Monday, August 2, 2010
Kerajaan BN Perak boros
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) bimbang dengan usaha Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang akan membentangkan Bajet Tambahan sebanyak RM 80 juta di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Ogos ini sedangkan Bajet Penuh Tahun 2011 Kerajaan Negeri bakal dibentangkan pula pada bulan Oktober ini.
Keadaan ini menggambarkan akan ketirisan yang bersifat pembaziran dan juga pemborosan yang diamalkan oleh kerajaan negeri. Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir sebagai nahkoda pentadbiran kerajaan negeri jelas tidak mampu mengurus kewangan rakyat dan Bajet Tahun 2010 dahulu cukup besar jika diuruskan dengan sebaik mungkin.
Kebimbangan rakyat adalah dengan perbelanjaan yang tinggi, kos yang lain dibidang urusan kerajaan negeri sudah tentu akan naik mendadak pada tahun hadapan. Dan sudah tentu kantung kewangan kerajaan negeri tiris akibat ketidak mampuan mengurusannya dengan baik.
DPPN Pk mendesak agar Bajet Tambahan tersebut tidak diluluskan dalam sidang kali ini oleh DUN Perak dan kebimbangan ini berasas kerana suasana ekonomi dan juga pelaburan yang masih rendah yang membimbangkan banyak pihak. Permohonan DPPN Pk untuk turut serta sebagai pemerhati di dalam sidang DUN kali ini yang tidak berjawab dengan jelas bahawa pihak kerajaan negeri takut rakyat akan tahu kepincangan dan kelemahan pentadbiran Datuk Seri Zambry.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment