Friday, September 3, 2010

AIR MATA RAMADHAN DI KLEBANG PRIMA



IPOH: Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Pimea, Chemor merintih sedih bila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan knofi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar Pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"ADUN Manjoi, Dato' Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan nNegeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Dato' Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru," katanya.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

Tuesday, August 31, 2010

UMNO BAPAK SEGALA BAPAK FITNAH

MERDEKAKAH KITA?


Tanggal 31 Ogos adalah tarikh keramat, tarikh bersejarah, ulang tahun kemerdekaan negara kita, kini genaplah 53 tahun Malaysia merdeka dari belenggu penjajah British. Syukur kita ke hadrat Allah swt.

Tetapi benarkah kita sudah merdeka sepenuhnya? Pertanyaan itu harus dijawab oleh kita semua rakyat Malaysia. Benar kita telah merdeka dari cengkaman penjajah, itu hanya sudut luaran sahaja. Namun dari sudut dalamannya negara kita masih mengamalkan undang undang penjajah. Ini bermakna kita masih merdeka sapenuhnya.

Menurut Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Kemerdekaan sebenar adalah membebaskan bangsa dari belenggu penjajahan minda yang terikat dengan ketidakadilan yang diperjuangkan di dalam membela nasib sesuatu bangsa.

Itulah antara amalan jahiliah yang masih diteruskan oleh Umno selama ini sedangkan kedatangan Islam telah menunjukkan jalan terbaik kepada umat Islam bagaimana bentuk perjuangan politik mereka.

Oleh itu kata Ustaz Hadi bangsa Melayu wajar mengambil ajaran Islam sebagai tonggak perjuangan kehidupan mereka dalam usaha memastikan pemerkasaan bangsa berjaya ditegakkan dan keadaan sebaliknya terus berlaku jika mereka enggan.

Penurunan Al-Quran sendiri secara berperingkat selama 23 tahun jelas Haji Hadi adalah untuk menjawab semua persoalan semasa yang timbul di dalam mana-mana masyarakat sebelum, semasa dan selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w.

“Akibat dari meninggalkan ajaran dan hukum Al-Quran kini terbukti semua agama selain Islam, isme, ideologi dan kepercayaan telah tidak relevan sekarang ini dan ternyata gagal untuk menangani segala isu semasa dan konflik masyarakat.

Kita ambil satu contoh yang mudah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang menahan seseorang tanpa bicara. Adilkkah ini atau satu akta yang zalim, sedangkan dalam Islam sendiri seseorang yang dituduh bersalah mesti dibicarakan di mahkamah. Jika terbukti bersalah barulah hukuman dikenakan. Tetapi negara kita tidak berbuat begitu.

Semua orang kata ISA itu zalim, yang kata tidak zalim hanya Umno. Seandainya pemimpin pemimpin Umno yang kena, ketika itulah baru mereka kata ISA adalah zalim. Selagi tidak kena batang hidung mereka, pasti mereka kata tidak zalim.

Zalim bukan mengikut pandangan Umno tetapi ia perlu menurut pandangan Islam. Zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. saperti yang selalu Ustaz Datuk Ismail Kamus katakan, meletakkan kasut di kepala, songkok di kaki, itu namanya zalim kerana meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Sudah 53 tahun merdeka tetapi otak Umno masih di tahap otak penjajah, meniupkan semangat perkauman Melayu yang sempit, sedangkan kedatangan Islam mahu membebaskan semangat perkauman (assobuyyah) kepada Islam. Tetapi Umno dan kunco kunconya termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan akhbar penjilat punggung Umno masih lagi memainkan sentimen perkauman. Inikah dimana merdeka?

Minda mereka sebenarnya masih dijajah diselaputi fahaman jahiliyah sedangkan Islam datang untuk menghapuskan jahiliyah termasuk jahiliyah moden yang amalkan oleh Umno dan sekutunya.

Tugas kita sebenarnya berat, kita mahu segala bentuk kezaliman, ketidakadilan yang diamalkasn Umno/BN dihapuskan, barulah kita menikmati erti kemerdekaan sebenarnya. Selagi Umno? BN berkuasa dan terus meneruskan melakukan kezaliman dan ketidakadilan dan rakyat masih menerimanya, selagi itulah kita masih belum merdeka sebenarnya.

Tugas kita kini untuk mentalkinkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti, misi ini perlu dijadiakan agenda utama rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan benci kepada sebarang bentuk kezaliman. Tugas ini kita pikul bersama, ucapkanlah SELAMAT TINGGAL PADA UMNO/BN mulai sekarang agar pada pilihanraya umum ke 13 nanti ucapan dan doa itu menjadi kenyataan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAN

Sunday, August 29, 2010

Akhbar penjilat punggung Umno bangang?


Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik mat mengenai isu bukan Islam memasuki masjid bukan satu kesalahan dalam Islam kerana ianya antara kaedah yang diguna Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan mesej dakwah menampakkan bodoh dan jahilnya Umno serta bangangnya akhbar penjilat punggung Umno.

Saperti kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz isu tersebut menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.

Umno yang kini melebarkan semangat perkaumannya disokong oleh akhbar penjilat punggung Umno menggunakan isu ini untuk mengapi apikan lagi semangat perkauman yang sempit serta menimbulkan perasaan kurang senang dan selesa orang Melayu yang beragama Islam.

Apakah Umnon dan akhbar penjilat punggung Umno tidak mempelajari sejarah, saperti mana yang diterangkan oleh Nik Aziz dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan kencing dalam masjid.

Bodoh sangat ke Umno dan akhbar penjilat punggung Umno dalam isu ini, atau semangat kemelayuannya mengatasi kefahanmannya tentang Islam menyebabkan tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu diperbesar besarkan dan diketegori kesalahan yang sangat besar.

Kita amat bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menjelaskan tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.

“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujar Nik Aziz.

Tindakan ahli Parlimen itu masuk ke surau tidak memakai tudung kepala kemungkinan juga penjaga masjid tidak memberitahu kepadanya, jelas Nik Aziz

Saturday, August 28, 2010

Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion


Dzulfikar Mashoor

GEORGETOWN, 27 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu perkauman dan agama adalah cubaan menutup skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, kata Lim Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas isu perkauman yang cuba dihangatkan Umno pada pada waktu ini.

"Mereka mengapi-apikan pelbagai isu perkauman supaya menutup skandal RM52 bilion.

"Dari RM54 bilion yang diberikan kepada Bumiputera sekarang hanya tinggal RM2 bilion sahaja," ujarnya semalam selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Itulah sebabnya mereka mainkan isu-isu berkaitan agama dan perkauman ini, supaya isu sebenar boleh ditutup."

Sambil mendakwa Umno mengkhianati kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera, Setiausaha Agong DAP itu turut mempersoal keengganan Umno BN untuk menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat punca ekuiti Bumiputera tinggal RM2 bilion sahaja.

"Siapa yang kebas RM52 bilion saham Bumiputera ini, tentulah Umno BN.

"Adakah disebabkan itu, mereka tidak mahu menubuhkan suatu siasatan suruhanjaya di raja," soal beliau di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, Petaling Jaya.

Sehubungan itu, beliau menganggap DAP, PAS dan PKR atas muafakat Pakatan Rakyat wajar bersatu untuk menentang permainan politik Barisan Nasional itu.

"Kita boleh bersatu melawan kemungkaran yang dicerminkan oleh Barisan Nasional, baik Umno, MCA atau MIC," katanya lagi.

Sidang media tersebut turut disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum pada itu, beliau turut mengaku bahawa beberapa pemimpin DAP memang mempunyai perbezaan pendirian berhubung cadangan PAS melaksanakan hudud.

Namun, katanya itu hanya perkara kecil dan Pakatan lebih mengutamakan agenda menentang kemungkaran yang dilakukan dalam Umno BN dari mempopularkan idealogi kepartian masing-masing.

29 Mac lalu, Guan Eng di Dewan Rakyat mempersoal integriti Umno BN ekoran kehilangan RM52 bilion itu.

Persoalan itu lanjutan Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mendedahkan bahawa ekuiti Bumiputera hanya tinggal RM2 bilion sahaja.

Menurut Guan Eng juga, ekuiti Bumiputera mampu meningkat sebanyak 45 peratus melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) sekiranya Umno tidak mengkhianati amanah rakyat, khususnya orang-orang Melayu.

sumber: Harakahdaily

Wednesday, August 25, 2010

Selamat tenggelam wahai Umno


Semalam akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.

Katanya lagi, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.

Ini satu kenyataan terbuka pimpinan DAP yang kini lebih realistik dan memahami tuntutan syariah Islam setelah berkawan baik dengan PAS. Kenyataan terbuka itu mencerminkan DAP tidak menentang hudud kerana parti itu tahu hudud untuk masyarakat Islam. Nampaknya DAP lebih cerdik dari Umno.

Umno dari dahulu hingga kini mencari pelbagai alasan untuk tidak melaksanakan hudud. Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahsathir Mohamad dahulu pernah menglebelkan hudud yang dilaksanakan PAs sebagai hudud PAS.

Bila ditanya mana hudud Umno, tidak seorang pun berani menjawab kerana memang tidak ada dalam kamus Umno untuk melaksanakan hudud.

Bila Tan Sing Giew berkata, orang bukan Islam jangan bimbang, hudud itu hanya dikenakan kepada orang Islam, ianya menampakkan kecerdikan orang bukan Islam dalam memahami undang undang Islam. Yang tidak berapa cerdik hanya Umno. Ini kerana pemimpin pemimpinnya dan akhbar pro Umno/BN sengaja mencari ruang untuk memecahbelah PAS - DAP kerana isu hudud.

Mana boleh DAP bersama dengan PAS kerana PAs ingin melaksanakan hudud, itulah modal lapok dan usang pemimpin pemimpin Umno.

Umno sebenarnya pun tidak berani menyatakan parti itu mahu melaksanakan hudud kerana MCA dan MIC akan protes. Untuk menjaga hati MCA dan MCa Umno akan berdiam diri mengenai isu hudud. Tambahan pula dalam Umno tidak ada kamus hudud.

Umum tahu pemimpin pemimpin Umno turun padang setiap kali pilihanraya bertemu orang Cina dan India, menakut nakutkan kaum Cina dan India bila PAs perintah nanti, PAS akan laksanakan hukum Islam, nanti orang cna kena potong kemaluan (ke sunat).

Inilah kerja Umno selama 50 tahun memerintah negara ini. Tidak sedetik pun Umno mahu menerangkan konsep sebenar undang undang Islam antaranya Hukum hudud.

Berbeza bila DAP berkawan dengan PAs, PAs bertindak lebih bijak dari Umno, mereka menerangkan konsep undang undang Islam yang sebenarnya. Hasilnya kini orang bukan Islam termasuk DAP memahami apa itu hudud. Pemimpin pemimpin Umno nampaknya tidak cerdik dari pemimpin DAP.

Dakyah Umno kini sudah tidak laku lagi, orang Cina dan India tidak lagi termakan dengan dakyah jahat Umno berhubung isu hudud. Kaum Cina dan India kian menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Nampaknya mimpi buruk Umno kini menjadi kenyataan apabila kaum Cina dan India yang dahulunya menyokong BN, kini mereka menjadi penyokong kuat dan Pakatan rakyat. Umno kini sudah membilang hari untuk ditalkinkan di bumi tercintai ini.

Apa yang diharap lagi dengan Umno, pembela Melayu dan pembela Islam hanya omong kosong sahaja. Lebih baiklah Umno ditalkinkan cepat kerana parti ini tidak berguna lagi untuk orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia.

Lebih cepat Umno ditalkinkan lagi bagus kerana kapal Umno kini sudah hampir terbalik, menunggu waktu tenggelam dan karam di persana politik Malaysia. Selamat tenggelam wahai Umno.

Tuesday, August 24, 2010

Rakyat wajar bantah


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menggerakkan rakyat seluruhnya bagi membantah perlaksanaan penyelarasan tarif air dan cukai tanah di seluruh Negara walaupun diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan suasana ekonomi yang masih lembab dan pelbagai beban rakyat terutama kenaikan barangan keperluan baru-baru ini.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz zawawi Hassan dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau di Negeri Perak, Pemuda PAS Perak akan meminta respon daripada rakyat dengan mengumpul seberapa banyak tandatangan bantahan seluruh rakyat yang tidak bersetuju dengan penyelarasan tarif tersebut.

Ianya jelas membebankan rakyat ketika ini dan sepatutnya kerajaan mencari jalan mempermudahkan urusan hidup rakyat dan menjaga kebajikan rakyat bukannya memberi tekanan dengan kenaikan tarif yang dijangka bakal berlaku di antara negeri tertentu katanya.

"Rakyat sudah tentu bangun membantah penyelarasan tarif tersebut yang akan membebankan rakyat," ujarnya.

Pemuda PAS Perak katanya berharap kerajaan dapat menimbang semula cadangan tersebut.