Friday, July 16, 2010

Gula naik: Hak rakyat dinafikan


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan pengumuman kerajaan dengan kenaikan gula sebanyak 25 sen tanpa mencari punca utama kelemahan pengawalan dan terlalu tunduk dengan pihak-pihak yang tertentu bagi memastikan juga gula dinaikkan dengan harga pasaran sekarang RM1.90.

Bagi DPPN Pk yang pernah mengadakan perbincangan dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Negeri Perak pada 27 Mei yang lalu, telah diberikan jaminan bahawa harga gula tidak akan dinaikkan.

DPPN Pk amat sedih dengan tindakan kerajaan menaikkan harga gula tanpa memberikan penjelasan yang konkrit.

DPPN Pk juga amat sedih kerana bukan sahaja harga gula telah dinaikkan tetapi kerajaan juga telah menaikkan juga 4 lagi kenaikan serentak yang menjadi keperluan rakyat.

Sudah tentu keperluan harian rakyat juga akan terus meningkat dengan suasana ekonomi yang belum pulih sekarang ini. Rakyat perlu menilai semula langkah kerajaan tersebut yang jelas membebankan banyak perkara kepada rakyat.

DPPN Pk mendesak kerajaan supaya menurunkan semula harga gula jika benar mendahulukan rakyat di dalam perkara yang penting buat rakyat.

DPPN Pk juga mendesak agar kerajaan tidak tunduk kepada pihak-pihak yang berkepentingan di dalam memastikan hak rakyat terpelihara.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment