Wednesday, March 23, 2011

DALANG VIDEO SEKS ANWAR TERBONGKAR


Sah kini Anwar dianiayai, rancangan jahat mereka terbongkar. Kini dalang video lucah Anwar sudah diketahui. Jerat yang dipasang tidak mengena.

KENYATAAN AKHBAR

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.

Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011

PAKATAN RAKYAT PERAK SUDAH BERSEDIA


IPOH: Pakatan Rakyat ( PR ) Negeri Perak sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum dalam masa terdekat.Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, segala perancangan dan strategi di atur bagi menghadapi sebarang kemungkinan dijangka berlaku.

Menurut beliau, tumpuan akan diberikan terhadap penerangan buku jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat.

“ Pakatan Rakyat Perak akan adakan penerangan daripada rumah ke rumahsecara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampong, Melayu, Cina dan India”

“ Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN )”

Hadir sama pada majlis itu, Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin ( PAS ), Datuk Ngeh Koo Ham ( Pengerusi DAP Perak), Dr Lee Boon Chye ( Timb Pengerusi PKR Perak ), Dr Dzulkifly Ahmad (Wakil Pimpinan PR Pusat) dan beberapa adun dan pimpinan PR yang lain.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, selain buku jingga Pakatan Rakyat Perak akan mengeluarkan Manifesto Negeri Perak dalam masa terdekat, dan semestinya Manifesto peringkat Perak juga akan menawarkan konsep kerajaan berkebajikan terhadap Rakyat.

Beliau juga menyatakan,Pakatan Rakyat juga telah sebulat suara bertekad dalam menyusun atur program transformasi dan reformasi agar matlamat dan kebaikkan program-program yang telah dan akan dilaksanakan itu dinikmati sepenuhnya oleh rakyat tanpa membatasi etnik ,bahasa dan perbedaan budaya. Maka Pakatan Rakyat telah berikrar dalam Dasar Bersama yang menjadi paksi kesepakatan dan dasar ini adalah iltizam kami untuk mengalih hala tuju Negara dan bangsa ke landasan yang betul.

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga untuk bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang kita sasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan. Semoga,pelancaran Buku Jingga ini dapat mengembalikan semula semangat perjuangan kita untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.

Tuesday, March 22, 2011

NAJIB TIDAK FAHAM KONSEP NEGARA DEMOKRASI


IPOH: Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokkrasi sepatutnya kerajaan yang berkuasa mempunyai ketelusan dalam menentukan tarikh pilihanraya umum saperti mana negara negara lain yang mengamalkan sistem itu di mana tarikh pilihanraya sudah diketahui lebih awal lagi.

Namun perkara itu tidak berlaku di negara ini walaupun pemimpin pemimpin BN mendakwa mengamalkan demokrasi tetapi Perdana Menteri masih mahu menyembunyikan pilihanraya umum dari diketahui oleh rakyat khasnya parti parti pembangkang dengan alasan ia mahu membuat kejutan.

"Perdana Menteri seharusnya memberikan tempuh tertentu sebelum mengadakan pilihanraya bagi membolehkan parti parti yang bertanding boleh membuat persiapan awal".

Demikian ditegaskan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussein dalam satu kenyataan akhbarnya di sini hari ini

Menurut beliau, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, pilihanraya sepatutnya tidak diadakan mengejut dan ianya perlu diisytiharkan lebih awal bagi membolehkan semua parti mendapat bersiap lebih awal menjelang pilihanraya umum ke 13.

"Walaupun Perdana Menteri berkuasa untuk meminta Yang Dipertuan Agung untuk membubarkan Parlimen, tetapi Perdana Menteri perlu juga memahami konsep negara demokrasi untuk mengisytiharkan pilihanraya umum diadakan dua atau tiga bulan sebelum pilihanraya," ujarnya.

Beliau beranggapan Datuk Seri Najib Razak tidak memahami konsep negara demokrasi yang sebenar kerana mahu merahsiakan bila masanya pilihanraya umum akan diadakan.

Sebelum ini, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.

Menurut beliau lagi, soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya umum pada bila-bila masa.

Thursday, March 17, 2011

KATA DUA DARIPADA BN


PARIT BUNTAR: Tindakan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sering kali menakut nakutkan rakyar agar jangan sesekali melakukan perubahan dengan menukar kerajaan yang sedia ada kepada pembangkang merupakan satu tindakan yang melampau dan tidak mencerminkan semangat demokratik.

Tindakan pemimpin pemimpion ini kian menjadi jadi di ketika pilihanraya umum kian hampir, pada ketika itulah rakyat diberi amaran supaya tidak sama sekali menukar kerajaan yang sedia ada kerana rakyat akan menjadi lebih derita jika BN tidak
memerintah.

"Apakah BN sahaja yang mampu dan pandai mentasdbir nregara, sedangkan rekod Kerajaan Pakatan di empat negeri begitu baik dan mampu menyaingi kerajaan BN di negeri negeri lain."

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, yang juga ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim yang ditemui di sini pada hari ini.

Menurut beliau Kebimbangan BN semakin memuncak apabila hampir dengan pilihanraya umum dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menipu rakyat supaya terus menyokong BN.

Sebenarnya negara ini lebih selamat jika ditadbir oleh Pakatan Rakyat, sebagai bukti fakta kukuh di mana empat negeri yang diperintah oleh Pakatan sekarang mendahului Negeri BN dalam banyak hal dan isu

Rakyat kini sudah matang berpolitik dan dapat menilai apa yang Pakatan Rakyat lakukan kepada rakyat di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, Katanya.

Beliau yakin semua kebaikan yang dilakukan di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat diketahui oleh pengundi di negeri lain walaupun media BN cuba menutup dan memutar belit fakta yang sebenar.

"Pemimpin pemimpin BN sangat bimbang dengan pengaruh media alternatif kerana ianya menjadi pilihan kepada rakyat untuk mengetahui maklumat sebenar setelah media pro BN bertindak tidak adil dalam menyiarkan berita" ujarnya.

BN selama ini memainkan sentimen menakutkan rakyat bagi mengekalkan kuasa, isu yang sering dipahat dalam ingatan rakyat ialah kononnya tanpa BN rakyat akan hidup susah.

"Inilah pemikiran kuno dan menyesatkan yang sering momok momokkan kepada rakyat demi untuk kekal berkuasa mereka",katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak menegaskan Pakatan Rakyat berjanji untuk mengambil berat soal kebajikan rakyat dari segala aspek tanpa mengenal agama dan bangsa, oleh kerana itu tawaran Pakatan seperti yang
tercatat pada buku jingga program 100 hari Pakatan Rakyat adalah bukti yang jelas dan berpijak di bumi nyata.

Beliau berharap rakyat negeri ini dan negara amnya seluruhnya akan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat dengan memenangkan calon-calon dari PAS, DAP dan PKR dalam pilihanraya umum ke 13 bagi membolehkan Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya.

Wednesday, March 16, 2011

BERUK DAN MONYEK DI JALANAN


Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Mac: Tindakan Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli membangkitkan isu pertuduhan liwat membabitkan

Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini mencetuskan kemarahan anggota parlimen kerajaan.

Perdebatan tercetus selepas Hatta dalam perbahasan Titah Diraja, menyentuh kempen yang akan dibuat PKR sebagai respons

kepada isu liwat membabitkan Ketua Pembangkang yang bertemakan DNA-Datuk Najib Altantuya.

"Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke camner.

"Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak ada la sampai ke situ.

"Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut," katanya.

Azan Ismail (PKR-Indera Mahkota) kemudiannya bangun mencelah dan bertanya, "Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu la

DNA yang disebut ni, DNA yang baru ni makna apa?"

Lalu dijawab Hatta, "Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata 'Datuk Najib Altantuya', saya pun tak tahu,".

Jawapan itu kemudiannya mengundang bantahan ahli parlimen BN termasuk Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk

Tajuddin Abd Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahu Hatta menarik balik kenyataan mengaitkan nama perdana menteri itu.

Perbalahan mulut yang turut disertai beberapa yang lain itu kemudiannya mengundang amaran Timbalan Speaker, Datuk Ronald

Kiandi yang turut ditujukan kepada Hatta.

"Tak boleh buat sindiran macam itu Yang Berhormat, hentikannya," katanya.

Hatta sebelum itu membawa kisah Nabi Allah, Yusuf a.s. yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti

bahagian belakang baju Yusuf terkoyak.

Kisah itu cuba dianalogikan untuk menjelaskan persamaan dalam tuduhan liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu.

"Kalau isunya main belakang, kenapa belah depan ada air mani, itu yang pelik," katanya.

Menurutnya, sesuatu bukti yang dibawa harus diteliti agar tidak tersalah membuat keputusan kepada tertuduh.

Beliau juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

"Riuh satu negara demonstrasi sana-sini... Itu menghina mahkamah.. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno

dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

"Sekarang siapa beruk dan monyet ni...oh DNA, DNA," katanya.

Sumber: Harakahdaily

Tuesday, March 8, 2011

JANGAN ANGKUH UMNO/BN


PARIT BUNTAR: Pemimpin pemimpin Umno/BN diingatkan agar tidak terlalu angkuh denan kemenangan yang diperolehi di DUN Merlimau dan kerdau kerana hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat. Dalam masa yang sama kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan pencabulan terhadap demokrasi dilakukan dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dalam banyak kenyataan kepada media pemimpin pemimpin Umno mentifatkan kemenangan tersebut adalah petanda bahawa mereka telah memenangi semula hati pengundi melayu di kawasan tersebut, kenyataan saperti ini amat mengelirukan.

Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Perak yang juga ADUN Titi Serong dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kenyataan pemimp[in pemimpin Umno yang menyatakan orang Melayu sudah kembali menyokong BN tidak tepat sama sekali kerana keputusan pilihanraya kecil bukan gambaran yang sebenar, kerana itu ianya belum boleh dijadikan kayu pengukur yang untuk menilai sokongan orang Melayu kepada BN.

"BN tetap menafikan bahawa mereka menentang demokrasi yang lebih bebas di negara ini tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen di televisyen mahupun radio walaupun sekejap sahaja," ujarnya.

Melalui TV3 dan RTM, rakyat hanya akan melihat calon BN sahaja yang berkempen, seolah-olah pertandingan satu penjuru sedang berlaku, ini satu amalan pelik BN di kancah politik tanah air, kerana itu rakyat yang punyai pertimbangan yang waras boleh menilai penipuan ini, jelasnya.

Beliau percaya BN bakal mengulangi penipuan saperti ini pada pilihan raya umum ke 13 nanti, kerana itu rakyat jangan beri peluang terhadap sebarang bentuk pembohongan yang melibatkan hak warga Malaysia.

“Rakyat berhak memilih pemimpin mereka berdasarkan perinsip demokrasi yang tulen dalam isu perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama, tegasnya.

Beliau menyeru ahli ahli PAS dan komponen Pakatan Rakyat di negaera ini untuk menggerakkan tenaga menyebar maklumat serta fakta mengenai salah laku BN tersebut

Monday, March 7, 2011

SEJARAH HITAM POLITIK PERAK


Pada tarikh ini, dalam sejarah tanahair apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hanya mempunyai wakilnya sebanyak 6 kerusi berbanding 18 kerusi dan 7 kerusi telah membentuk sejarah baru bagi politik Malaysia amnya dan Perak khasnya kerana PAS diberikan keyakinan oleh DAP dan PKR bagi membentuk sebuah kerajaan negeri setelah Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 28 kerusi.

Pergabungan antara PAS (6), DAP (18) dan PKR (7) berbanding dengan BN (28) iaitu Umno (27) dan MCA (1) telah merubah landskap politik Perak dengan pelbagai cabaran kerana angin tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 ini telah menjawab pelbagai persoalan tuntutan rakyat Perak yang selama ini dipendam atau dikekang tanpa disalurkan secara betul atau berkesan.

Pelbagai isu nasional mahupun peringkat negeri atau tempatan dengan pelbagai masalah sentiasa ada dan terus ada tanpa diselesaikan seolah-olah sebagai jambatan atau umpan untuk rakyat terus bergayut dengan BN. Umpamanya isu tanah sudah lebih 50 tahun BN gagal atau sengaja untuk melambatkan hak bagi seorang warga penduduk di Perak untuk dimilikinya.

Ditambah dengan pengurusan kewangan rakyat yang mana pernah disebut oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tentang sekecil-kecil perkara seperti minum pagi semasa Mesyuarat Exco yang agak melampau. Bagi pimpinan yang datang daripada PAS yang telah di didik agar bercermat sepertimana yang di ajar oleh Islam dalam pelbagai perkara dapat dilaksanakan ketika berkuasa.

Dalam merungkai konsprasi politik yang disusun di Perak sebagai salah satu usaha menafikan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan terbaik dan tekat untuk memberikan nafas baru perubahan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Walaupun dalam tempoh yang sengkat, banyak juga perubahan yang telah dilakukan tetapi masih dinafikan oleh BN.

Bermula dengan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dahulu Badan Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM) dengan menggunakan media arus perdana yang acap kali menyerang dua orang Exco Kerajaan Negeri (kini telah menjadi ADUN Bebas) yang terpaksa dipertahan oleh semua Exco yang lain bagi menunjukkan setia kawan yang amat yakin bahawa kedua-dua Exco terbabit telah diperangkap.

Pelbagai andaian serangan media ketika itu memaksa semua Exco mempertahan pendirian akan terus bersama dan yakin semua tuduhan tersebut adalah usaha jahat mencemar kepimpinan Pakatan Rakyat (setelah dipersetujui oleh semua parti) (PR) dan usaha menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri. Dan isu tuduhan rasuah ini digerakkan oleh media berminggu-minggu seperti mendapat kerjasama daripada SPRM.

Terlalu banyak serangan terhadap kedua-dua Exco terbabit sehingga bersedia mengambil keputusan untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan kerana selagi Mahkamah tidak membuat keputusan selagi itulah mereka tidak didapati bersalah.

Bukan setakat itu sahaja, Umno menekan Datuk Seri Nizar agar menggantung kedua-dua Exco terbabit kerana telah disiasat isu rasuah seperti didakwa.Mungkin kerana serangan luar sama hebat dengan serangan dalam, tiba-tiba dua Exco tersebut menghilangkan diri dan dikhabarkan bercuti. Disitulah kehilangan kedua-dua Exco tersebut menjadi tanda tanya konsprasi politik rampasan bermula.

Bukan tuduhan, tetapi pelbagai maklumat sampai yang menunjukkan agenda tawar-menawar berlaku dan akhirnya terbukti sehingga ke hari ini.Cara konsprasi ini disusun bukan oleh seorang sahaja, tetapi ianya memainkan banyak watak yang telah kita dengar. Sehingga ke hari ini kedua-dua ADUN PKR yang kini menjadi Bebas termasuk Timbalan Speakar daripada DAP telah berjaya menjatuhkan

Kerajaan Negeri di bawah PR yang hanya bertahan memerintah 11 bulan sahaja. Kesan kejatuhan PR itu bertambah parah dengan pelbagai insiden yang memberikan kesan kepada rakyat Perak.

Dalam perbicaraan kedua-dua ADUN Bebas terhadap tuduhan rasuah seperti telah diduga, mereka dibebaskan oleh Mahkamah seperti sengaja SPRM lambat memohon merayu dibicarakan semula. Persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada SPRM dahulu telah
terjawab. Perkara ini terancang? Siapa yang rancang? Apa tindakan kedua-dua ADUN Bebas itu terhadap SPRM? Semua sekarang boleh tutup buku sahaja, yang jahat tentunya terbukti BN.

Persoalan yang timbul, adakah rakyat yang pernah membuat kejutan politik di Perak hilang pertimbangan drama yang dilakonkan dahulu? Adakah kerja buat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah memulihkan semua kecacatan yang telah berlaku semenjak
diisytihar Menteri Besar Mahkamah? Adakah rakyat akan biarkan sahaja dan kembali memberikan sokongan kepada BN? Atau rakyat akan kembalikan kuasa pemerintahan kepada PR pada PRU 13 nanti?

Sudah tiba masanya rakyat kena membuka minda mereka dalam politik Perak kini, PRU 13 kayu ukur sejarah hitam yang telah berlaku. Kuasa penentu bagi mana-mana kerajaan negeri adalah kuasa rakyat. Politik kepartian adalah sistem demokrasi yang ada, siapa akan menang dan siapa akan kalah. Menang secara terhormat dan kalah secara terhormat, jangan ada yang tidak mahu kalah kerana hanya mahu menang sahaja.

Rakyat akan sekali lagi membuat keputusan mereka bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Ada yang menimbulkan isu perkauman adalah trend selepas PRU 12 yang lalu, kerana trend ini cukup berjaya menegangkan kekebalan kaum untuk bersama atas nama
bersatu. Tetapi corak perkauman ini akan sebenarnya memakan diri kerana di dalam Islam tidak meletakkan kaum sebagai kekuatan sebenar.

Dalam apa yang berlaku, timbul persoalan pendirian politik kepada ADUN yang sudah menjadi Bebas. Ke mana arah mereka selepas ini? Atau mereka akan bersama BN atas parti mereka untuk terus menjadi calon PRU 13 bagi berdepan dengan PR nanti. Kerangka politik Perak akan menjadi susut nilai menjelangnya PRU 13 nanti, PR akan berdepan dengan BN di atas padang baru yang ditonton oleh rakyat yang akan membuat keputusan mereka.

Keputusan rakyat adalah muktamad, Datuk Seri Zambry atau Datuk Seri Nizar akan menduduki kerusi Menteri Besar yang ke - 12 nanti. Sama-samalah kita tunggu tiupan angin PRU 13 yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang sudah bertekat membuat satu keputusan setelah melalui satu tempoh yang amat merusingkan.


SAFARIZAL SALEH
Penolong Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.