Tuesday, October 5, 2010

ZAMBRY HINA TUAN GURU NIK AZIZ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam mengulas pandangan Menteri Besar Negeri Kelantan yang juga Muryidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat terhadap langkah Barisan Nasional (BN) yang memberikan peranan kepada Tan Sri Tengku Rezaleigh Hamzah sebagai dangkal dan tidak menghormati Datuk Nik Aziz sebagai ‘orang tua’ dalam budaya adat resam kita walaupun tidak menganggapnya sebagai seorang Ulamak.

Kenyataan Datuk Seri Zambry tersebut disamping secara jelas menghina dan memperlekehkan ilmu yang ada pada Datuk Nik Aziz juga bersifat prejudis terhadap hubungan baik dan saling menghormati antara kedua pemimpin Kelantan itu terutama dalam isu memperjuangan hak royalti petroleum dan gas negeri Kelantan yang dirampas Kerajaan Pusat.

Ini terbukti kerana sehingga hari ini Tengku Razaleigh masih belum memberikan kata putus persetujuan beliau menerima tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak BN.

Oleh itu DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memohon maaf di atas kenyataannya yang menghina tersebut, di samping melakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum menuduh 'orang tua' yang disegani rakyat sebagai penakut. Adakah ada tindakan yang lebih 'penakut' dalam politik berlandaskan demokrasi selain dari menggunakan 'pintu belakang' yang menidakkan kuasa pilihan rakyat demi untuk merampas kembali kuasa pemerintahan. Jangan pula kita terkena dengan pepatah Melayu 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

No comments:

Post a Comment