurusannya diserahkan kepada Persatuan Pendokong-Pendokong Sekolah Agama Rakyat Negeri Perak (PPSARNPk) bukannya PKEINPk.

Jika kerajaan negeri menidakkan tuntutan ini dengan jelas bermakna bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf SAR, jelasnya

Zambry penakut dengan MCA?



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Umno yang menjadi tunjang kepada kompenan Barisan Nasional (BN) untuk menyingkir MCA keluar daripada kompenan itu jika ia benar-benar berani dan serius ingin membuktikannya sebagai pejuang kepada bangsa Melayu sepertimana hasrat yang dinyatakan oleh Gagasan Melayu Perak (GMP).

Bagi DPPN Pk, kenyataan yang telah dinyatakan oleh Presiden GMP Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail jelas bahawa Umno perlu membuat satu keputusan keras terhadap MCA.

Jika Umno hanya berduduk diam sahaja maka nyatalah bahawa Umno gagal memperjuangan bangsa Melayu itu sendiri.

Di dalam konteks Negeri Perak yang mana Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Perak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah Ahli Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Perak.

DPPN Pk berharap Pengerusi BN Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga dapat bertegas dan berani membuat pendirian dan mengambil tindakan disiplin terhadap kepimpinan MCA Perak demi mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa Melayu.

DPPN Pk yang sudah mengenali Datuk Seri Zambry ketika pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dulu amat meragui keberaniannya untuk berdepan dan mengatakan kebenaran.

Sikapnya samalah dengan Ketua Pemuda Umno sekarang Maslin Sham Razman, yang tidak ada kemampuan untuk bertegas di dalam mempertahankan bangsa Melayu kepada siapa sahaja.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, August 17, 2010

Harussani mesti bertanggungjawab


IPOH: Setiausaha PAS Negeri Perak Misbahul Munir Masduki menegaskan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria mesti dipertanggungjawabkan di atas kenyataan kononnya ada individu tertentu yang telah membuat cadangan perlembagaan baru negara yang menyisihkan hak dan keistimewaan orang Melayu.

" Dato' Seri Harussani boleh mencetuskan tanggapan negatif dan ketegangan kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual di Pejabat PAS Negeri Perak pagi tadi.

Menurut beliau sebagai Mufti, beliau tidak sepatutnya mendedahkan isu ini sebelum ia diteliti dan disiasat siapa individu yang dimaksudkan, apa tujuan dan rasional ia berbuat demikikian.

Difahamkan beliau baru sahaja mendapat dokumen tersebut, tanpa usul periksa, meneliti, mengkaji dan soal siasat, beliau terus mendedahkan kepada umum dalam satu majlis forum baru-baru ini.

"Kenyataan ini agak mengemparkan juga. kemungkinan ada pihak tertentu yang sengaja mencipta isu ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu yang akhirnya akan tercetus isu perkauman, katanya

Mufti Perak pula sangat mudah membuat kenyataan-kenyataan seumpana inidan UMNO pula sering mengambil kesempatan dengan menggunakan mufti demi kepentingan politik mereka, jelasnya.

"Inilah yang mereka mahu, isu ini akan dijadikan modal politik oleh Umno dan kesempatan ini akan diambil untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu kepada UMNO semata-mata," tegasnya lagi.

Suatu ketika dahulu katanya, Mufti Perak juga pernah mendedahkan ratusan ribu orang Islam murtad berdasarkan maklumat yang beliau terima, ramai pemimpin UMNO yang mempertikaikan kenyataan ini, sementara itu Mufti Perak pula tidak mendedahkan siapa individu yang memberi maklumat kepadanya.

"Sehingga sekarang isu ini senyap begitu sahaja dan Mufti Perak tidak lagi ghairah membuat kenyataan mengenai murtad di Malaysia," ujarnya.

Persoalannya sekarang ini mengapa Harussani begitu senang dan mudah membuat kenyataan yang boleh menimbulkan perasaan tidak senang dan prejudis, kalau yang didakwa itu ada kebenarannya dan bersalahan dengan undang-undang, sepatutnya beliau menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak polis dan membuat laporan polis supaya disiasat.

Panggil Harussani Segera untuk disoal siasat


OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM

Hujan tidak, ribut pun tidak tiba-tiba Harussani Zakaria menimbulkan kontraversi terbaru yang saya anggap sangat murahan dan menampakkan kecelaruannya terbarunya dengan mendakwa ada individu tertentu mengambil kesempatan meng­hasilkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Katanya, beliau difahamkan sekarang ini sudah ada perlembagaan baru dibuat di Alor Setar, Kedah dengan isi kandungannya antara lain menyebut mahu menyisihkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang dijamin dalam perlembagaan sekarang.

"Kebetulan saya berceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang memberikan saya tiga buku perlembagaan (baru) yang dikehendaki oleh pihak tertentu," katanya ketika menjadi panel dalam Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya.

Kalau benarlah apa yang didakwanya itu alangkah baiknya dia menyerahkan bahan bukti yang diterimanya kepada pihak polis untuk mengadakan siasatan, bukannya mendedahkan dalam forum yang tidak dapat menyelesaikan masalah.

Soalnya siapakah yang ingin "dikambing hitamkan" oleh jaguh perpaduan Melayu itu bila ditanya siapkah yang menyerahkan teks itu. Adakah ada pihak tertentu yang sengaja membuat onar dan dijadikan peluru baru untuk menembak pihak tertentu.

Kalau itulah plot barunya kita sudah tahu "jantan dan betinanya".

Dalam perkembangan yang berkaitan Hishamddin Tun Hussein mengesahkan Kementeriannya belum menerima sebarang maklumat berkaitan mengenai dakwaan Harussani tentang individu tertentu yang mengambil kesempatan menghasilkan buku Perlembagaan Negara yang baru bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan sedia ada.

Hishammuddin Tun Hussein juga berkata, sebarang pandangan untuk menuntut pindaan Perlembagaan perlu dibawa kepada kerajaan dan jemaah menteri terlebih dahulu.

Setakat ini saya belum mendengar wujud sebarang pindaan Perlembagaan Negara dan tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan perlembagaan baru seperti yang dikehendaki oleh pihak tertentu. Kata Hishamuddin.

Kenyataan Hishamuddin mengesahkan bahawa sekali Harussani menimbulkan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat. Masing-masing bertanya siapakah yang dimaksudkan.

Janganlah main "baling batu sembunti tangan" dalam perkara serius ini.

Nampaknya Harussani makin bercelaru dengan mengambil alih tugas Menteri Dalam Negeri dan Polis. Tidak salah suatu masa dulu dia pernah jadi SB, dan adakah dia sudah lupa dia sudah bergelar Mufti sekarang ?

Kerana itu saya mendesak pihak Polis untuk memanggil Harussani untuk disoal siasat berhubung dakwaannya itu. Sebarang bukti dari kenyataannya boleh menjadi petunjuk kepada pihak polis untuk bertindak.

Polis diminta siasat Harussani


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup bimbang dengan dakwaan Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Haji Harussani Zakaria berhubungan ‘Perlembagaan Baru’ yang dinyatakannya di dalam Forum Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu anjuran Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung (GPMS) dan Gagasan Melayu Perak (GMP) baru-baru ini akan merosakkan keharmonian di dalam Negara kita dan akan membimbangkan rakyat pelbagai kaum yang hidup harmoni hampir lebih 50 tahun selepas Negara Merdeka.

DPPN Pk menasihatkan Tan Sri Harussani agar membuat laporan Polis jika benar perkara yang dinyatakan beliau benar-benar berlaku. Perkara ini penting kerana dakwaan-dakwaan yang selalu di timbulkan oleh Tan Sri Harussani tiada kesudahannya. Seperti isu ‘Raja Sherina’ yang pernah di bawa oleh Tan Sri Harussani satu ketika dahulu yang mencetuskan kemarahan Umat Islam akhirnya hilang begitu sahaja.

DPPN Pk juga meminta agar pihak Polis segera menyiasat dakwaan yang telah dinyatakan oleh Tan Sri Harussani tersebut.

Pihak Polis perlu membuat siasatan berkenaan kebenaran perkara tersebut dan siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap Tan Sri Harussani kerana beliau yang membangkitkan perkara tersebut dalam Forum Wacana kelmarin.

Bagi DPPN Pk, Tan Sri Harussani perlu menjelaskan perkara sebenar akan maksud beliau tersebut kerana perkara tersebut amat membimbangkan rakyat seluruhnya.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sunday, August 15, 2010

Najib terdesak lagi, pujuk kaum Cina



OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Kelmarim PM 1Malaysia membuat kejutan dengan membuat membuat rayuan kepada komuniti Cina di negara ini agar mempercayai beliau sebagai pemimpin yang menjaga kepentingan mereka.Satu tindakan yang saya anggap terdesak oleh seorang pemimpin yang sudah hilang punca dan arah untuk menarik sokongan bangsa Cina bagi mengekalkan kuasa BN.

Berucap pada kongres Ekonomi Cina di Kuala Lumpur, Najib berkata seperti ayahnya, beliau adalah juga pemimpin kepada semua rakyat Malaysia dan akan melakarkan apa yang terbaik kepada semua.

Selepas menyentuh mengenai Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Program Transformasi Kerajaan pada ucaptaamanya itu, Najib berkata beliau memerlukan 'kritikan membina' daripada semua pihak, termasuk Umno, MCA dan parti komponen BN yang lain.

“Seperti leluhur saya, saya akui saya adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Keprihatinan anda adalah keprihatinan saya - bukan sebaliknya.

“Saya telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakarkan apa yang terbaik untuk masa depan bersama kita. Tetapi saya hanya boleh berjaya dengan sokongan aktif dan penyertaan anda.”

Katanya, masyarakat Cina perlu berperanan penting dalam membantu menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.

Pujukan yang dibuat oleh Najib menghisai politik tanah air yang menyaksikan kaum Cina terus menolak perjuangan sempit MCA, satu parti yang satu masa dulu dikatakan mewakili kaum itu.

Penolakan kaum Cina kepada gerakan di Pulau Pinang sehingga memberi laluan kepada Pakatan Rakyat menerajui kerajaan negeri Pulau Mutiara itu membuktikan orang Cina sudah sangat bosan dan tidak percaya dengan perjuangan yang dilakukan oleh parti-parti Cina dalam komponen BN.

Malah tsunami politik dalam PRU ke 12 juga merupakan berubahnya sokongan majoroti kaum Cina kepada calon-calon dari pakatan Rakyat sehingga kemputusan PRU tersebut menghasilakan 4 negeri yang selama ini dikuasai oleh BN berubah kepada pakatan rakyat iaitu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor disamping terus kekal di Kelantan.

Pakatan Rakyat juga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen. Sesudah itu beberapa siri Piliharaya kecil (PRK) menyaksikan sokongan orang Cina kepada pakatan rakyat terus kekal malah bertambah. Terakhir BN dimalukan di PRK Sibu walaupun Najib meyogok kepada sekolah Cina sebanyal 18 Juta dan menjanjikan 5 juta lagi pada malam terakhir kempen.Calon BN tetap dimalukan untuk sekian kalinya.

Ucapan manis oleh Najib tidak akan melupakan trgedi pada satu masa yang tercatat dalam sejarah politik tanah Air bila Najib pernah mengucapkan sesuatu yang sangat mengguris hati orang Cina.

Apakah PRU ke 13 semakin hampir bila najib sudah sampai ke tahap sekarang dengan cuba pujuk memujuk kaum Cina supaya yakin kepada nya. Seingat saya inilah sejarah dan satu-satunya pemimpin UMNO yang ditolak oleh rakyat sehingga kena bertindak memujuk rakyat supaya menyokongnya.

Thursday, August 12, 2010

Fungsi DUN Perak lari dari landasannya?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong pandangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) yang turut bimbang akan peranan dan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang telah berubah dan lari dari landasan demokrasi dengan mengenakan pelbagai sekatan terutama kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan juga sekatan terhadap para media semasa sidang DUN Perak baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, pelbagai sekatan yang lain turut di buat, rakyat juga di nafikan hak bagi memerhati sidang DUN yang selama ini diberikan kebenaran kepada siapa sahaja termasuk usaha mengadakan siaran langsung terus kepada rakyat. Bagi DPPN Pk yang juga telah di nafikan hak sebagai pemerhati, berasa amat sedih dan cukup bimbang dengan suasana ini. Gambaran ketidak tenteraman yang di maklumkan oleh Datuk R.Ganesan sebenarnya terpesong jauh.

Semua perkara ini berlaku sebenarnya menambah kekeliruan dan menghilangkan penghormatan kepada DUN Perak sebenarnya. Bukannya membaiki keadaan yang selama ini bertentangan dengan tatacara DUN sebenarnya. Fungsi sebenar seorang Speaker mesti dikembalikan kepada yang benar-benar memahami, ada kemampuan dan bijaksana melaksanakan fungsinya sepertimana yang telah diperuntukan.

Bagi DPPN Pk, Datuk Ganesan tidak layak dan tidak mampu untuk menjalankan tugas sebagai seorang Speaker. Barisan Nasional (BN) sepatutnya mencari orang yang benar-benar layak bagi mengisi kekosongan Speaker DUN Perak tersebut.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, August 10, 2010

Tiga Mantan PJ terima penghargaan




AYER TAWAR: Tiga mantan Pesuruhjaya PAS Perak telah diberikan penghargaan oleh PAS Negeri Perak sebagai mengenangkan jasa mereka dalam memimpin PAS di negeri ini.

Tiga mantan Pesuruhjaya itu, Ustaz Azizan Desa, Ustaz Kamarudin Awang Basir dan Ustaz Ahmad awang.

Ketiga tiga tokoh itu menerima cenderahati penghargaan di majlis Konvensyen Negeri Perak yang diadakan di sini pada 6 Ogos lalu.

Bagi kategori anugerah Pemidato Terbaik (Muslimin) diberikan Ustaz Fairuz Hafiizh Orhman. , manakala Anugerah Pemimpin Harapan (Muslimin) telah diberikan kepada Mohd Hadri Abdul Majid . Kedua duanya dari PAS kawasan Tambun.

Sebelum ini Hadri juga adalah penerima Anugerah Salehuddin Al-Ayubi Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun pada tahun lepas.

PAS Perak juga pada konvensyen kali ini turut memberikan anugerah penghargaan kepada Tokoh Veteran PAS Perak yang disandang oleh Haji zainuddin Ibrahim dari PAS kawasan Beruas.


Manakala Anugerah Pemimpin Harapan (Muslimat) iaitu Nor Asiah Sabri. Beliau merupakan Setiausaha Lajnah Tarbiyah Dewan Muslimat PAS kawasan Bagan Serai.

Bagi kategori Pemidato Harapan (Muslimat) diberikan kepada Norlia Mohd Darus,

Bagi kategeri PAs kawasan yang berjaya memperolehi pendaftaran ahli teramai di seluruh Perak pada tahun ini dimenangi oleh PAS kawasan Parit. Ustaz Hassan Joha selaku Yang Dipertua PAS kawasan Parit menerima penghargaan bagi pihak PAS kawasan.

Resolusi Konvensyen PAS Perak kali ke 15


AYER TAWAR: PAS Perak yang berkonvenbsyen kali ke 15 di sini pada 6 hingga 7 Ogos lalu di sini telah membuat tujuh resolusi di mana seluruh perwakilan berjanji dan berikrar untuk

menjelasan Konsep Islam adil Untuk semua kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama sesuainya dengan tema ucap utama Pesuruhjaya PAS Perak, Islam adil untuk semua.

Dalam masa yang sama para perwakilan turut berjanji untuk memperkukuhkan kesefahaman dan kesepaduan Pakatan Rakyat di kawasan masing-masing, dengan berkerjasama dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada dalam perkara yang diperselisihkan.

Para perwakilamn juga berikrar meneruskan usaha pentarbiyahan haraki bagi melahirkan petugas-petugas yang mampu bersaing (kompitent) dan komitmen secara menyeluruh kepada ahli PAS disemua peringkat.

Dalam pada itu para perwakilan bersetuju dan berjanji untuk merakyatkan pimpinan melalui pusat khidmat PAS di setiap kawasan di negeri ini..

Di sama yang sama para perwakilan akan menjayakan pembinaan kompleks PAS Perak dalam tempoh setahun selepas pelancaran dilakukan sdebagai mercu tanda PAS Perak di negeri ini.

Seluruh perwakilan juga berikrar akan memperkasa dan memperkemaskan segala aspek persiapan pilihanraya bermula dari sekarang bagi merealisasikan hasrat untuk kembali mentadbir Perak dan menawan Putrajaya.

SErentak dengan itu juga para perwakilan berjanji untuk mewujudkan khidmat setempat (one stop centre) di setiap kawasan PAS melalui Lajnah Ekonomi Kawasan dalam tempoh setahun.

DHPP penguat kepada PAS




AYER TAWAR: Kesedaran kaum bukan Melayu, Cina dan India terhahap kejahatan dan kezaliman Umno/BN sebenarnya telah membuka peluang kepada PAs untuk mendekati golongan tersebut, sekaligus memperkenalkan Islam dan PAS kepada mereka.

Ruang ini membolehkan PAS berdakwah kepada mereka tetapi bukan bermakna PAS memaksa bukan Islam untuk menganut Islam tetapi dapat menerangkan dasar PAS dan pemerintahan cara Islam kepada bukan Islam, dalam masa yang sama mereka boleh kekl dengan agama dan resam budaya masing masing di bawah semangat keadilan Islam.

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam ucap utamanya yang dibacakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak di sini pada 6 Pgos lalu.

"Kita menemubual sebilangan besar anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), mereka secara yakin menyatakan mereka bersedia di bawah sistem pentadbiran yang adil serta memahami dasar perjuangan PAS yang membela rakyat tanpa mengira kaum," ujarnya.

Menurut beliau, krisis demi krisis, kezaliman dan kepura puraan BN dalam menjalin hubungan antara kaum membawa fenomena lebih besar iaitu peralihan undi bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat.

Kesan daripada ini, Pakatan Rakyat yang kukuh, dengan meningkatnya sokongan kaum bukan Melayu dan PAS menang banyak kerusi hasil sokongan kaum bukan Melayu, jelasnya.

PAS katanya tidak akan mengabaikan kaum bukan Melayu yang telah memberi peluang kepada PAS untuk menampilkan aspirasi dan dasar PAS.

Oleh itu amat tidak wajar bukan Melayu hanya perlu didekati setiap empat tahun sekali sahaja yang lansunng tidak menampilkan jiwa dan sunah Rasulullah yang menjadikan agenda `emgagement' dengan kaum bukan Islam sebagai rutin Baginda, katanya.

Ahli ahli PAS, tambahnya perlu efektif memahami ramai kaum bukan Islam terhadap sistem syariah, keadilan ekonomi Islam dan agenda kebajikan Islam.

"DHPP telah mengukuhkan Pakatan Rakyat serta memperkuatkan juga DAP dan PKR kerana segmen yang gagal ditembusi oleh parti tersebut berjaya diisi pula DHPP," katanya.

Menurut beliau DHPP kini menutup ruang paranoid atau ketakutan kaum bukan Islam terhadap PAS, kerena itu tidak ada siapa lagi menafikan peranan PAS terhadap kaum bukan Islam kerana DHPP boleh menjadi model dan fasilitor terhadap pelbagai tohmahan dan lemparan isu berkenaan.

Ahli ahli PAS juga perlu membawa Konsep Prinsip Pendekatan Hikmah dan Bertahap (tadarruj) di mana ahli ahli PAS perlu memahami betapa perlunya mendekati kaum bukan Islam.

"Disiplin yang tinggi untuk bersabar membina genarasi baru penguat PAS dari kalangan bukan Islam sangatlah diperlukan," katanya.

Monday, August 9, 2010

PAS tetap bersama Pakatan Rakyat




AYER TAWAR: Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub sekali lagi mempertegaskan bahawa PAS tidak akan meninggalkan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun ada usaha yang sedang dimainkan Umnno/BN dan media arus perdana untuk melaga lagakan PAS dan DAP.

"PAS tidak akan mengkhianati rakan rakan dalam Pakatan Rakyat," tegasnya disambil tepukan bergemuruh daripada perwakilan, pemerhati dan tetamu undangan sempena di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak yang diadakan di sini pada 6 Ogos lalu.

Beliau mengingatkan ahli ahli,penyokong penyokong serta pemimpin pemimpin DAP dan PKR agar tidak bimbang dan ragu dengan kesetiaan PAS sebagai rakan PKR kerana PAS tetap setia sebagai rakan.

"Kita tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak sama sekali untuk meninggalkan Pakatan Rakyat," tegasnya lagi. Sekali lagi para hadirin memberikan tepukan bergemuruh.

Menurut beliau, ahli ahli Umno juga jangan takut dan bimbang apabila Pakatan Rakyat memerintah negaera ini kerana mereka juga rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat akan berlaku adil kepada semua rakyat termasuk ahli ahli Umno.

"Ahli ahli dan penyokong penyokong Umno, jangan risau jika Pakatan menerintah, kita tidak menzalimi kamu semua sekiranya PAS bersama rakan rakan Pakatan Rakyat berkuasa semua rakyat akan dilayani dengan adil," katanya.

Umno katanya sejak dahulu kini dan selama lamanya memang suka melihat bukan Islam, Cina dan India terasing dengan PAS kerana dengan itu sahaja Umno/BN akan berjaya memerintah negara ini.

Oleh kerana itulah Umno cukup bimbang apabila melihat orang India dan Cina telah mendekati PAS, tembok pemisah PAS dan bukan Islam telah telahpun pecah, akhirnya wujudnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), inilah digeruni oleh Umno/BN, tegasnya.

"Sokongan bukan Islam kepada PAS amat dihargai dan disanjung, kita akan menjaga mereka, kita tidak akan menzalimi mereka dan hak mereka akan dijaga, tidak saperti Umno dan rakan komponen BN," jelasnya.

* Melayu PAS tidak sama dengan Melayu UMNO, Melayu PAS tidak menindas, akan berlaku adil, tidak zalim kepada semua kaum," ujarnya.

Hadir sama dimajlis itu Timbalan timbalan Pesuruhjaya PAS Perask, pimpinan PAS Negeri , kawasan dan cawangan, Dato' Nge Kor Ham, Pengerusi DAP Perak, wakil PKR, Kepten (B) Usali Alias, wakil Parti Sosialis Malaysia dan badan bukan Kerajaan (NGO)

Umno kini terasa terancam


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Umno akan sentiasa bertindak untuk mengekalkan kedudukannya sebagai teras politik negara ini terutama sekali jika merasa kedudukannya terancam, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mengulas cadangan dan usaha yang dibuat Umno terutama melalui medianya Utusan Malaysia sejak akhir-akhir ini yang cuba memancing PAS agar berpadu dengannya atas nama kepentingan Melayu dan Islam.

"Sejak dari awal perkembangan politik negara, iaitu sejak dari merdeka lagi sampai kini, Umno dan BN (dahulunya Perikatan) memang sentiasa menjadi teras politik negara. Dan Umno sememang akan berusaha untuk mempastikan dia kekal menjadi teras politik negara sepanjang masa. Tetapi dalam tempoh tertentu Umno terasa kedudukan ini terancam. Ketika itu, Umno akan ada agenda tersendiri untuk mempertahankan kedudukannya itu," kata Mustafa.

Mustafa dipercayai mengulas usaha Umno untuk memancing PAS agar bersatu dengannya kerana merasakan kedudukannya terancam selepas pilihan raya umum ke 12 lalu.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khasnya dengan akhbar politik Siasah pagi tadi. Wawancara penuh bakal diterbitkan hujung minggu ini (Jumaat). Dalam keluaran terbarunya, Siasah menyiarkan wawancaranya dengan Tun Dr Mahathir.

Antara lain, Dr Mahathir mendakwa PAS menjaga kepentingannya sendiri semasa dalam BN menyebabkan PAS ditendang dari BN. Mahathir juga mendakwa, Melayu kini minoriti selepas berpecah kepada tiga iaitu Malyu Umno, PAS dan PKR.

Menurut Mustafa dalam wawancara itu, selepas peristiwa 13 Mei, Umno buat pertama kali terasa kedudukannya terancam apabila PAS menang di banyak kerusi dan Gerakan juga menang besar dalam pilihan raya itu.

"Ekoran peristiwa 13 Mei dan melalui Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak berbincang dengan Yang Dipertua Agung PAS, Datuk Asri Muda. Umno juga berbincang dengan Gerakan. Saya yakin kedua-duanya (Tun Razak dan Asri) ikhlas untuk menjaga kepentingan Melayu Islam dan negara ketika itu. Apabila PAS berada dalam BN, dalam kerajaan, fenomena baru berlaku. Kalau selama ini banyak sektor masyarakat yang takut bersama PAS kerana PAS adalah parti pembangkang, ia telah berubah," kata Mustafa.

Selepas itu, katanya, PAS ditendang keluar dari BN.

Mustafa juga menolak, orang Melayu kini berpecah tiga dan menjadi minoriti dalam negara ini sebagaimana didakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir apabila mendakwa Melayu kini berpecah tiga iaitu dalam Umno, PAS dan PKR.

"Apakah ia bererti Melayu berpecah? Bagi saya tidak asalkan masing-masing tahu matlamat dan dasar yang murni perlu diperjuangkan bersama. Sepanjang masa, kita sentiasa berkata, PAS akan menyokong Umno dalam melaksanakan Islam dan untuk kepentingan orang Melayu di negara ini. Sejarah membuktikan PAS tidak pernah menghalang usaha sebegini. Yang sentiasa menghalang adalah Umno sendiri," kata Mustafa.

Baca wawancara penuh dengan Datuk Mustafa dalam Siasah Jumaat ini.

Bukit Larut: Kaji kesan alam sekitar


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak membantah usaha untuk membangunkan kawasan peranginan Bukit Larut bahkan mengalu-alukan dengan cadangan mewujudkan Kereta Kabel yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri sungguhpun tidak membuka ruang perbincangan bersama mereka yang sepatutnya dan kekhuatiran kami sekiranya ia membahayakan alam sekitar walaupun jaminan diberikan untuk cara pembinaannya.

Isunya ialah, struktur tanah yang tidak stabil masih berlaku yang mengakibatkan tanah runtuh di atas Bukit Larut. Stesen Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di atas Bukit Larut yang mana selalu digunakan sebagai laluan oleh TNB selalu berlaku tanah runtuh di sana. Keadaan ini amat membimbangkan jika langkah-langkah drastik tidak diambil tindakan segera.

Ditambah pula usaha pembinaan laluan Kereta Kabel yang akan mengakibatkan pemotongan pokok-pokok yang ada akan memberikan kesan kepada eko-sistem sampingan. Penduduk berdekatan Bukit Larut tidak diberikan peluang untuk memberikan pendapat termasuk Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi tujuan kepentingan bersama.

Bagi DPPN Pk, untuk mengelak perkara yang tidak diinggini berlaku usaha pembinaan Stesen Kereta Kabel ini perlu dihentikan buat sementara waktu selagi kajian menyeluruh dibentangkan kepada rakyat.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Friday, August 6, 2010

Ayuh bangkit dengan kekuatan hadapi PRU ke 13


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPN Pk) akan menganjurkan Konvensyen Kali Ke - 15 dan juga Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS pada hari Jumaat dan Sabtu, 6 - 7 Ogos 2010 ini di Dewan Kutien, Ayer Tawar bagi membuat persediaan seluruh Ahli PAS Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke - 13 nanti.

Majlis Perasmian pada 6 Ogos jam 8.00 malam tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Haji Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan. Sudah tentu perkara yang akan dipertegaskan oleh Haji Salahuddin adalah berkaitan isu perpaduan Umno- PAS yang menjadian isu kini.

Tema bagi kali ini adalah 'Islam adil untuk semua' menjadi pilihan PAS Perak bagi memastikan gerakerja parti disemua peringkat menumpukan tawaran tersebut bagi mendekati pengundi-pengundi. Manakala Ucaptama Pesuruhjaya PAS Perak Haji Abu Bakar Hussien akan merungkai agenda PAS Perak melalui tema bersama itu.

Banyak perkara yang akan disentuh oleh para peserta pada kali ini terutama kerjasama Pakatan Rakyat (PR) di Perak, kekuatan Jentera Pilihanraya PAS Perak, kemelut Perak yang masih tidak selesai dan sokongan rakyat kepada PAS / PR. Seluruh pimpinan peringkat parti yang terdiri daripada Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat termasuk daripada 24 PAS Kawasan seluruh Perak.

Kehadiran peserta konvensyen kali ini dijangka lebih seribu orang berbanding tahun lepas, ini kerana Ketua-ketua Cawangan PAS seluruh Perak akan turut menyertai sebagai perwakilan PAS Kawasan-kawasan. PAS Perak memberi peluang kepada seluruh Ketua Cawangan Perak mengikuti konvensyen dari awal hingga akhir, mereka akan mendengar sendiri ucapan-ucapan penting dari Naib Presiden PAS sebagai perasmi, ucaptama Pesuruhjaya PAS Perak, pembentangan dua kertas kerja dan perbahasan dari para perwakilan.

Fokus utama perbahasan dalam konvensyen ini lebih kepada bagaimana meningkatkan sokongan pengundi kepada PAS dan pembinaan pengaruh PAS dalam masyarakat. Konvensyen akan berakhir dengan Resolusi yang berupa tindakan kerja yang mesti dibuat oleh jentera PAS di semua peringkat. Resolusi tersebut akan turut diikrarkan di penghujung program konvensyen ini.

Bagi pihak PAS Perak mengharapkan semua yang terlibat akan menyumbang kebangkitan PAS / PR bagi menghadapi PRU Ke - 13 nanti. Selain pimpinan PR yang akan bersama di dalam majlis perasmian tersebut kelak.


MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Pengarah Program,
Merangkap Setiausaha,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Zambry tidak matang


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan sikap tidak matang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos yang lalu yang bersikap tidak profesional dan tiada wibawa dengan tingkah laku seperti masih menjadi pembangkang dahulu.

Dengan mengganggu perbahasan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan mengatakan ‘saya anak jantan’ sepertimana dinyatakan di dalam penyata rasmi DUN Perak jelas bahawa Datuk Seri Zambry terbawa-bawa sikap dan kelakuan sebenarnya. Tidak sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar yang berhemah semasa membahaskan Rang Undang-Undang Usul Perbekalan Tambahan tempohari.

Peruntukan masa yang terlalu singkat bagi membincangkan satu perkara yang besar langsung tidak membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry benar-benar berani dan 'anak jantan'. Pentas sidang DUN adalah tempat terbaik untuk berbahas secara ilmiah dan semua penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) boleh kemukakan persoalan dan menjawab sebarang pertuduhan jika ianya tidak benar.

Tetapi apa yang dapat di lihat, semua ADUN BN sedikit pun tidak membantu Datuk Seri Zambry yang menyebabkannya terpaksa bertahan bersendirian. Ucapan Datuk Seri Zambry yang mengatakan ‘saya anak jantan’ langsung tidak menggambarkan hakikat sebenar pentadbiran yang beliau menjadi nahkodanya. Datuk Seri Zambry hanya boleh berdepan dengan media arus perdana yang menyokongnya semata-mata tanpa berani berdepan dengan semua pihak termasuk rakyat negeri ini sendiri.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Ramadhan bulan mengekang nafsu


Mohd Hafez Sabri

Kedatangan bulan Ramadhan pada setiap tahun merupakan detik yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Digelar sebagai madrasah tarbiyah buat umat Islam, ia merupakan ganjaran hebat dan terbesar sepanjang tahun yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW. Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa bulan Ramadhan merupakan bulan yang wajib disyukuri pemberiannya oleh Allah SWT kepada kita semua, dengan merebut segenap ruang dan peluang untuk berbuat pahala. Menurut beliau lagi, bulan Ramadhan memahatkan seribu satu nostalgia kemenangan umat Islam di zaman dahulu yang kini menjadi motivasi buat mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Berdasarkan ayat di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud

“Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” – al Baqarah: 183

Ayat di atas merupakan perintah Allah SWT yang meminta seluruh umat Islam untuk berpuasa di bulan Ramadhan supaya di akhirnya, menatijahkan kita supaya bertaqwa kepadaNya. Dalam hal ini, Ustaz Abu Bakar mengatakan, latihan ataupun tarbiyah di dalam bulan Ramadhan harus dijalani dengan penuh makna kerana bagi setiap mereka yang berada dalam gerakan Islam, adalah perlu untuk mereka mendekatkan diri dengan Allah SWT supaya perjalanan untuk membawa mad’u tidak tersasar dari landasan dakwah Islamiyah. “Saya meminta agar seluruh pejuang PAS di negeri Perak khususnya, untuk memperbanyakkan amalan di bulan Ramadhan,” gesa beliau. Menambah mengenai hal ini, beliau mengatakan di antara amalan yang perlu diperbanyakkan ialah membaca al-Quran, memperbanyakkan solat sunat dan mengerjakan qiamullail di samping menggiatkan gerak kerja pilihanraya dan menjauhi maksiat di sepanjang Ramadhan.

Menceritakan mengenai sirah perjuangan umat Islam, beliau mengatakan, kebanyakan kemenangan besar umat Islam terjadi di dalam bulan Ramadhan. Beliau menceritakan, di antara kisah yang termasyhur ialah kisah umat Islam di dalam perang Badar yang terjadi pada 17 Ramadhan pada tahun kedua Hijrah. Dengan jumlah tentera Islam yang amat sedikit dan kelengkapan yang amat terhad, mereka berperang di medan Badar berbekalkan ketaqwaan kepada Allah SWT yang akhirnya menerima bantuan daripada Allah SWT. Beliau juga menceritakan bagaimana kemenangan Salahuddin al-Ayyubi ke atas tentera Salib yang juga berlaku di dalam bulan Ramadhan. Di antara pangajaran yang dapat diambil daripada kemenangan umat Islam di zaman dahulu ialah kerana dekatnya mereka dengan Allah SWT. Tentera-tentera yang ditarbiyah oleh Rasulullah SAW dan Salahuddin al-Ayyubi bukan hanya melahirkan manusia yang tunduk dan patuh kepada Allah SWT di dalam ibadah bahkan bijak di sudut taktikal dan kental di sudut fizikal.

Tambah beliau lagi, Ramadhan juga merupakan bulan jihad di mana pada bulan ini, umat Islam diasak bukan sahaja dengan nafsu makan, bahkan juga nafsu sekularisme. Melihat kepada keadaan semasa, bagaimana berjayanya pihak musuh Islam menanam sifat sekularisme di dalam rumah dan diri umat Islam. “Kita melihat bagaimana umat Islam yang berpuasa pada hari ini, berpuasa dalam keadaan tidak menunaikan solat dan melakukan maksiat. Inilah hasil daripada 50 tahun pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional,” ujarnya mengenai keadaan puasa masyarakat Malaysia kini. Merujuk kepada perkara ini, beliau mengajak kepada seluruh masyarakat Islam di Malaysia untuk bermujahadah bukan sahaja menentang nafsu makan, bahkan juga menentang nafsu sekularisme yang meletakkan Islam dalam keadaan asing.

Sebelum mengakhiri sesi pertemuan, beliau mengingatkan bahawa Ramadhan bukanlah bulan menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, jika diamati, Ramadhan merupakan bulan perkembangan politik Islam. Ini kerana, Islam mendapatkan kuasa pemerintahan semasa bulan Ramadhan seperti di dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Makkah) dan pembebasan Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi. Beliau juga menggesa kepada seluruh jentera PAS untuk menggiatkan gerak kerja dan mengambil keberkatan di dalam bulan Ramadhan. “Kita yakin Allah bersama kita dalam setiap gerak kerja kita,” kata beliau mengakhiri sesi perbualan.

Thursday, August 5, 2010

Islam adil untuk semua


Badan Perhubungan PAS Negeri Perak (BPPN Pk) akan menganjurkan Konvensyen Kali Ke - 15 dan juga Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS pada hari Jumaat dan Sabtu, 6 - 7 Ogos 2010 ini di Dewan Kutien, Ayer Tawar bagi membuat persediaan seluruh Ahli PAS Perak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 13 nanti.

Majlis Perasmian pada 6 Ogos jam 8.00 malam tersebut akan disempurnakan Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam kenyataan medianya 4 Ogos lalu.

'Kita menjangkan perkara yang akan dipertegaskan oleh Haji Salahuddin adalah berkaitan isu perpaduan Umno- PAS yang menjadian isu kini," ujarnya.

Menurut beliau tema bagi kali ini adalah 'Islam adil untuk semua' menjadi pilihan PAS Perak bagi memastikan gerakerja parti disemua peringkat menumpukan tawaran tersebut bagi mendekati pengundi-pengundi.

"Ucaptama Pesuruhjaya PAS Perak Haji Abu Bakar Hussien akan merungkai agenda PAS Perak melalui tema bersama itu," katanya.

Banyak perkara yang akan disentuh oleh para peserta pada kali ini terutama kerjasama Pakatan Rakyat (PR) di Perak, kekuatan Jentera Pilihanraya PAS Perak, kemelut Perak yang masih tidak selesai dan sokongan rakyat kepada PAS / PR, katanya.

"Seluruh pimpinan peringkat parti yang terdiri daripada Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat termasuk daripada 24 PAS Kawasan seluruh Perak akan hadir pada konvensyen PAS Perak kali ini," jelasnya.

"Kita menjangkan kehadiran peserta konvensyen kali ini lebih seribu orang berbanding tahun lepas, ini kerana Ketua-ketua Cawangan PAS seluruh Perak akan turut menyertai sebagai perwakilan PAS Kawasan-kawasan," ujarnya lagi.

PAS Perak katanya, memberi peluang kepada seluruh Ketua Cawangan Perak mengikuti konvensyen dari awal hingga akhir, mereka akan mendengar sendiri ucapan-ucapan penting dari Naib Presiden PAS sebagai perasmi, ucaptama Pesuruhjaya PAS Perak, pembentangan dua kertas kerja dan perbahasan dari para perwakilan.

Fokus utama perbahasan dalam konvensyen ini lebih kepada bagaimana meningkatkan sokongan pengundi kepada PAS dan pembinaan pengaruh PAS dalam masyarakat. Konvensyen akan berakhir dengan Resolusi yang berupa tindakan kerja yang mesti dibuat oleh jentera PAS di semua peringkat. Resolusi tersebut akan turut diikrarkan di penghujung program konvensyen ini.

"PAS Perak mengharapkan semua yang terlibat akan menyumbang kebangkitan PAS / PR bagi menghadapi PRU Ke - 13 nanti," katanya.

Pimpinan PR Negeri Perak akan bersama di dalam majlis perasmian tersebut kelak, jelasnya.

Satu lagi rekod buruk Kerajaan BN Perak


OLEH: JOHARI JAAFAR

IPOH: 6 Ogos: DAP meminta kerajaan mengemukakan rang undang-undang untuk menetapkan tempoh masa minima persidangan Dewan Negeri supaya badan perundangan tersebut tidak dijadikan “rubber stamp” semata-mata demi memenuhi agenda peribadi sesuatu pihak sahaja.

Demikian ditegaskan oleh Ahli Dewan Negeri Pantai Remis, Nga Kor Ming dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Beliau melahirkan perasaan kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri BN hanya bersidang setengah hari untuk meluluskan rang undang-undang perbekalan tambahan yang melibatkan RM80 juta wang rakyat tanpa memberi peluang berbahas yang sencukupi kepada ahli ahli dewan.

Selasa lalu, BN mengadakan sidang Dewan Negeri cuma satu hari untuk meluluskan enakmen perbekalan tambahan yang menyaksikan Perak mengalami belanjawan defisit yang tinggi RM104 juta.

Persidangan tersebut juga menyaksikan bekas Menteri Besar, Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diusir keluar dari Dewan kerana tegas mempertahankan hak untuk bersuara untuk rakyat.

Akibat pengusiran tersebut, semua 27 orang Ahli Dewan dari Pakatan Rakyat mengambil ketetapan meninggalkan Dewan sebagai tanda protes.

Nga Kor Ming, yang juga merupakan Setiausaha DAP Negeri Perak berkata, adalah tidak masuk akal bahawa persidangan Dewan yang begitu penting hanya berlangsung satu hari sahaja.

Beliau mengutuk keputusan Menteri Besar Perak , Dato Seri Dr Zamry Abd Kadir yang enggan bersidang empat hari sepertimana yang diminta oleh Pakatan Rakyat supaya semua Ahli Dewan diberi peluang untuk berucap.

“Berani kerana benar, takut kerana salah.Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat?” jelasnya.

Menurutnya lagi adalah tidak munasabah apabila selaku Ketua Pembangakang Dewan Negeri, Dato Seri Nizar hanya diberi masa 15 minit oleh Dato G Ganesan untuk berucap dalam membahas rang undang-undang yang melibatkan wang RM80 juta.

Semua Ahli Dewan lain pula hanya diberi masa 10 minit masing-masing. Amalan kuku besi sedemikian adalah bertentangan dengan prinsip asas sistem Demokrasi berparlimen, tegasnya.

“Parlimen mengambil masa 40 hari berdebat untuk meluluskan bajet, tetapi sidang DUN Perak cuma satu hari sahaja, saya percaya ini satu lagi rekod dunia.” ujar beliau

“Sepanjang masa persidangan, microphone ADUN Pakatan ditutup, media diletak dalam bilik berasingan dan dikurung di atas bangunan Perak seperti Akuarium, seluruh Dewan dikerumuni oleh anggota polis, kini Dewan Negeri sudah tidak dapat berfungsi dan demokrasi juga terkubur dalam Negeri Perak berikutan rampasan kuasa. katanya lagi”

Mengikut konvensyen Parlimen dan amalan biasa, Ketua Pembangkang sentiasa diberi penghormatan dan masa yang secukupna untuk berhujah. sebagai contoh, Lim Kit Siang pernah berbahas selama lebih 10 jam di Dewan Rakyat ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pembangkang Parlimen tetapi di Perak, ia hanya 15 minit sahaja.

Beliau juga menegur tindakan kerajaan Negeri membenarkan pihak kurang bertanggungjawab menggantung sepanduk mengecam pembangkang dengan perkataan kejam di perkarangan bangunan kerajaan Negeri.

Tindakan sedemikian menunjukkan penyokong BN adalah cetek pemikiran dan kurang matang, katanya.

Demi membela hak bersuara dan memastikan Dewan perundangan berfungsi secara sihat, beliau menggesa supaya semua kerajaan Negeri mencontohi Dewan Rakyat, menetapkan had minima waktu bersidang, supaya institusi perundangan dapat memainkan peranan memeriksa kuasa eksekutif yang diketuai oleh kerajaan negeri.

Wednesday, August 4, 2010

Demokrasi dibunuh di Dewan Undangan Negeri Perak


OLEH: YB V. SIVAKUMAR

Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidanagan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat.

Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini.

Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim.

Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya . Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata.

Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif.

Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta.

Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR.

Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja.

Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar.

Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama sekurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah”

Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalahgunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.