Thursday, April 1, 2010
BN sekali lagi melacurkan demokrasi
IPOH: 1 APRIL: Setiausaha PAS Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki menyifatkan persidangan Dewan Negeri Perak yamnng berlangsung cuma dua hari sebagai tidak menghormati rakyat Perak yang mahu sidang DUN menjadi platform terbaik rakyat menyuarakan hak mereka melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh mereka.
Ini juga menggambarkan sidang DUN kali ini turut juga tidak menghormati Tuanku Raja Muda Perak yang bertitah cukup bernas, penuh dan sarat dengan saranan yang cukup baik.
"Tetapi sayang sidang DUN Perak hanya bersidang dua hari sahaja. Titah Tuanku tidak dibahas secukupnya oleh Adun Pakatan Rakyat dan BN, malahan hari kedua sidang, titah Tuanku tidak dijadikan agenda utama, perbahasan titah Tuanku hanya selepas pembentangan Rang Undang-undang,"..
Beliau berkata demikian sebagai reaksi persidangan DUN yang cuma berlangsung dua hari dan tamat semalam.
"Ini jelas ia bercanggah dengan Aturan Mesyuarat sebagaimana terkandung dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri 13 (1), " jelas beliau.
Menurutnya sidang hari pertama hanya mendengar titah Tuanku. Hari-hari berikutnya adalah peluang terbaik untuk setiap Adun berbahas mengenai apa sahaja perkara mengikut Aturan Mesyuarat termasuk perbahasan titah Tuanku.
Perbahasan titah Tuanku adalah perdebatan terbaik bagi semua Adun berhujah dalam apa sahaja isu termasuk isu-isu berkaitan rampasan kuasa, mereka boleh berucap dengan hujah masing-masing.
Adun BN juga boleh mendedahkan apa sahaja kelemahan,kepincangan, salah guna kuasa atau apa sahaja yang sering didakwa oleh UMNO BN ketika Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak dahulu dan pastinya Adun-adun Pakatan Rakyat akan menjawab semuanya dalam ucapan perbahasa mereka,walau bagaimanapun isu asas yang mesti menjadi fokus utama perbahasan ialah kebajikan dan kepentingan rakyat, katanya.
Menurutnya lagi Adun Pakatan Rakyat memulakan sidang semalam dengan cara yang betul. Adun Pantai Remis mengambil kesempatan dengan menggunakan 'point of order' lalu membacakan beberapa perkara dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri.
Beliau berhujah bahawa Ganesan bukan Speaker yang sah berdasarkan enam hujah yang dikemukakan, tetapi Ganesan tidak memberi peluang supaya perdebatan dibuka dalam isu perlantikan Speaker.
"Dewan Negeri adalah platform kedua pihak berhujah, sekiranya ia diberi liputan yang adil, rakyat akan menilai hujah siapa yang tepat dan benar," katanya.
Begitu juga soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh Adun Pakatan Rakyat yang menyentuh isu-isu berkaitan perlantikan Speaker mengikut Perintah Tetap Dewan dan juga Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, sepatutnya soalan itu dijawab, bukan ditolak.
Penasihat Undang-undang Negeri boleh menyediakan jawapan, berdasarkan jawapan yang diberikan, Adun Pakatan Rakyat boleh mencabar dengan menggunakan peluang mengajukan soalan tambahan.
Beliau mengulang kenyataannya bahawa sidang DUN merupakan ruang terbaik bagi semua pihak bersuara di atas ketidak puashatian rakyat bagi menyuarakannya melalui Adun mereka.
Peristiwa rampasan kuasa di Perak adalah antara yang rakyat tidak puashati. Adun Pakatan Rakyat boleh berhujah mempertikaikan tindakan rampasan kuasa, pihak BN pula boleh berhujah juga bagi mengesahkan tindakan mereka. inilah baru dinamakan demokrasi hidup yang sebenar, jelasnya.
Namun demokrasi dimatikan oleh UMNO BN, mereka tidak berani menghidupkan demokrasi kerana mereka juga tahu demokrasi melalui hujah tidak akan mampu dipatahkan oleh mereka, kerana itu mereka tidak gunakan hujah sebaliknya menyalahgunakan kuasa untuk mempertahankan tindakan mereka, katanya lagi.
Sidang dewan ditangguhkan semalam dengan tidak ada perbahasan menyeluruh titah Tuanku yang diambil bahagian oleh semua Adun. Tindakan ini memberi gambaran seolah-olah titah Tuanku tidak dihargai dan dihormati, apabila Tuanku menyarankan banyak perkara dalam titahnya semalam, sudah tentu ia perlu dibahaskan secara positif oleh semua pihak, katanya..
Tuanku turut menyentuh polisi kerajaan tetapi Adun-adun tidak diberi peluang bagi mengulas dan mengupas. Adun pembangkang sudah tentu akan berbahas mengikut perspektif pembangkang yang luas, jelasnya.
"Inilah padahnya apabila kerajaan halal diambil dengan cara yang haram kemudian tindakannya minta dihalalkan melalui mahkamah. Ini seumpama perbuatan mencuri ayam, kemudian bila ayam yang dicuri itu mahu dimakan, ia disembelih mengikut hukum syarak supaya jadi halal," sindir beliau.
Apabila perkara asas sudah tidak betul, ianya mengundang kepada seribu kepincangan. umpamanya Aturan Mesyuarat dalam sidang dewan, Speaker haram Ganesan menyusun jadual perjalanan sidang juga tidak betul.
"Adun Pakatan Rakyat cuba memperbetulkannya, tetapi dengan bodoh sombong Ganesan menolanya," ujar beliau.
Dalam Aturan Mesyuarat Perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan sebelum pembentangan Rang Undang-undang, tetapi itu berlaku. persidangan pula tidak ditetapkan berapa hari, sedangkan Pakatan Rakyat mencadangkan supaya sidang DUN Perak diadakan 4 ke 5 hari bagi membolehkan semua aspek dibincangkan dalam dewan.
"Sebenarnya sidang yang dibuat kali ini diadakan dalam keadaan UMNO BN bimbang dan takut. mereka tidak berani berdepan dengan Adun Pakatan Rakyat melalui hujah, dalam masa yang sama pihak polis pula diperkudakan oleh mereka," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment