Saturday, October 9, 2010

SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR


“…Mengerjakan haji itu adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (ke-wajiban haji), maka sesungguhnya Allah Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (QS. Ali Imran: 97)

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji kepada muslimin muslimat yang akan melaksanakan ibadah tersebut di tanah suci Mekah pada tahun ini.

Saya berdoa moga semua jemaah haji sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, moga-moga jemaah tersebut dijauhi dari sebarang musibah yang tidak dingini berlaku.

Dikesempatan ini juga saya menyeru agar para jemaah haji dapat memohon doa dengan sepenuh hati kepada Allah SWT agar diberi kemenangan kepada umat Islam yang sedang berjuang untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT diatas muka bumi ini dan di Malaysia khususnya.

Semoga semua jemaah haji sentiasa tabah dan banyak bersabar dalam melaksanakan ibadah haji agar memperolehi haji yang mabrur, insya-Allah


Pesuruhjaya PAS Perak
Ustaz Abu Bakar Hussein

Friday, October 8, 2010

UMNO KHIANATI BAHASA MELAYU


OLEH: MOHD HAFEZ SABRI
IPOH, 8 Okt: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain hari ini mempersoalkan benarkah dakwaan Umno sebagai pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia ini?

Jika dilihat kepada realiti yang dihadapi bahasa ibunda selama berada di bawah pemerintahan umno serta hasil dari keluh-kesah dan rintihan para pejuang bahasa sejak berdekad lalu.

"Ianya menggambarkan kepada kita bahawa Umno ialah sebuah parti yang tidak mempedulikan nasib bahasa Melayu," ujarnya.

Menurutnya, sebagai buktinya rakyat melihat peristiwa demi peristiwa protes dan kecaman keras pejuang bahasa sering bersambungan sejak sekian lama. Demonstrasi Keranda 152 tanggal 3 Mac 1967 adalah contoh klasik protes rakyat terhadap sikap tidak bertanggungjawab Umno dalam isu bahasa.

“ Para pejuang bahasa berarak ke kediaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman untuk menyampaikan bantahan kepada Majlis Tertinggi Umno yang bersidang pada hari itu. Mereka mendesak Umno mempertahankan bahasa Melayu, ekoran perbahasan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan 1967 di Parlimen.”

“ Bagaimana pun peristiwa bersejarah itu nyata tidak mengubah sikap liberal Umno terhadap isu bahasa. Penodaan Dasar Bahasa Kebangsaan masih berterusan hingga kini, terutama oleh pemimpin Umno sendiri,” tegas beliau

Selain itu beliau juga menegaskan rakyat sudah tentu masih mengingati bagaimana pemimpin kerajaan menghina pendirian pejuang bahasa dengan memperkenalkan beberapa istilah yang amat dipertikaikan.

Antaranya, tema Hari Kebangsaan ‘Budaya Penentu Kecapaian’ yang dipertikaikan tata bahasanya, tagline ‘Saluran Infotainmen Anda’ untuk RTM, istilah ‘boulevard’ dan ‘presint’ di Putrajaya yang sepatutnya memanfaatkan istilah bahasa Melayu.

Selain itu pengenalan dasar pembelajaran yang mengutamakan bahasa Inggeris (BI) dan mencabar kedaulatan bahasa Melayu, seperti dasar PPSMI, Cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM, bahasa pengantar Bahasa Inggeris di universiti dan banyak lagi.

"Bagi saya Umno kini tidak dapat lagi menipu rakyat dengan menggambarkan bahawa mereka adalah pembela bahasa melayu hal ini kerana rakyat Malaysia mengetahui rentetan sejarah pengkhianatan umno terhadap bahasa melayu,

Sekiranya jika dibiarkan umno terus berkuasa berkemungkinan besar bahasa melayu sudah tidak dapat dimartabatkan lagi di bumi Malaysia ini, tegas beliau

Umno kehabisan `oksigen'


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan parti itu sudah hampir kehabisan 'oksigen' dalam politik.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran Adnan yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan.

“Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh pemuda dan puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti.

“Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk ‘E-Class’, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini.

Baginya, mereka yang menyertai Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan ‘mi segera’ dengan menjadi ‘jutawan 10 persen’.

Justeru, ujarnya Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik.

“Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat?” soalnya.

Bahkan, katanya lagi mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus.

Maka, ujarnya bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat pemuda dan puteri yang bertepatan pepatah mengatakan ‘kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari’.

Menurutnya, PAS berpandangan apabila Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja, maka itulah yang terjadi.

Tambahnya, jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah, maka tunggulah saat kehancuran.

Manusia, ujarnya lagi tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas sebagaimana Nabi s.a.w. mengingatkan: “sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.

“Oleh itu, PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya.

“Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari,” ujarnya.

Wednesday, October 6, 2010

ZAMBRY `KEPANASAN':


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat dengan kehadiran Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin ke Negeri Perak sempena pelancaran kempen bulan Bahasa di Ipoh adalah memperkatakan tentang kedudukan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai nahkoda teraju pentadbiran kerajaan negeri yang banyak diperkatakan oleh pelbagai kepimpinan Umno Bahagian terutamanya.

Umum mengetahui bahawa pemilihan Dato' Seri Zambry sebelum ini bukanlah menjadi pilihan Presiden Umno ketika ini yang pernah menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak dahulu setelah perletakan jawatan Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali setelah Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinannya jatuh semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 dahulu.

Dato' Seri Zambry yang terlalu banyak berpolitik telah merugikan BN untuk kembali berkuasa di dalam PRU 13 nanti. Kemelut dalaman Umno yang tidak berpuas hati dengan tindakan Zambry yang tunduk kepada ADUN-ADUN Bebas dalam pentadbiran juga menjadi isu utama dikalangan kepimpinan Umno Bahagian-Bahagian.

Kehadiran beberapa tokoh penting semasa menyambut Tan Sri Muhyiddin pada hari ini memberikan pelbagai persepsi bahawa tempoh yang telah diberikan kepada Datuk Seri Zambry bakal berakhir dalam tempoh terdekat.

Sebagai contoh, kehadiran semula Tan Sri Tajol Rosli yang kurang musuhnya tidak mustahil kembali menerajui Umno Perak. Akan tetapi bekas Timbalan Pengerusi Umno Perak di bawah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dahulu yang juga Pengerusi Umno Pulau Pinang sekarang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak ketinggalan hadir sama.

Pelbagai andaian keinginan banyak pihak sehingga tercetusnya Gerakan Anti Zambry (GAZ) yang telah wujud memberikan gambaran kemelut dalaman Umno Perak sekarang ini.

Kehadiran Tan Sri Muhyiddin sudah tentu di bayangi oleh ‘orang kuat’ di belakangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor yang juga daripada Gerik yang mana bos lamanya adalah bekas peneraju kerajaan negeri dahulu.

Hanya yang tinggal kini adalah masa yang akan menentukan politik Negeri Perak yang merugikan Umno seluruhnya selama ini.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, October 5, 2010

ZAMBRY HINA TUAN GURU NIK AZIZ?


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di dalam mengulas pandangan Menteri Besar Negeri Kelantan yang juga Muryidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat terhadap langkah Barisan Nasional (BN) yang memberikan peranan kepada Tan Sri Tengku Rezaleigh Hamzah sebagai dangkal dan tidak menghormati Datuk Nik Aziz sebagai ‘orang tua’ dalam budaya adat resam kita walaupun tidak menganggapnya sebagai seorang Ulamak.

Kenyataan Datuk Seri Zambry tersebut disamping secara jelas menghina dan memperlekehkan ilmu yang ada pada Datuk Nik Aziz juga bersifat prejudis terhadap hubungan baik dan saling menghormati antara kedua pemimpin Kelantan itu terutama dalam isu memperjuangan hak royalti petroleum dan gas negeri Kelantan yang dirampas Kerajaan Pusat.

Ini terbukti kerana sehingga hari ini Tengku Razaleigh masih belum memberikan kata putus persetujuan beliau menerima tugas sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas bagi pihak BN.

Oleh itu DPPN Pk mendesak Datuk Seri Zambry memohon maaf di atas kenyataannya yang menghina tersebut, di samping melakukan muhasabah terhadap diri sendiri sebelum menuduh 'orang tua' yang disegani rakyat sebagai penakut. Adakah ada tindakan yang lebih 'penakut' dalam politik berlandaskan demokrasi selain dari menggunakan 'pintu belakang' yang menidakkan kuasa pilihan rakyat demi untuk merampas kembali kuasa pemerintahan. Jangan pula kita terkena dengan pepatah Melayu 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Monday, October 4, 2010

UMNO PEROSAK PERPADUAN KAUM


IPOH, 4 Okt, Pengerusi Intitut Pemikir Muda Malaysia, Saudara Hafez Sabri berkata, perpaduan kaum yang wujud selama ini cuba dirosakkan oleh fahaman perkauman sempit Umno terutama setelah mereka kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India selepas pilihanraya umum yang lalu.

Justeru,beliau menyatakan anak muda Malaysia menolak pemikiran sempit umno yang boleh memecahkan kesatuan perpaduan kaum yang terdapat di negara ini.

“Kami anak muda tidak akan benarkan mana-mana orang yang mengapi-apikan isu perkauman yang boleh merosakkan perpaduan kaum di negara ini. Bagi kami umno adalah punca sebenar yang merosakkan perpaduan rakyat antara melayu cina dan india yang berbilang kaum di negara ini”

“Mereka mengamalkan fahaman rasis yang merosakkan usaha menyatu padukan rakyat,” katanya ketika memberikan pandangan berkenaan gagasan anak muda terhadap masa depan Malaysia.

Menurut Hafez Sabri lagi, Umno kini sudah berada di tahap kritikal kerana mereka berada dalam keadaan yang amat tersepit apabila kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama masyarakat Cina yang begitu konsisten kepada Pakatan Rakyat sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil, sebelum ini.

”Umno sekarang ini berada dalam keadaan yang amat tersepit akibat kehilangan sokongan masyarakat bukan Melayu terutama dari masyarakat Cina. Kita dapati sokongan orang bukan Melayu kepada Pakatan Rakyat begitu konsisten. Oleh sebab itu mereka mainkan isu perkauman,” katanya.

Mengenai masa depan untuk menguasai politik negara, Hafez Sabri anak muda begitu berkeyakinan pada pilihan raya umum akan datang rakyat akan memberikan sokongan sehingga membolehkan berlakunya perubahan politik besar-besaran.

Sunday, October 3, 2010

UMNO SANGGUP MEMPERDODOHKAN WARGA EMAS


KESIHAN tengok orang-orang tua yang telah diperbodohkan oleh Umno di P.Pinang. Sudahlah mereka dulu azab di bawah Bn, bila tiba masanya mereka ingin merasai sedikit kesenangan dan nikmat di bawah kerajaan PR, mereka dihasut oleh `Syaitan' berwajah manusia. Begitulah nasib apabila kita tidak berilmu, sentiasa diperbodohkan oleh orang.

Bukan banyak pun, cuma dapat seratus ringgit sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mereka. Oleh kerana bodoh sombong, mereka pulangkan semula sumbangan itu. Paling menyedihkan, yang menghasut mereka untuk itu adalah sebangsa dengan mereka tetapi mereka itu jauh lebih kaya. Ada di antara mereka itu sudah kekenyangan memakan gaji dan elaun dari Kerajaan Negeri sebagai Adun, tidak pula mereka mengatakan gaji atau elaun mereka hasil dari judi. Mereka mentekedarah semuanya dan memberi makan minum anak bini mereka. Bukankah itu semua datangnya dari kewangan Negeri juga sama seperti seratus ringgit yang diterima oleh orang-orang tua tersebut?

Kerajaan Negeri telah mengesahkan duit itu datangnya dari sumber yang halal, tetapi mereka masih percaya kepada hasutan `Syaitan' bertopengkan manusia itu. Kadangkala ada orang yang sudah biasa makan hasil dari yang haram, mereka tidak lagi mahu menerima hasil dari yang halal. Mungkin memakan bangkai lebih sedap dari memakan binatang halal yang disembelih.

Jika mahu pulangkan juga duit itu, mengapa tidak pulangkan terus kepada Kerajaan Negeri yang memberi wang itu kepadanya? Mengapa mesti menemui bapak penipu itu? Rugikah Kerajaan P.Pinang jika mereka pulangkan semua wang sumbangan itu? Sudah tentu tidak, kerana masih ramai lagi yang suka memakan hasil yang halal walaupun sedikit.

Sumber:mandor.blogspot.com.