Thursday, April 8, 2010

Zambry angkuh, Tajul wajar beri nasihat


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) berpendapat Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Tajul Rosli Ghazali wajar memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Menteri Besar Perak, Dato' Seri Zambry Abdul Kadir memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas terutama berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dilihat tidak mengikut Peraturan Tetap DUN Perak yang baru berlangsung pada 30 dan 31 Mac yang lalu.

Apabila penyusunan asal agenda Sidang DUN Perak yang lalu tidak meletakkan agenda pertama di dalam membahaskan titah ucapan Perasmian Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Peraturan Tetap DUN Perak, Walapun telah ditegur oleh Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Zambry dilihat angkuh dan tidak menerima pandangan tersebut setelah diminta supaya diperbetulkan.

Demikian dinyatakan Setiausaha Dewan Pemuda PASN Perak, Dr. Raja Ahmad Al-His dalam satu kenyataan medianya di sini semalam.

Menurutnya Datuk Seri Tajol Rosli yang sebelum ini telah dipertikaikan kerana menghantar persetujuan untuk hadir persidangan DUN Perak yang lalu kepada Speaker DUN Perak yang sah, V.Sivakumar, amat memahami dan berpengalaman luas yang sepatutnya dirujuk terlebih dahulu.

Akan tetapi pengalaman dan kemampuan Datuk Seri Tajol Rosli selama ini tidak dimanfaatkan oleh Datuk Seri Zambry. katanya.

Bapa kepada Datuk Seri Tajol Rosli yang juga bekas Menteri Besar iaitu Tan Sri Mohammad Ghazali Jawi yang banyak pengalaman terutama berkaitan dengan perkara yang mesti didahulukan iaitu seperti perbahasan titah ucapan Perasmian Raja Perak yang menjadi agenda pertama setiap kali persidangan di buka oleh Raja Perak.

No comments:

Post a Comment