Wednesday, August 18, 2010

Zambry penakut dengan MCA?



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Umno yang menjadi tunjang kepada kompenan Barisan Nasional (BN) untuk menyingkir MCA keluar daripada kompenan itu jika ia benar-benar berani dan serius ingin membuktikannya sebagai pejuang kepada bangsa Melayu sepertimana hasrat yang dinyatakan oleh Gagasan Melayu Perak (GMP).

Bagi DPPN Pk, kenyataan yang telah dinyatakan oleh Presiden GMP Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail jelas bahawa Umno perlu membuat satu keputusan keras terhadap MCA.

Jika Umno hanya berduduk diam sahaja maka nyatalah bahawa Umno gagal memperjuangan bangsa Melayu itu sendiri.

Di dalam konteks Negeri Perak yang mana Presiden MCA yang juga Pengerusi MCA Negeri Perak Datuk Seri Dr Chua Soi Lek adalah Ahli Jawatankuasa Penyelaras BN Negeri Perak.

DPPN Pk berharap Pengerusi BN Negeri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga dapat bertegas dan berani membuat pendirian dan mengambil tindakan disiplin terhadap kepimpinan MCA Perak demi mempertahankan hak dan keistimewaan bangsa Melayu.

DPPN Pk yang sudah mengenali Datuk Seri Zambry ketika pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak dulu amat meragui keberaniannya untuk berdepan dan mengatakan kebenaran.

Sikapnya samalah dengan Ketua Pemuda Umno sekarang Maslin Sham Razman, yang tidak ada kemampuan untuk bertegas di dalam mempertahankan bangsa Melayu kepada siapa sahaja.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment