Wednesday, August 4, 2010

Pihak luar cemari DUN


TEKS UCAPAN YB IDHAM LIM

Pengerusi majlis mesyuarat, Sidang Dewan Sekalian.

Titi Serong berminat untuk membahaskan sama mengenai tambahan bajet perbekalan yang dikemukan oleh kerajaan pada sidang kali ini.

Terlebih dulu saya ingin membantah tindakan mengundang pihak luar untuk menjaga keselamatan DUN Perak sejak rampasan kuasa pada 6 Feb 2009. Sidang yang berlaku sejak dari tarikh itu sehinggalah pada tarikh ini kelihatan tidak lepas dari pengunjung luar yang tidak sepatutunya berada dalam dewan.

Bukankah dewan yang mulia ini sudah berlalu sebanyak 11 penggal dengan sidang yang aman dan tenteram dengan kawalan dari bentara dewan bukannya dari pihak luar yang tidak sepatutnya dijemput berada dalam dewan ini.

Inilah bukti ketakutan kepada BN untuk berhujah dengan ADUN PR dan demi mempertahan kerajaan negeri yang dicurinya dengan membeli wakil rakyat.

Saya juga ingin melahirkan rasa dukacita apabila semua permohonan dari pihak luar untuk hadir menjadi pemerhati dalam sidang ini ditolak, dan saya ingin mendapat pengesahan adakah benar permohonan dari Pakatan Rakyat semua ditolak sedangkan permohonan dari ADUN BN dibenarkan.

Bermaksud pada hari ini hak rakyat untuk datang mengikuti sidang telah dinafikan, dan keadaan ini telah berlaku sejak BN merampas kuasa pada 6 Feb 2009.

Begitulah tujuan galeri dan dewan yang selesa ini dibina pada satu masa dulu semasa mantan MB dari BN, Saya yakin untuk keselesaan ADUN dan mempunyai ruang yang cukup untuk pemerhati hadir bagi menyaksikan sidang.

Malah semasa PR berkuasa di Perak kita telah melakukan siaran langsung sepanjang sidang melalui internet, bagi memberi peluang kepada rakyat mengikuti sidang secara lebih dekat.

Rakyat dibenarkan untuk hadir bagi menjadi pemerhati selagi kad pelawat masih ada, ianya dibenarkan oleh petugas bahagian dewan, dan saya tegaskan tindakan PR pada masa itu adalah meneruskan kerja baik yang ditinggalkan oleh BN dalam soal pengendalian Sidang DUN dengan dibantu oleh Setiausaha Dewan dan para pegawai dibangunan ini seluruhnya yang berpengalaman. Tanpa pengalaman mereka kami tidak mampu mengadakan sidang dengan baik.

Namun kenapakah bila BN kembali merampas kuasa pada 6 Feb 2009 dewan ini sudah tidak berfungsi dan tidak lagi mengguna pakai peraturan yang sedia ada dengan pencerobohan pihak luar dan panafian hak rakyat untuk hadir menjadi pemerhati.

Berhubung dengan bajet tambahan yang dibentangkan , saya ingin mempersoalkan beberapa perkara sehingga bagi saya terdapat beberapa kepincangan dalam mengurus tadbir kewangan negeri Perak sehingga menyebab kan kas wang negeri susut dengan cepat malah tidak mencukupi walaupun tahun kewangan masih belum berakhir.

Belanjawawan yang berhemat dan seimbang tidak lain apabila kerajaan negeri dapat mengurus bajet yang ada dengan baik sehinggalah ianya berakhir pada setiap tahun.

Dalam soal ini saya sangat yakin dengan kemampuan pegawai-pegawai kerajaan yang telah mencadangkan satu urus tadbir kewangan yang lengkap sebagai cadangan bagi bajet 2010 yang belangsung. Segala perkiraaan pengunaan kewangan kerajaan negeri saya yakin telah diambil kira seluruhnya.

Namun sekiranya ianya tidak mencukupi , saya melihat dan khuatir disebabkan kerakusan pemimpin BN yang menerajui kerajaan negeri menggunakannya tanpa had , malah dilihat membazir.

Antaranya satu ingin bertanya dan mempersoalkan satu rombongan yang membawa sekitar 25 orang termasuk di sana 11 Pegawai Tadbir Agama (PTA) dilihat dengan satu tujuan kononnya untuk “brainwash” mereka yang tidak mesra BN, namun rencana MB untuk hadir ditangguhkan kerana bertembung dengan program lain. Pakej Jakarta Bandung tersebut ternyata membazir wanag rakyat, walaupun tindakan “brainwash” itu boleh dilakukan di Malaysia malah di Perak sendiri.

Saya juga ingin mendapat pengesahan kepada satu rombongan Umrah yang ada kaitan dengan Yayasan Perak yang berangkat pada 1 ogos lepas. Rombongan 44 orang itu dikatakan berjumlah 44 orang dan akan menyusul sekurang-kurang dua rombongan lagi. Saya memohon penjelasan kerajaan adakah semua biaya rombongan itu dibiayai sepenuhnya dengan wang kerajaan alias wang rakyat, dan apakah kewajaran mereka diberikan pakej percuma dan jumlahnya sangat besar.

Biasanya mereka yang diberikan pakej percuma adalah dikalangan pemenang musabaqah Al Quran dan penyandang tokoh dakwah atau maal hijrah.

Saya juga mendapat maklumat satu rombongan ketua-ketua kampong dari DUN Behrang yang diberikan pakej pelancongan ke Medan dari jumaat sehingga ahad lepas (30 july hingga 1 Ogos), .Apakah ini juga adalah menggunakan biaya wang kerajaan negeri , saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan.

Beberapa contoh sementara tadi, memperlihatkan betapa borosnya kerajaan Perak pada masa sekarang berbelanja, bukan untuk rakyat tetapi untuk menyeronokkan pihak tertentu demi kepentingan politik sempit UMNO dan BN.

Jika benar dakwaan saya tadi, Saya tidak 100 peratus menyalahkan mereka yang pergi namun menyalahkan pihak yang meluluskan peruntukan yang tidak sepetutnya itu sekiranya, maka saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan.

MB juga dilihat sangat kerap mengadakan lawatan keluar Negara dengan tujuan untuk menarik pelabur ke Perak dan juga dengan tujuan untuk mempertahankan rampasan kuasa dihadapan pelajar Malaysia dan perak di Mesir, Jordan dan UK.

Sebenarnya jika ada dakwaan bahawa menyebabkan pelabur masuk ke Perak, sebenarnya saya sangat ragu bila melihat kepada indek Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan bar-baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) yang telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Tidakkah semasa PR memerintah MB pakatan semasa itu, DS. Nizar yang pergi ke Pakistan untuk menghadiri satu persidangan Islam antara bangsa bagi mewakili PAS telah dipertikaikan oleh BN walaupun jelas dia sedikitpun tidak menggunakan wang kerajaan negeri.

Oleh itu saya ingin menyoal berapa kalikah rombongan MB BN keluar Negara setakat ini sejak 6 Feb 2009 dan berapa kah jumlah keseluruhan biaya yang digunakan.

No comments:

Post a Comment