Monday, February 14, 2011

Zambry Habis Modal Untuk serang Tuan Guru Nik Aziz


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir semasa ditanya media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Negeri Perak seperti kehabisan modal dengan terus menyerang keperibadian Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan tanpa berani bersemuka walaupun setelah menerima surat rasmi jemputan bagi membincangkan masalah itu secara berdepan.

DPPN Pk melihat trend Datuk Seri Zambry terus-menerus menyerang PAS melalui tokoh besar seperti Datuk Nik Aziz tanpa mengambil pendekatan untuk berdepan adalah amat mengecewakan.

Datuk Nik Aziz yang lebih tua daripada Datuk Seri Zambry dan terus menggunakan kaedah serangan seumpama ini tidak menunjukkan sifat yang mulia serta kesungguhan untuk merungkai isu yang dipertengahkan.

Dengan tidak menjawab pelawaan untuk bersemuka, Datuk Seri Zambry tampak lebih bernafsu untuk terus menggunakan media bagi menyerang Datuk Nik Aziz.

Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Haji Mohammad Ghazali yang dulunya menduduki kerusi nombor satu negeri tidak pernah menggunakan serangan seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry.

Dapat dilihat juga, seolah-olah tiada isu lain yang dibawa oleh Datuk Seri Zambry di dalam serangannya terhadap PAS.

DPPN Pk sekali lagi mempelawa Datuk Seri Zambry agar menerima jemputan berdialog bersama Datuk Nik Aziz jika beliau benar-benar bersikap profesional dan bermoral serta berakhlak mulia.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

TUMBANGKAN BN AGENDA UTAMA PAKATAN RAKYAT


IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan bahawa PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya.

Beliau menyatakan, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.

Beliau menegaskan bahawa,pemimpin dan pendokong pakatan Rakyat tidak akan larut dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh UMNO menjelang pilihanraya akan datang. Idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.

Malah menurut beliau juga, pegangan kaum Muslim (ahli PAS) berkenaan konsep Agama Islam yang hanya diiktiraf oleh Allah (In Addin Indallah Al Islam) adalah perkara ‘tetap’ yang menjadi tulang belakang aqidah dan tidak akan merosakkan saranan agama untuk berinteraksi dan memakmurkan bumi ini secara adil dan mengajak ke arah kebaikan. Perinsip aqidah adalah teras agama dan ia bukan alasan untuk umat Islam menolak toleransi antara agama dalam negara i.

Beliau menyatakan bahawa, PAS akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik.

Menurut beliau lagi, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat adalah perlu untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Perak khususnya Selain itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ) yang terdiri dari masyarakat bukan Islam di dalam dewan ini akan menyemarakkan lagi agenda penerangan kepada kaum bukan islam dan menimbulkan kesedaran kepada kaum melayu betapa tegarnya sikap kaum bukan Melayu terhadap agenda perubahan kerajaan yang lebih baik, jelas beliau.

Justeru beliau mengingatkan agar Jentera PAS Perak sentiasa bekerja atas kesepaduan kerja antara kaum serta mengeratkan hubungan dengan parti Pakatan Rakyat yang lain untuk menghadapi jentera BN PRU-13 akan datang serta mengambil resolusi Konvensyen PR di Pulau Pinang sebagai landasan kefahaman kerja bagi mencipta kemenangan buat

Friday, February 11, 2011

PEMUDA UMNO GAGAL PERTAHANKAN ZAMBRY?


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar kenyataan Khairul Azwan Dato’ Harun, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak yang cuba menyalahkan DPPN Pk demi melindungi kelemahan dan ketidakmampuan mereka mempertahankan perbuatan ancak tiang seri Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir secara ilmiah dan telus.

Ternyata Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak masih meneruskan tradisi lama kepimpinan mereka yang tidak berani dan separuh matang di dalam membicarakan isu yang melanda ummat Islam. Mereka lebih selesa membangkitkan sesuatu isu secara satu hala dan tidak pula berani untuk bersemuka dalam apa bentuk sekali pun samada berdebat, muzakarah, wacana ataupun berdialog.

Sikap umpama 'tin kosong' seumpama ini sebenarnya lebih kebudak-budakan dan sememangnya sesuai dilebalkan kepada Pemuda Umno Perak yang selama ini sentiasa mencipta pelbagai alasan untuk tidak bersemuka bagi mencari penyelesaian masalah berkaitan aqidah ummat Islam.

Dalam isu memegang lilin Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Pemuda Umno Perak telah terus membuat hukuman tanpa mendapatkan pandangan daripada tokoh ulama. Lebih buruk daripada itu,

Pemuda Umno Perak masih sanggup mengeksploitasikan isu memegang lilin walaupun Datuk Seri Nizar bersedia menginsafi perbuatan tersebut dan bertaubat di sidang Dewan Uundangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Ini amat berbeza dengan keangkuhan Datuk Seri Zambry yang lebih mengutamakan keegoan diri daripada kepentingan aqidah ummat Islam di negeri Perak yang perlu dipelihara dan dijauhi dari sebarang unsur-unsur khurafat dan syirik.

DPPN Pk juga kecewa dengan Pemuda Umno Perak yang tidak sabar menunggu keputusan rasmi Majlis Fatwa Negeri Perak dalam isu ancak tiang seri Datuk Seri Zambry berikutan permohonan yang telah dibuat DPPN Pk.

DPPN Pk melihat Pemuda Umno Perak dengan sengaja telah mendahului Majlis Fatwa Perak di dalam isu yang melibatkan aqidah ini. Di abad ini, tiada apa yang lebih malang dalam sejarah memerangi perkara khurafat di Perak yang dipelopori oleh ulama silam selain dari pengedaran sejuta CD yang dilakukan oleh Pemuda Umno Perak setelah terbukti apa yang dilakukan Datuk Seri Zambry tiada asas dalam syariah Islam.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, February 8, 2011

ZAMBRY KEMARUK SOKONGAN CINA


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat gelagat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir bagi aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina tahun ini sungguh luar biasa kerana setakat ini telah menghadiri sebanyak empat program seperti di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Perak, di Parlimen Kawasan Lumut, Majlis Rasmi Kerajaan Negeri dan terbaru dianjurkan oleh Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN).

Mungkin ada beberapa lagi penganjuran daripada MCA dan juga PPP yang masih belum menganjurkannya. Dan mungkin ada lagi beberapa badan pertubuhan yang akan menganjurkan dengan kehadiran Datuk Seri Zambry ke majlis mereka. Datuk Seri Zambry sudah mencipta satu rekod baru 'luar biasa' di dalam Sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Kesungguhan Datuk Seri Zambry dapat dilihat di dalam ucapan-ucapannya di dalam bahasa cina sepertimana dilakukan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ketika menjadi Menteri Besar Perak dahulu.

Datuk Seri Zambry yang kelihatan meniru cara dan kaedah Datuk Seri Nizar dalam program-program bersama kaum cina seperti seolah-olah mengalami kebenjatan idea.Datuk Seri Zambry begitu bersungguh bagi menambat hati kaum Cina menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Walaupun Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Perak kurang mendapat sambutan, usaha Datuk Seri Zambry masih kurang mendapat kepercayaan kaum Cina sehingga kini. Apakah lagi usaha Datuk Seri Zambry bagi meyakinkan kaum Cina di Negeri Perak khasnya? Apakah gula-gula baru yang akan diumumkan oleh Datuk Seri Zambry kepada kaum Cina nanti?


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

ZAMBRY ANGKUH


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan keangkuhan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir di dalam kenyataannya terhadap Datuk Haji Nik Abdul Aziz Haji Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Negeri Kelantan yang disifatkan sebagai 'dangkal ilmu'.

DPPN Pk ingin menasihati Datuk Seri Zambry supaya 'lebih berhati-hati bila bercakap dan tidak memburukkan atau mengaibkan orang lain' terutama mereka yang lebih tua dan bertaraf 'ulama' yang banyak menyumbang kepada perkembangan kesedaran agama Islam di Malaysia.

Kenyataan beliau yang bernada menghina tersebut amat tidak sesuai dengan akhlak Islam dan budaya Melayu yang menganjurkan kita supaya menghormati orang yang lebih tua.

Pada waktu yang sama DPPN Pk ingin merakamkan penghargaan kepada Datuk Seri Zambry kerana mengambil contoh tokoh-tokoh pemikir di dalam PAS seperti Dr Burhanuddin Al Helmy dan juga Prof Dato’ Zulkifli Muhammad di dalam menegaskan keperluan perjuangan Nasionalisma.

Walaupun ianya satu bentuk pengiktirafan ikhlas terhadap wadah perjuangan dan pola pemikiran pimpinan PAS yang merentasi zaman dan ideologi politik, namun mengaitkan pemikiran mereka dengan dasar perjuangan nasionalisma Umno adalah suatu kiasan yang amat dangkal.

Sebagai seorang ahli akademik, Datuk Seri Zambry sewajarnya memahami lontaran pemikiran tersebut dalam konteks pola pemikiran yang lebih luas dan latar belakang kondisi politik yang berbeza, dan bukannya membuat konklusi rambang dangan niat melagakan pemikiran tokoh-tokoh kepimpinan PAS.

DPPN Pk, semenjak dari dulu lagi, sentiasa menasihati Datuk Seri Zambry supaya lebih berani dan bertanggungjawab untuk bersemuka secara beradap dengan Datuk Nik Aziz bagi mempertahankan dan membuktikan tuduhan beliau, dan bukannya menggunakan pentas media bagi memburukkan imej Datuk Nik Aziz.

Namun jika Datuk Seri Zambry merasakan sukar untuk bertemu dengan Datuk Nik Aziz, beliau masih mempunyai pilihan samada memadai untuk berhujah dengan DPPN Pk atau tidak perlu lagi memberi komen-komen separuh matang yang hanya akan merosakkan imejnya yang sedia malap.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tuesday, February 1, 2011

HADIAH RAKYAT SETELAH BN MENANG DI DUN TENANG


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 1 Feb :- BN terus meneruskan dengan agenda yang menyusahkan rakyat Malaysia, dalam masa sama tindakan BN menggambarkan bahawa mereka tidak peduli dan tidak ambil kisah suara rakyat yang mahukan pembelaan

Demikian penegasan dari Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs.Kalil Idham Lim.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenaikan Harga Minyak Ron97 sehari selepas kemenangan calon BN di DUN Tenang.

"Tahniah kepada para pengundi BN di Tenang khususnya, mereka buka sahaja telah mendapat pemimpin baru di situ, malah mereka juga telah berjaya ditipu dengan janji manis BN bahawa merekalah pembela rakyat yang tidak tertanding, Mereka juga dapat harga minyak baru." kata YB Khalil yang juga Ketu Penerangan PAS Perak di sini.

Tambahnya, dengan kenaikan tersebut, harga petrol RON97 yang meningkat menjadi RM2.50seliter berbanding RM2.40 sebelumnya akan membebankan rakyat dan bertentangan dengan kempen yang dijalankan oleh BN di Tenang kononnya ingin membela rakyat.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, kenaikan ini merupakan yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97 sambil menyifatkan ia adalah satu lagi episod duka bagi rakyat yang sememangnya berada dalam keadaan terhimpit dengan kenaikan berantai harga barang.

"BN memang bijak mengaburi mata rakyat, kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung Ahad baru-baru ini, bayangkan jika mereka naikkannya pada Sabtu atau Ahad, BN pasti sukar menang" ujarnya.

Khalil juga mengingatkan kepada BN khususnya supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa kerajaan pusat yang mereka miliki, sambil menyifatkan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir sebagai satu amaran awal terhadap BN supaya mereka jangan terlalu bermegah dengan kerajaan yang diperintah.

"Sesungguhnya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan kerajaan pilihan mereka setiap kali pilihanraya" jelasnya.

"Saya menjangkakan rakyat akan menolak BN dalam PRU ke 13 nanti, Gambaran di Tenang bukalah gambaran sebenar BN diterima oleh rakyat dan sebaliknya Pakatan Rakyat telah ditolak, Kerana itu BN jangan terlalu angkuh dan sombong dengan kemenangan itu" jelasnya ketika mengakhiri sesi temu ramah.

Wednesday, January 26, 2011

ISU BERSALAM: UMNO PERAK DIDESAK NYATAKAN PENDIRIAN


IPOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam kedua-dua tokoh Komponen Parti Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang telah mempertikaikan isu salam calon PAS, Normala Sudirman di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang oleh Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga Ahli Parlimen Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga merupakan
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam. Datuk Seri Chua yang juga pernah mengeluarkan kenyataaan semasa
Perayaan Hari Raya Haji (Qurban) di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakkan kedai-kedai perniagaan di tutup tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam di dalam Negara ini. Manakala Datuk Seri Tian Lian Hoe terus mempertikai isu tersebut yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun Negara sudah mencapai lebih 50 tahun Merdeka.

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini. Kedua-dua tokoh ini perlu memohon maaf sepertimana saranan Tan Sri Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai Agama Rasmi di dalam Negara ini. Jika Datuk Seri Zambry gagal menasihatkan mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam jahil terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri PeraISU BERSALAM: APA PENDIRIAN UMNO PERAK?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengecam kedua-dua tokoh Komponen Parti Barisan Nasional (BN) Negeri Perak yang

telah mempertikaikan isu salam calon PAS, Normala Sudirman di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang

oleh Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Perak yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga Ahli Parlimen

Kawasan Gerik yang juga Ketua Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Datuk Seri Tian Lian Hoe yang juga merupakan

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

DPPN Pk menegaskan dan menyokong pandangan Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak yang menyifatkan

kenyataan isu bersalam tersebut adalah menghina Islam. Datuk Seri Chua yang juga pernah mengeluarkan kenyataaan semasa

Perayaan Hari Raya Haji (Qurban) di Kelantan baru-baru ini yang sunyi berikutan kebanyakkan kedai-kedai perniagaan di tutup

tidak mengambil iktibar kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam di dalam Negara ini. Manakala Datuk

Seri Tian Lian Hoe terus mempertikai isu tersebut yang jelas tiada kefahaman terhadap agama Islam yang gagal dijelaskan

dengan baik di dalam BN itu sendiri walaupun Negara sudah mencapai lebih 50 tahun Merdeka.

DPPN Pk mendesak agar Badan Perhubungan Umno Negeri Perak yang diketuai oleh Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir

menasihatkan kedua-dua tokoh daripada Negeri Perak ini. Kedua-dua tokoh ini perlu memohon maaf sepertimana saranan Tan Sri

Harussani agar lebih menghormati Islam sebagai Agama Rasmi di dalam Negara ini. Jika Datuk Seri Zambry gagal menasihatkan

mereka, jelas bahawa Umno memang membiarkan orang bukan Islam jahil terhadap kebaikan Islam yang sebenarnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Pera