Sunday, April 11, 2010

PAS Kawasan Batu bertemu PR Perak




Dalam ekspedisi PAS kawasan Batu Wilayah Per4sekutuan ke Pulau Pinang dan Perak rombongan tersebut yang diketuai oleh Yang Dipertua PAS kawasan Tersebut, Ishak Surin telah mengadakan pertemuan dengan Pakatan Rakyat Negeri Perak bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri pada 30 - 31 Mac lalu.

Pakatan Rakyat Negeri Perak diwakili V. Sivakumar dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim dan pertemuan tersebut diadakan pada petang sbahawa semalam di Pejabat PAS Negeri, di Medan Istana.

Ishak Surin dalam ucapan ringkasnya menyatakan tujuan lawatan PAS kawasan Batu singgah di negeri ini adalah untuk menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat Negeri Perak dan ADUN ADUN PR yang ternyata berjuang bersungguh sungguh walaupun menghadapi cabaran hebat dari Regim BN Perak.

Di samping itu untuk mengetahui secara lebih dekat mengenai persidangan DUN Perak pada 30 - 31 Mac lalu lalu yang berita berita mengenainya telah ditutup dengan rapat oleh media arus perdana.

V. Sivakumar dalam taklimatnya memberitahu pesidangan tersebut adalah persidangan polis kerana ramainya polis di tempatkan di perkarangan bangunan SUK dan di dalam bangunan.

Beliau mendakwa ADUN ADUN BN takut dan bacul untuk berhadapan dengan ADUN ADUN PR kerana itu persidangan tersebut hanya sehari sahaja.

Menurutnya ADUN ADUN PR telah dibisukan apabila apat pembesar suara mereka ditutup, kerana itu apa yang ADUN ADUN PR suarakan tidak didengari dan BN yang memekakkan telinga mereka dan para media pula dikurung dalam satu bilik, mereka hanya dapat lihat persidangan menerusi cermin gelap dan tidak mendengan apa yang berlaku di dewan.

Turut memberikan taklimat ialah Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Beliau menceritakan tentang perjalanan sidang DUN dan kenapa ADUN ADUN PR bertindak keluar dewan.

Beliau turut memberitahu PA Perak dan PR telah mencetak 50,000 naskah buletin yang memaparkan kejadian sebenar sidang DUN tersebut dan ianya akan diedar ke seluruh negeri.

No comments:

Post a Comment