Tuesday, August 24, 2010

Rakyat wajar bantah


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) akan menggerakkan rakyat seluruhnya bagi membantah perlaksanaan penyelarasan tarif air dan cukai tanah di seluruh Negara walaupun diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan suasana ekonomi yang masih lembab dan pelbagai beban rakyat terutama kenaikan barangan keperluan baru-baru ini.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz zawawi Hassan dalam kenyataan medianya di sini hari ini.

Menurut beliau di Negeri Perak, Pemuda PAS Perak akan meminta respon daripada rakyat dengan mengumpul seberapa banyak tandatangan bantahan seluruh rakyat yang tidak bersetuju dengan penyelarasan tarif tersebut.

Ianya jelas membebankan rakyat ketika ini dan sepatutnya kerajaan mencari jalan mempermudahkan urusan hidup rakyat dan menjaga kebajikan rakyat bukannya memberi tekanan dengan kenaikan tarif yang dijangka bakal berlaku di antara negeri tertentu katanya.

"Rakyat sudah tentu bangun membantah penyelarasan tarif tersebut yang akan membebankan rakyat," ujarnya.

Pemuda PAS Perak katanya berharap kerajaan dapat menimbang semula cadangan tersebut.

No comments:

Post a Comment