Friday, April 9, 2010
ADUN bebas bakal kuburkan BN
OLEH: Dr. Raja Ahmad Al-His
IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak sabar menunggu dalam tempoh yang tidak lama lagi apabila Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja yang akan menentukan kedudukan 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah menjadi Bebas awal Februari tahun lepas yang lalu akan berakhir.
Persoalan yang akan timbul ialah, bagaimana kedudukan mereka selepas ini? Adakah mereka akan bertanding semula? Apakah tiket yang akan mereka bertanding selepas ini? Adakah Umno / Barisan Nasional (BN) bersedia memberikan ruang kepada mereka bertanding atas tiket BN? Atau pilihanraya umum ke – 13 ini akan mengkuburkan masa depan mereka?
DPPN Pk yakin mereka akan memusnahkan masa depan mereka bersama BN dan mereka harus sedar masa sedang mengejar mereka. Sudah tentu rakyat akan menghukum mereka kerana telah mengkhianati amanah rakyat yang memilih mereka. Mahkamah Rakyat akan mengadili mereka jika mereka akan bertanding semula. Pada masa itu, barulah mereka sedar akan kedudukan mereka jika mereka kalah nanti.
Walaupun buat masa ini, ADUN-ADUN Bebas ini dilayan seperti 'menatang minyak yang penuh' oleh BN, tapi ianya hanyalah semata-mata untuk menjaga kepentingan politik jahat BN bagi mengekalkan perbuatan haram mereka di Perak melalui sokongan ADUN-ADUN Bebas ini. DPPN Pk juga merasa pelik kerana kes dakwaan rasuah ADUN Behrang dan Changkat Jering ini seolah-olah cuba dilengah-lengahkan oleh pihak-pihak tertentu, walhal kes perbicaraan ini tergolong dalam kes berprofail tinggi yang melibatkan kepentingan rakyat Perak yang perlu disegerakan.
Untuk rakyat, DPPN Pk meminta agar rakyat memastikan hukum setimpal kepada mereka yang mengkhianati amanah rakyat selama ini. BN sudah tentu tidak akan memberikan apa-apa keistimewaan kepada mereka jika mereka tidak memberikan manfaat kepada BN nanti. Tahniah kepada ADUN Bebas sekarang dan bakal menjadi sampah kepada BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment