Wednesday, April 7, 2010
Angkuhnya Shahrizat
OLEH: YB KHALIL IDHAM LIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kelmarin dengan sikap yang tidak membina dan menghargai usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat dengan menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.
Saya tidak pasti apa yang dimalukan oleh Sharizat, kerana rasa malu kepada dirinya dan kementerian yang diketuainya adalah sepatutnya lebih tinggi kerana tidakpun melakukan apa yang dilakukan oleh Lim Guang Eng .
Andaian cetek Shahrizat yang menumpang jadi menteri dengan kerusi Sanator itu baginya kerajaan negeri pimpinan DAP itu sebenarnya meletakkan nilai warga emas di negeri tersebut sebagai kurang daripada RM10 sebulan.
Sedangkan kemeterian dan kononnya Kerajaan Malaysia yang makmur di bawah pentadbiran BN sejak 52 tahun memerintah Malaysia tidak pernah melakukan seperti apa yang dilakukan walaupun di Pulau Pinang sendiri.
Bukankah sepatutnya dan kalaulah Shahrizat matang berpolitik, cubalah puji sedikit walaupun ianya dari Pakatan Rakyat, nyatakan yang sebenarnya, yang baik kenalah disokong. Kalau rasa mampu saingilah dasar itu dengan buat dasar yang sama untuk negeri lain yang dikuasai BN , bukankah BN mendakwa ekonomi Malaysia dan makin membaik.
Katanya dengan sombong dalam berita yang saya saksi di TV 3 dengan katanya "Saya rasa malu bila terbaca Guan Eng beri RM100 setahun kepada warga emas. Kalau nak dikira tak sampai RM10 sebulan. Pemberian itu kononnya sebagai pernyataan penghargaan. Sebagai menteri yang menjaga kebajikan saya rasa malu."
Tidak tahu apa yang Ibu Menteri ini maksudkan, bagi saya dia malu kerana tidak mampu buat macam Guang Eng buat dan, dia telah dipintas oleh dasar kebajikan kepada rakyat oleh sebuah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.
Angkuhnya Shahrizat sehingga dia tawarkan ucapan takziah kepada warga emas di Pulau Pinang kerana nilai mereka kepada kerajaan Pakatan Rakyat baginya hanya kurang daripada RM10 sebulan.
Sedangkan dalam Islam banyak mana yang diberi bukan ukuran, namun keikhlasan dan kemampuan yang ada itu adalah ukuran yang utama disisi Allah SWT.
Realitinya UMNOlah yang sering meletakan nilai orang melayu lebih murah daripada sekilo ikan kering dengan menggunakan wang memancing undi setiap kali pilihanraya. Bayangkan kalau Guang Eng bagi RM100 untuk setahun , BN bagi kepada rakyat RM 100 untuk 5 tahun, mana lebih murah dan memalukan. Artinya nilai dan maruah orang Melayu UMNO khususnya cuma dibayar dengan nilai tidak sampai RM 2. Hanya RM 1.6666666666 sen sahaja sebulan.
Kenyataan Shahrizat bagi saya akan menambahkan kebencian rakyat Malaysia khususnya warga emas kepada UMNO dan BN. Penghianat ini ternyata perlu dinyahkan dari peta politik Malaysia. Tahulah rakyat akan menghukumnya bila tiba masanya nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment