Monday, October 4, 2010

UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM


IPOH, 4 Okt, Pengerusi Intitut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

“Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini”

“Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat,” katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

”Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman,” katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

No comments:

Post a Comment