Monday, August 23, 2010

KENAPA SAMPAI HENDAK GUNA ISA


IPOH: Dewan sampai Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah keras penggunaan Akta ISA dalam isu berkaitan buku ‘Perlembagaan Baru’ yang didedahkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parit, Drs Mohd Nizar Zakaria bagi menghukum individu tertentu tanpa menghadapkannya ke Mahkamah terlebih dahulu.

Demikian ditegaskan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Peak, Mohd Muni Ali dalam satu kenyataan medianya di sini kelmain.

Menuutnya Pemuda PAS Perak secara konsisten membantah penggunaan Akta ISA tersebut yang menidakkan hak asasi manusia untuk dibicara dan disabitkan kesalahan di Mahkamah terlebih dahulu sebelum dijatuhkan hukuman.

"Sepatutnya isu buku ‘Perlembagaan Baru’ tersebut dibuat siasatan yang telus dan rapi terutama terhadap mereka yang mendedahkannya iaitu Tan Sri Harussani dan Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim yang juga mendakwa mempunyai banyak maklumat mengenai perkara yang sama," katanya.

Sepatutnya polis sudah pun memulakan siasatan terhadap perkara tersebut dan mendakwa sesiapa sahaja yang boleh disabitkan kesalahan samada perkara ini benar atau sekadar cerita politik murahan yang diada-adakan untuk dihadapkan ke Mahkamah dan bukannya menggunakan Akta ISA bagi tujuan tersebut.

"Kenapa perlu takut menggunakan ruang Undang-Undang yang sedia ada bagi menghukum pesalah secara telus dan bukan secara pengecut menggunakan kuasa melalui saluran ISA yang jelas tidak memberi keadilan kepada yang tertuduh," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment