Saturday, March 5, 2011

DULU, KINI DAN SELAMA LAMANYA UMNO PEROSAK BANGSA MELAYU


OLEH MOHD HAFIZ SABRI

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini menyatakan bahawa Pemimpin-pemimpin Umno merasakan hak istimewa orang Melayu tergugat tidak lain tidak bukan kerana bimbang kedudukan dan kuasa mereka tergugat disebabkan orang Melayu mula meninggalkan perjuangan Umno di samping kaum lain sudah tentu menjauhi perjuangan Barisan Nasional.

Menurut beliau, pemimpin tertinggi Umno mahu memecahbelahkan orang Melayu dengan alasan kaum Melayu semakin lemah dan hak istimewa orang Melayu akan tergugat jika Umno-BN kalah dalam pilihanraya akan datang. Dengan kata lain, Umno cuba mengugut orang Melayu agar tidak menolak Umno-BN dalam pilihanraya jika tidak mahu hak mereka hilang kepada kaum lain.

Beliau menyatakan , seluruh rakyat Malaysia mengetahui bahawa Umno tidak terlepas daripada isu perkauman. Kononnya umno sebagai penyelamat kaum Melayu, akan tetapi reality sebenar pemimpin umno yang telah menggadaikan keistimewaan bangsa melayu di Malaysia selama ini.

"Umno merosakkan Melayu sejak merdeka dulu adalah Umno. sudah 53 tahun merdeka, Melayu makin lama makin terpinggir,nasib orang melayu semakin tidak terbela, bukankah selama ini umno yang uruskan pentadbiran Negara?. Jadi siapa yang rosakkan Melayu sejak dari dulu kalau bukan Umno yang mengkhianati kaum sendiri?” umno salah guna kuasa selama ini, habis tanah rizab orang melayu digadaikan, hak keistimewaan orang melayu dihakis , bahasa melayu diketepikan”

“ Pemimpin umno juga mengamalkan prinsip rompak hasil mahsul negeri dan kemudian mengagihkan kepada kroni-kroni umno yang menjadi budaya Umno-Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun”

Selain itu beliau juga menyatakan, Islam tidak menyuruh kita anti kepada mana-mana kaum dalam negara ini atau dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Tetapi, Islam menekankan aspek keadilan sejagat untuk semua.

Justeru beliau menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bangkit menghalang kezaliman yang selama ini dilakukan oleh umno kepada rakyat Malaysia,matlamat terdekat kita untuk memenangi PRU 13 ini dan banyak bukti umno telah gadaikan bangsa melayu demi kepentingan peribadi pemimpin mereka dan PAS bersama Pakatan Rakyat akan dedahkan sebanyak mungkin bukti-butki kezaliman yang dilakukan oleh umno selama ini kepada rakyat.

Thursday, March 3, 2011

SAMAN EKOR MENINDAS RAKYAT


PARIT BUNTAR, 3 Mac : Isu rakyat yang sedang hangat diperbincangkan mengenai saman ekor yang makin ligat memburu rakyat yang dihukum tanpa ada satu pun langhah yang lebih mesra rakyat melainkan rakyat terus diburu supaya membayarnya. hari ini.

Demikian dinyatakan oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim ketika ditemui di sini .

“Rakyat perlu tahu ke manakah wang mereka setelah bekerja siang dan malam, pihak lain tiada hak ke atas wang yang diusahakan, tapi BN telah menunjukkan bahawa mereka ada kuasa atas wang rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, rakyat perlu pembelaan dalam isu aliran keluar masuk wang simpanan mereka, dan tiada siapa pun yang boleh memaksa rakyat untuk berbelanja terhadap perkara di luar perancangan.

“Siapa lagi kalau bukan pemerintah yang menjamin hak ini, tapi umno BN telah khianat dalam isu ini, rakyat dipaksa untuk membayar saman ekor yang tidak demoratik itu” tegasnya.

“Terdapat 15 juta saman ekor yang telah dikeluarkan, mereka disenarai hitamkan berdasarkan undang-undang yang belum dikuat kuasakan lagi, mereka paksa rakyat patuh undang-undang,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana rakyat boleh dididik dengan saman ekor sedangkan yang nampak hanya lebih banyak kepada unsur menghisap darah rakyat ?

Dalam pada itu Khalil menjelaskan, undang-undang yang mengatakan rakyat wajib membayar dan disenarai hitamkan adalah satu kezaliman kepada rakyat. Kerajaan tidak berhak berbuat begitu kepada rakyat dan menafikan hak mereka untuk memperbaharui cukai jalan.

“Maklumat ini perlu disebarkan kepada rakyat dengan segera,” tegasnya.

'Berita sebegini mesti disebarkan kepada pengetahuan umum, saya juga mengambil kesempatan ini untuk memuji langkah membantah saman eskor seperti yang diadakan dilaman Facebook,” jelasnya lagi.

“Setiap rakyat bertanggungjawab untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, PAS dan Pakatan Rakyat menjanjikan untuk menghapuskan saman ekor bila berkuasa di Putra Jaya. Kerana itu rakyat wajib bangkit untuk tumbangkan BN yang zalim di PRU 13 nanti,” tegasnya.

Wednesday, March 2, 2011

BANGKIT TENTANG KEZALIMAN BN


OLEH: HAFIZI FAUZI

PARIT BUNTAR, 28 Feb : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata rakyat Malaysia di Dun Merlimau dan Kerdau disarankan supaya sama-sama menyingkir sebarang bentuk kezaliman seiring dengan momentum dunia yang sedang menuju ke arah sifar pemerintah tidak adil.

Tambahnya, kezaliman terhadap rakyat yang berlaku di serata dunia adalah hampir sama coraknya, jika di timur tengah, dua rejim telah dapat digulingkan, ciri rejim tersebut hampir sama dengan regim BN di Malaysia .

Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, jika di timur tengah rakyat di sana menolak kerajaan yang disifat kuku besi kerana pemerintah menggunakan seluruh proksi kerajaan untuk kepentingan sesetengah individu parti pemerintah untuk mengekalkan kuasa.

"Demikanlah apa yang berlaku di Malaysia bila UMNO dan BM mempergunakan semaksima mungkin segala agensi dan jabatan bagi memastikan kuasanya terus kekal" Katanya.

“Identiti pemerintah yang zalim ini mudah dikenal pasti, contohnya harga minyak, di Malaysia terlalu mahal sedangkan kita adalah negara pengeluar minyak,” jelasnya.

Dalam pada itu Khalil menjelaskan kereta nasional yang dibeli di pasaran Malaysia adalah antara tertinggi direkodkan, begitu juga harga kereta import, vios misalnya, di Negara jiran kita boleh dapatkannya dengan harga RM50 ribu sahaja, sedangkan di Malaysia perlu dibeli dengan harga RM90 ribu dan lebih.

“Banyak lagi kezaliman terhadap rakyat, misalnya demokrasi yang palsu tetapi dilaungkan ianya dilaksana dengan penuh adil dan saksama, walhal banyak hak demokrasi itu sendiri telah di cabul dengan sesuka hari umno bn,” katanya.

Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat menyatakan di RTM, TV3 dan radio yang menafikan hak negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sehingga sekarang dengan mereka tidak diberi peluang walaupun hanya sekadar untuk mengucapkan selamat hari raya,”

“Rakyat secara umunya tidak sedar mereka sedang dizalimi, maka usaha untuk menyedarkan hal ini perlu digiatkan lagi bagi memastikan isu ini sampai ke pengetahuan setiap lapis masyarakat, dengan itu agenda menjatuhkan BN dalam PRU ke 13 pasti akan berhasil ,” katanya ketika mengakhiri sesi temu bual.

UMNO TERKUBUR TANPA PENGGANTI


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam ucapan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir ketika Majlis Perasmian Serentak Umno Cawangan-cawangan Seluruh Negeri Perak dan terlupa situasi di Negeri Perak bahawa siapakah yang akan menggantikan Umno di Perak jika tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 berulang kembali di Perak.

Bagi di Perak, Umno sebenarnya akan digantikan oleh wakil Bebas kerana pentadbiran kerajaan Negeri sehingga kini masih ditentukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas melalui rampasan kuasa bukan melalui sistem demokrasi berparlimen seperti di negeri-negeri lain di Malaysia dan negara-negara di dunia yang mengamalkan sistem ini.

Kenapa Datuk Seri Zambry lupa dengan peristiwa ini? Kenapa Datuk Seri Zambry tidak melihat bahawa Umno masih gagal memainkan peranannya sehingga kini? Umno Perak sebenarnya bakal digantikan oleh PAS jika rakyat menolak Umno pada PRU 13 nanti.

Ini kerana semua kerusi Umno di Perak akan berdepan dengan PAS dan jika Umno kalah kerusi tersebut sudah tentu bahawa PAS akan menggantikan Umno. DPPN Pk yakin rakyat boleh menilai sendiri kepimpinan Umno Perak kini kerana masih meneruskan kerakusan yang telah dilakukan oleh kepimpinan mereka sendiri.

DPPN Pk akan bersama rakyat bagi membuat perubahan dan memastikan bahawa PAS akan menggantikan Umno, manakala Barisan Nasional (BN) akan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) di Perak.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Monday, February 28, 2011

APA YANG ZAMBRY MEREPEKAN NI


Apabila membaca kenyataan Menteri Besar kudeta Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir seperti yang disiarkan dalam Sinar Harian edisi Perak hari ini dengan mendapat liputan muka hadapan yg dipetik sebagai berkata " DAP yang akan menggantikan Pas, bukan parti itu akan menggantikan UMNO", saya merasa sangat terkejut dan hairan dengan kenyataan yang tidak berasas itu

Malah saya melihat bagaimana Dr. Zambry sudah kehabisan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang lucu dan pelik itu. Menurutnya juga ahli UMNO tidak pernah malu untuk mengaku sebagai bangsa Melayu tetapi ada parti yang malu untuk mengaku
mereka adalah bangsa Melayu.

Persoalannya siapakah yang sanggup mengaku dirinya UMNO dan Melayu sekiranya rakyat Perak dan Malaysia insaf dan sedar bahawa UMNOlah sebenarnya pengkhianat kepada bangsa melayu dan agama Islam.

Tuduhan Zamry dalam ucapannya yang mengatakan PAS menghadapi kecelaruan pemikiran yang keterlaluan sehinggakan sanggup untuk tidak mengaku bangsa sendiri adalah tuduhan yang memperbodohkan dirinya sendiri .

Mana ada pemimpin PAS yang tidak mengaku dirinya Melayu, dan apalah le ihnya mengaku sebagai Melayu kerana bangsa bukan merupakan penyelamat sehingga ke liang kubur.
Disudut lain sedarkah Zambry sebagai seorang Islam bahawa tidak adda ajaran memperjuangkan bangsa, apa lagi mempertahankan UMNO yang mempergunakan perjuangan bangsa demi untuk merAih sokongan orang Melayu.

Suka juga saya ingatkan kepada beliau untuk merujuk dari mana asal usul keturuna ibu bapa dan nenek moyangnnya. Malah sekiranya dia sedar siapakah dia yang sebenar atau dia sudah lupa asal usulnyan maka Zambrylah yang sebetulnya yang celaru dan lupa diri.

Dakwaan Zambry yang berkata Pakatan seolah-olah hanya tidur sebantal tetapi mimpinya berlainan adalah dakwaan usang yang mengambarkan ketakutan BN kepada kesepakatan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang lebih baik dari BN.

Konvensyen terbaru PR yang diadakan pada penghujung 2010 sebenarnya menafikan kenyataan Zambry itu. Malah tawaran 100 hari yang dikemukakan dalam konvensyen itu merupakan hujah kuat bahawa PR sudah bersedia untuk mengantikan BN di Putra Jaya
Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berucap kepada ahli UMNO yang hadir pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Cawangan-cawangan Negeri Perak di Stadium Indera Mulia, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kenyataan Media/28 6eb 2011.

Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak.

Sunday, February 27, 2011

NAJIB HINA DR. YUSOF AL QARADHAWI!


KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan.

Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam.

DPPWP, katanya kesal bagaimana ucapan sedemikian lahir dari pemimpin negara terhadap tokoh ulama kontemporari yang menjadi rujukan dunia Islam itu, bahkan Malaysia pada tahun lepas telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada tokoh itu.

“Tuduhan dengan mengaitkan Prof Dr Yusof Al Qaradhawi sebagai pengganas adalah tuduhan berat yang tidak boleh diterima.

“Tuduhan ini juga memalukan umat Islam khususnya di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

DPPWP, katanya percaya rakyat khususnya umat Islam amat menghormati Prof Dr Yusof Al Qaradhawi, serta kenal dengan peribadi serta doktrin ajaran beliau.

Tambahnya, ratusan bahkan ribuan anak murid telah beliau lahirkan dari Malaysia dan tidak pernah didengari ada kalangan muridnya yang terlibat dengan keganasan.

Selain itu, Perdana Menteri juga menggesa Ikhwanul Muslimin disisih dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dalam keganasan.

Tambahnya, tuduhan itu sangat berat dan Perdana Menteri perlu buktikan bagaimana Ikhwanul Muslimin boleh terlibat dengan keganasan.

Ikhwanul Muslimin, ujarnya telah menyertai pilihanraya dan proses demokrasi di Mesir secara aman sejak sekian lama dan menjadi oposisi di bawah penerintah rejim Hosni Mubarak.

“Bagaimana Datuk Seri Najib boleh kaitkan pertubuhan ini dengan keganasan?” soalnya.

DPPWP percaya, Najib tidak membaca sejarah perjuangan gerakan Islam itu serta mengenali Prof Dr Yusof Al Qaradhawi secara lebih dekat.

DPPWP juga yakin, Perdana Menteri tidak diberikan nasihat yang betul oleh para penasihat agama beliau.

“Memang wajarlah Datuk Seri Najib bertaubat dengan segera, menarik balik ucapan beliau serta memohon maaf secara terbuka kepada Prof Dr Yusof al Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin,” ujarnya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, February 22, 2011

SLOGAN 1 MALAYSIA OMONG KOSONG


PARIT BUNTAR, 21 Feb : Agenda menyelamat rakyat dari hidup melarat terus menjadi agenda utama kerajaan persekutuan sehingga ia menjadi suatu identiti yang seakan hidup di dada-dada akhbar begitu di radio dan juga televisyen yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan.

Namun persoalan demi persoalan yang terbit dari suara golongan yang diperintah sering tidak dijawab oleh kerajaan, itulah isu yang sedang menjadi topik utama Pakatan Rakyat pada setiap saat.

“Slogan BN bahawa rasuah adalah kemusnahan dan kesengsaraan yang menjadi petunjuk bahawa kerajaan beria benar membanteras rasuah, persoalannya indeks prestasi rasuah negara tidak mencerminkan kerajaan seseri dalam hal tersebut itu,” kata YB Khalil Idham Lim, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak ketika ditemui di sini.

Khalil yang merupakan Ketua Penerangan Pas Perak menjelaskan Indeks Malaysia dalam isu rasuah telah meletakkan negara kita berada di tangga ke-56, sama taraf dengan negara-negara afrika, persoalannya adakah kita setaraf negara Afrika dari segi sumber kekayaan hasil bumi dan aliran keluar masuk wang negara, jawapannya sudah tentu tidak.

“Mula-mula di era Mahathir negara Malaysia pada tangga ke-20 hingga ke-25, kemudia pada zaman Pak Lah naik ke tangga 47 indeks rasuahnya, dan terkini di zaman Najib Razak kita berada pada tangga yang ke-56 dunia, makin mundurkah pemikiran pemimpin negara?” soalnya.

Dalam pada itu Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan sejak kebelakangan ini iklan kesan dan akibat rasuah sering ditayang pada media televisyen dan radio sambil menyifakan iklan tersebut amat kreatif dan mampu menyentuh hati audien.

“Tetapi jika pemimpin tidak serius dalam hal membanterasnya, bagaimana usaha itu akan berhasil, sia-sia malah membazir masa dan wang rakyat,” soalnya.

“Kemenangan Umno di kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau adalah matlamat utama BN, helah menipu rakyat semain rancak di televisyen dan akhbar pro kerajaan sekarang ini,” ujarnya.

Beliau menambah berdasarkan rentetan indeks rasuah negara yang telah dinyatakan tadi, jelas bahawa Malaysia menuju ke arah kehancuran disegenap institusi dalam negara, rakyat perlu sedar dan bertindak terhadap perkara ini.

“PRK mahupun PRU13 adalah medan terbaik, BN tiada kuasa apabila seluruh rakyat menuju satu suara untuk mengubah kerajaan sedia ada,” jelasnya lagi.

“beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir adalah jalan terbaik setakat ini, bahkan di lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi cemerlang dan meletakkan negeri tadbiran BN jauh ketinggalan dalam banyak aspek serta isu,” katanya.

Slogan 1Malaysia yang dilaung oleh kerajaan Najib hanya omong kosong tambahan pula Perdana Menteri sendiri tidak pasti 1Malaysia dapat difahami oleh rakyat atau tidak berdasarkan reaksi beliau yang masih ragu-ragu apakah sebenarnya kefahaman dan maksud gagasan 1Malaysia di minda masyarakat negara ini.

“Masa dan wang ringgit telah banyak terbuang angkara umno bN, mereka tidak boleh lagi diberi peluang untuk memerintah 5 tahun akan datang,” jelasnya.

“Rakyat harus fikir untuk ubah sesuatu yang besar, dasar pemikiran yang maju adalah menerima pembaharuan, bukan menutup ruang untuk suatu yang baru,” tegasnya.

“Ayuh seluruh rakyat!, lakukan perubahan bermula dengan diri anda ke arah Malaysia yang lebih selamat,” ujarnya ketika menutup sesi temu bual.

WASSALAM,

YB. Drs. Khalil Idham Lim