Wednesday, October 6, 2010
ZAMBRY `KEPANASAN':
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat dengan kehadiran Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin ke Negeri Perak sempena pelancaran kempen bulan Bahasa di Ipoh adalah memperkatakan tentang kedudukan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai nahkoda teraju pentadbiran kerajaan negeri yang banyak diperkatakan oleh pelbagai kepimpinan Umno Bahagian terutamanya.
Umum mengetahui bahawa pemilihan Dato' Seri Zambry sebelum ini bukanlah menjadi pilihan Presiden Umno ketika ini yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak dahulu setelah perletakan jawatan Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali setelah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya jatuh semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 dahulu.
Dato' Seri Zambry yang terlalu banyak berpolitik telah merugikan BN untuk kembali berkuasa di dalam PRU 13 nanti. Kemelut dalaman Umno yang tidak berpuas hati dengan tindakan Zambry yang tunduk kepada ADUN-ADUN Bebas dalam pentadbiran juga menjadi isu utama dikalangan kepimpinan Umno Bahagian-Bahagian.
Kehadiran beberapa tokoh penting semasa menyambut Tan Sri Muhyiddin pada hari ini memberikan pelbagai persepsi bahawa tempoh yang telah diberikan kepada Datuk Seri Zambry bakal berakhir dalam tempoh terdekat.
Sebagai contoh, kehadiran semula Tan Sri Tajol Rosli yang kurang musuhnya tidak mustahil kembali menerajui Umno Perak. Akan tetapi bekas Timbalan Pengerusi Umno Perak di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dahulu yang juga Pengerusi Umno Pulau Pinang sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak ketinggalan hadir sama.
Pelbagai andaian keinginan banyak pihak sehingga tercetusnya Gerakan Anti Zambry (GAZ) yang telah wujud memberikan gambaran kemelut dalaman Umno Perak sekarang ini.
Kehadiran Tan Sri Muhyiddin sudah tentu di bayangi oleh ‘orang kuat’ di belakangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor yang juga daripada Gerik yang mana bos lamanya adalah bekas peneraju kerajaan negeri dahulu.
Hanya yang tinggal kini adalah masa yang akan menentukan politik Negeri Perak yang merugikan Umno seluruhnya selama ini.
DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment