Friday, August 6, 2010
Zambry tidak matang
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) terkejut dengan sikap tidak matang Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos yang lalu yang bersikap tidak profesional dan tiada wibawa dengan tingkah laku seperti masih menjadi pembangkang dahulu.
Dengan mengganggu perbahasan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan mengatakan ‘saya anak jantan’ sepertimana dinyatakan di dalam penyata rasmi DUN Perak jelas bahawa Datuk Seri Zambry terbawa-bawa sikap dan kelakuan sebenarnya. Tidak sepertimana contoh yang telah ditunjukkan oleh Datuk Seri Nizar yang berhemah semasa membahaskan Rang Undang-Undang Usul Perbekalan Tambahan tempohari.
Peruntukan masa yang terlalu singkat bagi membincangkan satu perkara yang besar langsung tidak membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry benar-benar berani dan 'anak jantan'. Pentas sidang DUN adalah tempat terbaik untuk berbahas secara ilmiah dan semua penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) boleh kemukakan persoalan dan menjawab sebarang pertuduhan jika ianya tidak benar.
Tetapi apa yang dapat di lihat, semua ADUN BN sedikit pun tidak membantu Datuk Seri Zambry yang menyebabkannya terpaksa bertahan bersendirian. Ucapan Datuk Seri Zambry yang mengatakan ‘saya anak jantan’ langsung tidak menggambarkan hakikat sebenar pentadbiran yang beliau menjadi nahkodanya. Datuk Seri Zambry hanya boleh berdepan dengan media arus perdana yang menyokongnya semata-mata tanpa berani berdepan dengan semua pihak termasuk rakyat negeri ini sendiri.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment