Monday, February 14, 2011

Zambry Habis Modal Untuk serang Tuan Guru Nik Aziz


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) melihat kenyataan Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir semasa ditanya media selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Negeri Perak seperti kehabisan modal dengan terus menyerang keperibadian Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan tanpa berani bersemuka walaupun setelah menerima surat rasmi jemputan bagi membincangkan masalah itu secara berdepan.

DPPN Pk melihat trend Datuk Seri Zambry terus-menerus menyerang PAS melalui tokoh besar seperti Datuk Nik Aziz tanpa mengambil pendekatan untuk berdepan adalah amat mengecewakan.

Datuk Nik Aziz yang lebih tua daripada Datuk Seri Zambry dan terus menggunakan kaedah serangan seumpama ini tidak menunjukkan sifat yang mulia serta kesungguhan untuk merungkai isu yang dipertengahkan.

Dengan tidak menjawab pelawaan untuk bersemuka, Datuk Seri Zambry tampak lebih bernafsu untuk terus menggunakan media bagi menyerang Datuk Nik Aziz.

Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Haji Mohammad Ghazali yang dulunya menduduki kerusi nombor satu negeri tidak pernah menggunakan serangan seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Zambry.

Dapat dilihat juga, seolah-olah tiada isu lain yang dibawa oleh Datuk Seri Zambry di dalam serangannya terhadap PAS.

DPPN Pk sekali lagi mempelawa Datuk Seri Zambry agar menerima jemputan berdialog bersama Datuk Nik Aziz jika beliau benar-benar bersikap profesional dan bermoral serta berakhlak mulia.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 comment: