Thursday, October 14, 2010

SIAPA DEDAHKAN !


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) curiga tiba-tiba keluar satu surat layang yang mendedahkan senarai syarikat konsesi balak yang dikatakan kepunyaan Pakatan Rakyat (PR) yang sepatutnya tidak timbul kerana maklumat berkenaan hanya boleh dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan terlindung di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kemungkinan hanya ‘orang dalam’ sahaja yang membolehkan maklumat tersebut keluar daripada kerajaan negeri dan perkara tersebut salah di bawah OSA. Persoalan yang sedang main di fikiran rakyat, bagaimanakah maklumat tersebut boleh di keluarkan? Siapakah dalang yang mengeluarkannya?

Satu lagi perkara yang penting juga adalah, usaha untuk menjatuhkan dua orang pimpinan PKR ketika itu menjadi Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dahulu yang kini telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas. Ada usaha juga untuk mencemar bekas Exco Kerajaan Negeri tersebut kerana mereka juga di kalangan yang memohon konsesi balak tersebut.

DPPN Pk mendesak pihak yang berwajib menyiasat bagaimana maklumat rasmi tersebut boleh dikeluarkan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau memang kerajaan negeri yang mengeluarkan maklumat tersebut tanpa mendapat kelulusan?


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2 comments:

  1. Ya! Cari siapa dedahkan. Siapa salah tak kisah dan tak pe, Yeop!

    12/10 dulu teman dah tulis "Kelaku jahat dan kurang ajar orang politik"

    ReplyDelete
  2. Dedahkan Siapa Yang Dapat,Kita pun nak tahu adakah penerima konsesi membantu PR. DEDAHKAN.

    ReplyDelete