Tuesday, March 22, 2011

NAJIB TIDAK FAHAM KONSEP NEGARA DEMOKRASI


IPOH: Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokkrasi sepatutnya kerajaan yang berkuasa mempunyai ketelusan dalam menentukan tarikh pilihanraya umum saperti mana negara negara lain yang mengamalkan sistem itu di mana tarikh pilihanraya sudah diketahui lebih awal lagi.

Namun perkara itu tidak berlaku di negara ini walaupun pemimpin pemimpin BN mendakwa mengamalkan demokrasi tetapi Perdana Menteri masih mahu menyembunyikan pilihanraya umum dari diketahui oleh rakyat khasnya parti parti pembangkang dengan alasan ia mahu membuat kejutan.

"Perdana Menteri seharusnya memberikan tempuh tertentu sebelum mengadakan pilihanraya bagi membolehkan parti parti yang bertanding boleh membuat persiapan awal".

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini

Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan mengejut dan ianya perlu diisytiharkan lebih awal bagi membolehkan semua parti mendapat bersiap lebih awal menjelang pilihanraya umum ke 13.

"Walaupun Perdana Menteri berkuasa untuk meminta Yang Dipertuan Agung untuk membubarkan Parlimen, tetapi Perdana Menteri perlu juga memahami konsep negara demokrasi untuk mengisytiharkan pilihanraya umum diadakan dua atau tiga bulan sebelum pilihanraya," ujarnya.

Beliau beranggapan Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep negara demokrasi yang sebenar kerana mahu merahsiakan bila masanya pilihanraya umum akan diadakan.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menurut beliau lagi, soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya umum pada bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment