Friday, July 30, 2010

Kakitangan Pos Malaysia tertipu?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) dimaklumkan daripada kakitangan Pos Malaysia Berhad bahawa mereka telah tertipu dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa mereka dijanjikan bakal mendapat ganjaran yang tinggi sepertimana yang dilaporkan oleh media arus perdana baru-baru ini.

Dengan kenaikan harga setem juga di lihat usaha untuk memberikan kemudahan kepada semua kakitangan Pos yang sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’. Kenaikan gaji juga sebenarnya adalah masih rendah dan tidak seperti yang diharapkan oleh warga kakitangan Pos sekarang, dengan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Bagi DPPN Pk merasa sedih dan bersimpati dengan permasalahan yang dihadapi oleh semua kakitangan Pos sekarang ini. Sepatutnya kerajaan menilai semula pemberian yang tidak munasabah tersebut yang sebenarnya menindas kakitangan Pos .

DPPN Pk berhasrat mengadakan pertemuan dengan kakitangan Pos di Negeri Perak bagi membincangkan permasalahan tersebut dan usaha membantu mereka akan dibincangkan bagi mendesak kerajaan menilai semula kedudukan ganjaran yang diterima ketika ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment