Friday, April 23, 2010

Kerajaan Negeri BN Perak wajar dipersalahkan?


IPOH: Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak,yang juga Setiausaha PAS NEgeri Perak, MIsbahul Munuir Masduki menempelak Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir, yang memyatakan urusan jemputan ke Majlis Keputeraan Sultan Perak ke 82 di Iskandariah adalah urusan pihak istana dan kerajsaan Negeri tidak wajar dipersalahkan.

Kenyataan ini seolah-olah kerajaan negeri lepas tangan dalam isu jemputan ADUN Pakatan Rakyat ke majlis Hari Keputeraan Sultan Perak,bahkan Kerajaan negeri seolah-olah menyalahkan pihak Istana kerana tidak mengundang ADUN Pakatan Rakyat, jelasnyua..

"Saya difahamkan oleh seorang pegawai di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), urusan jemputan tersebut biasanya dikelolakan oleh Bahagian Protokol dan Adat Istiadat yang beribu pejabat di Bangunan Setiausdaha Kerajaan Negeri, bukannya di Istana Iskandariah, ianya dikelolakan oleh Bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, sekalipun pihak Istana berhak menentukan tetamu-tetamu jemputan, sebagai Menteri Besar, Zambry boleh memberi cadangan agar Adun-Adun Pakatan Rakyat dijemput sebagai lazimnya," katanya.

"Saya tidak fikir pihak Istana terlepas pandang untuk tidak menjemput Adun Pakatan Rakyat, saya percaya mesti ada dalang disebalik itu supaya rakyat dapat gambaran Adun Pakatan Rakyat tidak menghormati Tuanku dengan tidak menghadiri majlis Tuanku." katanya lagi.

Menurut beliau, insiden Sidang DUN baru-baru sangat memalukan, UMNO BN telah melanggar aturan Mesyuarat yang terkandung dalam Perintah Tetap Dewan, Adun Pakatan Rakyat berjaya mendedahkan pelanggaran ini, jadi untuk menutup kelemahan ini dan bagi menggambarkan buruknya Adun Pakatan Rakyat, isu ketidakhadiran Adun PR dalam majlis Tuanku sudah tentu akan memberi gambaran kononnya Adun Pakatan Rakyat tidak menghormati Tuanku Sultan.

Jesteru itu sewajarnya Kerajaan Negeri BN wajar dipersalahkan kerana ADUN ADUn Pakatan tidak dijemput ke Majlis Hari Keputeraaan Sultan Perak baru baru ini.

Anihnya ADUN ADUN Pakatan Perak telah djemput dalam Majlis Pesta Air di Kuala Kangsar, tetapi majlis Hari Kupeteraan Sultan ADUN ADUN Pakatan Rakyat tidak dijemput.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya semalam kesal dengan dakwaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR) berhubung ketidakhadiran mereka pada Majlis Keputeraan Sultan Perak Ke-82, di Istana Iskandariah.

Katanya, isu itu tidak seharusnya ditimbulkan kerana jemputan berkenaan adalah urusan istana.

Menurutnya, urusan jemputan adalah istana dan rakyat tidak seharusnya mempertikaikan keputusan berkenaan.

“Pihak istana berkuasa penuh terhadap urusan jemputan ini. Terpulang kepada mereka untuk tentukan dan rakyat tidak berhak mencampurinya," katanya

Zambry jangan hendak memperbodohkan rakyat khususnya ADUN ADUN Pakatan Rakyat dengan kenyataan saperti itu, umumnya mengetahui jemputan ke majlis Hari Keputeraaan Sultan Perak dibuat oleh bahagian Protokol dan Adat Istiadat di Pejabat SUK, ini bermakna Kerajaan Negeri wajar dipertanggungjawabkan kerana terlepas pandang tidak menjemput ADUN ADUN Pakatan Rakyat," tegasnya.

Beliau cukup kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri itu sedangkan semasa Pakatan Rakyat memerintah dahulu perkara ini tidak berlaku.

"Ini sudah tentu ada dalangnya bagi memburukan Adun Pakatan Rakyat, kita mahu Zambry menyiasat perkara ini dan mebdedahkan dalang yang menyebabkan ADUN ADUN Pakatan Rakyat tidak dijemput ke majois Hari Keputeraan Tuanku baru baru ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment