Tuesday, February 1, 2011

HADIAH RAKYAT SETELAH BN MENANG DI DUN TENANG


Oleh : Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 1 Feb :- BN terus meneruskan dengan agenda yang menyusahkan rakyat Malaysia, dalam masa sama tindakan BN menggambarkan bahawa mereka tidak peduli dan tidak ambil kisah suara rakyat yang mahukan pembelaan

Demikian penegasan dari Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs.Kalil Idham Lim.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenaikan Harga Minyak Ron97 sehari selepas kemenangan calon BN di DUN Tenang.

"Tahniah kepada para pengundi BN di Tenang khususnya, mereka buka sahaja telah mendapat pemimpin baru di situ, malah mereka juga telah berjaya ditipu dengan janji manis BN bahawa merekalah pembela rakyat yang tidak tertanding, Mereka juga dapat harga minyak baru." kata YB Khalil yang juga Ketu Penerangan PAS Perak di sini.

Tambahnya, dengan kenaikan tersebut, harga petrol RON97 yang meningkat menjadi RM2.50seliter berbanding RM2.40 sebelumnya akan membebankan rakyat dan bertentangan dengan kempen yang dijalankan oleh BN di Tenang kononnya ingin membela rakyat.

Menurutnya lagi yang juga ADUN Titi Serong, kenaikan ini merupakan yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97 sambil menyifatkan ia adalah satu lagi episod duka bagi rakyat yang sememangnya berada dalam keadaan terhimpit dengan kenaikan berantai harga barang.

"BN memang bijak mengaburi mata rakyat, kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung Ahad baru-baru ini, bayangkan jika mereka naikkannya pada Sabtu atau Ahad, BN pasti sukar menang" ujarnya.

Khalil juga mengingatkan kepada BN khususnya supaya jangan terlalu angkuh dengan kuasa kerajaan pusat yang mereka miliki, sambil menyifatkan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir sebagai satu amaran awal terhadap BN supaya mereka jangan terlalu bermegah dengan kerajaan yang diperintah.

"Sesungguhnya rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan kerajaan pilihan mereka setiap kali pilihanraya" jelasnya.

"Saya menjangkakan rakyat akan menolak BN dalam PRU ke 13 nanti, Gambaran di Tenang bukalah gambaran sebenar BN diterima oleh rakyat dan sebaliknya Pakatan Rakyat telah ditolak, Kerana itu BN jangan terlalu angkuh dan sombong dengan kemenangan itu" jelasnya ketika mengakhiri sesi temu ramah.

1 comment:

  1. Buat buat lopa lak gotah den naik 3 hinggit ,sawit den 30 naik hinggit minyak seposen AJA TAK PADAN NGAN KENAIKAN GETAH DAN SAWIT ingit naik sehinggit ke sopoloh hinggit ke? seposen hingak bagai nak KIAMAT

    ReplyDelete